Showing posts with label pengantin. Show all posts
Showing posts with label pengantin. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Lima perkara yang menjadikan haram nyanyian itu

Tajuk: Hukum Menyanyi
Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?v=1705765406705
Durasi: 11m 23s

Penceramah: Ustaz Mohd Kazim bin Elias al-Hafiz

Nota 1: Sedutan dari VCD Ustaz bertajuk "Cinta & Kasih Sayang". Dapatkan yang asli di sini: www.kuliyah.ws

Nota 2: Untuk mendengar ceramah, anda perlu ke page yang berkenaan (rujuk Sumber:) kerana video tidak dapat dibenamkan di sini.


[0:00] Baru ni ada satu tok imam dia tanya saya.


[0:02] "Ustaz, saya ni imam masjid, tapi saya masih bekerja.

Soalan saya, Ustaz. Saya baru ini, jabatan saya menyambut Hari Raya. Buat rumah terbuka. Jamuan Hari Raya.

Saya disuruh menyanyi lagu Selamat Hari Raya. Jadi saya pun menyanyi lagu sebab pengarah suruh saya menyanyi. Kawan-kawan saya kutuk:

Apa tok imam menyanyi.

Apa baa brader.

Tok imam menyanyi pula."


[0:36] Tuan-tuan boleh bayang tak Ustaz Zohir menyanyi?


[0:39] Subhanallah.


[0:41] Heboh!


[0:43] Datang jumpa saya, "Ustaz, macam mana, Ustaz? Haram ke menyanyi ni, Ustaz?"


[0:48] Masya-Allah.


[0:50] Haram ke?


[0:51] Zaman Rasulullah ada tak menyanyi?
-- Ada.


[0:56] Zaman Rasulullah; ada. Orang Ansar suka ghazal.


[1:01] Ghazal itu ialah nyanyian menyambut pengantin. Nama dia: ghazal.


[1:07] Kita sekarang panggil "ghazal pati".


[1:10] Zaman Rasulullah dulu orang Ansar, kalau pengantin datang, depa main menyanyi, sambut pengantin.


[1:17] Zaman Rasulullah dulu, pernah berlaku selepas Hari Raya Aidil Adha, orang Yaman, orang Habsyi menari-nari dan menyanyi-nyanyi di kawasan khemah Nabi di Mina.


[1:31] Pernah berlaku selepas Hari Raya Aidil Fitri, mereka menyanyi-nyanyi di hadapan masjid selepas sembahyang.


[1:41] Jadi tuan-tuan, menyanyi itu adalah asalnya, asalnya adalah harus.


[1:46] Daripada harus dia bertukar kepada makruh.


[1:49] Daripada makruh dia bertukar kepada haram.


[1:52] Asalnya: harus.


[1:54] Bagaimana dia menjadi haram?
-- Lima perkara yang menjadikan haram.


[1:59] Kalau lima perkara ini tak dijaga, jadilah haram nyanyian itu.


[2:04] Pertama: liriknya, senikatanya.


[2:09] Kalau senikatanya jahat, senikatanya lucah, senikatanya mencabul, senikatanya tak elok, senikatanya syirik: haramlah nyanyian itu.


[2:20] [Contoh nyanyian 1]
Si cincin emas
Mengingat perkara yang lepas
Yang telah berlaku
Tak berapa lama dahulu

[2:32] Tu, apa ke nama.


[2:35] Dia pergi meminang, hantar cincin emas. Tiba-tiba pinangannya ditolak.


[2:41] [Menyambung contoh tadi]
Pinanganku tak diterima
Kan kutanya mengapa
Dengan perlahan dia berkata
Dia sudah ada yang punya

Cincan mas dikembalikan
Diletak ditapak tangan
Kupakai dijariku...
[Ustaz mencelah] Nampak?
Untuk kenanganku

[3:09] "Kupakai dijariku", cincin emas; haram tak?
-- Haram.

Lirik lagu tu potonglah.


[3:16] Sebab itu lirik tu penting.


[3:20] Sekarang ni tuan-tuan menyanyi lagu Hari Raya; apa salahnya?


[3:24] [Contoh nyanyian 2]
Selamat Hari Raya
Aidil Fitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Tak salah.


[3:37] Yang salahnya apa?
-- [Contoh nyanyian 3]
Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis, cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama?

Ha, yang tu salah.

Yang tu liriknya.


[3:55] Yang nombor satu, yang kena kajinya: lirik.


[3:59] Macam tahun 50-an punya lirik, 1955: "Penarik Becha".

"Kenapaku diseksa, kenapaku dihina."


[4:09] [Contoh nyanyian 4]
Oo~ Kau cabutlah nyawaku

Haram.


