Friday, February 10, 2012

Sebut "Subhanallah" kalau kita nampak tahi bintang jatuh

Tajuk: Tahi Bintang Zaman Nabi - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/J445BGy4zfk
Durasi: 1m 31s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:00] Sebut dalam hadis, kalau kita nampak tahi bintang jatuh, kita sebut: "Subhanallah".


[0:07] [Terjemahan] Maha Suci Allah.


[0:08] Allah tidak jatuh. Tahi bintang boleh jatuh.


[0:13] Dah kata "tahi bintang", sungguh?
-- Dia bintang dia tak berak.

Cuma orang panggil tahi bintang.


[0:20] Dia pergerakan bintang-bintang yang ada, serpihan-serpihan batu bintang; dia ke sana, ke mari.


[0:27] Dah keluar cahaya belakang tu?
-- Hok tu dia langgar cakerawala, jadi tubik macam asap; bukan asap. Dia belah maknanya angkasa, jadi macam warna putih di belakang.


[0:39] Macam kita tengok jet atas langit-ah.


[0:42] Tinggi kan dia terbang; 35 ribu kaki. Kita tengok bawah ni, ada ekor belakang. Chuu~, panjang.


[0:47] Bila kita terbang sama dengan dia, kita tengok takde pula.


[0:51] Kadang kita tengok kapal terbang tinggi, 40 ribu kaki. Kita tengok jet, nampak sebuah tu tang ke nu, hok kita ikut ni, hok nu ikut nu.

Takde pula asap. Duk bawah nampak asap.

Betul tak?


[1:03] Bukan asap. Neh(?).


[1:06] Alur hok bekas dia lalu. Neh(?).


[1:08] Dia belah angkasa. Maka begitulah tahi bintang. Neh(?).


[1:13] Dah, boleh tunjuk tak?
-- Orang Melayu tak buwi tunjuk, takut ketot tangan.


[1:18] Tak apa, kerana Nabi pernah menunjuk kepada Sahabat, satu meteor yang jatuh pada zaman Nabi masih hidup. Nabi tunjuk, tu ..., dengan jari telunjuk. Deh(?).

.......

25 Safar 1433H / 19 Jan 2012M, Khamis.

No comments :

Post a Comment