Showing posts with label Surah al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Surah al-Fatihah. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

[S1] Wakaf dalam bacaan Surah al-Fatihah [S2] Apa mazhab ulama hadis seperti Imam al-Bukhari?

Tajuk: Waqaf al-Fatihah
Sumber: http://youtu.be/i6AGHn9EyY8
Durasi: 3m 18s

Penceramah: Maulana Mohd. Asri Yusoff
Nota: Satu klip video dengan dua persoalan.




[0:01] Masalah tu kurang jelas sikit soalan tadi.


[0:04] Dari segi wakaf tu ada beberapa, kan. Tujuh ayat; makna tujuh kali wakaflah.


[0:09] Kalau kita toksey wakaf belaka pun, kita baca: boleh. Sah.
*toksey -- tak nak

[0:13] Sah. Tak apa.


[0:16] Serupa... [Membaca Surah al-Ikhlas, ayat 1]

(1)   قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ  
[Terjemahan Basmeih] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1)


... tu kita baca satu nafas dok. Sambung dengan wasal; tak apa.

Sah.


[0:22] Cumanya hok lebih moleknya, kita berhenti-berhenti dah ada wakaf tu kan.


[0:27] Ke nak tanya tu maksudnya: wakaf berbeza?


[0:31] Ha, tu tidak jelas soalan.


[0:34] Sebab... [Membaca Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7)   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ  
[Terjemahan Basmeih] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)


[0:41] Kalau Syafie: satu ayat.

Kalau Malik, dua ayat situ tu. Bismillah dia tidak kira satu ayat, Malik.

Itu ke maksudnya?


[0:51] Kalau mengikut Syafie, Ahmad, dan lain-lain; ...

(1)   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  
[Terjemahan Basmeih] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1)

... dalam Fatihah tu satu ayat.


[0:56] Jadi... [Membaca sebahagian Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7) ...   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ  

... dan seterusnya tu: satu ayat.

Jadi campur semua tu: tujuh ayat.


[1:06] Kalau Hanafi, dia kata...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

... tu bukan satu ayat daripada Fatihah. Serupa juga Malik.


[1:13] Lepas tu, tidak ke Fatihah ni tujuh ayat?

Kalau kita tak kira hok tu, jadi enam dohla.


[1:19] Ha, dia bahagi tempat tadi: [Membaca sebahagian Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7) ...   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ  

Ha, situ satu.

Bahagi dua situ.


[1:25] [Membaca sebahagian Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7)   غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ...  

..., ha, satu pula; dua.

Jadi tujuh juga.


[1:30] Ke hok tu maksudnya?


[1:32] Tak jelas tu.

Ha, tak apalah. Kita buwi kedua-dua dah. Kedua-dua jawapan.


[1:38] Lepas tu, berkenaan dengan imam-imam hadis ni: Adakah dia tidak ikut mazhab?
-- Memang.


[1:44] Yalah. Ramainya, dia tak ada mazhab, tidak terikat; terutamanya Bukhari.


[1:49] Kita sudah banyak kali dah sebut sebelum pada ni pun. Memang dia ada mazhab dia sendiri.


[1:55] Banyak perkara kita tengok, dia tak sesuai dengan hok ni, kadang-kadang tak sesuai dengan hok ni, kadang-kadang tak sesuai dengan hok ni.


[2:01] Kadang-kadang dia sesuai dengan hok ni. Kadang-kadang dia sesuai dengan hok luar daripada empat mazhab.


[2:08] Itu tak apa sebab dia orang 'berlesen'. Orang berlesen.


[2:12] Dia berlesen pula lesen besar pula, internasional. Lesen antarabangsa ni, bukan dalam negeri satu tempat, tak. Boleh.


[2:22] Dan boleh dikatakan kebanyakan ulama hadis ni, dia memang tidak terikat.


[2:27] Kalau orang kata: ada orang kata dia ni bermazhab ni.

Itu orang panggil "muntasib" sahaja. Muntasib.


[2:34] Bukan makna dia "muqallib" dengan erti serupa orang ramai ni ikut betul-betul -- tak. Tidak lagu tu.


[2:39] Banyak perkara, kalau dia tak setuju, dia tak ikut.

Itu cara ulama hadis.


[2:45] Orang panggil "fuqaha muhaddithin".

Hok lagu tu: fuqaha muhaddithin.


[2:50] Ada juga muhaddithin dia muhaddith saja, dia tak cagho ke hukum. Dia tak cagho.

