Monday, January 30, 2012

"Buraq" tu apa?

Tajuk: Ust Azhar Idrus- (A) Kelajuan Buraq
Sumber: http://youtu.be/zS2li_SCD9c
Durasi: 5m 30s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:00] Masa dia berhenti tu, meter dekat seribu. Neh(?).


[0:03] Dia bawa 500, sejam sampai Kuala Lumpur.


[0:07] Tetapi Nabi naik hebat lagi. Dak(?). Neh(?).


[0:11] Sebab bukan sebarang-barang orang.


[0:13] Nabi naik satu kenderaan, nama: "Buraq". Neh(?).


[0:17] Macam kuda, bukan kuda.


[0:19] Besar daripada baghal, kecil sikit daripada kuda. Warna putih. Dan dia boleh pergi sejauh mata memandang.


[0:27] Nampak Pulau Tango, *sup!* sampai Pulau Tango. Dak(?).


[0:30] Tapi kalau naik jet, tak sampai begitu.

Nampak dia jauh, kena pergi juga dengan jet. Walaupun kita naik MiG-29 yang kelajuannya 2 kelajuan bunyi; 2 ribu kilometer sejam.


[0:40] Laju lagi Buraq!

Ha, tu hebat.


[0:42] [Skeptis] "Ada sungguh Buraq?"


[0:44] [Muslim] Kata: "Ada-ah. Cerita dalam hadis."


[0:47] [Skeptis] "Ah, mana tahu kot takde; cerita orang saja."


[0:49] Kita kata: "Eh, hadis Nabi."


[0:51] [Skeptis] "Hadis pun, mana tahu dah kita tak tengok sendiri."


[0:54] Ha, ni bodoh.


[0:56] Nak nanti tengok sendiri.


[0:57] Ramai la-ni Melayu-melayu bodoh, dak(?), nak jadi komunis.


[1:01] Lagi tak tengok sendiri, tak percaya.


[1:04] Dah dia nak pakai otak dia.


[1:05] Sedangkan hadis ni telah dikaji oleh ulama-ulama; siapa orang yang cerita? Orang lagu mana? Orang sebarang; kita tak terima.


[1:11] Jadi, tapis-tapis-tapis, tinggal hadis sahih dengan hadis hasan yang boleh kita buat hujah. Dak(?).


[1:18] Macam-macam.

Dia kata: "Mu ada tak azab kubur tu? Ada tak Syurga, Neraka tu?"


[1:23] Dia boleh tanya balik.


[1:25] [Skeptis] "Aku selagi aku tak tengok, aku tak percaya-ah."


[1:27] Kita nak jawab guana?


[1:30] [Muslim] "Dok-ah. Ada hadis, ayat Quran..."


[1:31] [Skeptis] "Ayat Quran pun, kena salah tulis?"


[1:34] Ha, dia mari ikut tu pula. Dak(?).


[1:36] Ni puak-puak "putu ranggah" dia panggil. Paham(?).


[1:39] Kita nak pergi ikut mana dia tanya begitu?


[1:41] Senang je, kita tanya: "Dah mu betul ke anak, mu, makmu beranak? Makmu beranak ke mu betul tak?"


[1:48] Dia kata: "Betullah."


[1:49] [Muslim] "Dah mu tengok? Makmu beranak ke mu? Kot mu makmu lembu kot. Ke makmu... itu dalam hutan kot; hantu, jin, pelesit.

Ke anak toyol? Ke anak buluh betung mu?

Mu takleh kata-ah makmu tu."


[2:04] [Skeptis] "Dah orang kata belaka."


[2:05] Ha, tengok.


[2:06] [Muslim] "Mu kena tengok dulu-ah, makmu beranak ke mu, baru betul."


[2:10] Balik, bodoh-ah dia. Paham(?).


[2:12] Dia tegak lagi, hetam cangkul atas muka.


[2:15] Main mende agama nak tolak-tolak. Paham(?).


[2:21] Maka Nabi berhenti sembahyang, letak Buraq di situ.


[2:25] Buraq, masa mari kat Nabi ni, tak mahu berhenti. Bergelepar; takleh naik.


