Thursday, February 23, 2012

[Buku] Makkah al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah

Tajuk: Makkah al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
ISBN: 978-967-5102-07-3

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama, Julai 2008M

Bilangan mukasurat: 228
Harga: RM 30 (Semenanjung), RM 32 (Sabah & Sarawak)


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.

.......

1 Rabiulakhir 1433H / 23 Feb 2012M, Khamis.
Dikemaskini: 28 Rejab 1433H / 17 Jun 2012M, Isnin.
9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.

Wednesday, February 22, 2012

Hukum Hudud untuk siapa?

Tajuk: Ustaz Azhar Idrus - Hudud Bagi Bukan Islam
Sumber: http://youtu.be/ZmGi77cf7IU
Durasi: 5m 13s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:00] [Soalan 1] "Jika Hudud dilaksanakan di negara ini, adakah semua rakyat tertakluk dengan undang-undang Hudud atau umat Islam saja? Dan bukan Islam boleh memilih undang-undang sivil?


[0:07] [Soalan 2] "Bilakah pengurusan masjid Bukit Indah hendak membuat kursus jenazah?"


[0:11] Ha, dia tanya kita pula dah.


[0:15] Dia kata kalau kita laksana hukum Hudud di dalam negara kita, Malaysia; dan kita akan laksana.


[0:20] Setiap orang yang mengaku Islam wajib berazam dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara.


[0:29] Kalau tak niat gitu, berdosa kita kepada Allah.

Paham(?).


[0:34] Dah tu pada perjuangan untuk menegakkan Islam, wajib sertai sekurang-kurangnya dengan doa takpe dah.


[0:41] Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang-undang Islam daripada tertegak.


[0:48] Kalau sampai tahap tu, munafik... [Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 145]

(145) ...   فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ   ...
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (145)


[0:53] Dalam al-Quran kata: siapa yang halang Islam, siapa yang lawan undang-undang Islam; dia munafik. Duduk pada Neraka yang paling bawah.


[1:02] Mandatori. Bukan kita kata; al-Quran kata. Neh(?).

Baik.


[1:07] Bila laksana Hudud...

Baik.


[1:09] Kalau katakan hukum potong tangan. Allah kata dalam al-Quran: [Membaca sebahagian Surah al-Maidah, ayat 38]

(38) ...   وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا  
[Terjemahan Basmeih] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (38)


[1:16] Pencuri laki-laki dan perempuan, sabit kesalahan, cukup nisab; potong tangan keduanya.

Siapa potong?
-- Kerajaan potong.


[1:23] Neh(?). Undang-undanglah.


[1:25] Baik. Dah orang kafir guana pula?


[1:28] Dia kena Hudud juga?


[1:30] Jawabnya: tidak berlaku iktifak ulama semua kena, tetapi orang kafir terpulang kepada mahkamah.


[1:38] Mahkamah boleh tengok maslahah: adakah kafir ini patut dipotong tangan? Atau dikenakan undang-undang lain?


[1:45] Jadi, masih lagi belum ditetapkan hukum.


[1:49] Kalau jenis gini, kata hakim: "Dia ni memang jahat sangat. Potong tangan."

Potong tangan-ah.


[1:55] [Hakim] "Ha, dia ni, okey. Tahap dia ni, dia tak faham lagi."

Hakim kata: "Dikenakan penjara 3 tahun", umpamanya.

Ha, tiga tahun.


[2:02] Dia boleh gitu.


[2:04] Jadi tak usah susahlah.


[2:05] Kita orang Islam tak usah bimbang.


[2:07] [Contoh 1] "Dah, kalau gini; guana?"

[Contoh 2] "Kalau hukum gini; guana?"


[2:10] Ulama buat dah enakmen jenayah Hudud, kitab yang ditinggalkan ulama lebih banyak daripada undang-undang Barat yang ada dalam mahkamah.


[2:18] Banyaknya kitab tentang hukum.


[2:20] Takyah bimbang.

Kalau berlaku gini; ini hukumnya.

Kalau berlaku gini; ini hukumnya.


[2:25] Ijtihad mendahului zaman seribu tahun.


[2:29] Seribu tahun lagi masalah tak berlaku, ulama jawab dah dalam kitab.


[2:32] Macam dulu, dalam kitab lama. Tahun tu kitab tulis abad ke-4 Hijrah.


[2:37] Dia kata: "Siapa yang ada dua kepala; hok mana se nak ambil wuduk?"

Ha.


[2:42] Padahal mana ada orang dua kepala. Dak?


[2:45] Tapi ulama jawab dah.


[2:46] Muka yang banyak menghadap Kiblat, muka tu kena ambil wuduk.


[2:50] Tiba-tiba pada tahun 1970-an, beranak di Rusia orang kepala dua.


[2:56] Walaupun tak sampai tua, tapi sampai umur 30-an.


[3:00] Dua kepala. Dak(?).


[3:02] Nampak tak ulama jawab?


[3:03] Ni kita orang Islam duduk bimbang.


[3:06] [Contoh 3] "Dah kalau jadi gini; nak buat guana?"

"Dah kalau..."

-- Laa! Mu hakim yang mu susah sangat?


[3:11] Mu orang awam; tugasnya: memberi sokongan, bantuan, beri tenaga supaya tertegaknya Islam.


[3:20] Sebab tu nak kenal orang munafik dengan orang Islam; dua: sama ada dia tok guru, sama ada dia ulama, sama ada dia orang awam.

Orang Islam dia akan bersungguh-sungguh, dak(?), berusaha supaya Islam itu tertegak.

Dak(?).


[3:35] Cakap dia, cerita dia, pekerjaan dia, sindiran dia: semua nak ke Islam.


[3:40] Orang munafik guana?
-- Dia akan bersungguh-sungguh supaya Islam, orang tak buat.


[3:46] Paham tak lagi?


[3:47] Kalau dia ulama; dia akan bawa keluar dalil-dalil supaya Hudud tidak dilaksanakan.

Ha, tu ulama munafik yang duduk di dalam api Neraka Allah.


[3:55] Neh. Jadi kita pastikan golongan mana kita.


[3:58] Ingat! Dalam bab Islam, walaupun kita jahil, walaupun kita jahat, walaupun kita kaki heret orang puan, atau pernah tikam nombor ekor; tapi ni dalam bab akidah: "Aku mesti bersama dengan Islam!"


[4:09] Walaupun dengan doa, dengan sepuluh ringgit, dengan tenaga, dengan darah dan airmata; sedikit pun tak apa: "Aku kena libatkan diri!"


[4:17] Jangan: "Aku libat dalam bab memberi halangan daripada tertegaknya hukum Allah."


[4:23] Kerana dalam al-Quran kata: ...


[4:27] Apabila diajak mereka itu kepada Allah dan kepada Rasul-Nya...


[4:31] [Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 61]

(61)   رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا   ...
[Terjemahan Basmeih] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (61)


[4:35] Bila dia mereka kamu ajak kepada Islam, bila kamu ajak mereka ini kepada Hudud, bila kamu ajak mereka ini kepada peraturan agama; kamu akan dapat lihat orang munafik, mereka akan menyatakan berbagai-bagai halangan dan sekatan supaya tidak terlaksana Islam.


[4:55] Jadi daripada ayat ini, ramainya di kalangan kita yang telah menjadi munafik kerana mereka memberi macam-macam alasan dan halangan supaya tidak tertegaknya atau baliknya manusia kepada hukum al-Quran dan Hadis.


[5:11] Jadi, Insya-Allah...

.......

27 Rabiulawal 1433H / 20 Feb 2012M, Isnin.

Sunday, February 19, 2012

[Buku] Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah

Tajuk: Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
ISBN: 978-967-5102-98-1

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama, Oktober 2010M

Bilangan mukasurat: 256
Harga: RM 30 (Semenanjung), RM 32 (Sabah & Sarawak)


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.

.......

26 Rabiulawal 1433H / 18 Feb 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 28 Rejab 1433H / 17 Jun 2012M, Isnin.
9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.

Saturday, February 18, 2012

Kenapa mesti segerakan kebumi jenazah?

Tajuk: MENYEGERAKAN KEBUMI JENAZAH
Sumber: http://youtu.be/zsH7gKrLeK4
Durasi: 6m 57s

Penceramah: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman




[0:00] Yang kedua: [Membaca hadis]


[0:05] [Terjemahan] Jenazah bila dah mati, segerakan kebumi.


[0:10] Kita hari ni tangguh.


[0:13] Tunggu anak balik Kuala Lumpur; boleh tahan lagi, dekat.


[0:18] Setengah tu, tiga hari taruh mayat; kerana apa?
-- Nak tunggu anak balik daripada England, balik daripada Amerika, balik daripada Jepun, daripada Mekah; tak kira.
*taruh -- simpan

[0:28] Tangguh.


[0:29] Maka menangguhkan jenazah ini salah satu daripada perkara yang tidak baik.


[0:36] Satu cerita diriwayatkan bahawa Nabi pergi ziarah seorang Sahabat.


[0:40] Namanya Talhah ibn al-Bara'. Dia tengah sakit.


[0:47] Ha, ni, ini sifat Nabi S.A.W. Nabi ni, bila Sahabat dia sakit, dia pergi ziarah.


[0:54] Kemudian, Nabi kata: [Membaca hadis]


[0:58] Nabi kata: Aku nampak muka Talhah ni, tak lama dah tu.


[1:02] Dia tak cakap dengan Talhah lah, dia bagitahu pada keluarga dia.


[1:05] Kita pun di antara adab ziarah orang sakit ni: jangan kata ke dia.


[1:11] [Contoh] "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Ai, kalau tengok denyut nadi ni, tak berapa lama dah tu."


[1:18] Mungkin pakai mati selalu kawan tu.

Inna lillah selalu.


[1:22] Kalau kita nak beritahu, beritahu pada keluarga dia, bisik-bisik kat luar.


[1:26] [Contoh] "Saya nampak dia ni tak lama dah."


[1:29] Maka dikata: [Membaca hadis]


[1:33] [Terjemahan] Beritahu aku kalau dia mati.


[1:35] [Membaca hadis]


[1:37] Segera uruskan jenazah.

Jangan tangguh-tangguh.


[1:41] [Membaca hadis]


[1:47] [Terjemahan] Tidak layak bagi jasad seorang Muslim disimpan di antara keluarganya.


[1:54] Hari ni jenazah orang Islam, hampir-hampir nak jadi macam jenazah orang bukan Islam.


[2:00] Orang bukan Islam, berapa hari dia simpan jenazah dia?


[2:05] Siap dengan awet lagi tak? Takut bau.


[2:08] Buat perarakan pula tu. Siap dengan kereta hitam, berarak tengah bandar, tengah padang, nak pergi kebumi.

[2:15] Ha, ni. Sebab nak tunggu acara-acara rasmi yang menyebabkan kita tertangguh jenazah kita.


[2:22] Itu dia kata Nabi S.A.W. dalam hadis yang sahih, dalam hadis yang lain. Yang hadis tadi, hadis apa ni, Abu Daud.


[2:30] Yang lain dia kata apa, dalam hadis Muslim.

Nabi kata: [Membaca hadis]


[2:41] [Terjemahan] Segera kamu uruskan jenazah.


[2:44] Ada yang mengatakan "segera" di sini: waktu kita angkat.


[2:48] Sudah je solat, tak payah tangguh lagi, terus je pergi.


[2:51] Berjalan cepat. Nak berjalan cepat.


[2:53] Kita hari ni, sudah solat, tangguh lagi.


[2:57] Turun tangga yang pertama: "Ah, tunggu sekejap. Nak azan dulu."


[3:02] Mari mana azan ni?
-- Tak ada azan dalam kitab-kitab hadis. Tak ada Nabi suruh azan. Dia suruh, lepas pada ni, angkat terus pergi ke kubur. Jangan tunggu lagi.


[3:14] Tak. Ada setengah tempat tu, lepas azan, tunggu; anak-anak akan menyurup masuk ikut bawah keranda pula.


[3:22] Dia kata: "Kenapa?"
-- Sebab tak mahu bagi anak ingat pada orang mati.


[3:27] Lama kita cerita ni kelik buat pula, susah-ah ni. Dia kata: "Ustaz ghoyak. Ustaz ajar."
-- Bukan ajar ni, nak cerita.


[3:34] Nabi kata apa?
-- [Membaca hadis]


[3:37] Ni dibahas oleh Imam al-Nawawi, maknanya: berjalan cepat.


[3:40] Pikul jenazah macam kita kat Mekah tu.


[3:43] Di Mekah tu kalau berjalan lambat, memang tak sempat. Jenazah akan pergi laju sampai ke depan.


[3:48] [Membaca hadis]


[3:50] Kalaulah jenazah itu orang baik, orang soleh...


[3:54] [Membaca hadis]


[3:56] Kamu mempercepatkan dia dapat nikmat yang ditunggu dalam kubur.


[4:01] Dan dia sendiri bercakap: "Qaddimuni! Qaddimuni!" [Bahasa Arab]


[4:04] "Cepat bawa aku!", jenazah tu bercakap tapi kita tak dengar.


[4:08] Kalau kita dengar, lari kita.
 Dia kata: "Berhantu!", pula dah.


[4:12] Hantu selalu orang kita ni.