Dia kira hukum hadis, nak tengok sanad, sahih; begitu saja.
*cagho -- hirau

[2:57] Tapi kalau macam Bukhari ni, orang panggil: fuqaha muhaddithin.

Dia bukan muhaddith saja.


[3:02] Dia mujtahid juga. Hok lagu tu orang panggil: fuqaha muhaddithin.


[3:08] Dan dia ni besar. Ada mazhab dia yang tersendiri.

Nak tahu mazhab dia; kena tengok kitab dia. Bukhari yang kita baca ni la.


[3:16] Wallahu 'alam.

.......

12 Rabiulawal 1433H / 5 Feb 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 17 Rabiulawal 1433H / 10 Feb 2012M, Jumaat.
14 Rabiulawal 1433H / 7 Feb 2012M,  Selasa.

Wednesday, January 25, 2012

Surah Iqra' yang pertama turun, tapi kenapa dalam al-Quran dimulakan dengan Surah al-Fatihah?

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus - Kenapa Al-fatihah Surah Pertama Bukan Iqra'
Sumber: http://youtu.be/ftgZVrhbnNY
Durasi: 2m 28s

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:00] Tapi kalau disoal orang: Kalau Iqra' ini merupakan surah yang pertama turun, mengapa dalam al-Quran dimulakan dengan al-Fatihah, tidak dengan Iqra'?


[0:16] Maka jawapannya ialah: Iqra' ini turun tak sampai habis.


[0:22] Tetapi al-Fatihah turun sampai habis. Sampai [Membaca penghujung Surah al-Fatihah, ayat 7].
http://tanzil.net/#1:7

(7)   وَلَا الضَّالِّينَ   ...
[Terjemahan Basmeih] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/1:7


[0:27] Iqra' sampai... [Membaca Surah al-A'laq, ayat 5].
http://tanzil.net/#96:5

(5)   عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ  
[Terjemahan Basmeih] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/96:5


[0:32] Maka jawapannya: al-Fatihah merupakan surah yang mula-mula turun sampai habis.

Iqra' mula-mula turun tapi tak sampai habis.


[0:45] Ada dulu dicetak di Pakistan, al-Quran dimulakan dengan Iqra'.

Telah pun ada dicuba orang untuk mencetak.


[0:55] Cetak oleh orang Yahudi.


[1:00] Maka Iqra' merupakan surah yang mula-mula turun kepada Nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasallam (SAW).

Dan Nabi ketika itu sedang beribadat di Gua Hira'.


[1:10] Jibril turun dan mengata: Iqra' ya, Muhammad. [Bahasa Arab]


[1:16] [Terjemahan] Baca olehmu wahai Muhammad.


[1:19] Nabi jawab: Ma ana bi qari'. [Bahasa Arab]


[1:21] [Terjemahan] Aku mana boleh baca.


[1:23] Dipeluk oleh Jibril sampai tak nafas Nabi.


[1:26] Lepaskan lagi. Suruh lagi baca Iqra' lagi.


[1:29] Akhirnya, [Membaca Surah al-'Alaq, ayat 1]
http://tanzil.net/#96:1

(1)   اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ  
[Terjemahan Basmeih] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/96:1


[1:34] Akhirnya, Nabi pun balik. Terlalu takut, dan terlalu bimbang; dia pun zambiluni, zambiluni. [Bahasa Arab]


[1:43] [Terjemahan] Selimutkan aku, selimutkan aku.


[1:45] Maka Khadijah pun menyelimutkan Nabi Rasulullah SAW. Dan Khadijah tak marah pun.


[1:51] Ya, Khadijah tak marah.


[1:52] Nabi duk di Gua Hira' lama. Bawa bekal. Habis bekal, balik. ...


[1:58] Khadijah diam saja.


[1:59] Dan Nabi takut tu, diselimutkan Nabi.


[2:02] Dibawa jumpa dengan bapa saudara dia.


[2:07] Kata bapa saudara: Takpe. Itu Jibril turun mengajar agamamu.


[2:13] Kalau kita, marah dah tu:  "Ha, pergi lagi, pergi naik bukit tu. Takde kerja."


[2:19] Jadi maknanya: Khadijah tak marah dia.


[2:22] Bertenang saja.

Ha, itu isteri yang canggih tu.

.......

Dimulakan: 1 Rabiulawal 1433H / 24 Januari 2012M, Selasa.
Diterbitkan: 1 Rabiulawal 1433H / 25 Januari 2012M, Rabu.
Dikemaskinikan: 13 Zulhijah 1433H / 28 Oktober 2012M, Isnin.