[4:18] Apahal cabut nyawa pula? Berdosa.


[4:22] Jadi yang kena tengok nombor satu ialah: liriknya.


[4:26] Kalau liriknya betul, silakan.


[4:29] Kalau liriknya tidak bersalahan dengan hukum syarak; satu perlima menjadi halal.

Baru satu.

Yang lain pula.


[4:39] Nombor dua, kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: lagu itu menjadi haram apabila diiringi dengan muzik yang menaikkan syahwat.


[4:49] Kalau diiringi dengan alatan muzik yang tidak menaikkan syahwat, hukum dia: harus.

Dua perlima.


[4:57] Yang nombor dua yang kita kena tengok ialah: muziknya.


[5:03] Pemuzik yang memainkan muzik itu muzik apa?

Kalau muzik itu menaikkan syahwat, menaikkan nafsu, menaikkan sampai orang dengar tu pun jadi tak ingat.

*Memimik bunyi*

Orang pakat jadi bengang telinga duk goyang. Balik rumah pun duk goyang lagi.

Ha, haramlah lagu itu.


[5:21] Tapi kalau muziknya kompang, hadrah, ya(?), rebana, dram; tak apa. Silakan.

Tak salah, tuan-tuan. Tak ada jatuh haramnya menyanyi.


[5:34] Lirik yang bagus, alat muzik yang bagus.


[5:38] Yang ketiga: tidak ada pembaziran.


[5:41] Kalau satu lagu dibayar dua puluh lima ribu; itu kan pembaziran.


[5:47] Lima buah lagu dah seratus ribu.

Kan itu pembaziran.


[5:52] Ha, kalau tidak ada pembaziran dalam dia; silakan.


[5:55] Yang keempat, kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya: "Halal dan Haram dalam Islam", yang keempatnya: cara penyampaian itu dilagukan.


[6:07] Penyanyi tu, walaupun lagu dia bagus, liriknya bagus, alat muziknya bagus, cara dia menyanyi pula tak bagus; terlompat sana, terlompat sini.


[6:19] Tak nampak ciri-ciri akhlak yang mulia, pun tak boleh. Walaupun lagu dia bagus.


[6:24] Lagu tentang sembahyang Subuh.

Bagus.


[6:28] Lagu tentang sembahyang Subuh. [Contoh nyanyian 5]
Gigil
Menggigil aku

Nampak? Terlompat-lompat-lompat


[6:36] Sat lagi... [Menyambung contoh tadi]
Terdengar suara

Sat lagi dia terjun atas penonton. Penonton tauk dia balik.


[6:43] Kalau macam itu; tak payahlah.


[6:47] Duduk tegak-tegak. [Mengulang contoh nyanyian 5]
Gigil
Menggigil aku
Mendengar suara
Kebesaran

Silakan.


[6:56] Yang duk *Ho! Ho! Ho!* tu pasal apa?


[6:58] Diiringi pula dengan penari-penari latar di belakang itu. Yang bercampur laki-laki dan perempuan; tergedik-tergedik.


[7:05] Walaupun lagunya bagus... Walaupun lagunya sangat bagus... Tak ada siapa nafikan, lagunya bagus; tapi ada pula backup singer, backup dancer di belakang tu pula.


[7:20] Yang tu yang pakat duk menari, pakai skirt, duk terlompat-lompat; jadi haram pula.


[7:24] Yang kelima: tidak bercampur di antara laki-laki dan perempuan.


[7:29] Lima syarat ini, syarat untuk menjadikan nyanyian di hadapan ataupun berseorangan itu menjadi harus.


[7:39] Jadi siapa yang mengatakan: haram?
-- Tengok lima benda ni.


[7:44] Sebab itu akak-akak nak menyanyi dengan abang-abang, silakan.


[7:49] Nyanyi di dapur ke. Sambil minum kopi, teh, ke apa ke, lantak; minum jelah.


[7:56] [Isteri] Abang, nyanyi satu lagu, Abang.

[Suami] Okey.

[Ustaz mencelah] Apa salah? Nyanyi la.

[Suami] Renjis-renjis...

[Isteri] Apahal lagu kahwin, Abang? Tak kena mengena langsunglah Abang ni.


[8:08] Jadi tuan-tuan, tak salah; silakan. Nabi Muhammad dulu, masa pengantin nak disuruh Siti Aisyah hantar pengantin.

Balik Siti Aisyah, Nabi tanya dekat Aisyah: "Ada tak nyany-nyanyi?"

Aisyah kata: "Tak ada."

"Kenapa tak ada? Kan orang Arab Ansar suka menyanyi."


[8:27] Bawa lagu pengantin, puji pengantin, bagi seronok pada pengantin.