[4:14] "Berhantu dah", dia kata, "Jenazah ni."
-- Bukan berhantu.


[4:16] Tapi makhluk lain dengar.

"Qaddimuni!", dia kata. "Segera bawa aku ke kubur!"


[4:22] Nabi kata: [Membaca hadis]


[4:24] Kalaulah mayat ini bukan orang baik, wal 'iazubillah, ...


[4:27] [Membaca hadis]


[4:31] Adalah satu perkara yang kamu telah biarkan, kejahatan yang kamu telah letak daripada bahu kamu.


[4:40] Berat. Maka Nabi kita suruh bersegera. Hadis ni riwayat Bukhari dan Muslim.


[4:46] Itu Nabi kita S.A.W. beberapa kali minta supaya...


[4:52] [Membaca hadis]


[4:55] Nabi, dalam hadis lain Nabi kata, daripada Ibn Umar: "Apabila mati seorang kamu, segera kamu kebumi."


[5:02] [Membaca hadis]


[5:03] [Terjemahan] Jangan duk simpan jenazah tu.


[5:05] [Membaca hadis]


[5:07] [Terjemahan] Segera kamu hantar ke kubur


[5:09] Kata Ibn Hajar: [Membaca hadis]


[5:13] [Terjemahan] Dengan sanad yang hasan.


[5:14] Jadi, kita dah faham dah beberapa isu yang perlu kita faham hari ini. Iaitulah yang pertama sekali: Nabi kita suruh segera selesaikan jenazah.


[5:26] Jangan tangguh.


[5:28] Ni tak tahannya, anak bila kita telefon: "Baliklah, ayah sakit."


[5:33] Hari tu baru hari Rabu, hari Khamis: "Ha, tunggulah hari minggu ni aku baliklah. Cuti kan kat luar nu."

Tak balik. Tunggu ayah kelik.


[5:42] Lepas telefon pula: "Betul ke ayah sakit? Setara mana sakit? ICU dah ke?"

Duk tanya acap kali. Sebab hati tu sayang nak tinggal kerja lebih daripada tinggal bapa.


[5:53] Tapi bila bunyi ayah dia mati, dialah pertama telefon: "Tunggu sampai aku balik."

Dua hari tak balik-balik lagi.


[5:59] Ini di antara penyakit masyarakat.


[6:01] Bagi kita, kalau anak ni itulah sikap dia; inilah kita orang kampung ni, kalau anak ni situ sikap dia; diberitahu, tak balik. Dimaklum pada dia ayah sakit, buat tak hirau, tunggu hari minggu lagi tak boleh ambil cuti. Sedangkan dia nak melancong pergi ke Indonesia empat kali setahun, boleh cuti.


[6:19] Takleh cuti?
-- Boleh cuti pula dia.


[6:21] Kalau mati, cakap telefon: "Assalamualaikum. Ayahmu dah meninggal. Kita ucap takziah kepada kamu. Kami nak kebumi pukul lima petang ni. Mati pukul sepuluh."

Cukup.


[6:30] "Tunggu aku."

"Tak payah tunggu. Ayahmu sakit seminggu tak balik-balik lagi."


[6:34] Betul tak betul lagu tu?
-- Betul.


[6:36] Tunggu buat apa lagi?


[6:37] Orang memang tak nak tengok mak bapa dia. Tapi tunggu mati baru nak balik. Allahu akbar.


[6:41] Betapa jauhnya jarak di antara kita masyarakat hari ini dengan apa yang diajar oleh Allah S.W.T. dan Rasul.


[6:50] [Membaca ...]


[6:52] Kita kena ... dengan mak ayah kita dengan baik dalam dunia ini.

Itu cerita dia.

.......

24 Rabiulawal 1433H / 17 Feb 2012M, Jumaat.

Friday, February 17, 2012

[Buku] Perisai Muslim: Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah

Tajuk: Perisai Muslim: Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah
Penulis: Sheikh Dr. Said bin Ali Wahf al-Qahtani
Alih bahasa: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
ISBN: 978-967-5102-51-6

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama, April 2009M

Bilangan mukasurat: 226
Harga: RM 17 (Semenanjung), RM 19 (Sabah & Sarawak)


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


Kandungan
  1. Doa ketika bangun daripada tidur

  2. Doa ketika memakai pakaian
  3. Doa ketika memakai pakaian baru
  4. Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru
  5. Doa ketika menanggalkan pakaian

  6. Doa ketika masuk tandas
  7. Doa ketika keluar tandas

  8. Bacaan sebelum berwuduk
  9. Bacaan selepas berwuduk

  10. Doa ketika keluar rumah
  11. Doa ketika memasuki rumah

  12. Doa pergi ke masjid
  13. Doa ketika masuk masjid
  14. Doa ketika keluar masjid

  15. Bacaan ketika dan selepas azan

  16. Doa Istiftah (Permulaan Solat)
  17. Doa ketika rukuk
  18. Doa ketika bangun daripada rukuk
  19. Doa ketika sujud
  20. Doa ketika duduk antara dua sujud
  21. Doa ketika sujud tilawah
  22. Tasyahud (Tahiyat)
  23. Selawat ke atas Nabi SAW selepas membaca tasyahud
  24. Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  25. Zikir selepas solat
  26. Doa solat Istikharah

  27. Zikir pagi dan petang

  28. Bacaan sebelum dan selepas tidur
  29. Doa apabila membalikkan diri pada waktu malam ketika tidur
  30. Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
  31. Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

  32. Doa qunut solat Witir
  33. Bacaan selepas solat Witir

  34. Doa ketika dukacita dan sedih
  35. Doa ketika ditimpa bencana

  36. Doa ketika berhadapan dengan musuh
  37. Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah
  38. Doa ke atas musuh
  39. Doa apabila takutkan musuh

  40. Doa bagi mereka yang waswas dalam beriman
  41. Doa supaya dapat membayar hutang
  42. Doa untuk menghilangkan waswas dalam solat atau ketika membaca al-Quran
  43. Doa untuk memudahkan sebarang urusan
  44. Apa yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa
  45. Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai
  46. Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya

  47. Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan cara menjawabnya
  48. Doa perlindungan untuk anak-anak

  49. Doa ketika menziarahi orang sakit
  50. Kelebihan ziarah orang sakit
  51. Doa orang sakit yang tidak mungkin sembuh (terasa putus asa)
  52. Ajaran kepada orang yang sedang nazak

  53. Doa ketika ditimpa musibah

  54. Doa ketika menutup mayat
  55. Doa solat jenazah
  56. Doa solat jenazah kanak-kanak
  57. Ucapan takziah
  58. Doa ketika menurunkan mayat ke dalam kubur
  59. Doa selepas mengebumikan mayat
  60. Doa ziarah kubur

  61. Doa ketika angin ribut
  62. Doa ketika mendengar guruh

  63. Doa Istisqa' (minta hujan)
  64. Doa ketika hujan turun
  65. Doa selepas hujan turun
  66. Doa ketika hujan terlalu lebat (agar berhenti)

  67. Doa ketika melihat anak bulan

  68. Doa ketika berbuka puasa
  69. Doa sebelum makan
  70. Doa selepas makan

  71. Doa tetamu untuk tuan makanan
  72. Doa tetamu untuk tuan minuman

  73. Doa apabila berbuka puasa di rumah orang
  74. Doa orang berpuasa apabila diajak makan
  75. Ucapan orang yang berpuasa apabila dimaki oleh orang

  76. Doa apabila melihat buah sudah masak

  77. Doa ketika bersin
  78. Ucapan apabila orang kafir bersin

  79. Doa kepada pengantin
  80. Doa pengantin untuk dirinya
  81. Doa sebelum bersetubuh

  82. Doa ketika marah
  83. Doa ketika melihat orang ditimpa bala

  84. Bacaan apabila berada dalam majlis
  85. Doa kafarah (pembersih) majlis

  86. Doa kepada mereka yang berkata: "Ghafarallahu laka"
  87. Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu

  88. Bacaan untuk berlindung daripada fitnah dajjal

  89. Doa kepada mereka yang berkata: 'Aku menyayangimu kerana Allah'

  90. Doa kepada mereka yang menawarkan hartanya kepadamu
  91. Doa ketika membayar hutang

  92. Doa agar terhindar daripada syirik
  93. Bacaan untuk orang yang berkata: "Barakallahu fika"
  94. Doa agar terhindar daripada sial

  95. Doa naik kenderaan
  96. Doa musafir
  97. Doa masuk kampung atau bandar
  98. Doa masuk pasar
  99. Doa apabila kenderaan tergelincir
  100. Doa orang musafir kepada orang bermukim
  101. Doa orang bermukim kepada orang bermusafir
  102. Membaca takbir di tempat yang tinggi dan bertasbih ketika turun
  103. Doa musafir ketika bermusafir waktu sahur (pagi)
  104. Doa apabila berhenti di suatu tempat
  105. Doa apabila pulang dari bermusafir

  106. Bacaan apabila ada sesuatu yang menyenangkan dan yang menyusahkan
  107. Kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW

  108. Mengucap salam
  109. Menjawab salam daripada orang kafir

  110. Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai (himar)
  111. Doa ketika mendengar salakan anjing pada waktu malam

  112. Doa kepada orang yang dicaci

  113. Bacaan apabila memuji seorang Muslim
  114. Bacaan apabila dipuji

  115. Bacaan talbiah haji dan umrah
  116. Bertakbir apabila sampai di Hajarulaswad
  117. Bacaan di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad
  118. Bacaan ketika berada di atas Bukit Safa dan Marwah
  119. Doa hari Arafah (9 Zulhijjah)
  120. Doa di Mash'aril Haram Muzdalifah
  121. Bertakbir ketika melontar Jamrah

  122. Bacaan ketika kagum terhadap sesuatu
  123. Perbuatan yang patut dilakukan apabila ada sesuatu yang menggembirakan

  124. Bacaan dan perbuatan apabila tubuh berasa sakit
  125. Bacaan apabila takut ditimpa bencana
  126. Bacaan ketika terkejut

  127. Bacaan ketika menyembelih haiwan

  128. Bacaan untuk menolak gangguan syaitan
  129. Istighfar (meminta ampun) dan taubat
  130. Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir
  131. Bagaimana cara Nabi bertasbih?

  132. Beberapa adab dan kebaikan

.......

25 Rabiulawal 1433H  / 17 Feb 2012M, Sabtu.
Dikemaskini: 28 Rejab 1433H / 17 Jun 2012M, Isnin.
10 Rabiulakhir 1433H / 3 Mac 2012M, Sabtu.
9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.
8 Rabiulakhir 1433H / 1 Mac 2012M, Khamis.
26 Rabiulawal 1433H / 18 Feb 2012M, Ahad

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Allah menciptakan syaitan?

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus [ Kenapa Allah Cipta Syaitan ]
Sumber: http://youtu.be/cqtkGT0cA_g
Durasi: 2m

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:07] Ada orang soal, dia kata: "Kenapa Tuhan buat syaitan tu? Kan payah kita. Kan syaitan takde kan senang kita, sembahyang ..."


[0:15] Ada orang kata: "Kan susah. Buat apa ... syaitan tu. Menyemakkan dunia je."

Betullah.


[0:22] Sebenarnya Allah Ta'ala nak angkatkan darjat kita.


[0:26] Maknanya: bila kita ini ada perlawanan; nafsu ada, syaitan ada.


[0:33] Ada dia punya lawan dia.

Akal ada, hati ada; lawan.


[0:38] Bila menang... ha, itu.


[0:41] Kalau kita buat contoh, senang; macam main bola jugalah.


[0:45] Main bola tu kalau goalkeeper tak ada, apa macam?


[0:50] Dia skor bola pun, masuk pun, orang tak hairan; goalkeeper tak ada, masuklah.


[0:55] Maka, malaikat, tak ada perjanjian. Malaikat tak ada perjanjian.


[1:01] Malaikat, nafsu tak ada. Tak ada.


[1:07] Lawan tak ada.


[1:09] Maka malaikat, Allah perintah dia sujud; dia sujudlah.


[1:14] Sujud. Beribu-ribu tahun sujud.


[1:17] Tak complain pun dia.


[1:18] Tak ada: "Lama sangat, penat aku.", dia kata.

Tak ada.


[1:23] Malaikat tak pandai.


[1:25] Manusia ni, ha, tengok: kalau dia berjaya lawan hawa nafsu dia; naik dia.


[1:34] Tapi kalau kalah; berdentum dia.


[1:37] Maka Allah Ta'ala beri dia hati, beri dia akal.


[1:41] Akal ini jangan dirosakkan dia.


[1:47] Binatang tak ada langsung.


[1:50] Dia kira nafsu dia aje.


[1:51] Maka manusia duk tengah-tengah.

Silap, turun. Bagus, naik.

Kan begitu.

.......

23 Rabiulawal 1433H / 16 Feb 2012M, Khamis.

Wednesday, February 15, 2012

Lima perkara yang menjadikan haram nyanyian itu

Tajuk: Hukum Menyanyi
Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?v=1705765406705
Durasi: 11m 23s

Penceramah: Ustaz Mohd Kazim bin Elias al-Hafiz

Nota 1: Sedutan dari VCD Ustaz bertajuk "Cinta & Kasih Sayang". Dapatkan yang asli di sini: www.kuliyah.ws

Nota 2: Untuk mendengar ceramah, anda perlu ke page yang berkenaan (rujuk Sumber:) kerana video tidak dapat dibenamkan di sini.


