Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Doa daripada Surah al-Baqarah, ayat 156

Kalimah istirja‘ * / Doa ketika ditimpa oleh sesuatu kesusahan / musibah.

Surah al-Baqarah, ayat 156
http://tanzil.net/#2:156
(156)   إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَ‌ٰجِعُونَ ...  

[Transliterasi] In·na lil·la·hi wa·in·na i·lai·hi ra·ji·‘un.

[Transliterasi bahasa Melayu] Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Inna+lillahiwa+inna+ilaihi+rajiun+kamus+dewan+edisi+keempat

[Terjemahan Basmeih] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/2:156


.......


* istirja‘
- Arab: ( اِسْتِرْجاع ) http://www.almaany.com/home.php?word=اِسْتِرْجاع

- Rumi: https://www.facebook.com/ustazemran/posts/528979657207294
Dicapai: 18 Syaaban 1435H, Isnin / 16 Jun 2014M, Isnin.

.......

Dimulakan: 29 Rejab 1434H / 7 Jun 2013M, Sabtu.
Diterbitkan: 29 Rejab 1434H / 7 Jun 2013M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 18 Syaaban 1435H, Isnin / 16 Jun 2014M, Isnin.

Tuesday, July 10, 2012

Doa daripada Surah Ta Ha, ayat 25-28

Surah Ta Ha, ayat 25
http://tanzil.net/#20:25
(25)   رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي   ...
[Terjemahan Basmeih] Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/20:25



Surah Ta Ha, ayat 26
http://tanzil.net/#20:27
(26)   وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  
[Terjemahan Basmeih] "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/20:26



Surah Ta Ha, ayat 27
http://tanzil.net/#20:27
(27)   وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي  
[Terjemahan Basmeih] "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/20:27



Surah Ta Ha, ayat 28 
http://tanzil.net/#20:28
(28)   يَفْقَهُوا قَوْلِي  
[Terjemahan Basmeih] "Supaya mereka faham perkataanku; (28)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/20:28

.......

Dimulakan: 21 Syaaban 1433H / 10 Julai 2012M, Rabu.
Diterbitkan: 21 Syaaban 1433H / 10 Julai 2012M, Rabu.
Dikemaskinikan: 13 Zulhijah 1433H / 28 Oktober 2012M, Isnin.

Tuesday, March 13, 2012

Doa daripada Surah Ali Imran, ayat 8

Surah Ali Imran, ayat 8:
(8)   رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ  

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8)

.......

20 Rabiulakhir 1433H / 13 Mac 2012M, Selasa.

Friday, March 9, 2012

Doa daripada Surah Ibrahim, ayat 41

Surah Ibrahim, ayat 41:
(41)   رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ  

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (41)

.......

16 Rabiulakhir 1433H / 9 Mac 2012M, Jumaat.

Tuesday, March 6, 2012

Doa daripada Surah Ibrahim, ayat 40

Doa Nabi Ibrahim / Doa agar tetap mengerjakan solat

Surah Ibrahim, ayat 40:
(40)   رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40)

.......

13 Rabiulakhir 1433H / 6 Mac 2012M, Selasa.
Dikemaskini: 16 Rabiulakhir 1433H / 9 Mac 2012M, Jumaat.

Friday, March 2, 2012

Doa daripada Surah al-Baqarah, ayat 201

Surah al-Baqarah, ayat 201:
(201)   رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ   ...

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (201)

.......

9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.

Thursday, March 1, 2012

Doa daripada Surah Ali Imran, ayat 38

Doa Nabi Zakaria / Doa agar diberi anak yang baik

Surah Ali Imran, ayat 38:
(38)   رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ   ...

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (38)

.......

8 Rabiulakhir 1433H / 1 Mac 2012M, Khamis.

Thursday, February 9, 2012

Doa-doa daripada Perisai Muslim (Nombor 42-46)

Tajuk: AAM Perisai Muslim Doa ketika was was, Memudahkan Urusan dll
Sumber: http://youtu.be/PaKzUslOglk
Durasi: 8m 24s

Penceramah: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Nota: Kulit depan buku "Perisai Muslim: Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah", karangan Sheikh Dr. Said bin Ali Wahf al-Qahtani, dialih bahasa oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.




