Tuesday, January 10, 2012

Wanita: Aurat, Hati, Pakaian

Tajuk: Dr. Zaharuddin : Nilai hati wanita dan pakaian (TV Al-Hijrah)
Sumber: http://youtu.be/ahKVevx6mbw
Durasi: 19m 7s

Penceramah: Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
http://www.facebook.com/pages/Zaharuddinnet/226669856575

Nota: TV AlHijrah. Assalamualaikum. "Nilai Hati Wanita Bukan Pada Pakaian"
http://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH




[0:00] Jadi, daripada sudut pandangan Islam, kalau kita nak tahu, kita kena rujuk ke dalam al-Quran dan al-Hadis.


[0:05] Jadi, adakah pakaian itu boleh mencerminkan sesuatu yang bersifat hati seseorang? Baik atau tidak baik?


[0:12] Yang pertama sekali, yang pertama sekali perlu kita faham, kebaikan dan keburukan itu boleh dilihat daripada dua perspektif.


[0:18] Yang pertama, perspektif kita sebagai manusia.
Yang kedua, perspektif Allah Subhanahuwataala (SWT) dan Rasul-Nya.


[0:24] Mungkin apa yang nak kita bicarakan pada hari ini adalah perspektif Allah dan Rasul-Nya. Lalu, kalau kita nak tahu itu kita merujuk dalam al-Quran lalu kita akan dapati beberapa ayat yang memberikan gambaran, yang mana Allah SWT berfirman:


[0:35] [Membaca Surah al-A'raf, ayat 26]
http://tanzil.net/#7:26

 ... يَا بَنِي آدَمَ  
wahai anak-anak Adam...


  ۖ  قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِ‌ي سَوْآتِكُمْ وَرِ‌يشًا  ... 
 ... ۚ  وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ  
[Terjemahan Basmeih] Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (26)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/7:26


[0:45] [Terjemahan] Wahai anak Adam! Telah diturunkan bagi kamu bulu-bulu, apa-apa yang dibuat untuk kamu jadikan pakaian buat kamu.


[0:53] Dan kemudian Allah SWT kata: pakai itu untuk apa?


[0:56] [Membaca Surah al-A'raf, ayat 26]
http://tanzil.net/#7:26

 ... يُوَارِ‌ي سَوْآتِكُمْ ... 


[0:57] Iaitulah untuk menutup aurat, atau pun disebut juga kalau literal-nya: kemaluan kamu. Ya(?).


[1:04] Jadi kemudian, [Membaca Surah al-A'raf, ayat 26]
http://tanzil.net/#7:26

 ... ۚ  وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ  ... 


[1:06] Kemudian Allah SWT menutup ayat dengan Allah kata: "Dan pakaian takwa adalah yang terbaik".

Itu yang pertama.


[1:12] Yang kedua; Allah juga pernah mengatakan:
[Membaca Surah al-A'raf, ayat 27]
http://tanzil.net/#7:27

 ... يَا بَنِي آدَمَ  
Wahai anak Adam...


 ... لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ ... 
[Terjemahan Basmeih] Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/7:27


[1:21] [Terjemahan] Wahai anak Adam, jangan kamu ditipu, diperdayakan oleh Syaitan yang berjaya mengeluarkan, ibubapa kamu, iaitulah Adam dan Hawa daripada syurga.


[1:31] [Membaca Surah al-A'raf, ayat 27]
http://tanzil.net/#7:27

 ... ۗ  يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ... 


[1:35] Yang mana Syaitan berjaya dengan trick dia, berjaya menyebabkan pakaian Adam dan Hawa terbuka. Ya(?).


[1:42] Kemudian, daripada dua ayat ini, jelas kepada kita bahawa Allah SWT memberitahu dengan jelas bahawa Syaitan akan menggoda untuk seseorang itu membuka pakaiannya.


[1:53] Lalu bila mana Allah kata Syaitan yang akan membuat perkara itu dan menggoda, maknanya: kalau terbukanya pakaian kita, berpakaian seksi sebagai contoh --ia menunjukkan bahawa kita ini ada masalah pada perspektif Allah.


[2:06] Dalam ayat yang pertama Allah juga sebut:
[Membaca Surah al-A'raf, ayat 26]
http://tanzil.net/#7:26

 ... ۚ  وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ  ... 


[2:09] Pakaian takwa adalah yang terbaik.