[0:00] Baru ni ada satu tok imam dia tanya saya.


[0:02] "Ustaz, saya ni imam masjid, tapi saya masih bekerja.

Soalan saya, Ustaz. Saya baru ini, jabatan saya menyambut Hari Raya. Buat rumah terbuka. Jamuan Hari Raya.

Saya disuruh menyanyi lagu Selamat Hari Raya. Jadi saya pun menyanyi lagu sebab pengarah suruh saya menyanyi. Kawan-kawan saya kutuk:

Apa tok imam menyanyi.

Apa baa brader.

Tok imam menyanyi pula."


[0:36] Tuan-tuan boleh bayang tak Ustaz Zohir menyanyi?


[0:39] Subhanallah.


[0:41] Heboh!


[0:43] Datang jumpa saya, "Ustaz, macam mana, Ustaz? Haram ke menyanyi ni, Ustaz?"


[0:48] Masya-Allah.


[0:50] Haram ke?


[0:51] Zaman Rasulullah ada tak menyanyi?
-- Ada.


[0:56] Zaman Rasulullah; ada. Orang Ansar suka ghazal.


[1:01] Ghazal itu ialah nyanyian menyambut pengantin. Nama dia: ghazal.


[1:07] Kita sekarang panggil "ghazal pati".


[1:10] Zaman Rasulullah dulu orang Ansar, kalau pengantin datang, depa main menyanyi, sambut pengantin.


[1:17] Zaman Rasulullah dulu, pernah berlaku selepas Hari Raya Aidil Adha, orang Yaman, orang Habsyi menari-nari dan menyanyi-nyanyi di kawasan khemah Nabi di Mina.


[1:31] Pernah berlaku selepas Hari Raya Aidil Fitri, mereka menyanyi-nyanyi di hadapan masjid selepas sembahyang.


[1:41] Jadi tuan-tuan, menyanyi itu adalah asalnya, asalnya adalah harus.


[1:46] Daripada harus dia bertukar kepada makruh.


[1:49] Daripada makruh dia bertukar kepada haram.


[1:52] Asalnya: harus.


[1:54] Bagaimana dia menjadi haram?
-- Lima perkara yang menjadikan haram.


[1:59] Kalau lima perkara ini tak dijaga, jadilah haram nyanyian itu.


[2:04] Pertama: liriknya, senikatanya.


[2:09] Kalau senikatanya jahat, senikatanya lucah, senikatanya mencabul, senikatanya tak elok, senikatanya syirik: haramlah nyanyian itu.


[2:20] [Contoh nyanyian 1]
Si cincin emas
Mengingat perkara yang lepas
Yang telah berlaku
Tak berapa lama dahulu

[2:32] Tu, apa ke nama.


[2:35] Dia pergi meminang, hantar cincin emas. Tiba-tiba pinangannya ditolak.


[2:41] [Menyambung contoh tadi]
Pinanganku tak diterima
Kan kutanya mengapa
Dengan perlahan dia berkata
Dia sudah ada yang punya

Cincan mas dikembalikan
Diletak ditapak tangan
Kupakai dijariku...
[Ustaz mencelah] Nampak?
Untuk kenanganku

[3:09] "Kupakai dijariku", cincin emas; haram tak?
-- Haram.

Lirik lagu tu potonglah.


[3:16] Sebab itu lirik tu penting.


[3:20] Sekarang ni tuan-tuan menyanyi lagu Hari Raya; apa salahnya?


[3:24] [Contoh nyanyian 2]
Selamat Hari Raya
Aidil Fitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Tak salah.


[3:37] Yang salahnya apa?
-- [Contoh nyanyian 3]
Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis, cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama?

Ha, yang tu salah.

Yang tu liriknya.


[3:55] Yang nombor satu, yang kena kajinya: lirik.


[3:59] Macam tahun 50-an punya lirik, 1955: "Penarik Becha".

"Kenapaku diseksa, kenapaku dihina."


[4:09] [Contoh nyanyian 4]
Oo~ Kau cabutlah nyawaku

Haram.


[4:18] Apahal cabut nyawa pula? Berdosa.


[4:22] Jadi yang kena tengok nombor satu ialah: liriknya.


[4:26] Kalau liriknya betul, silakan.


[4:29] Kalau liriknya tidak bersalahan dengan hukum syarak; satu perlima menjadi halal.

Baru satu.

Yang lain pula.


[4:39] Nombor dua, kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: lagu itu menjadi haram apabila diiringi dengan muzik yang menaikkan syahwat.


[4:49] Kalau diiringi dengan alatan muzik yang tidak menaikkan syahwat, hukum dia: harus.

Dua perlima.


[4:57] Yang nombor dua yang kita kena tengok ialah: muziknya.


[5:03] Pemuzik yang memainkan muzik itu muzik apa?

Kalau muzik itu menaikkan syahwat, menaikkan nafsu, menaikkan sampai orang dengar tu pun jadi tak ingat.

*Memimik bunyi*

Orang pakat jadi bengang telinga duk goyang. Balik rumah pun duk goyang lagi.

Ha, haramlah lagu itu.


[5:21] Tapi kalau muziknya kompang, hadrah, ya(?), rebana, dram; tak apa. Silakan.

Tak salah, tuan-tuan. Tak ada jatuh haramnya menyanyi.


[5:34] Lirik yang bagus, alat muzik yang bagus.


[5:38] Yang ketiga: tidak ada pembaziran.


[5:41] Kalau satu lagu dibayar dua puluh lima ribu; itu kan pembaziran.


[5:47] Lima buah lagu dah seratus ribu.

Kan itu pembaziran.


[5:52] Ha, kalau tidak ada pembaziran dalam dia; silakan.


[5:55] Yang keempat, kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya: "Halal dan Haram dalam Islam", yang keempatnya: cara penyampaian itu dilagukan.


[6:07] Penyanyi tu, walaupun lagu dia bagus, liriknya bagus, alat muziknya bagus, cara dia menyanyi pula tak bagus; terlompat sana, terlompat sini.


[6:19] Tak nampak ciri-ciri akhlak yang mulia, pun tak boleh. Walaupun lagu dia bagus.


[6:24] Lagu tentang sembahyang Subuh.

Bagus.


[6:28] Lagu tentang sembahyang Subuh. [Contoh nyanyian 5]
Gigil
Menggigil aku

Nampak? Terlompat-lompat-lompat


[6:36] Sat lagi... [Menyambung contoh tadi]
Terdengar suara

Sat lagi dia terjun atas penonton. Penonton tauk dia balik.


[6:43] Kalau macam itu; tak payahlah.


[6:47] Duduk tegak-tegak. [Mengulang contoh nyanyian 5]
Gigil
Menggigil aku
Mendengar suara
Kebesaran

Silakan.


[6:56] Yang duk *Ho! Ho! Ho!* tu pasal apa?


[6:58] Diiringi pula dengan penari-penari latar di belakang itu. Yang bercampur laki-laki dan perempuan; tergedik-tergedik.


[7:05] Walaupun lagunya bagus... Walaupun lagunya sangat bagus... Tak ada siapa nafikan, lagunya bagus; tapi ada pula backup singer, backup dancer di belakang tu pula.


[7:20] Yang tu yang pakat duk menari, pakai skirt, duk terlompat-lompat; jadi haram pula.


[7:24] Yang kelima: tidak bercampur di antara laki-laki dan perempuan.


[7:29] Lima syarat ini, syarat untuk menjadikan nyanyian di hadapan ataupun berseorangan itu menjadi harus.


[7:39] Jadi siapa yang mengatakan: haram?
-- Tengok lima benda ni.


[7:44] Sebab itu akak-akak nak menyanyi dengan abang-abang, silakan.


[7:49] Nyanyi di dapur ke. Sambil minum kopi, teh, ke apa ke, lantak; minum jelah.


[7:56] [Isteri] Abang, nyanyi satu lagu, Abang.

[Suami] Okey.

[Ustaz mencelah] Apa salah? Nyanyi la.

[Suami] Renjis-renjis...

[Isteri] Apahal lagu kahwin, Abang? Tak kena mengena langsunglah Abang ni.


[8:08] Jadi tuan-tuan, tak salah; silakan. Nabi Muhammad dulu, masa pengantin nak disuruh Siti Aisyah hantar pengantin.

Balik Siti Aisyah, Nabi tanya dekat Aisyah: "Ada tak nyany-nyanyi?"

Aisyah kata: "Tak ada."

"Kenapa tak ada? Kan orang Arab Ansar suka menyanyi."


[8:27] Bawa lagu pengantin, puji pengantin, bagi seronok pada pengantin.

Disuruh oleh Nabi S.A.W.


[8:35] Jadi tuan-tuan, jangan cepat-cepat sangat mengatakan haram pada lagu.


[8:40] Ya, kadang-kadang kita ni tengok... "Haram!", "Haram!"

Tengok dulu jenis apa lagu, jenis apa lirik, cara dipersembahkan, dan sebagainya. Perlu diambil berat.


[8:49] Ini dipanggil sebagai kecintaan. Sebab nyanyian itu sesuatu yang menyeronokkan telinga.


[8:57] Nyanyian ini satu yang menyeronokkan telinga.


[9:00] Tapi nyanyian sekarang ni tak, tak seronoklah.


[9:04] Ya(?), nyanyian sekarang ni saya pun tak minat. Tak tahu lagu apa tu. Bahasa dia sebut pun kita tak tahu.


[9:11] [Contoh nyanyian 6]
Kisah Adam dan Hawa
Satu ...

Saya tak tahulah.


[9:17] Yang saya tahu: Adam dan Hawa saja.

Lepas tu dia kata apa, tak tahu. Cuba tuan-tuan dengar lagu tu.


[9:22] [Mengulang contoh nyanyian 6]
Satu di Syurga
Satu *wo-wo-wo*

Satu wo-wo-wo... habis terus dah.


[9:27] Mana kita faham. Saya sampai la. Saya bila dengar lagu tu: Apa bendanya?
-- Adam dan Hawa. Satu di Syurga. Satu...

Entah tang mana satu lagi, tak tahu. Terlupa dah.


[9:39] Apa lagu macam ni?


[9:41] Lagu kamu tak ada, tak... Orang tak sampai hati.

Tak sampai dalam jiwa. Tak sampai orang jatuh cinta lagu itu.


[9:49] Nak menyanyi ni sampai orang jatuh cinta, sampai orang suka; barulah jadi damai.


[9:55] [Contoh nyanyian 7]
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahai nyawa pada-Mu juga

Nampak? Tenang saja.


[10:12] Tenang saja lagu dia.


[10:14] [Mengulang contoh nyanyian 7]
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahai nyawa pada-Mu juga

Seronok saja.


[10:30] Rasa nak balik sekarang.


[10:33] Sebab dia tahu isteri dia tunggu di rumah. [Menyambung contoh nyanyian 7]
Aduhai kekanda
Junjungan kasih kupuja
Hidup bersumpah setia
Ahai sayang kekal bahgia

Itulah lagu.


[10:52] Lagu ni nak bagi orang suka.


[10:54] Lagu ni nak bagi orang ada jiwa.


[10:58] Bila lagu-lagu yang tak ada jiwa, mana ada. Sebab tu dia tak jadi damai.

Bingit.


[11:04] Orang tu je suka. Kita tak suka.

"Apalah lagu hang menyanyi ni. Atuk pun tak tahu apa ni. Atuk pening kepala."


[11:11] Duk *grung-grang*... Itu bukan lagu.


[11:16] Sebab tu saya katakan tadi: cinta tu.

Ia boleh dimasukkan dalam satu-satu bab cinta.

.......

21 Rabiulawal 1433H / 14 Feb 2012M, Selasa.

Monday, February 13, 2012

Siapa Nabi Khidir?

Tajuk: (Senyum) Siapa Nabi Khidir Hijau ? - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/F9M5aoZx_0Y
Durasi: 4m 40s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:01] [Soalan] "Saya banyak mendengar kisah tentang Nabi Khidir. Siapakah beliau? Apakah kita berpeluang untuk bertemu di dunia? Dan mengapa Nabi Khidir masih hidup sampai sekarang?

Terima kasih kerana sudi datang. Semoga datang lagi."


[0:17] Baik.

Masalah nabi-nabi yang masih belum wafat; dengar molek.

Tidak berlaku ijmak dalam imam-imam Ahli Sunnah wal-Jamaah, nabi-nabi yang belum wafat melainkan seorang saja: Nabi Isa a.s.


[0:32] Lain daripada Nabi Isa, berlaku perselisihan pendapat; masalah Nabi Idris, masalah Nabi Khidir, dan beberapa orang lagi.


[0:42] Jadi, hok wajib kita beriktikad: Nabi Isa a.s. belum wafat.


[0:48] Nabi lain seperti Nabi Khidir: kemungkinan sudah wafat dan kemungkinan belum wafat.


[0:54] Cuma setengah ulama kata: Nak kata tak wafat, mesti kena ada nas.

Nampak(?).


[0:59] Jadi kalau takde nas mengatakan mati, itu kita balik pada zahir.

Zahirnya manusia ini, dak(?), bila sudah lama, dia mati.