[2:29] Rupanya, Buraq ni tunggangan yang Nabi dan Rasul je boleh naik.


[2:34] Orang biasa takleh naik. Paham(?).


[2:37] Hebat Buraq ni. Neh(?).


[2:39] Di Sepanyol, di Itali, di Portugal; banyak dilukis Buraq ni, di dinding-dinding gereja.

Diorang percaya juga. Dak(?).


[2:49] Dipanggil tunggangan ahli Syurga.

Kuda warna putih, ada sayap. Neh(?).


[2:53] Yang paling banyak, di Sepanyol. Gereja-gereja Kristian, dia lukis di dinding-dinding; kuda terbang, ada sayap.

Itulah Buraq. Paham tak(?).


[3:02] Ha, dia percaya juga. Neh(?).


[3:06] Dia pun nak masuk Syurga juga, Kristian, tapi tak boleh. Kerana dia tak beriman dengan Nabi kita. Paham(?).


[3:11] Ha, sebab tu beriman dengan sekalian Rasul menjadi Rukum Iman.

Kalau pilih-pilih Rasul, dok rok chetong kita. Neh(?). Tidak beriman lagi.


[3:21] Bila dia datang kepada Nabi, dia gelepar; tak mahu buwi naik.


[3:24] Maka Jibril kata: "Innahu Muhammadun." [Bahasa Arab]


[3:28] [Terjemahan] "Ini Nabi Muhammad."


[3:29] [Jibril] "Khotamul ambiya' wal mursalin." [Bahasa Arab]


[3:32] [Terjemahan] "Penutup segala Nabi, penutup segala Rasul."


[3:35] Barulah Buraq duduk diam. Baru beri naik. Paham(?).


[3:39] Makna kalau orang biasa, takleh naik. Sahabat takleh naik. Wali takleh naik. Ulama takleh naik.

Bukan tunggangan dia. Dak(?).


[3:47] Bila sebut nama Allah, diam Buraq; Nabi boleh naik.


[3:52] Sebab tu ulama ajar kita; kalau lembu-lembu mengamuk apa semua, bisik di telinga dia. Nampak(?).


[3:58] Dengan Kebesaran Allah, atau pun takbir pada telinga dia; dia diam.


[4:04] Lembu mengamuk; rajin tengok lembu mengamuk?


[4:07] Masa nak korban.


[4:10] Dia tengok kawan dia kena sembelih, dia mengamuk.


[4:14] ... tembo habis Tok Imam, Tok Bilal. Paham(?).


[4:17] ... Nabi pesan dah: jangan sembelih lembu depan kawan dia. Jangan asah pisau depan muka lembu.


[4:25] Tapi hok tukang sembelih tu bodoh ... lembu juga, tak mengaji. Paham tak(?).


[4:29] Orang kata: jangan sembelih depan kawan; nya pergi sembelih juga.

Kawan tu tengok, mengamuk-ah. Dak(?).


[4:35] Sebut nama Allah di telinga binatang. Nampak(?).


[4:42] Maka, Insya-Allah, binatang tu jadi diam. Dak(?).


[4:45] Sebab tu nama Allah, nama yang paling hebat. Neh(?).


[4:50] Ni jumpa hantu, jumpa polong, pelesit; nak kata apa kita?


[4:55] Nak panggil Najib?

Nampak(?).


[4:58] Kita turun... naik nak pergi menoreh di bukit nu. Bawa dengan pisau menoreh apa semua. Dak(?). Siap dengan pakai stokin, pakai kasut boot.

Sedang molek baru dua butir bukit, kangkang depan muka. Dak(?).

Tinggi sikit daripada pucuk getah. Dak(?). Bulu hitam.

Kita: "Aaah..." [Membuat gaya terpaku-kaku]

Nak kata apa?

"Nnnajib!", panggil begitu?


[5:20] Boleh tolong tak? Hah?
-- Tak boleh tolong.


[5:24] Dah, nak panggil siapa dia?


[5:25] "Said!", panggil begitu?


[5:28] Sebut nama siapa dia?

.......

6 Rabiulawal 1433H / 30 Jan 2012M, Isnin.

No comments :

Post a Comment