So pakaian takwa itu adalah pakaian yang menunjukkan keimanan kamu kepada Allah.


[2:15] [Pengacara] Baik, Ustaz. Ah, kita kerap kali dengar bila kita bersembang dengan kawan-kawan kita: "Eh, si polan tu pakai baju seksi tapi hatinya baik.", "Si polan tu pakai kerudung tapi, ah, perangainya sekian-sekian", Ustaz, ya.

Bagaimana Ustaz boleh komen tentang hati wanita yang begitu pula?


[2:31] Baik, jadi kalau kita nak rujukkan kepada kes yang berlaku tadi, dan memang tidak dinafikan ada berlaku. Telah saya sebutkan di peringkat awal tadi, kita ada dua sudut pandang.


[2:41] Sudut pandangan yang pertama: Pandangan pada pandangan manusia. Pada pandangan manusia, bila mana dia tak kacau orang, bila mana dia tidak mengumpat orang --maka itu baik pada pandangan manusia, baik juga pada pandangan Allah.


[2:52] Maka adakah semestinya menjadi satu benchmark, atau pun mesti seorang yang pakaian dia teruk pada pandangan Allah dia akan teruk dalam semua perkara?

--Tidak juga.


[3:02] Boleh kita bayangkan di negara-negara yang bukan Islam; ya, mereka walau pun mereka tidak meyakini kepada Allah SWT dan tidak mempunyai iman --mereka berjaya mengekang gejala rasuah daripada berlaku.

Sebab tu kita tengok dalam statistik, nombor satu sampai nombor 28 --semua negara bukan Islam.


[3:17] Ini menunjukkan bahawa, kebaikan itu, disukai oleh semua. Walau pun seorang itu mampu bersifat sempurna dalam pemakaiannya, atau pun tidak mampu bersifat sempurna pakaiannya; kedua-duanya mempunyai ruang untuk berlaku baik.

Cuma kita nak katakan bahawa pakaian tadi ini boleh menentukan kamu telah melaksanakan salah satu di antara tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


[3:41] Macamlah, dia berpakaian tutup aurat, kemudian dia tidak solat.
--So ada mungkin begitu. Maka dia telah buat satu pahala, buat satu dosa.


[3:49] Kalau dia tak tutup aurat tapi dia solat; dia sudah melakukan masalah dosa dari sudut tutup auratnya tidak, tapi dia sudah mendapat pahala kerana melakukan solat.

So ia boleh berlaku.

.......

[3:58] Jadi, soalan tadi ada nak mengaitkan di antara hati dan pakaian luaran. Jadi adakah boleh kita buat, ada orang kata: "Don't judge the book by its cover".


[4:09] Tetapi pandangan itu sebenarnya kalau dilihat dan dinilai daripada hukum Islam mungkin tak berapa tepat; ada setengah keadaannya, ada setengah keadaannya mungkin boleh kita akui.


[4:18] Tetapi dalam Islam, daripada luaran itu kita sebenarnya boleh menggambarkan apa yang di dalam. Ya(?).


[4:25] Kalau satu rumah, kat luar rumahnya bersepah, dalamnya kemungkinan besar pun sepah jugalah. Ada juga kemungkinan tak bersepah.


[4:31] Jadi ini kalau nak tengok dalilnya, Nabi pernah berkata: [Membaca Hadis], ketahuilah.
[Membaca Hadis]


[4:37] Ketahuilah bahawa dalam tubuh anak Adam, ada satu ketul daging.


[4:42] [Membaca Hadis], bila mana baik --baiklah luarannya, jasadnya.


[4:47] [Membaca Hadis], bila buruk --buruklah seluruhnya.


[4:51] Lalu kita nak tunjukkan bahawa ada kaitan dalam dengan luaran. Ya(?).


[4:55] Begitu juga dengan pakar-pakar motivasi. Kalau kita think big, kalau kita apa nama tu, positively; kita melihat sesuatu positively, apa yang negatif pun kita anggap positif -- kita akan berjaya mewujudkan suatu keyakinan diri yang sangat tinggi.


[5:10] Jadi ini sebenarnya, dalam memberi cerminan kepada luar.


[5:13] Maka oleh kerana itulah kita nak mengatakan bahawa dalam Islam, dalaman; pakaian luaran sebenarnya boleh mencerminkan tapi tidaklah hundred percent.