[1:06] Jadi jangan masukkan dalam bab "mati ke tak lagi Nabi Khidir" sebagai akidah. Dia tak masuk dalam bab akidah. Nampak(?).


[1:13] Jadi kita nak kata: "tak mati lagi", pun boleh jadi. Kuasa Allah belaka. Dak(?).


[1:18] Dan mati dah pun boleh jadi. Semua manusia akan mati.

Cuma kita kata: "mati", sebab tak ada dalil mengatakan tak mati.


[1:24] Tapi Nabi Isa ada dalil dalam al-Quran: Allah angkat ke langit.

Dalam hadis sebut: akan turun semula menjelang Kiamat, neh(?).


[1:32] Jadi "Nabi Khidir", makna: "nabi yang hijau".

Nampak(?).


[1:37] "Khadrun" [Bahasa Arab] makna: "hijau".


[1:39] Dia ada beberapa pendapat. Dalam kitab Tarikh Imam wal-Muluk ada sebut panjang, Nabi Khidir. Neh(?).


[1:44] Begitu juga dalam kitab Abidayah wan-Nihayah, Imam ibnu Kathir.


[1:51] Baik. Bakpe orang panggil?
-- Kerana dia pakai jubah hijau; kata satu kaul. Neh(?).


[1:56] Dia suka pakai jubah hijau. Nampak(?).


[1:59] Dan satu kaul lagi: dia berjalan, dia pijak rumput yang kering, hidup menjadi hijau.


[2:04] Sebab hijau ni makna: segar.

Dak(?).


[2:08] Jadi, orang panggil: Nabi Khidir. Nabi hijau.

Dak(?).


[2:13] Pakai baju hijau; satu pendapat, riwayat.

Satu pendapat; dia pijak tanah rumput yang kering, lepas dia pijak, jadi hijau situ, hidup semula. Berkat sungguh Nabi Khidir ni.


[2:23] Tok guru Nabi Musa.

Tok guru martabat lebih lagi; rasul. Dia martabat rendah; nabi je.

Besar murid daripada tok guru, ni martabat. Nampak(?).


[2:35] Ha, ni kelebihan. Tapi jangan kita iktikad: "memang tak mati lagi" -- tak payah kerana takde nas. Neh(?).


[2:40] Tapi nak kata: "Mustahil tak mustahil tak mati lagi. Dan tak mustahil dia sudah mati."

Deh(?).


[2:46] Ha, ni kelebihan Nabi Khidir.

Nampak(?).


[2:49] Nabi hijau.

"Khidir" makna: hijau.

Dak(?).


[2:52] Sebab hijau ni kalau orang pergi ke laut, orang ke laut kan. Kalau dia kena ribut... Laut ni kalau kita pergi dalam, dia biru; air.

Kaler biru tu line kapal besar-ah. Makna kalau jatuh, baham tanah-ah. Neh(?).
*kaler -- warna

[3:04] Jadi hijau ni biasa air dalam air sepuluh depa, lima belas depa. Dia hijau, makna: tohor.

Boleh selamatkan nyawa kita. Dak(?).


[3:11] Jadi kalau kita duduk... Dia duk memukat, kena ribut kat biru, air biru; dia memang lari kat air hijau.

Sebab kat air hijau ni kawasan selamat dia ...


[3:20] Dak, jangan cerita politik; cerita ke laut. Paham.


[3:24] Sebab kalau kena ribut dekat air biru, kalau terlingkup; baham tanah habis. ... tak tengok anak bini. Sebab tu berhati-hati dengan kawasan biru. Wallahu 'alam.


[3:31] Insya-Allah, semoga Allah Ta'ala pertemukan kita di lain kali.

Dan mudah-mudahan Allah jadikan pertemuan kita pada malam ini penuh dengan rahmat. Dan kita dapat mengambil sedikit pengajaran, walaupun tidak banyak.


[3:43] Dan mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita agar dapat terus kita beramal-ibadat membayar segala hutang-hutang Allah.

Dan kita dapat tolong agama Allah yang sekarang ini sangat tenat dipermainkan oleh orang yang mengaku Islam itu sendiri.


[3:55] [Membaca basmalah kemudian doa]


[4:21] Assalamualaikum warahmatullah.

.......

20 Rabiulawal 1433H / 13 Feb 2012M, Isnin.
Dikemaskini: .

Sunday, February 12, 2012

Neraka tu macam mana?

Tajuk: Tanyalah Ustaz 2012 - Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz -Seksa Neraka 1
Sumber: http://youtu.be/2sjuSWayMxw
Durasi: 43m 56s

Penceramah: Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Nota 1: Tanyalah Ustaz 2012. TV9. Seksa Neraka (Bahagian 1)
Nota 2: Post ni sangat panjang!




....... Blok 1 daripada 4 .......

[0:14] [Membaca isti'azah / ta'awuz]


[0:19] [Membaca Basmalah]


[0:25] [Membaca Surah al-Qari'ah, ayat 6-11]

(6)   فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ  
[Terjemahan Basmeih] Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - (6)

(7)   فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ  
[Terjemahan Basmeih] Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (7)

(8)   وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ  
[Terjemahan Basmeih] Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, - (8)

(9)   فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ  
[Terjemahan Basmeih] Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" (9)

(10)   وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ  
[Terjemahan Basmeih] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (10)

(11)   نَارٌ حَامِيَةٌ  
[Terjemahan Basmeih] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar. (11)


[0:53] Sodaqallahul azim. [Bahasa Arab]


[0:58] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


[1:03] [Membaca ...]


[1:11] Alhamdulillah.


[1:12] Tuan-tuan, puan-puan, Muslimin-Muslimat yang dirahmati Allah. Kita bertemu lagi dalam rancangan "Tanyalah Ustaz".


[1:19] Dan untuk siri kali ini kita akan bicara tajuk yang amat menakutkan, iaitu: "Seksa Neraka".


[1:26] Menemani saya dalam studio, Masya-Allah. Ya, rakan Muslimah dari Masjid USJ 9. Masya-Allah.


[1:34] Apa khabar semua?
[Audiens] -- Alhamdulillah.


[1:36] Alhamdulillah. Sihat-sihat semua?


[1:38] Dengar tajuk tadi?
[Audiens] -- Dengar.


[1:41] Seram tak?
[Audiens] -- Seram.


[1:43] Oh, seram.  Ya, walau bagaimanapun, seram ke tak seram ke, kita akan bicarakan tajuk kita, iaitu: "Seksa Neraka".


[1:52] Cuma dalam soal ini, ya Muslimin-Muslimat yang dirahmati Allah, bilamana kita bicarakan soal seksa Neraka, memang, bila kita katakan: rata-rata kita tak nak masuk Neraka. Ya(?).


[2:03] Rata-rata, tak nak masuk Neraka.


[2:05] Tetapi tanpa kita sedari, kita banyak melakukan perkara-perkara yang menjurus kita masuk ke Neraka.


[2:13] Jadi untuk makluman tuan-tuan, Muslimah di hadapan saya; ayat yang saya bacakan tadi, semua kita selalu kita dengar, iaitu daripada ayat 9, 10, dan 11, Surah al-Qari'ah.

Surah al-Qari'ah.


[2:32] Apa maksud dia?
-- Makna dia: Allah nak bagitahu kita, besok... [Membaca Surah al-Qari'ah, ayat 6]

(6)  فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ  


[2:40] [Terjemahan] Barang siapa yang berat timbangan pahalanya.


[2:43] Masa hidup dia banyak buat pahala.


[2:47] Dia banyak beribadat, mana tahu macam tuan-tuan di hadapan saya, Masya-Allah.


[2:49] Pahala kita banyak, besok timbangan kita berat; maka siapa yang berat timbangan pahalanya, Allah kata... [Membaca Surah al-Qari'ah, ayat 7]

(7)   فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ  


[2:58] [Terjemahan] Dia akan dibawa ke tempat di mana hidupnya diredhai.


[3:02] Kehidupan yang amat menyeronokkan, iaitu: Syurga.

Itu satu.


[3:07] Tetapi Allah kata... [Membaca Surah al-Qari'ah, ayat 8]

(8)   وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ  


[3:11] [Terjemahan] Barang siapa yang ringan pahalanya dan berat dosanya.


[3:16] Pahalanya ringan; pasal apa?
-- Pahala sikit.


[3:19] Pasal apa pahala sikit?
-- Tak banyak buat pahala.


[3:22] Tapi yang berat apa?
-- Dosa.


[3:24] Kenapa dosa berat?
-- Sebab masa hidup banyak buat dosa.


[3:27] Yang suruh dia tak buat, yang dilarang dia buat. Dia berdosa.


[3:31] Kalau dia banyak dosanya, besok bila ditimbang apa yang berat?
-- Dosa.


[3:36] Bila dosa dia berat, dosa dia banyak, ke mana pergi?
-- [Membaca pangkal Surah al-Qari'ah, ayat 9]

(9) ...   فَأُمُّهُ  


[3:42] [Terjemahan] Maka dia akan dibawa ke dalam Neraka...


[3:44] [Membaca penghujung Surah al-Qari'ah, ayat 9]

(9)   هَاوِيَةٌ  ...


[3:46] Ya(?).


[3:47] Apakah yang mereka beritahukan tentang "hawiah" itu?
-- Allah kata: [Membaca penghujung Surah al-Qari'ah, ayat 11]

(11)   نَارٌ حَامِيَةٌ  


[3:52] [Terjemahan] Api yang sangat panas.


[3:56] Tahu api?
[Audiens] -- Tahu.


[3:57] Pernah tengok api?
[Audiens] -- Pernah.


[3:59] Pernah masuk dalam api?
[Audiens] -- Tak pernah.


[4:01] Pasal apa tak nak masuk?
[Audiens] -- Panas.


[4:04] Ha, itu baru api dunia.


[4:06] Itu baru api dunia.


[4:08] Sebab tu diriwayatkan daripada Abdullah ibn Mas'ud.


[4:12] Abdullah ibn Mas'ud kata apa?
-- Dia kata: Api dunia ini; sepanas-panas api di dunia...


[4:18] [Memberi contoh] Macam kita nampak satu pekan besar terbakar kan, satu gudang besar terbakar, tangki minyak terbakar; api kuat tak?
[Audiens] -- Kuat.


[4:26] Maka, itu, kata ibn Mas'ud: itu satu pertujuh puluh daripada api Neraka.


[4:33] Satu per?
[Audiens] -- Tujuh puluh.


[4:34] Satu bahagian daripada 70 bahagian api Neraka.


[4:39] Agak kalau rumah sebuah terbakar, api kecil je kan.

Ni saya bayangkan sebesar-besar api di dunia.


[4:45] Itu kata Abdullah ibn Mas'ud: itu hanya 1 per 70 daripada api Neraka.


[4:51] Kalau ini, yang kecil ini pun tak boleh kita masuk; macam kita kalau rumah kita terbakar contohnya, boleh masuk?
[Audiens] -- Tak.

Ya(?).


[4:59] Kalau kereta terbakar, boleh duduk dalam kereta?
[Audiens] -- Tak boleh.


[5:02] Panas tak?
[Audiens] -- Panas.


[5:03] Itu baru api dunia. Inikan pula api Neraka.


[5:08] Sebab tu kita bicarakan soal seksa api Neraka.


[5:13] Apa dia api Neraka itu?
-- Ha, ni saya tertariklah dalam sebuah hadis ya, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah.


[5:21] Abi Hurairah kata: dia dengar Rasulullah bersabda. Apa kata Nabi?
-- Kata Nabi: [Membaca hadis]


[5:36] [Terjemahan] Neraka tu dinyalakan selama seribu tahun.


[5:40] Dinyalakan selama seribu tahun.


[5:43] [Membaca hadis]


[5:45] [Terjemahan] Sampai dia jadi merah.


[5:46] Merah. Ya(?).


[5:48] [Membaca hadis] "Thumma...", [  ثُمَّ ]
[Terjemahan] Kemudian...


[5:50] [Membaca hadis]


[5:53] [Terjemahan] Kemudian dinyalakan seribu tahun lagi. Sehingga api merah tadi menjadi putih.


[5:58] Ya Allah. Ya(?).


[6:00] Biasa api merah kita nampak, kan?


[6:02] Pernah nampak api putih tak?
[Audiens] -- Tak.


[6:04] Ha, nak tengok, cuba tengok orang duk welding besi tu.

Yang duk welding dengan dia punya alat welding tu kan.


[6:10] *Chet!* dia cucuh tu, dia pusing.

*Che~q!* Apa yang keluar?


[6:13] Putih yang keluar tu.


[6:15] Ha, tu dah yang kedua; hingga dia menjadi putih.


[6:18] "Thumma...", kata Nabi. [  ثُمَّ ]
[Terjemahan] Kemudian...


[6:21] [Membaca hadis]


[6:22] [Terjemahan] Dinyalakan lagi selama seribu tahun lagi, sehingga api betul-betul menjadi hitam sepertimana gelapnya malam.


[6:30] Jadi nak menggambarkan kepada kita, api Neraka tu dinyalakan mula-mula merah, kemudian jadi putih. Lepas tu jadi hitam; hitam macam gelapnya malam.

Ya Allah.


[6:42] Bayangkanlah, macam mana kita dah la gelap selapis, api pula.


[6:47] Jadi kalau api dunia hari ni merah. Betul tak?


