Wednesday, January 18, 2012

"Talfiq" tu apa?

Tajuk: Apa itu talfiq? Talfiq dibenarkan?
Sumber: http://youtu.be/91JuITjpwrM
Durasi: 3m 41s

Penceramah: Maulana Mohd. Asri Yusoff

Nota: ejaan Shafie/Syafie




[0:00] Talfiq [ تلفيق ] ni begini.


[0:02] Yang dicampur-campur hukum.


[0:05] Campur-campur amalan.


[0:07] Misalnya kita kata: kita ambil air sembahyang [wuduk] cara mazhab Syafie, batal air sembahyang cara mazhab lain.


[0:16] Ambil air sembahyang cara mazhab Syafie, sembahyang [solat] cara mazhab lain.


[0:21] Itu orang panggil talfiq. Boleh ke tidak?


[0:25] Kebanyakan ulama mengatakan boleh. Tapi ada yang mengatakan tak boleh.


[0:31] Mana kalau kita ikut cara ni, batal pun cara dia juga.


[0:37] Ambil air sembahyang cara Syafie, batal cara Syafie juga. Jadi kalau bersentuhan dengan perempuan, walau pun dengan isteri sekali pun, batal air sembahyang.


[0:45] Kita takleh kata bila sentuh dengan isteri: "Ah, aku nak pakai mazhab Bukhari eh pula."

Dak(?).


[0:49] Ha, itu jadi talfiq la kalau kita buat begitu. Itu orang panggil talfiq; jadi bercampur-baur.


[0:55] Ada ulama yang mengatakan takleh buat lagu tu. Tetapi kebanyakan ulama mengatakan boleh. Tak apa, asalkan kita tahu.


[1:04] Kita tahu.


[1:06] Kita tahu hok kata tak batal ni siapa dia.
*hok -- yang

[1:09] Jangan agak-agak.


[1:11] Nya kata: "Aih, nya ada la tu hok kata tak batal."
-- Takleh.


[1:16] Takleh.


[1:17] Tadi kita ambil air sembahyang cara Syafie, tak apa.


[1:20] Cara Syafie tu pun ada juga dalam sunah cuma masalah tepat dengan kurang tepat.


[1:26] Bagi dia, dia rasa puas hati dah hok tu. Orang lain tak puas hati, tak apalah. Bagi dia, dia puas hati dah.


[1:31] Jadi kalau kita ambil cara tu, nak batal cara lain; asalkan kita tahu setiap perbuatan kita. Di setiap peringkat tu kita tahu.
-- Ha, tak apa.


[1:43] Kena tahu.


[1:44] Kalau Syafie, kena baca al-Fatihah sembahyang; tak baca al-Fatihah takleh, walau pun makmum pun. Kena baca al-Fatihah.


[1:51] Bila kita ambil air sembahyang, sembahyang pun cara dia.


[1:54] Takleh ambil air sembahyang cara Syafie, pastu toksey baca gapo satu; ikut Hanafi. Dalam sembahyang. Pakai serah ke Tok Imam belaka.
*toksey -- tak nak

[2:02] Takleh lagu tu.


[2:03] Kalau kita buat lagu tu juga, jadi talfiq. Itulah orang panggil talfiq.


[2:07] Tetapi ramai ulama mengatakan tak apa.


[2:09] Sebab apa?
-- Sebab masa dulu, orang yang mengikut Sahabat ni, dia terima satu ilmu daripada Sahabat; dia ambil. Pastu dia terima hok lain pula, bab batal air sembahyang dia terima orang lain pula.


[2:21] Makna bercampur-campur. Dia tidak kata: "Bila nak ambil air sembahyang ni pah ke batal dia pun kena terima daripada Sabahat tu juga."
*pah -- sampai

Adakah dia buat begitu?
-- Tak ada.


[2:29] Bila tak ada, maknanya daripada tok guru yang berlainan sedangkan pendapat dia tidak sama tu, tok guru tu. Makna tak apa kita pakai berbeza-beza.


[2:37] Buktinya: di zaman awal dulu, salaf dulu, ramai sekali buat lagu tu lah. Terima daripada orang ni; ambil air sembahyang. Batal air sembahyang; terima daripada orang ni. Tak apa.


[2:47] Kalau takleh, makna demo tu tak sah habislah.
*demo -- mereka

[2:50] Pasal talfiq.


[2:53] Masalah talfiq ni yang lebih kemasnya: tak apa, asalkan kita tahu.

Hok-ni ni mengikut siapa. Hok-ni ni mengikut siapa.
Kalau kita orang biasa.


[3:03] Kalau kita orang mengaji, sepatutnya dia kena tahu mana dalil dia, apa ayat dia, apa hadis dia. Kena tahu.


[3:10] Kalau tahu, tak apalah. Sebab hakikatnya kita nak ikut Nabi.


[3:14] Yang kita kata ikut Syafie, ikut Hanafi, ikut Malik, ikut Bukhari ni sebab demo tu orang pandai.


[3:21] Dia tu pun ikut Nabi juga. Kita turut demo tu. Kita tak boleh nak faham sendiri.


[3:26] Kalau boleh kita faham sendiri, kita ikut Nabi; tidak salah.


[3:30] Tidak salah.


[3:32] Tidak kata: terikat; mesti kita nak ni, kena melalui ikut ni. Kalau tidak, takleh, tak terbuka jalan.


[3:37] Ha, tidak begitu. Tak ada ketetapan gitu-ah.

.......

Dimulakan: 24 Safar 1433H / 18 Jan 2012M, Rabu.
Diterbitkan: 24 Safar 1433H / 18 Jan 2012M, Rabu.
Dikemaskinikan: 15 Zulkaedah 1433H / 30 Oktober 2012M, Rabu.
6 Zulhijah 1433H / 22 Oktober 2012M, Isnin.
5 Zulhijah 1433H / 21 Oktober 2012M, Ahad.

No comments :

Post a Comment