[5:22] [Pengacara] Baik, Ustaz. Tapi macam mana kita nak tahu yang diri kita ni benar-benar ikhlas, Ustaz? Apakah antara tanda-tanda yang kita boleh rasakan sebagai, bila kita buat perkara tu, ikhlas, orang kata?


[5:31] Baik. Dari sudut keikhlasan ni, Islam; Allah SWT memang menginginkan keikhlasan daripada kita.


[5:37] Sebagaimana dah banyak dalam nas-nas yang menunjukkan bahawa kebaikan seseorang itu; ada seorang sahabat yang, seorang lelaki yang dia pergi perang, tetapi akhirnya bila mana dia cedera, dia tak tahan, dia tak sanggup menanggung kesakitan --dia bunuh diri.


[5:50] Lalu Nabi Sallallahualaihiwasallam (SAW) pun mengatakan: dia tempatnya di dalam neraka. Ya, walau pun luarannya kelihatan seorang pejuang, tapi sebenarnya dia adalah seorang ahli neraka.


[5:57] Maka oleh kerana tu macam mana nak kita nak pastikan ikhlas?
--Maka ikhlas adalah satu perkara yang sangat rumit. Tapi dia mesti dimulakan.


[6:04] Mulakan itu adalah dengan kita buat juga walau pun kita rasa ini kerana orang, kerana nak tunjuk kat orang --kita buat juga!


[6:12] Kerana Syaitan punya kunci awal untuk menghalang kita, dia akan mengatakan: "Kamu buat tak ikhlas --baik kamu tak payah buat".

Sebenarnya itu adalah worse! Lagi teruk.


[6:20] Dari sudut nak menjaga keikhlasan, kita ambil satu pepatah Melayu, ya: "Alah bisa, tegal biasa".


[6:25] So bila kita dah biasa solat lima waktu, pada mungkin kalau kita tak pernah solat lima waktu; tiba-tiba kita solat, kita rasa macam hebat sangat, macam wali berjalan, rasa terbang atas angin.


[6:34] Tapi bila mana kita dah selalu buat kita rasa sangat biasa dan takde special. Begitu juga solat tahajud, begitu juga dengan tutup aurat. Maka itu yang kita perlu lakukan.


[6:42] Jangan tertipu dengan tipu-daya Syaitan yang cukup licik sekali.

.......

[6:47] Baik. Dari sudut Islam memang benar apa kita ada dosa, ada pahala. Dan takde siapa yang takde dosa di dalam dunia ni. Nabi Muhammad SAW saja yang maksum.


[6:55] Malah Nabi pun pernah sebutkan: Bahawa kalau kamu, [Membaca Hadis]


[7:03] [Terjemahan] Kalau kamu takde dosa; kamu boleh jadi takde dosa, Allah akan bawakan satu kaum yang berdosa dan minta ampun.


[7:08] Lalu kita memang berdosa. Dan kita juga bila berdosa bukan terus ke neraka. Na'uzubillahimin zalik.

Kita akan ditimbang oleh Allah berat mana; dosa ke pahala?


[7:16] Masih ada peluang untuk taubat. Dan oleh kerana itu kita nak katakan, memang betul; kita ni buat satu dosa, ada satu titik hitam, Nabi kata.


[7:24] Dan, selagi mana kita tak memadamkan titik hitam itu -- itu yang bahaya.


[7:28] Itu yang kita nak katakan kepada wanita di luar sana yang baik hati mereka, yang tidak kacau orang, yang tidak merompak orang, yang tidak dengki kat orang; tapi mereka tidak menutup aurat --ia satu, satu perkara yang, yang simpati.


[7:39] Sebab apa?
--Sebab bila mana tidak menutup aurat, selagi mana lelaki di luar sana melihat aurat dan terkagum dengan aurat wanita ini, maka dalam satu hadis kata: [Membaca Hadis]


[7:55] [Terjemahan] Sesiapa di antara seseorang mempelopori sesuatu dosa, lalu orang nampak dosa dia, orang ikut dosa dia -- maka orang tu dapat dosa dan dia pun dapat dosa.


[8:02] Kita bimbang wanita yang terdedah auratnya ini, maka dia dapat dosa daripada orang lihat.


[8:07] Kalau lelaki satu orang tengok; laki tu dapat satu dosa, yang dilihat dapat dua dosa.