[6:50] Itu ringanlah tu, ringanlah tu.


[6:52] Kalau api dia merah tu ringan, kalau api jadi hitam?


[6:55] Ha, tak tahu. Ini merupakan bayangan ya.


[6:57] Sebenarnya puan-puan, tuan-tuan yang dirahmati Allah; kalau api dunia ini kita tak sanggup, ya(?). Kalau api dunia tak sanggup, macam mana kita nak masuk api Neraka besok?


[7:10] Cuba tengok.

Sebab tu orang kalau betul-betul dia beriman, kalau betul-betul dia percaya kepada Neraka yang ini panas azab seksa, dia takkan buat benda maksiat walaupun sekecil-kecil perkara.


[7:21] Pernah diriwayatkan bersama Sahabat zaman Nabi dulu; bagaimana seorang Sahabat Nabi nak berzina. Nak berzina.


[7:27] Perempuan tu kata: "Okey. Kalau nak berzina, boleh; saya tak ada masalah.

Dengan syarat, kejap, nanti, tunggu kejap."

Apa dia?


[7:33] Dia nyalakan lilin. Dia nyalakan lilin. Lilin. Besar mana lilin?


[7:37] [Wanita] Tiba-tiba dia kata: "Okey. Kita boleh berzina, dengan syarat: cuba kau masukkan tangan kamu dalam api lilin dulu."


[7:42] Dia pun masuk-masuk-masuk; "Aduh!", kata dia.

[Wanita] "Kenapa aduh?"


[7:45] [Lelaki] "Oih, apa tak aduh; panas!"


[7:47] Dia kata: "Itu baru api dunia. Macam mana kalau kita berzina, besok tak ke masuk Neraka; sanggup?"


[7:52] Tak jadi dia berzina.


[7:54] Sebab tu Nabi kata, apa?
-- [Membaca hadis]


[8:01] [Terjemahan] Takkan berzina orang-orang yang berzina ketika dia berzina tu dia beriman.


[8:05] Kalau masa itu dia beriman, dia takkan berzina.


[8:07] Orang yang nak minum arak... [Membaca ...]


[8:12] [Terjemahan] Orang nak minum arak tu kalau betul-betul dia beriman masa itu, dia takkan minum.


[8:16] Tetapi kebanyakan bila dia buat maksiat, dia buat mungkar, sebenar masa itu dia tidak, tidak beriman.

Satu.


[8:24] Yang kedua. Saya nak bicarakan bagaimana keadaan dalam Neraka.


[8:29] Bagaimana suasana... Saya kata tadi: gelap, kan?


[8:31] Kenapa gelap?
-- Kerana api itu dinyalakan daripada merah kepada putih, putih kepada hitam.

Ya Allahuakbar.


[8:38] Makna hitam: gelap.


[8:39] Nabi kata: [Membaca ...]


[8:42] [Terjemahan] Macam gelap malam; tanpa bintang, tanpa bulan.


[8:45] Gelap tak?
[Audiens] -- Gelap.


[8:46] Kan tak nampak apa dah kan.


[8:48] Yang kedua, apa yang kita dengarnya; Allah sebut dengan firman-Nya, Surah Hud, ayat 6. Cuba rujuk ya.


[8:54] Dalam Surah Hud, ayat 106. Allah kata apa?
-- [Membaca Surah Hud, ayat 106]

(106)   فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ  
[Terjemahan Basmeih] Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). (106)


[9:07] Ya Allah. Sodaqallahul azim.


[9:09] Apa Tuhan kata?


[9:10] [Terjemahan] Ada pun orang-orang yang derhaka, orang yang melanggar perintah Allah, orang-orang yang tak buat apa yang Allah suruh, orang-orang yang meninggalkan apa yang Allah perintahkan, orang-orang yang buat benda-benda yang Allah larang; ha, ini orang ini ni... [Membaca sebahagian Surah Hud, ayat 106]

(106) ...   فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ  


[9:27] [Terjemahan] Mereka akan duduk dalam...


[9:28] Apa dia?
-- Api Neraka.


[9:29] Apa dalam api Neraka?
-- [Membaca sebahagian Surah Hud, ayat 106]

(106)   فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ ...  


[9:35] Yang Allah kata: kat Neraka yang kita dengar hanyalah suara pekikkan-pekikkan, suara jeritan-jeritan.


[9:42] Ya Allah. Macam mana, kita bayangkanlah.


[9:45] Okey, bayangkanlah kalau kita dalam rumah kitalah-eh...


[9:49] Saya kadang-kadang ya, dalam rumah kita bila blackout, blackout lah kan. Bila tengah-tengah menonton TV, *tap!* blackout.


[9:55] Gelap tak?


[9:57] Anak sana menjerit. Cucu sini menjerit. Ada berlaku tak?
[Audiens] -- Ada.


[10:01] Itu baru jeritan kerana gelap malam.


[10:04] Bagaimana jeritan dalam api Neraka bukan kerana gelap; kerana panas, seksa.


[10:09] Yang dengarnya ialah: [Membaca sebahagian Surah Hud, ayat 106]

(106)   زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ ...  


[10:12] Sana orang menjerit. Sini... Dia macam mana tak menjerit; panas.


[10:16] Kita kadang-kadang api dunia kadang duk masak-masak tu pun; kadang bukan pegang api, pegang kuali aje. Betul tak?
[Audiens] -- Betul.


[10:22] Kadang-kadang pegang kuali: "Aduh!"


[10:25] Yang ber-aduh pasal apa?


[10:27] Bukan pegang api lagi, baru pegang kuali!

Belum pegang api lagi.


[10:31] Kalau pegang api?


[10:33] Ini kita nak cerita bukan pegang api; masuk dalam api!

Boleh?


[10:37] Hii ... . Masa ni "hii" lah; kejap lagi, hilang "hii"-nya. Betul tak?


[10:43] Maka sebab itulah dalam konteks ini bila bincang soal seksa Neraka, nak memberi satu keyakinan, yakinlah kita Neraka itu ialah api. Ya(?).


[10:52] [Membaca Surah al-Qari'ah, ayat 10-11]

(10)   وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ  
(11) ...   نَارٌ  


[10:56] Siapa yang kata?
-- Allah yang cerita.


[10:58] Sebab dunia hari ini tuan-tuan, saya, bila kita cakap soal api Neraka dan seksa ini, kadang-kadang kita lebih percaya daripada kata-kata manusia.


[11:07] Kita lebih yakin kepada kata-kata manusia.


[11:10] Contoh, ya. Contoh, kita kata beginilah.


[11:14] Mungkin tuan-tuan pernah dengar perkatan "letrik", ya? "Karen", ya? Pernah dengar "karen tak"?
-- Pernah, pernah.
*karen -- current

[11:19] Nak pegang karen?
[Audiens] -- Tak nak.


[11:21] Tak nak, pasal apa?
[Audiens] -- ...


[11:23] Mana tahu?
[Audiens] -- ...


[11:25] Mana tahu? Dah pegang belum?
[Audiens] -- Belum.


[11:29] Habis, kenapa tak nak pegang?


[11:30] Ya, maka sebab tu mengakatan bahawa: kalau karen tak berani kita pegang kerana kita yakin dia bahaya; itu baru dunia.


[11:37] Kaf-alif-ra-nun.

Terbalikkan jadi: nun-ra-alif-kaf -- Neraka!


[11:42] Kenapa kita nak masuk?


[11:44] Nak masuk Neraka tak?


[11:45] Tak nak;  mengumpat orang buat apa?


[11:48] Ha, ini persoalannya, iaitu: kenapa? Kenapa duk mengumpat orang?

Ha, maka sebab itu...


[11:51] Okey, jangan ke mana-mana. Kita berhenti rehat sekejap. Dan lepas ini kita bertemu lagi, kita bicarakan seksa api Neraka.

Jangan ke mana-mana, bertemu lagi selepas ini.


....... Blok 2 daripada 4 .......

[12:03] Alhamdulillah, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah. Kita masih lagi membicarakan tajuk hari ini, iaitu: "Seksa Neraka".


[12:13] Alhamdulillah, bersama saya menemani saya dalam studio, Masya-Allah, kita daripada jemaah Masjid al-Falah, USJ 9.

Selamat datang ke studio semua.


[12:23] Ya, kita teruskan lagi perbicaraan kita. Sebenar kita katakan tadi bilamana kita sebut seksa Neraka, saya nak gambarkan pula macam mana keadaan orang-orang dalam Neraka.


[12:32] Selain daripada menjerit, selain daripada pekik kerana kesakitan, kerana seksa ini; Allah sebut dengan firman-Nya, kita lihat dalam Surah an-Nisa', ayat 55. Allah sebut dengan firman-Nya:

[Membaca ta'awuz]

[Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 56]

(56) ...   ۗ   كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ   ...
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (56)


[12:53] Sodaqallahul azim. Ya Allah.


[12:56] Ini kalau kita baca ayat-ayat ini, kita faham; ah, ini yang naik sebak ni. Ya(?).


[13:00] Apa Allah kata?
-- Orang-orang dalam Neraka nanti, bila kena api tu; biasa bila kena api, apa jadi?


[13:06] Rentung tak?


[13:07] Tapi belum sempat rentung, baru kulit saja dah hancur makan dek api, maka Allah jadikan kulit lain.

Jadi kulit lain.


[13:17] Supaya dia merasa azab seksa.


[13:19] Dibakar dek api; kulitnya dibakar makan dek api, Allah jadikan kulit lain.

Itulah selama-lamanya dalam Neraka.

[13:27] Seksa tak?


[13:29] Alah, kita kena sentuh api sikit melecur sikit *sss!* [membuat gaya menggosok dan meniup jari telunjuk kiri]

Mengalahkan kena cabai. Betul tak?


[13:35] Itu baru melecur sikit. Macam mana kita nak dihumban dalam Neraka; badan semua sekali masuk Neraka, dalam api yang begitu marak menyala.

Takut tak?


[13:44] Maka sebab itulah kenapa Nabi diutuskan untuk "tafsyir", untuk "inzar".


[13:50] Nabi datang bagitahu kita, puan-puan, tuan-tuan; kalau kita buat baik, kita jadi manusia baik, manusia yang soleh, besok balasan kita: Syurga.

Itu Nabi kata, itu sebab diutuskan.


[14:03] Nabi kata lagi: barang siapa buat jahat, buat maksiat, buat mungkar, yang Allah suruh dia tak buat, yang Allah larang dia buat; balasan dia apa?


[14:12] Nabi dah bagitahu tapi kenapa masih buat benda-benda dilarang?

Kenapa kita masih pilih jalan ke Neraka?

Itu persoalanya, ya(?).


[14:18] Okey, kalau begitu, untuk kita bicarakan soal ini, saya bagi peluanglah. Mungkin orang-orang daripada USJ ni ramai, ada banyak soalan-soalan yang nak aju kepada saya, insya-Allah mudah-mudahan kalau mampu, saya jawab. Insya-Allah.

Ya, saya berilah peluang kepada puan-puan, tuan-tuan yang ada soalan. Okey, silakan.

Ya, okey, silakan. Baik.


[14:35] [Audien] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya, Hajah Faridah daripada qariah Masjid al-Falah, USJ 9.

Saya ingin tahu, adakah keadaan-keadaan yang Ustaz beritahu ni ada di dalam al-Quran atau pun hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.? Atau azab sengsara yang ada di dalam penjara di dalam dunia ini, sama dalam keadaan Neraka?
Itu sajalah, Ustaz. Saya nak minta Ustaz jelaskan. Terima kasih.


[15:13] Ya, mungkin soalan ini kalau tanya azab di dunia dengan azab di akhirat; lain. Ya(?).


[15:19] Cuma mungkin kalau ajuk soalan kepada saya: "Macam mana bentuk Neraka itu?"

Ha, bentuk Neraka tu macam mana, bukan azabnya tu; bentuk Neraka tu.

[15:28] Ini mungkin ustaz-ustaz kita belum pernah bercakap, belum pernah cerita kepada kita macam mana bentuk Neraka. Ya(?).


[15:34] Mungkin, "Apakah...", orang kata, "... macam padang bola? Terdedah macam itu."

Ada orang kata: "Apakah Neraka itu macam penjara?"

Macam-macam. ...


[15:46] Sebenarnya, memang Quran, hadis tidak mencerita cara khusus tentang bentuk; cuma menceritakan azab Neraka, seksa Neraka.


[15:55] Bentuk Neraka tu macam mana?
-- Ha, ini yang banyak ulama-ulama mempersoalkan dan mempertikaikan.


[15:59] Walau bagaimanapun, cuba sini ya. Yang pertama sekali kalau tanya dari segi azabnya, seksanya; saya kata bahawa: Neraka itu ialah api yang sangat panas.

Ya(?). Boleh faham, ya(?).


[16:11] Kalau dunia ini, apinya panas.

Tapi kalau akhirat, apinya amat panas.

Beza ya.


[16:17] Yang kedua, kalau tanya saya soal bentuk Neraka: "Macam mana Neraka itu?"


[16:22] Sebenarnya memang, kalau kita lihat, ya. Saya mungkin terbaca satu ayat; mungkin orang tak pernah fikir, ya. Dan perlu kita fikir bersama.


[16:31] Cuba tuan-tuan rujuk kepada Surah al-Balad; di akhir Surah al-Balad. Ya(?).