Disuruh oleh Nabi S.A.W.


[8:35] Jadi tuan-tuan, jangan cepat-cepat sangat mengatakan haram pada lagu.


[8:40] Ya, kadang-kadang kita ni tengok... "Haram!", "Haram!"

Tengok dulu jenis apa lagu, jenis apa lirik, cara dipersembahkan, dan sebagainya. Perlu diambil berat.


[8:49] Ini dipanggil sebagai kecintaan. Sebab nyanyian itu sesuatu yang menyeronokkan telinga.


[8:57] Nyanyian ini satu yang menyeronokkan telinga.


[9:00] Tapi nyanyian sekarang ni tak, tak seronoklah.


[9:04] Ya(?), nyanyian sekarang ni saya pun tak minat. Tak tahu lagu apa tu. Bahasa dia sebut pun kita tak tahu.


[9:11] [Contoh nyanyian 6]
Kisah Adam dan Hawa
Satu ...

Saya tak tahulah.


[9:17] Yang saya tahu: Adam dan Hawa saja.

Lepas tu dia kata apa, tak tahu. Cuba tuan-tuan dengar lagu tu.


[9:22] [Mengulang contoh nyanyian 6]
Satu di Syurga
Satu *wo-wo-wo*

Satu wo-wo-wo... habis terus dah.


[9:27] Mana kita faham. Saya sampai la. Saya bila dengar lagu tu: Apa bendanya?
-- Adam dan Hawa. Satu di Syurga. Satu...

Entah tang mana satu lagi, tak tahu. Terlupa dah.


[9:39] Apa lagu macam ni?


[9:41] Lagu kamu tak ada, tak... Orang tak sampai hati.

Tak sampai dalam jiwa. Tak sampai orang jatuh cinta lagu itu.


[9:49] Nak menyanyi ni sampai orang jatuh cinta, sampai orang suka; barulah jadi damai.


[9:55] [Contoh nyanyian 7]
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahai nyawa pada-Mu juga

Nampak? Tenang saja.


[10:12] Tenang saja lagu dia.


[10:14] [Mengulang contoh nyanyian 7]
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahai nyawa pada-Mu juga

Seronok saja.


[10:30] Rasa nak balik sekarang.


[10:33] Sebab dia tahu isteri dia tunggu di rumah. [Menyambung contoh nyanyian 7]
Aduhai kekanda
Junjungan kasih kupuja
Hidup bersumpah setia
Ahai sayang kekal bahgia

Itulah lagu.


[10:52] Lagu ni nak bagi orang suka.


[10:54] Lagu ni nak bagi orang ada jiwa.


[10:58] Bila lagu-lagu yang tak ada jiwa, mana ada. Sebab tu dia tak jadi damai.

Bingit.


[11:04] Orang tu je suka. Kita tak suka.

"Apalah lagu hang menyanyi ni. Atuk pun tak tahu apa ni. Atuk pening kepala."


[11:11] Duk *grung-grang*... Itu bukan lagu.


[11:16] Sebab tu saya katakan tadi: cinta tu.

Ia boleh dimasukkan dalam satu-satu bab cinta.

.......

21 Rabiulawal 1433H / 14 Feb 2012M, Selasa.

Thursday, February 2, 2012

Pentingnya mendirikan solat 5 waktu

Tajuk: Ustaz Azhar Idrus - Solat Tiang Agama
Sumber: http://youtu.be/2DtkHoYeE6s
Durasi: 4m 33s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:02] Dalam kitab ni kecil je dia kata: "Ada Rukun Islam, ada Rukun Iman, terkandung ia bagi menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang."

Allah.


[0:12] Sebut sokmo bab sembahyang. Sebab apa?
-- Sebab orang yang tak sembahyang: runtuh agama dia.


[0:18] Orang tak sembahyang tidak akan duduk di belakang "Liwa ul-hamdi".


[0:22] "Liwa ul-hamdi" ni mende?


[0:24] Di Padang Mahsyar, masing-masing akan beratur di belakang bendera.


[0:30] Macam orang berarak sukan.


[0:33] Kan orang beratur sukan dalam stadium. Dak(?).


[0:35] Kalau keluar bendera Terengganu, peserta Terengganu duk belakang. Kalau bendera Kelantan, belakang Kelantan.

Dia tak boleh bolok wok gitu.


[0:43] Maka di Padang Mahsyar, dia ada bendera.


[0:45] Nabi-nabi pegang bendera.


[0:47] Nabi cerita dalam hadis: "Bendera aku di Hari Kiamat: Liwa ul-Hamdi.

Nama bendera.


[0:54] Umat Muhammad, yang ikut Rasulullah duduk belakang bendera ni.