[8:11] Kalau seratus orang lelaki tengok; seorang satu laki ni, perempuan ni dapat: kali seratus.


[8:16] Maka oleh kerana itu kita bimbang, Allah SWT telah mengatakan: [Membaca Surah al-Baqarah, ayat 10]
http://tanzil.net/#2:10

 ... ۖ  فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا
[Terjemahan Basmeih] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/2:10


[8:21] [Terjemahan] Kalau kamu dalam hati kamu ada satu penyakit dan kamu biarkan dia, kamu tidak bertaubat, kamu membiarkan dia, kamu merasa bangga dengannya; malah kamu merasakan ia sebagai satu perkara yang enteng -- maka Allah akan menjadikan hati kamu lagi bernanah, lagi bermasalah.

......

[8:36] Berkenaan dengan kita mengatakan, beralasan belum sampai seru dan seumpamanya -- ini perkara biasa yang selalu kita dengar. Tapi dari sudut, dari sudut apa yang kita nak, adalah kita sentiasa nak memberikan nasihat.

Lihat juga: 67 - Kata Belum Sampai Seru Alasan Tak Nak Buat Benda Wajib
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=223904674348719&set=a.203045593101294.51600.202752153130638&type=1
Dicapai: 16 Rabiulawal 1433H / 9 Feb 2012M, Khamis.

[8:48] Jadi kalau ada orang yang menasihati kita, walau pun kubur lain-lain, tetapi kita bila kita meninggal kita mesti nak minta tolong orang untuk mensolatkan jenazah kita, bawa kita ke kubur, mengkafankan kita dan seumpamanya.


[8:59] Lalu tidak menjadi satu kesalahan bagi semua orang lain, malah itu yang dituntut oleh Islam; untuk membantu kita, menasihatkan kita agar kita dapat berubah.


[9:08] Take it positively. Kita ambil ni sebagai satu perkara yang positif, kerana mereka kasihkan kita, bukan bencikan kita.


[9:13] Sebenarnya mereka nakkan kita selamat di akhirat bukan sekadar di dunia. Nampak cantik di akhirat bukan cantik di dunia.


[9:21] Kerana telah pun Allah SWT tawarkan bagi wanita yang berjaya menahan auratnya daripada ditonton, dan diratahi oleh mata-mata lelaki; yang mana Allah kata dalam Surah al-Waqi'ah:
[Membaca Surah al-Waqi'ah, ayat 35-37]
http://tanzil.net/#56:35
http://tanzil.net/#56:36
http://tanzil.net/#56:37

 ( إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً (35 
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/56:35


 (فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36 
[Terjemahan Basmeih] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/56:36


 (37)  عُرُبًا أَتْرَابًا  
[Terjemahan Basmeih] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/56:37


[9:37] [Terjemahan] Kami akan bangkitkan mereka nanti, dalam keadaan di akhirat sebagai seorang bidadari yang paling indah dan paling cantik, yang Kami akan ubahkan kecacatan-kecacatan kulit ke, wajah ke, semuanya; menjadi muda remaja dan seumpamanya.

Lihat juga: 13 - Perkataan 'Kami' Dalam Al-Qur'an
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=250194041719782&set=a.204165806322606.51878.202752153130638&type=1&ref=nf
Dicapai: 15 Safar 1433H / 9 Jan 2012M, Isnin.

[9:51] Jadi kita nak beritahu, "belum sampai waktu" adalah satu alasan dan cucukan-cucukan Iblis untuk menjauhkan kita daripada boleh berubah sama sekali.

.......

[9:59] Saya kira itu adalah satu cara pengurusan hati sendiri yang sangat baik.


[10:05] Iaitulah apabila kita melihat seorang yang menutup aurat, atau pun kita sendiri yang menutup aurat, atau kita melihat seseorang yang tidak menutup aurat; kita yang pertama yang perlu kita jaga diri kita sendiri.


[10:13] Yang pertama kemungkinan akan datang dalam hati kita: "Aku lebih baik daripada kamu kerana aku menutup aurat, kamu tidak menutup aurat".


[10:19] Padahal kemungkinan orang yang tidak menutup aurat itu ada kemungkin yang besar dia juga menunaikan ibadah yang lain dalam keadaan yang lebih baik daripada orang yang menutup aurat. Ya(?)