[0:00] [Membaca ...]


[0:08] Perkara yang keempat puluh dua (42): "Doa menghilangkan waswas dalam solat atau ketika membaca al-Quran."


[0:17] Doa menghilangkan was-was dalam solat atau ketika baca al-Quran.


[0:23] Jadi, apa saja kalau kita rasa was-was; tengah solat ke, tengah baca al-Quran ke, ataupun kita duk diam-diam tiba-tiba kita terasa satu benda yang meragukan.


[0:34] Syaitan mari kosek kita ni: "Ai, mu ni, buat amalan ni Allah Ta'ala terima ke tidak ni?"

Ha, itu dipanggil gangguan syaitan.
*kosek -- usik

[0:42] Kalau mari macam ni, apa kita nak buat?
-- Kita kena baca... [Membaca ta'awuz]

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Lihat sini untuk doa: Perisai Muslim, mukasurat 184.
Dicapai: 16 Rabiulawal 1433H / 9 Feb 2012M, Khamis.

[0:50] [Pendengar ceramah membaca ta'awuz beramai-ramai]


[0:54] Jadi, terus je; bila rasa benda gangguan sikit, terus... [Membaca ta'awuz]


[1:00] [Membaca ta'awuz]


[1:02] Jadi kita minta berlindung dengan Allah Ta'ala daripada syaitan yang direjam.


[1:08] [Membaca kitab] "Dan ludah ke sebelah kiri tiga kali."


[1:12] Ludah. Jangan ludah dengan air liur.


[1:15] Ludah bunyi suara saja: "Tuff!" [Membuat bunyi ludah] gitu je.


[1:18] Ludah dengan air liur kena ada kawan sebelah tu tepek habis-ah.

Niaya-ah.


[1:24] Jadi kita ludah tu dipanggil "ludah tafal": ludah yang tidak ada air liur.


[1:28] Ludah sebelah kiri, tiga kali.


[1:34] Empat puluh tiga (43): "Doa untuk memudahkan sebarang urusan."


[1:39] Doa minta Allah Ta'ala mudahkan urusan kita. Kita buat apa-apa urusan, baca doa ni.

Ha, ni cantik ni: doa minta mudahkan urusan.


[1:51] [Membaca doa]
Lihat sini untuk doa: Perisai Muslim, mukasurat 185.
Dicapai: 16 Rabiulawal 1433H / 9 Feb 2012M, Khamis.

[2:47] Ha, kalau tak pandai Arab, baca ikut Melayu ni terjemahan dia ni:

"Ya Allah, tidak ada benda kemudahan, benda yang mudah itu kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan."

[Penerangan] Tak ada benda mudah kecuali Allah Ta'ala permudahkan untuk kita.

"Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

[3:06] Jadi, segala dukacita, kepayahan itu jadi mudah, bila?
-- Bila Allah Ta'ala nak.

Duduk di situ sajalah.


[3:16] Empat puluh empat (44): "Perkara yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa."


[3:24] Bila orang ni berdosa, dia melakukan kesalahan; apa dia kena buat?
-- Tengok ni, apa yang diajar oleh Nabi S.A.W.


[3:34] [Membaca kitab] "Setiap orang yang melakukan dosa, hendaklah berwuduk dengan sempurna."

Ambil wuduk


[3:41] [Membaca kitab] "Kemudian mengerjakan solat dua rakaat."

Ha, jadi solat di sini mungkin diistilahkan dengan nama: solat taubat.

Solat taubat. Buat seorang-seorang.


[3:52] [Membaca kitab] "Kemudian memohon keampunan, beristighfar kepada Allah."

[Beristighfar]


[3:59] "Ya Allah, aku bersalah hari ni, ada benda yang aku tersalah buat."


[4:02] [Membaca kitab] "Mintalah keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."


[4:08] Ingat, bila orang ni bersalah, berdosa; yang pertama sekali: berwuduk.


[4:13] Lepas wuduk; solat dua rakaat.


[4:16] Kemudian, beristighfar minta ampun kepada Allah.


[4:22] Empat puluh lima (45): "Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya."


[4:27] Kalau syaitan mari kacau kita. Kita dengar, rasa takut, apa nak buat syaitan mari ganggu kita?