Nampak(?).


[1:00] Tapi orang yang tak sembahyang, duduk di belakang 4 orang, kepala pengat: Firaun, Qarun, Haman, dan Abdullah bin Ubai.

Nampak(?).


[1:17] Allahu rabbi. Kita dah Islam tapi tak boleh duduk belakang bendera Nabi.


[1:22] Sebab apa?
-- Tak sembahyang.


[1:27] Tok Imam nak akad nikah, kalau tahu tu tak sembahyang, kena suruh dia bertaubat.


[1:35] Betul; kalau fasik, boleh jadi pengantin. Yang tak boleh jadi fasik ni: wali dengan saksi je. Nampak(?).


[1:43] Tapi sekurang-kurang, itulah masanya kita boleh dakwah dia. Dak(?).


[1:49] Panggil duk dalam bilik kejap.


[1:51] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Awak tak sembahyang ni. Macam mana saya nak akad nikah ni? Awak kena bertaubat."

Kata ke pengantin laki-laki.

Paham(?).


[1:59] Kata gitu.


[2:02] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Pasal berat dosa awak ni. Kalau mati ni, dosa besar ni."


[2:07] Dalam mazhab Hambali: kafir selalu orang tak sembahyang satu waktu.

Kafir terus.


[2:13] Yang jadi tak kafir ni, tiga mazhab: Syafie, Hanafi, dengan Maliki.

Dosa besar.

Paham(?).


[2:21] Hambali; tinggal satu waktu je sembahyang dengan sengaja: kafir laknat.

Tanam jirat.


[2:27] Dia pakai hadis: [Membaca hadis]


[2:32] [Terjemahan] Siapa tinggal satu sembahyang ... sengaja, jadi kafir terang-terang.


[2:36] Mazhab Hambali keras bab ni.

Nampak(?).


[2:38] Tok Imam panggil: "Awak, tak sembahyang. Saya nak akad nikah. Baik awak bertaubat sekarang juga. Sikit lagi kita akad nikah."


[2:45] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Awak bertaubatlah. Awak qadalah. Beratlah awak ni."


[2:50] Khabarlah gitu.


[2:52] Ni, tak; mari gak hulur selalu.

Pastu: "Duit saya mana? Duit, duit saya?"


[2:58] Kira nak duit saja.


[3:03] Tak sembahyang, pengantin... Allahu rabbi.


[3:06] Kompang ni: *Kepang-kepang kepong-kepong* [Membuat gaya menepuk kompang]


[3:09] Kompang apa. Ambil kompang tu lepuk atas muka tu.


[3:13] Eleh, kompang. Zaman Nabi betul orang kompang orang katok ...

Nampak(?).


[3:17] Betul. Rebana. Orang menikah.

Nampak(?).


[3:20] Sahabat menikah; Sahabat sembahyang. Ni pengantin tak sembahyang. Dak(?).


[3:26] Apa benda ke kompang. Tang atas muka tu: *khepung-khepung-khepung* tiga butir.


[3:31] Biar bicuk pengantin.


[3:32] [Pengantin lelaki] "Bakpe buat saya?"


[3:34] [Penampar] "Awak tak sembahyang. Mujurlah mu; kalau tidak saya katok dengan kapak, belah dua kepala."


[3:38] Sebab ni: hukum orang yang tak sembahyang sisi 4 mazhab: hukum mati.

Paham.


[3:45] Tiga mazhab; Syafie, Hanafi, Maliki: hukum mati kerana meninggalkan sembahyang.


[3:50] Mazhab Hambali: hukum mati juga, kerana telah murtad.


[3:52] Sebab apa murtad?
-- Tak sembahyang Asar tadi.

Paham(?).


[3:57] Berat. Dah kita buat menantu. -- Bodoh punya mertua.


[4:02] Menantu kepala hotak apa tak sembahyang!


[4:04] Baik mu ambil beruk bela dalam rumah daripada bela menantu tak sembahyang.

Paham(?).


[4:09] Baik bela binatang daripada orang tak sembahyang.

Paham(?).


[4:14] Babi, sehina-hina babi; tak masuk Neraka.


[4:17] Orang tak sembahyang ada khas dia duduk: 'hotel' Saqar, nama dia.


[4:21] Nampak(?). Neraka Saqar.


[4:23] Tak sembahyang -- Neraka Saqar.


[4:25] Dah guana-ah kita hari tu tak ...?
-- Taubat kepada Allah.

.......

Dimulakan: 9 Rabiulawal 1433H / 2 Feb 2012M, Khamis.
Dikemaskinikan: 18 Zulkaedah 1433H / 3 Oktober 2012M, Khamis.