[10:27] Jadi kita, kita perlu ingat bahawa Nabi SAW ada menyebutkan:
[Membaca Hadis]


[10:39] [Terjemahan] Ya(?). Nabi kata ada seseorang lelaki dan seorang wanita yang di dunia ni dia kelihatan oleh mata-mata manusia dia sedang buat amalan-amalan ahli Syurga: dia baca Quran, dia tutup aurat bagus. Tetapi akhirnya dia menjadi ahli Neraka.


[10:53] Dan Nabi juga menyebut dalam hadis yang ini:
[Membaca Hadis]


[10:59] [Terjemahan] Ada juga lelaki dan wanita yang kelihatan di dunia ini dia buat perkara-perkara yang melayakkan dia ke Neraka.


[11:05] [Membaca Hadis]


[11:06] [Terjemahan] Tapi dia menjadi ahli Syurga.


[11:08] Jadi ini adalah yang penting, ya. Bukan kita nak mengatakan: Jangan kita perlekehkan orang yang menutup aurat kerana kita boleh kata: "Kamu tak janji juga Syurga" --No!


[11:16] Itu adalah kunci-kunci untuk mendapatkan hidayah ke seterusnya.


[11:21] Sebab kita macam, macam keretalah.

Macam kereta yang mana kita bila nak berjalan kereta tu kita kena pastikan semua dalam kereta tu bagus dan boleh melancarkan kelancaran kereta.


[11:31] Lalu ini adalah tuntutan-tuntutan melakukan amal soleh. Lagi banyak amal soleh kita, lagi banyak peluang untuk kita mati dalam keadaan khusnul khotimah.


[11:40] Nabi kata tiga kali kepada Sahabat:
[Membaca Hadis]


[11:44] [Terjemahan] Amal kamu, adalah berdasarkan akhir kamu bagaimana.

Walau pun orang nampak kamu baik, tapi akhir kamu tidak baik -- kamu tetap tidak baik.


[11:52] So yang penting macam yang Puan tadi mencadangkan, iaitulah kita muhasabah diri. Kita sentiasa minta, tuntutan atau pun kita menuntut daripada Allah, kita minta daripada Allah untuk istiqamah.


[12:03] "Istiqamah" maknanya: "berterusanlah kita dalam hidayah ini supaya kita tidak menyeleweng". Begitulah.


[12:07] [Pengacara] Baik, Ustaz. Ada satu lagi persoalan di Facebook.

Assalamualaikum. Daripada Atikah Yusof. Dia kata:
"Tidak semua wanita kita dapat menilai hatinya dengan melihat luaran saja. Bagaimana, Ustaz, cara yang terbaik untuk kita menegur dan menasihati golongan wanita yang sebelum ini menutup aurat tetapi dibuka auratnya hanya kerana seorang lelaki", Ustaz.


[12:29] Baik. Jadi soalan yang mungkin agak sukar juga untuk one size fit all.

Kita nak kata: mungkin tidak ada satu cara yang fit semua orang. Mungkin satu orang cara berbeza-beza.


[12:40] Tetapi cara yang paling berkesan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW:
[Membaca Hadis].

Atau pun, [Membaca Hadis]


[12:49] [Terjemahan] Agama ini memang memerlukan kemantapan. Dan bila mana kamu nak mengajak orang kepadanya, ajaklah terlebih dahulu dengan cara yang lembut.


[12:58] Dengan cara yang lembut.


[12:59] Cara yang lembut antaranya bukan cakap baik, lembik, lembut -- bukan, bukan semestinya begitu.


[13:03] Cara yang lembut yang pertama adalah menjalinkan hubungan rakan dan persahabatan.


[13:10] Jadi bila seorang sahabat menegur seorang sahabat, atau pun memberikan nasihat kepada seorang sahabat; dia lebih mudah, bila mana dia dah rasa ada ikatan sebagai seorang friend, dia akan rasa lebih mudah.

Jadi itu yang kita perlu buat.


[13:22] Jadi saya yakin, saya tahu bahawa ramai orang yang berjilbab, yang menutup aurat, bertudung labuh mungkin, berjubah -- merasakan sukar untuk berkawan dengan wanita-wanita yang tidak menutup aurat sebab mereka mungkin, roh mereka tidak kena, tau.