[16:37] Saya minta tuan-tuan dan puan-puan tolong rujuk, ya; di akhir Surah al-Balad, ya.


[16:42] Apa dia ayatnya?
-- Allah sebut: [Membaca Surah al-Balad, ayat 19-20]

(19)   وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ  
[Terjemahan Basmeih] Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. - (19)

(20)   عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌ  
[Terjemahan Basmeih] Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). (20)


[16:56] Itu akhir surah apa?
-- al-Balad


[16:59] Tolong rujuk kalau boleh, ya.


[17:01] Maksud dia: [Membaca sebahagian Surah al-Balad, ayat 19]

(19) ...   وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا  


[17:04] [Terjemahan] Orang-orang yang mengkufurkan, mengingkari kebenaran ayat-ayat Kami...


[17:09] Maka Allah kata: [Membaca sebahagian Surah al-Balad, ayat 19]

(19) ...   هُمْ   ...
[Terjemahan] Mereka itu adalah....

(19) ...   أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ   ...
[Terjemahan] Orang kumpulan kiri.


[17:14] Siapa dia kumpulan kiri?
-- Ialah orang-orang yang dimasukkan dalam api Neraka.


[17:18] [Membaca sebahagian Surah al-Balad, ayat 20]

(20) ...   عَلَيْهِمْ نَارٌ  

[Terjemahan] Api Neraka yang...


(20)   مُّؤْصَدَةٌ   ...
[Terjemahan] Yang ditutup rapat.


[17:25] Jadi, kalau tuan-tuan rujuk dalam kitab tafsir pimpinan Rahman...


[17:29] Tolong rujuk kitab tafsir pimpinan Rahman.


[17:32] Apa dia kata; dalam syarah bawah tu dia kata apa?
-- Memang sengaja Neraka tu ditutup rapat supaya panasnya tak keluar.


[17:39] Jadi saya buat kesimpulan, saya kata kalau begitu, boleh kita bayangkan seolah-oleh Neraka itu macam microwave.


[17:46] Ha, ni orang perempuan, sebut microwave; ha, dia paham, baru tahu.


[17:50] Mungkin selama ni kita duk bayang Neraka tu macam padang bola. Betul tal?


[17:54] Jadi macam padang bola tu dia terbuka. Mungkin panasnya keluar.


[17:58] Tapi kalau macam microwave, panas boleh keluar?


[18:01] Dia tutup rapat-rapat, masuk ikan seekor, 2 minit cukup. Betul tak?

Itu baru microwave.


[18:08] Maka ayat ini nak membayangkan kepada kita bentuk Neraka tadi, iaitu: [Membaca Surah al-Balad, ayat 20]

(20)   عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌ 


[18:18] Apa dia?
-- Neraka itu ditutup rapat.


[18:22] "Ditutup rapat" ertinya: lubang pun tak ada.


[18:25] Yang ada hanya, pintu-pintu. Bila orang nak masuk, buka; masuk, tutup.


[18:28] Macam kita, microwave-lah kan.


[18:30] Bila nak masuk buka; masuk, lepas tu? Tutup. Pasang *tet-tet-tet*.

Berapa minit? Dua minit, tiga minit. Lebih, rentung.


[18:38] Itu baru dua minit. Masuk Neraka bukan dua minit. Berapa minit?
-- Hoi, ... Ya Allah!

[18:43] Maka inilah gambaran yang dapat saya beritahu.


[18:45] Ha, kita kena fikirlah, apa Allah kata: [Membaca Surah al-Balad, ayat 20]

(20)   عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌ 


[18:52] Kitab Tafsir pimpinan Rahman, kitab Melayu saja; tak usah pakai kitab Arab.


[18:55] Kitab apa?
-- Pimpinan Arrahman.


[18:59] Di bawah dia diterang apa?
-- Dia kata: Neraka tu ditutup rapat, tujuannya supaya panasnya lebih kuat.

Itulah gambaran Neraka.


[19:10] Soalan. Okey. Wallahu 'alam. Ada lagi soalan lain?

Silakan. Ada lagi soalan?

Ya, silakan.


[19:15] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz.

Saya Rohani dari Masjid al-Falah, USJ 9. Soalan saya, Ustaz; tadi Ustaz kata semua orang masuk Neraka dibakar dengan api Neraka, kan.

Jadi, ada tak seksa-seksa lain selain daripada api Neraka?

Itu saja soalan saya. Terima kasih.


[19:32] Okey, baik. Terima kasih.


[19:33] Jelas soalan. Bagus, ya.


[19:35] Soalannya: "Selain daripada dibakar dalam api..."

Api pun dah seksa dah, ya.


[19:39] Tetapi saya tertarik dengan soalan tadi. Masya-Allah.


[19:41] "... Ada tak seksa lain?"


[19:44] Maknanya ada yang ditambah dengan seksa lain, lain daripada api Neraka?


[19:48] Saya rasa kalau tak ada seksa lain, api pun dah cukup dah, kan.


[19:51] Cukup tak?


[19:52] Tapi soalannya: "Ada tak seksa lain?"


[19:54] Sebenarnya dalam hadis Nabi ada sebut, ya. Dalam hadis diriwayatkan daripada Abdullah ibn Jaabir.


[20:00] Yang Nabi kata apa: [Membaca hadis]


[20:08] Ha, Nabi kata tu: [Membaca hadis]


[20:13] Tu dia.


[20:14] [Terjemahan] Dalam Neraka ada ular-ular sebesar leher unta.


[20:19] Ya Allah. Besar leher unta!


[20:23] Lepas tu ada Nabi sebut balik, dalam Neraka juga ada apa dia?
-- Ada pula dia punya, disebut seperti "aqaarib" [Bahasa Arab]; kala jengking.


[20:33] Kala jengking sebesar mana?
-- [Membaca hadis]


[20:36] Ya Allah, seperti mana tu: keldai tu, seperti mana baghal tu.


[20:41] Tahu baghal apa dia?
-- Tu yang besar sikit daripada keldai, kecil sikit daripada unta tu, kecil sikit daripada kuda. Itu baghal.

Itu besarnya kala jengking.


[20:50] Kala jengking dunia besar mana?
-- Besar ni je kan? [Menunjukkan ibu jari kiri]


[20:54] Kala jengking dalam Neraka besar baghal tu.


[20:57] Alamak! Kalau gigit kita macam mana?


[20:59] Nabi kata: sekali dia gigit, ular tu sekali dia patuk; bisanya seribu tahun akan rasa.


[21:08] Ya Allah. Kalau sekali dia patuk dah akan rasa selama seribu (1,000) tahun...


[21:13] Ada pula yang kata: [Membaca hadis]

[Terjemahan] Empat puluh (40) tahun.


[21:18] Bisa dia nak kena rasa 40 tahun.


[21:20] Maknanya, seolah hadis ini menceritakan kepada kita; dalam Neraka, selain daripada ada ular, ada kala jengking.


[21:27] Maka, ular untuk siapa?
-- Ada ulama kata: ular ini untuk orang khusus yang tak sembahyang.


[21:33] Dalam kubur dah ada dah.


[21:35] Orang tak sembahyang masuk kubur, dah ada ular dah.


[21:37] Ya(?). Kadang-kadang belum orang, mayat masuk, jenazah masuk; dah ada jumpa ular dah.

Kadang-kadang lari penggali kubur. Dah ada ular dah.


[21:44] Tapi, cuma untuk orang tak sembahyang, bila masuk dalam kubur, dia ada ular khas untuk dia. Siapa dia nama dia?
-- Suja il-aqra'.

Ya Allah.


[21:53] Dalam kubur ada satu ular, nama dia: Suja il-aqra'.


[2:58] Dia akan patuk orang ini.

Bisanya, ya Allah.


[22:01] Dunia hari ini bila kena patuk ular, kita boleh ikat, ambil painkiller tahan sakit, pergi hospital, jumpa doktor.

Kalau Neraka ada doktor tak?


[22:11] Dalam Neraka ada hospital tak?


[22:13] Habis, buat macam mana?
-- Sakitlah!


[22:15] Cuma di sana istilah "mati" tak ada.


[22:18] Di sini kalau kena gigit ular bisa, sakit-sakit-sakit, mati.

Tak ada apa dah, kan. Selamatlah kan.


[22:23] Di sana ada mati?
 [Audiens] -- Tak ada.


[22:25] Habis, sakitnya? Macam mana nak buat?


[22:27] Itu gambaran seksa, azab Neraka.


[22:29] Maka persoalan tadi, saya kata: ada lain daripada api Neraka, lain dibakar api Neraka, ada lagi azab lain.


[22:34] Apa dia?
-- Yang pertama: ular.


[22:36] Yang kedua: kala jengking.


[22:38] Ular pula besar leher unta.


[22:41] Ya Allah! Besar mana ya?


[22:43] Kita hari ni nampak ular lidi dunia ni pun [Menunjukkan jari kelingking kanan], dah menjerit dah. ... perempuan.


[22:48] Nampak ular besar ini je. [Menunjukkan jari kelingking kanan]

Habis kampung lari. Ya(?). Betul tak?


[22:54] Ini kalau nampak, masuk Neraka ular pula besar leher unta; macam mana nak buat?


[22:59] Maka sebab itulah. Ini gambaran-gambaran seksa dalam... Yang mesti kita akan temui.


[23:04] Nak lari ke mana? Ya(?).


[23:06] Nak lari ke mana?


[23:08] Kalau di dunia boleh la capai kayu, ketuk kepala.

Habis, sana nak capai kayu apa?

Mana ada kayu.

Yang ada hanya api saja.


[23:14] Okey. Ingat ya. Ini maknanya gambaran-gambaran seksa dalam api Neraka.


[23:20] Seram tak?
[Audiens] -- Seram.


[23:22] Takut tak?
[Audiens] -- Takut.


[23:23] Nak masuk Neraka?
[Audiens] -- Tak nak.


[23:25] Kalau tak nak, buatlah cara okey.


[23:26] Okey, saya bagi lagi peluang. Ada lagi soalan?


[23:29] Ya, silakan. Baik.


[23:31] Ya, silakan. Ya.


[23:31] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz.

Tadi Ustaz ada menerangkan bahawa orang-orang yang masuk ke Neraka; ada yang ringan azab seksanya dan ada pula yang berat azab seksanya.
Saya mohon Ustaz terangkan bagaimanakah perbezaan di antara ringan dan berat azab seksa Neraka itu.
Terima kasih, Ustaz.


[23:54] Ya, baik. Terima kasih. Bagus soalannya.


[23:56] Walaupun manusia dimasukkan ke Neraka, sebenarnya memang kalau bercakap dari segi azab seksanya, dia tidak sama, ya. Dia berlainan.


[24:04] Walau bagaimanapun, oleh kerana masa tak mengizinkan, saya akan jawab soalan tu lepas kita rehat sebentar.


....... Blok 3 daripada 4 .......

[24:15] Ya, terima kasih. Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.


[24:20] Kita masih lagi bersiaran dalam rancangan "Tanyalah Ustaz". Dan kita masih lagi bicarakan soal seksa Neraka.


[24:27] Tadi saya nampak wajah-wajah di hadapan saya macam seram saja, ya(?).


[23:30] Ini menunjukkan semuanya tak nak masuk Neraka. Mungkin sekarang bila dengar saya bercakap, semua tak nak masuk Neraka. Betul tak?
[Audiens] -- Betul.


[24:38] Lepas ini?


[24:39] Bila balik rumah? Macam mana?
-- Dah lupa, tak ingat.

Betul tak?


[24:44] Maka sebab tu kena selalu kita kena ingat; bila kita nak buat sesuatu benda, jika benda tu salah, benda tu tak betul, ingat apa dia balasan dia?
-- Neraka.


[24:52] Seram tak Neraka?
[Audiens] --Seram.


[24:54] Ha, maka sebab tu jangan buat benda-benda yang boleh masukkan kita ke dalam Neraka.


[24:58] Jadi soalan tadi, kejap, kita sambung sikit.

Ya, memang bilamana manusia masuk Neraka; semua orang masuk Neraka, cuma ada perbezaannya. Sehingga ada ulama-ulama mengatakan, lain tempat duduk itu, lain pintu dia masuk, lain azab dia akan rasa.


[25:12] Sebab dia pintu banyak, ya.


[25:14] Disebut dalam Quran dengan: [Membaca Surah al-Hijr, ayat 44]

(44)   لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ  
[Terjemahan Basmeih] "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)". (44)


[25:22] Dia ada pintu-pintu, dan setiap pintu tu ada juzuk-juzuk khas.


[25:25] Mungkin, mungkin pintu pertama ini agak kurang sikit seksanya. Ya(?).


[25:29] Masuk pintu kedua, agaklah berat sikit.


[23:32] Yang ketiga lagi berat.


[23:33] Yang keempat, lagi... Mungkin. Ada kemungkinan. Satu.


[23:36] Yang kedua, mungkin orang masuk Neraka dibakar api saja, dia tak kena patuk ular.

Nampak tak?


[25:41] Kalau tidak; ada orang masuk Neraka, kena patuk ular lagi.


[25:43] Sakit tak?
-- Sakit.


[25:45] Ada orang pula, dah la seksa api Neraka, ular patuk, jengking pun... Ya Allah. Dan mungkin lagi ada azab-azab yang lain.