[4:37] Yang pertama: memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan.

[Membaca ta'awuz], tadi.


[4:44] Yang kedua: melaungkan azan.


[4:46] Jadi, kalau syaitan tu mari kacau betul; dengar suara duduk tempik sini: kita kena azan.


[4:54] Yang ketiga: membaca zikir dari hadis-hadis Nabi S.A.W.


[5:04] Jadi, kita baca zikir yang Nabi kita ajar ni lah.


[5:09] Dan membaca al-Quran.

Terutama sekali: ayat Kursi [Surah al-Baqarah, ayat 255], baca.
Amanarrasul [Surah al-Baqarah, ayat 285-286], baca.
Tiga Qul, baca.
Baca lagi ayat-ayat lain.


[5:21] Tengok nota kaki satu-tujuh-empat (174) di bawah.


[5:26] Nabi kita S.A.W. beritahu: "Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur."


[5:31] Jangan jadi rumah kita macam kubur.


[5:34] Kenapa?
-- "Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca dalamnya Surah al-Baqarah."


[5:40] Siapa dia baca al-Baqarah dalam rumah dia; kalau rasa takut baca al-Baqarah perhabis, syaitan akan lari.


[5:47] Nabi kata: Jangan jadikan rumah jadi kubur.

Sebab kubur ni, bukan tempat baca al-Quran.


[5:53] Tempat pergi kita nak ingat ke mati saja; itu asalnya.


[5:56] Tapi zaman kita hari ni cerita lain dahlah. Macam-macam, orang tunggu kubur pun ada, orang duk atas kubur pun ada.


[6:04] [Membaca kitab] "Di antara amalan yang boleh menghalau syaitan ialah membaca zikir pada waktu pagi dan petang."


[6:10] Yang kita duk tulis tu, "Zikir pagi petang" di antaranya kita baca hok tu. Jadi amal.


[6:16] Waktu tidur dan bangun, baca doa. Nak tidur, doa bangun tidur; ada dalam kitab Perisai Muslim kita ni.


[6:23] Waktu masuk dan keluar dari rumah; baca.


[6:27] Waktu masuk dan keluar masjid, dan lain-lainnya dari zikir yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.


[6:33] Seperti membaca ayat Kursi sewaktu hendak tidur, dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah, iaitulah Amanarrasul.


[6:42] Dan sesiapa yang membaca zikir, zikir nombor sembilan puluh tiga (93).


[6:50] Mana zikir nombor 93, tengok.


[6:53] Dalam kitab hok Jawi; ada.


[6:56] Dalam kitab hok Rumi; tak ada.


[6:59] Tengok kitab Rumi tu dalam di bawah bacaan zikir pagi petang.


[7:04] Iaitulah... Tengok ni, mukasurat lima puluh tiga (53), bacaan yang kesembilan puluh tiga (93).


[7:09] [Membaca doa]


[7:18] Ha, baca hok ni seratus (100) kali pada waktu pagi. Baca.


[7:23] [Membaca kitab] "Akan dipelihara daripada syaitan pada hari tersebut. Demikian juga laungan azan."


[7:29] Ini beberapa perkara yang boleh membantu kita daripada diganggu oleh, oleh syaitan.


[7:36] Bacaan yang keempat puluh enam (46): "Doa ketika ditimpa suatu yang tidak disukai."


[7:41] Bila kita kena benda-benda yang kita rasa tak selsesa, kita kata:
[Membaca doa]


[7:54] [Terjemahan] "Allah sudah mentakdirkan, menentukan sesuatu yang dikehendaki-Nya."


[7:57] Apa yang Dia nak, Dia buat.


[7:58] Jadi bila kita kata macam ni, kita akan jadi tenang.


[8:02] Sebab apa?
-- Kalau kita tak kembali kepada takdir Allah, kita gelisah.


[8:06] "Kenapa aku pergi? Kenapa aku mari? Kena-..."

Jadi, sebab kita datang tu lah kena.


[8:11] Jadi kerana kita tak mari; tak kena.


[8:13] Jadi duk main kenapa-kenapa, akhirnya kita dukacita sampai seumur hidup.


[8:19] Kita akan sambung bacaan yang lain pula dalam siri yang akan datang.