[13:36] Ini disebutkan oleh Nabi dalam hadis Bukhari:
[Membaca Hadis]


[13:44] [Terjemahan] Roh kita ni, dia ada macam magnetik, magnet. Ya(?), macam saudara Amin dia ada magnet ya(?), magnet diri, kan. So dia ada magnet.


[13:51] Orang baik dia akan magnet kepada orang baik. Orang yang tidak baik dia akan magnet. Bila bertembung dia akan menolak, menolak.


[13:56] Tapi maknanya seorang yang betul-betul ingin mendapatkan pulangan yang baik di sisi Allah, iaitulah mengajak kepada kebaikan, dia kena pecahkan magnet ... tu untuk dia masuk sikit-sikit dalam keadaan merapatinya.


[14:09] [Pengacara] Baik. Tapi Ustaz, kalau kita nak menegur orang ni pun, kita perlu ada juga ilmu sedikit supaya tak terkena kat batang hidung sendiri pula kan lepas kita tegur tu.


[14:16] [Pengacara] Baik, Ustaz, ada seorang lagi pemanggil di talian. Assalamualaikum.


[14:20] [Pemanggil] Waalaikumus salam warahmatullah.


[14:22] [Pengacara] Ya, Puan. Siapa di sana?


[14:24] [Pemanggil] Saya Puan Siti dari Negeri Sembilan.


[14:26] [Pengacara] Puan Siti; silakan Puan bertanyakan soalan.


[14:28] [Pemanggil] Assalamualaikum, Ustaz.


[14:29] Waalaikumus salam warahmatullah.


[14:31] [Pemanggil] Saya ingin nak bertanya, macam mana pula situasi di mana suami yang merelakan isteri yang tidak menutup aurat. Macam mana kita nak tegur tu?


[14:42] Okey.


[14:43] [Pengacara] Baik, Ustaz. Baik, Puan. Itu saja. Minta maaf.


[14:45] Isteri ingin menutup aurat tapi suami macam seolah-olah merelakan.


[14:49] [Pengacara] Baik. Terima kasih, Puan.


[14:50] [Pemanggil] Okey. Assalamualaikum.


[14:50] [Pengacara] Waalaikumus salam.


[14:51] Baik. Jadi, dalam bab ini, Nabi SAW sebut:
[Membaca Hadis]


[14:59] [Terjemahan] Setiap kamu adalah orang yang bertanggungjawab dan bertanggungjawab di atas siapa yang di bawah bimbingannya.


[15:05] Lalu seorang suami bila mana isteri tidak menutup aurat, dia wajib untuk mendidik dan mentarbiyah mengikut cara yang terbaik.


[15:13] Sebagaimana Nabi kata: Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada isteri kamu.


[15:17] Kita janganlah mendidik dia dengan cara melempang dia, atau pun menghina dia.


[15:22] [Membaca Hadis], Nabi kata bila didik isteri, [Membaca Hadis], jangan kamu mencerca dia, menghina dia, mengatakan dia hodoh, dia obesiti, dan seumpamanya.


[15:30] Lalu kamu kena didik dia supaya menutup aurat kerana ini adalah satu perkara yang besar.


[15:34] Nabi pernah menyebutkan bahawa: orang yang tidak, atau pun suami membiarkan aurat isterinya diratah oleh mata-mata lelaki bukan mahramnya, adalah orang yang dayus.


[15:46] Tiga kumpulan yang takkan masuk Syurga, Nabi kata; dua di antaranya kita skip sekejap, kita pergi yang ketiga, iaitulah: ad-dayuth yang ditafsirkan oleh para ulama, macam saya sebut tadi.


[15:57] Yang pertama, membiarkan isteri dia bergaul-bebas sampai berzina dengan lelaki di luar. Dan dia rasa takut untuk tegur kerana kononnya sayang.


[16:04] Yang kedua, iaitulah yang membiarkan aurat isterinya dilihat dan dia membiarkan dan tidak mahu menegur kerana sayang atau pun takut.


[16:12] [Pengacara] Tapi Ustaz, kalau keadaan macam tu, si isteri boleh tidak mengikut larangan suami, ya, sebab ia bertentangan dengan agama Islam -- bermakna isteri boleh cakap, "I nak pakai sebab ini adalah kewajipan".


[16:21] Yes. Kalau tadi, soalan tadi dikatakan suami tak kisah. Jadi kalau suami pula yang minta tidak menutup aurat, maka di situ: [Membaca Hadis]


[16:32] [Terjemahan] Tidak ada satu ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kemaksiatan kepada Allah.