Maka sebab tu saya mengatakan bahawa: azab Neraka tidak sama.

[25:54] Yang penting; asalkan masuk Neraka saja, azab tak?


[25:57] Seksa tak?


[25:58] Ya Allah. Jerit-pekik. Esok kita akan menjerit besok.


[26:01] Maka, tak nak menjerit, jangan masuk Neraka.


[25:03] Ya, tak nak masuk Neraka: jangan buat maksiat, jangan buat benda-benda yang salah, jangan buat benda-benda yang mungkar. Okey.


[26:11] Esok-esok ni Insya-Allah, paling-paling tidak kalau nak masuk juga tu minta: Ya Allah, Ya Tuhanku, masuk yang ringan-ringan sudah la.

Ya(?)


[26:16] Okey? Okey. Saya bagi peluang lagi, kalau ada soalan lagi, silakan. Ada soalan?

Ya. Okey. Silakan. Ya.


[26:22] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz. Saya ... daripada jemaah Masjid al-Falah USJ 9.

Ada orang kata tentang Neraka, ada yang kata: bertingkat-tingkat, ada tujuh pintu. Ada pula yang kata: macam rumah teres, berderet-deret, ada tujuh pintu juga.

Yang mana satu betul, Ustaz?


[26:45] Betul juga tu. Saya pun ada dengar juga.


[26:47] Saya dengar ada orang kata Neraka ni dia kata: tujuh tingkat.

 Satu, dua, ... sampai ke bawah tu.


[26:53] Ada pula yang kata: "Tak, bukan bertingkat, Ustaz. Dia sederet, tujuh pintu; macam rumah teres tu."

Tu dia.

[26:58] Yang mana betul ni?


[26:59] Sebenarnya kalau dari segi mafhumnya: memang kedua-duanya betul.


[27:03] Maksud dia, bila sebut: "bertingkat-tingkat" itu, macam saya cakap tadilah.

Ya(?), mungkin orang yang duk di atas sekali tu, agak ringan sikit, ya(?).

Jadi kalau yang bawah sekali tu...

[27:13] Kalau kita masak nasi; masuk beras dalam periuk, masuk air, kita kacau-kacau-kacau, dia mendidih dah kan. Yang nak jadi kerak dulu yang mana?
[Audiens] -- Bawah.


[27:23] Yang atas tak pernah jadi kerak?
[Audiens] -- Tak.


[27:25] Pasal apa?


[27:28] Yang nak jadi kerak tu yang...?
-- Yang bawah. Yang nak rentung, yang bawah tu la.


[27:32] Itu bab masa tingkat.


[27:34] Tapi sebenarnya bila dicakap soal pintu; itu memang betul.


[27:37] Maksud dia, kita nak kata: deret pun betul, tingkat pun betul.


[27:41] Yang pentingnya, orang yang masuk pintu pertama itu: kurang sikit azabnya.


[27:46] Orang yang masuk tingkat yang kedua, pintu kedua itu: lebih sikit.


[27:49] Saya tertariklah kalau kita katakan, contohnya, cuba tuan-tuan rujuk dalam Surah al-Hijr, ya(?).


[27:58] Balik kang rujuk Surah al-Hijr, iaitu dalam ayat 44, ya(?).


[28:02] Surah al-Hijr, ayat 44.


[28:04] Allah kata apa?
-- [Membaca Surah al-Hijr, ayat 44]

(44)   لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ 


[28:12] Allah kata: Neraka itu ada 7 pintu.


[28:15] Dia tak kata 7 tingkat.

Dia 7 pintu.


[28:18] Maknanya: pintu ini lain, pintu ini lain, pintu ini lain.

Baik.


[28:21] Kita lihat pula dalam Surah an-Nisa, ayat 144.


[28:24] Kita tengok Surah an-Nisa', ayat 144; Allah kata apa?
-- [Membaca ta'awuz]

[Membaca sebahagian Surah an-Nisa, ayat 145]

(145) ...   إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ  
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (145)


[28:34] Kalau kita nak kira Neraka itu bertingkat, maka tingkat yang paling bawah sekali ialah untuk orang-orang munaqin. Orang munafik.


[28:43] Ya, orang munafik di bawah sekali.


[28:46] Maknanya, kalau saya nak ibaratkan: kita masak nasi, ya, yang nak jadi kerak dulu, orang munafik tu lah.


[28:54] Dia nak rentung dulu, dialah. Ya(?).


[28:56] Kalau nasi dah jadi hangus pun, dia dulu rentung, betul tak? Lepas tu baru naik ke atas.


[29:00] Ini gambaran-gambaran Neraka, ada yang kata bertingkat, ada yang kata... Yang penting, dia ada 7 pintu.


[29:06] Maksud dia, setiap pintu itu... [Membaca sebahagian Surah al-Hijr, ayat 44]

(44)   جُزْءٌ مَّقْسُومٌ   ...


[29:09] Mungkin orang ini, dosa taklah begitu banyak; okey, masuk pintu pertama. Ya(?).


[29:14] Orang ni mungkin lebih sikit, ada buat dosa-dosa ini; masuk pintu yang kedua.


[29:19] Tetapi walau bagaimanapun, saya tertariklah, saya sempat catat sikit, ya.

Sebenarnya ada diriwayatkan, diriwayatkan: Jibril ada menceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang pintu-pintu Neraka tadi.


[29:32] Apa kata Jibril?


[29:34] Jadi saya nak ambil daripada tingkat yang 7, ya.

Yang 7 tu, yang bawah sekali tu, kalau betul itu untuk yang bawah sekali ya; nama dia: "Hawiah".


[29:44] Pintu yang ke-7 yang bawah sekali tu nama dia: "Hawiah".


[29:47] Ya, ... [Membaca sebahagian Surah al-Qari'ah, ayat 10]

(10) ...   وَمَا

... tu kita katakan tadi; ayat-ayat yang saya baca tadi, ya(?).


[29:51] Nama apa?
-- "Hawiah".

Nama Neraka.


[29:55] Ini untuk siapa?
-- Untuk orang-orang munafiqin, Firaun, dan Abu Lahab; ada riwayat mengatakan begitu.


[30:03] Untuk orang munafiqin, termasuk Firaun dan Abu Lahab.


[30:07] Tu dia, hebat orang ni ni.

Maknanya Firaun pun termasuk orang mana geng-geng munafiqin juga.


[30:12] Sebab Allah kata: [Membaca sebahagian Surah an-Nisa, ayat 145]

(145) ...   إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ  


[30:15] [Terjemahan] Orang munafik yang paling bawah sekali.


[30:16] Lepas tu, yang ke-6, naik sikit.

Nama dia: Neraka "Jahim".

Jahim.


[30:22] Ha, tu pintu yang ke-6 tadi nama dia: Neraka Jahim.


[30:27] Untuk siapa?
-- Untuk orang-orang kafirin, musyrikin.


[30:33] Jahim untuk kafirin dan musyrikin.


[30:36] Naik atas sikit, yang ke-5, nama dia: "Saqar".


[30:40] Kita baca al-Quran, misal: ... [Membaca Surah al-Muddathir, ayat 27]

(27)   وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ  
[Terjemahan Basmeih] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? (27)


[30:44] Ha, itu nama dia: Saqar.


[30:46] Untuk siapa?
-- Saqar ini untuk orang-orang "sobiin".


[30:49] Ni satu jenis kumpulan orang kafir nama dia: "sobiin".

Dia masuk pintu Saqar.


[30:54] Yang ke-4, nama dia: "Lazho".


[30:57] Lazho ni kalau kita baca dalam Surah al-Ma'arij, ayat 15.


[31:02] Al-Ma'arij, ayat 15.

[Membaca Surah al-Ma'arij, ayat 15-17]

(15)   كَلَّا ۖ إِنَّهَا لَظَىٰ  
[Terjemahan Basmeih] Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya, (15)

(16)   نَزَّاعَةً لِّلشَّوَىٰ  
[Terjemahan Basmeih] (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan, (16)

(17)   تَدْعُو مَنْ أَدْبَرَ وَتَوَلَّىٰ  
[Terjemahan Basmeih] Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran), (17)


[31:12] Itu makna untuk siapa?
-- Lazho ialah untuk syaitan, Iblis, dan kuncu-kuncunya.


[31:19] Ha, itu pintu Lazho.


[31:21] Kau Iblis, ya? Iblis ya? Okey, masuk pintu berapa?
-- Pintu 4.


[31:25] Okey, pintu 3, atas lagi, ialah: "Hutomah".


[31:30] Ha, ni kita baca al-Quran tu la, daripada Surah al-Humazah, ayat 5.


[31:34] Dia kata apa?
-- [Membaca Surah al-Humazah, ayat 5]

(5)   وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ  
[Terjemahan Basmeih] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (5)


[31:39] Ha, tu nama Neraka; "Hutomah".


[31:40] Untuk siapa?
-- Untuk orang-orang Yahudi.


[31:46] Naik atas lagi, yang ke-2, nama dia: "Sair".


[31:50] Ya, tengok saya baca Surah an-Nisa', ayat 9.


[31:54] Surah an-Nisa', ayat 9 kata apa?
- [Membaca Surah an-Nisa', ayat 10]

(10)   وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا   ...
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. (10)


[31:59] Ya, itu tingkat yang berapa? Yang ke-...?  Nama dia apa dia?
-- Sair.


[32:03] Untuk siapa?
-- Untuk orang-orang Nasara.


[32:07] Sampai sini, Jibril diam.


[32:09] Jibril senyap.


[32:10] Nabi: Ya, Jibril, kenapa diam? Yang atas sekali untuk siapa?


[32:14] Jibril diam.


[32:15] Nabi tanya lagi: Jibril, kenapa kau diam?


[32:17] Jibril segan nak bercakap ke Nabi tu.


[32:20] Maka dia kata: "Pintu yang pertama itu ialah untuk umatmu ya Muhammad."

Allahu akbar!


[32:25] Itu yang cerita Nabi sampai seminggu tak lalu makan tu.


[32:28] Bila dengar-dengar umat dia juga masuk Neraka, sedih Nabi.


[32:31] Ya Allah. Eh, atas-atas pun, ringan-ringan pun, teruk tak?
[Audiens] -- Teruk.


[32:36] Teruk. Maka sebab itu Nabi yang sedih, bukan kita.


[32:39] Kita sedih tak?
[Audiens] -- Sedih.


[32:41] Mana sedih. Senyum gelak saja, ya(?).


[32:45] Nabi sedih. Sedih apa?
-- Rupa-rupanya ada juga umat-umat aku masuk Neraka. Aku sangka selama ini umat-umat aku bilamana mereka mengucap dua kalimah syahadah, bilamana masuk Islam, mereka tak akan masuk Neraka.


[32:56] Nabi sangka semua umat dia masuk Syurga.


[32:58] Tiba-tiba malaikat: Ish, segan nak cakap ya Muhammad.


[33:01] Kenapa?
-- Rupanya yang atas sekali itu untuk umat-umat engkau yang banyak melakukan maksiat dan dosa.


[33:07] Bilamana hari ini, kita lihat hari ini; apakah umat Muhammad tak buat dosa?


[33:11] Allah! Ramai umat Muhammad yang buat dosa.


[33:14] Maka sebab itu ini gambaran kepada tentang kedudukan Neraka tadi.

Okey. Boleh, ya(?).


[33:20] Baik. Alhamdulillah.

Buka soalan lagi.

Ada lagi soalan?


[33:24] Silakan. Bagi peluang orang-orang USJ, Masya-Allah.

Ya, silakan.


[33:26] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz. Nama saya Hamnah Abdul Hamid daripada rakan Muslimah USJ 9.

Nak tanya Ustaz, dalam Neraka, ada tak disediakan makanan dan minum bagi penghuninya sama seperti orang-orang dalam Syurga?

Harap Ustaz dapat beri penjelasan. Terima kasih.


[33:41] Okey, okey. Baik. Terima kasih.


[33:43] Orang Neraka nak makan juga?


[33:45] Ya(?). Mungkin agaknya dalam Neraka ada kantin kot, ada restoran kot. Restoran tom yam ada tak dalam Neraka? Ya(?).


[33:52] Sebenarnya, bilamana kita cakap soal orang Neraka ni, seperti mana yang kita difahamkanlah.


[34:01] Memang ada disediakan makanan, disediakan minuman untuk orang-orang Neraka; dengan syarat: bila dia minta.


[34:09] Ya la, masuk Neraka, bila panas, dahaga tak?
[Audiens] -- Dahaga.


[34:12] Dia minta minuman.


[34:13] Bila dia rasa lapar dia minta makanan. Allah bagi.


[34:15] Tapi ingat, cuba tolong rujuk Surah al-Waqi'ah.


[34:19] Rujuk Surah al-Waqi'ah, ayat 52 sehingga 54.


[34:23] Ya, rujuk Surah al-Waqi'ah, ayat 52 hingga 54.


[34:27] Apa Allah kata?
-- [Membaca Surah al-Waqi'ah, ayat 52-53]

(52)   لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ  
[Terjemahan Basmeih] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52)

(53)   فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ  
[Terjemahan Basmeih] "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53)

(54)   فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ  
[Terjemahan Basmeih] "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54)


[34:35] Ya Allah! Bila dia nak makan, Allah bagi makan jenis buah, nama dia: buah "Zakum".