.......

16 Rabiulawal 1433H / 9 Feb 2012M, Khamis.

Sunday, January 22, 2012

Pelembut hati anak yang nakal: Doa mak

Tajuk: Soalan Doa Pelembut Hati Anak Nakal - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/1x2r0yR96RQ
Durasi: 2m 59s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:02] [Soalan] "Apakah doa terbaik untuk diamalkan bagi melembutkan hati anak-anak yang nakal?"


[0:06] Di antara yang sering kita lupai ialah: mak.


[0:10] Mak ni, banyakkan sebut benda yang baik kepada anak.


[0:16] Kerana mak dengan ayah ni, jauh masin mulut mak.


[0:21] Orang tanya Nabi: Hok kita kena taat siapa?
-- Allah dan Rasul.


[0:25] Lepas tu?
-- Mak.


[0:26] Lepas mak?
-- Mak juga.


[0:28] Tiga kali Nabi sebut mak, baru ayah.


[0:31] Maka ulama-ulama bersetuju, bahawasanya doa mak; ibu kepada anak, lebih mustajab daripada doa ayah kepada anak.


[0:41] Kalau anak nakal, panggil dia: "Baik".


[0:45] [Contoh] "Eh, Baik, eh. Mari kejap."


[0:46] Panggil dengan nama baik. Maka dia mudah menjadi baik. Nampak(?).


[0:51] Kalau anak tu bodoh, nya gi panggil bodoh; koho bodoh. Dak(?).
*koho -- makin

[0:55] Anak tu bodoh, panggil: "Cerdik".


[0:58] [Contoh] "Eh, Cerdik. Mari sini."


[0:59] Mak, sebab tu mak jangan maki-hamun anak.


[1:03] Bukan kata ayah boleh, tapi ayah tak berapa masin mulut.


[1:07] Kerana, kelebihan perempuan, pada mulut.


[1:12] Orang laki-laki lebih kaki tangan, anggota zahir. Sungguh.

Paham(?).


[1:18] Orang laki kaki kuat, berlari kuat. Sebab tu kalau lumba lari dia buat asing; laki lari suku, perempuan lari suku.

Paham(?).


[1:26] Kalau bab angkat berat; tenaga. Orang puan angkat suku, dak? Tak lawan dengan laki.


[1:31] Main bola, dak(?).


[1:33] Fitness. Orang laki suku.


[1:35] Tapi kalau jenis mulut, laki lawan puan, boleh. Macam pertandingan menyanyi; puan dengan laki, sama je.


[1:42] Pertandingan bahas. Pertandingan debat. Laki, puan, dia campur. Tak buat laki suku.


[1:47] Pasal apa?
-- Pasal orang perempuan, dia lemah segala-gala, dia lebih mulut.

Nampak(?).


[1:54] Tengok mak kita ah dengan ayah kita, mana banyak mulut?


[1:58] Ayah tiga minggu tak cakap sepatah. Nengung, ayah.
*nengung -- menung

[2:03] Mak macam murai gila. Chot-chet-chot-chet, mak. Dak(?).


[2:06] Tu baru mak. Tak tok lagi.


[2:10] Jadi kalau perkataan gitu juga. Kalau ayah tu doa, kurang menjadi. Mak doa, menjadi.


[2:16] Kata Imam al-Qurtubi: anak babil, anak degil, anak jahat; mak ambil Surah Ya Sin, baca Surah Ya Sin, niat lembut hati anak, tiup pada air, buwi minum kepada anak.

Paham(?).


[2:35] Doa Nabi Daud boleh.

"Ya, Allah, Ya, Tuhanku, lembutkanlah hati anakku sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud a.s."


[2:45] Tapi, hok moleknya, mak panggil dengan perkataan-perkataan yang baik. Neh(?).


[2:51] Jangan panggil benda-benda yang hodoh.


[2:52] Dia mudah jadi baik budak tu.

.......

Dimulakan: 27 Safar 1433H / 21 Januari 2012M, Sabtu.
Diterbitkan: 28 Safar 1433H / 22 Januari 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 11 Zuhijah 1433H / 26 Oktober 2012M, Sabtu.
22 Rabiulawal 1433H / 15 Februari 2012M, Rabu.