[16:37] Lalu ketika itu boleh untuk kita terus dengan menutup aurat dan tidak ada konsep derhaka dalam bab ini.


[16:43] [Pengacara] Baik. Ada seorang lagi pemanggil di talian.

Assalamualaikum.


[16:47] [Pengacara] Oh, terputus. Okey, takpe.


[16:49] [Pengacara] Ustaz, bagaimana pula dengan wanita yang, kan banyak kita tengok di dada-dada akhbar sekarang ni. Wanita berkerudung tetapi berselindung di sebalik kebaikan. Bermakna mereka melakukan lebih kejahatan daripada kebaikan itu sendiri, Ustaz.

Kalau boleh, pendek, Ustaz.


[17:05] Baik. Jadi dari sudut wanita yang bertudung, atau pun berjubah, atau pun apa sahaja yang nampak kelihatan baik tetapi melakukan kejahatan perlu kita yang pertama sekali: mereka juga manusia.


[17:17] Mereka juga manusia dan mereka juga berpeluang untuk taubat. Macamlah kalau kita tidak berkerudung dan tidak menutup aurat, kita juga berpeluang bertaubat.


[17:25] Sebagaimana Nabi kata: Setiap kamu ada peluang bertaubat [Membaca Hadis], selagi mana nyawa kamu belum berada di kerongkong.


[17:34] So oleh kerana itu, mereka melakukan kesalahan tidak boleh kita merasakan generealisasikan dia kepada semua jenis wanita.


[17:41] At least mereka sudah buat satu tuntutan yang kita tak mampu buat.


[17:44] Kalau kita tak menutup aurat, mereka dah tutup aurat, cuma mereka gagal menahan nafsu mereka pada ketika itu, dan kita mampu menahan nafsu kita -- kita bagus dari sudut itu.


[17:53] Tetapi kita bila buat satu kebaikan kita jangan salahkan orang yang buat kebaikan yang lain, kemudian dia melakukan kejahatan. Sebabnya, itu adalah juga satu kejahatan meremehkan kebaikan orang.


[18:03] [Pengacara] Baik. Terima kasih, Ustaz.

Sebelum saya menutup segmen Dunia Muslimah ini, Ustaz, silakan; kesimpulan pendek daripada Ustaz.


[18:10] Baik. Kesimpulan yang saya boleh berikan; sekali lagi kita menghadapi banyak cabaran bila mana hari ini kita dimomokkan dengan dunia fesyen dan hiburan yang menayangkan kecantikan-kecantikan fizikal dan meng-ignore, dan melalaikan kecantikan dalaman -- iaitulah kerohanian kepada Allah.


[18:27] Tetapi bila mana kita mengajak mereka ini kepada Allah SWT dengan kita beritahu kena pakai begini, kena pakai begini; mereka kata kita polis -- moral police yang tidak dikehendaki. Busybody yang tidak dikehendaki.

Sebenarnya kita sayang kepada mereka.


[18:40] Dan bila mana mereka ini kebanyakannya orang yang berharta, mereka maka akan tidak mengendahkan.


[18:45] Ingatlah Allah SWT ada menyebutkan sebagai satu amaran:
[Membaca Surah al-Qalam, ayat 14-15]
http://tanzil.net/#68:14
http://tanzil.net/#68:15

 (إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ  (14  
[Terjemahan Basmeih] Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? - (14)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/68:14


 (15)    أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ  
[Terjemahan Basmeih] Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala". (15)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/68:15


[18:56] Ada orang yang mempunyai banyak harta, kedudukan dan pangkat; bila kita beritahu kebaikan, mereka kata: Nampak, orang-orang ni dah mula mengajak kepada benda-benda out-dated dan kuno.

Na'uzubillahimin zalik.


 [19:06] [Pengacara] Na'uzubillah.

.......
 
Dimulakan: 16 Safar 1433H / 10 Januari 2012M, Selasa.
Diterbitkan: 16 Safar 1433H / 10 Januari 2012M, Selasa.
Dikemaskini: 28 Zulkaedah 1433H / 13 Oktober 2012M, Ahad.
17 Rabiulawal 1433H / 9 Februari 2012M, Jumaat.
24 Safar 1433H / 18 Jan 2012M, Rabu.

No comments :

Post a Comment