[34:41] Buah Zakum bila ditelan dalam perut saja, menggelegak.


[34:44] Ya Allah!


[34:45] Dia lapar, dia minta makan, Allah bagi makan: Malaikat, dia minta makan, bagi la.


[34:49] Bawalah satu hidang buah Zakum.


[34:51] Dapat-dapat buah Zakum, *sap!*, *pok!* makan.

Ya Allah! Lapar. Lahap. Ya(?).


[34:55] Bila makan-makan, telan; apa jadi?
-- Menggelegak dalam perut.

Ya Allah.


[35:01] Minta minuman pula. [Membaca Surah al-Waqi'ah, ayat 54-55]

(54)   فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ  

(55)   فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ  
[Terjemahan Basmeih] "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas". (55)


[35:09] Ya Allah! Bila minum, tak sempat masuk perut, dah mulut dah habis hancur dah.


[35:13] Letak nak minum saja, dah terbakar bibir habis.


[35:17] Ini gambaran makanan, minuman orang ahli Neraka.


[35:21] Nak banding soal ... orang dalam Syurga. Orang Syurga ada boleh makan tak?


[35:25] Oh, Syurga lain. Ya(?).


[35:27] Orang yang Syurga tu dia kata apa?
-- [Membaca sebahagian Surah az-Zukhruf, ayat 71]

(71) ...   ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ   ...
[Terjemahan Basmeih]  Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya". (71)


[35:32] Dalam Syurga, lain.

Dalam Syurga tu apa yang terlintas dalam kepala kita: "Aku nak makan buah anggur."


[35:37] Terlintas saja. Mungkin pokok yang menaungi kita akan mengeluarkan, immediate keluar buah anggur. Itu Syurga, ya(?).


[35:44] Bila tengok; eh, tinggi benar. Macam mana nak makan?


[35:46] Maka dahan tu, ... [Membaca ...]


[35:51] Dahan pokok turun je.


[35:53] Ha, kita duk terlentang, terbaring macam buntal, ya(?).


[35:57] Buah pokok turun sendiri. Sampai ke mulut kita, buka mulut saja.

Ha, masuk.


[36:02] Kalau buka mulut malas juga, mengunyah pun tak nak, tak usahlah.


[36:05] Itu dia beza orang Syurga dengan orang Neraka.


[36:08] Orang Syurga niat saja apa, nak apa. Orang niat: nak Burger King; ha, Burger King!


[36:13] Burger King tak main la dalam Syurga. Lekeh la.


[36:17] Baik. Maka sebab tu soalan tadi ya, ingat ya, orang Neraka dia minta makan, Allah bagi tak?
[Audiens] -- Bagi.


[36:22] Minta minum, bagi tak?
[Audiens] -- Bagi.


[36:24] Habis, apa yang bagi?


[36:26] Ya Allahu akbar! Makanan yang menggelegakkan perut. Minuman yang membakarkan bibir-bibir dan mulut-mulut.


[36:32] Ini semua gambaran seksa untuk orang yang masuk Neraka.


[36:38] Sengaja saya cakap ni: "Nak masuk Neraka tak?"


[36:40] Saya ulang kali tanya tu.

Semua tak nak, ya(?).


[36:42] Hari ni kalau tanya: "Nak masuk Neraka tak?"

Semua tak nak.


[36:45] Tanya penyangak, penyamun tu; penyangak, penyamun yang tak pernah sembahyang, dia merompak, menyamun, ragut.


[36:52] Tanya dia: "Mat. Hangpa nak masuk Neraka tak, Mat?"
-- Dia pun tak nak juga.


[36:56] Apa dia jawab?
-- "Minta simpang Malaikat 44."
Lihat juga: 129 - Hukum ungkapan simpang malaikat 44
Dicapai: 19 Rabiulawal 1433H / 12 Feb 2012M, Ahad.

[36:59] Itu menunjuk: dia pun tak nak masuk Neraka.


[37:01] Tetapi apa yang dia buat?
-- Merompak.


[37:03] Apa dia buat lagi?
-- Menyamun.


[37:05] Bila dia merompak, menyamun; pergi mana?
[Audiens] -- Neraka.


[37:07] Habis, kenapa cakap tak nak masuk Neraka?


[37:09] Ini manusia yang ada otak tapi tak boleh fikir. Fikirlah!

Fikir!


[37:13] Dunia; okey.

Masalah? Takde masalah.

Engkau ragut barang orang; lepas, selamat, engkau dapat duit.


[37:19] Balasan besok apa dia?


[37:21] Lagi banyak mana engkau ragut barang orang, banyak mana engkau dapat; dunia kau dapat banyak. Sebab tu banyak juga balasan di Akhirat.


[37:28] Dunia; seronok, senyum.

Ragut orang; dia dapat duit, mangsa tu mati. Mangsa ragut mati; ada berlaku tak?
[Audiens] -- Ada.

Lagi teruk kena besok.


[37:35] Dunia, kau selamat. Dunia, kau dapat, Masya-Allah; dapat rantai, dapat telefon, dapat duit. Seronok, *yeah!*, seronok, kan.


[37:41] Seronok la.

Besok?


[37:44] Ini gambaran kita kata tadi, ya. Ingat, ya.


[37:46] Maka kalau boleh sebab tu kita ikhtiarlah.


[37:48] Semasa umur masih ada, insaflah, sedarlah. Bertaubat cepat-cepat.

Mudah-mudahan selamat kita daripada seksa api Neraka.


[37:56] Okey, saya beri peluang lagi kalau ada soalan. Ada lagi soalan lagi?


[37:59] Ya, persilakan.

Ada lagi soalan.

Ya, sila. Jemput.


[38:02] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz.

Saya Adlin daripada Masjid al-Falah, USJ 9. Saya, kalau tidak silap saya ada hadis yang mengatakan bahawa orang yang masuk Neraka ni menerima azab yang ringan.

Kalau betul ada hadis tersebut, boleh Ustaz terangkan azab yang ringan tu?

Terima kasih.


[38:25] Ya, ya, baik. Terima kasih. Soalan, bagus soalan ni, ya.


[38:28] Tadi saya kata ada azab yang berat, ada azab yang ringan.

Tapi ingat, ya; seringan-ringan azab Neraka... Azab Neraka.

Seringan-ringan azab Neraka, ada orang kata, ada orang kata, ya: "Seringan-ringan azab dalam kubur, dalam kubur; seberat-berat azab dunia."

Itu kalau seringan-ringan azab kubur.


[38:52] Tapi seringan-ringan azab Neraka, seberat-berat azab kubur.


[38:56] Jadi nak banding gitu; azab dunia, azab akhirat. Mana teruk?


[38:59] Jadi soalan tadi katanya: kalau ada... Memang ada hadis. Memang ada hadis yang mengatakan ada orang masuk Neraka, dia akan mendapat azab yang ringan; yang paling ringan.


[39:08] Ada.

Insya-Allah sekarang, selepas ini kerana masa tak mengizinkan. Insya-Allah.

Kita bagi peluang berehat sekejap.


....... Blok 4 daripada 4 .......

[39:27] Ya, Alhamdulillah. Tuan-tuan, puan-puan, kita bertemu lagi dalam rancangan "Tanyalah Ustaz".


[39:32] Kita masih lagi bicarakan tentang seksa Neraka. Bersama saya, Masya-Allah, rakan Muslimat dari Masjid al-Falah, USJ 9. Masya-Allah.


[39:43] Jadi saya nak jawab soalan tadi, ya: memang ada hadis sebenarnya.


[39:46] Dan sebuah hadis yang disebut, saya nak baca hadis, ya.


[39:50] Nabi kata apa?
-- [Membaca hadis]


[39:59] Itu dibayangkan. Jadi seringan-ringan azab orang masuk Neraka diibaratkan... Diibarat macam mana?


[40:05] Dia kata: kalau seorang lelaki itu dia kasut, ya.

Dan kasut itu daripada api.

Walaupun api pada kasut sahaja, tapi sudah cukup api kasut ini menggelegakkan otaknya.


[40:15] Itu gambaran seringan-ringan azab api Neraka.


[40:19] Dah tu, [Membaca hadis] maknanya...  [Membaca hadis]


[40:23] Nabi kata: seolah-olahnya kalau dia pakai kasut. Kasut tu api, maka api yang di kasut tu sudah cukup bukan nak menggelegakkan badan dia... Menggelegakkan otak!


[40:32] Dan dia sangka: dialah azab yang paling berat.


[40:35] Maka Nabi kata: sebenarnya, itulah azab yang paling ringan di antara azab-azab orang masuk, masuk Neraka.


[40:40] Ya Allah! Bayanglah tuan-tuan.


[40:42] Ya, kalau sekira api itu dianggap hanya pada kasut kaki saja, sudah cukup untuk menggelegakkan otak. Bukan menggelegakkan badan lagi; otak tu boleh menggelegak.


[40:52] Macam mana ya?

Tak tahulah, bayang. Tunggulah besok nanti, ya(?). Nak tahu macam mana; tunggu masuk sendiri.

Kalau jumpa saya tanya: "Ustaz, betul Ustaz cakap betul", kata.

Kalau jumpalah kan. Ya(?).


[41:02] Boleh jumpa tak?

Tak tahulah.


[41:02]  Okey. Bagi peluang lagi. Ada soalan lagi?

Ya, silakan. Saya bagi peluang soalan.


[41:06] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz.

Saya Azlina Roslan daripada Masjid al-Falah, USJ 9. Ingin bertanya, adakah orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar, seperti: membunuh, berzina, merompak dan sebagainya; mereka ini kekal di dalam Neraka?


[41:24] Oh, ya, ya.


[41:28] Orang merompak, menyamun. Orang Islam, Islam, ya?


[41:31] Begini. Dia sebenarnya kalau orang Islam; macam mana keadaan hidup dia sekali pun, dia tidak kekal di dalam Neraka selama-lama. Tidak kekal, ya(?).


[41:41] Cuma, berpandukan... Kalau tak silap saya, iaitu dalam, kita lihat dalam Surah al-Bayyinah. Ya(?).


[41:46] Yang kita baca surah... [Membaca sebahagian Surah al-Bayyinah, ayat 1]

(1) ...   لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا  
[Terjemahan Basmeih] Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, - (1)

Surah al-Bayyinah, cuba rujuk ayat 6.


[41:50] Allah kata apa?
-- [Membaca sebahagian Surah al-Bayyinah, ayat 6]

(6) ...   ۚ  إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا  
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. (6)


[42:02] Cuma Allah kata: orang-orang yang kufur, orang-orang yang kafirin, musyrikin; ini sahaja yang kekal dalam...


[42:10] Ada pun orang Islam, selagi dia mati, yang kita katakan... [Membaca sebahagian Surah al-Baqarah, ayat 132]

(132)   فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ   ...
[Terjemahan Basmeih]  Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (132)

... maka orang ini tak kekal. Ya(?).


[42:18] Sebab tu Nabi kata dalam sebuah hadis; Nabi kata apa?
-- [Membaca hadis]


[42:28] [Terjemahan] Barang siapa mati, dan di akhir ucapan dia, dia boleh mengucap: "Laa ilaah ha illallah", maka wajib bagi dia Syurga.


[42:35] Tapi, berapa lama masuk Neraka dulu; itu soal lain.


[42:39] Maka soalan saya jawab tadi: Asal dia Islam, dia mati dalam Islam; walaupun dia tak sembahyang, walaupun dia mencuri, merompak, menyamun, berzina; dia tidak kekal selama-lama di dalam Neraka.


[42:50] Cuma di akhir nanti. Tak kira berapa lama; setahun, sepuluh tahun, seribu tahun, sejuta tahun... Akhir sekali, dia pun dikeluarkan daripada api Neraka, masuk ke Syurga.


[42:59] Tapi persoalannya: sebelum masuk Syurga.

Itu soalan, masalahnya. Ya(?).


[43:03] Dia akan dibakar dulu dalam api, api Neraka.


[43:06] Di akhir sekali, macam saya cakap tadilah: mungkin seribu tahun, mungkin sejuta tahun, mungkin seratus juta tahun; boleh jadi.

Akhir sekali masuk, masuklah Syurga.


[43:16] Makna: selagi itu dia orang Islam, mati dalam Islam; maka dia akan masuk Syurga.


[43:21] Cuma bab "Bila?": wallahu 'alam.

Okey. Boleh faham, ya.


[43:24] Okey, ada soalan lagi yang terakhir?

Ada lagi soalan? Ya, silakan. Ya.


[43:27] [Audien] Assalamualaikum, Ustaz.

Saya ... binti Zakaria daripada rakan Muslimah al-Falah. Macam dalam, orang di Neraka dapat tak melepaskan diri seperti mana mereka orang-orang di dunia ini dapat melepaskan diri dari penjara dunia.

Terima kasih, Ustaz.


[43:45] Eh, kalau Neraka boleh lari, senang, ya.

Tapi soalannya bagus, logik juga.

Soalannya: "Ada kemungkinan tak orang Neraka itu boleh lari keluar?"

.......

7 Rabiulawal 1433H / 31 Jan 2012M, Selasa.
Dikemaskini: 25 Rabiulawal 1433H / 17 Feb 2012M, Sabtu.
19 Rabiulawal 1433H / 12 Feb 2012M, Ahad.