Friday, December 27, 2013

"Demokrasi" tu macam mana?

Tajuk: Antara Syukur & Tanggungjawab kerajaan Dan Nasihat kepada ILMU - Ustaz Salman Ali
Sumber: http://youtu.be/0scuaiu7v7c
Durasi: 7m 35s

Penyampai: Ustaz Salman Ali




[0:04] Tuan-tuan, kerajaan [ کراجاءن ] -...


[0:07] Sistem, kalau kita -... kalau dalam sistem -...


[0:10] Dalam sistem demokrasi [ ديموکراسي ]; kita -... Kita tak setuju -...


[0:13] Pada saya, demokrasi ni bukan satu sistem yang baik.


[0:15] Dia bawa banyak kerosakan.


[0:16] Dia yang bawa orang Islam [ اسلام ] pecah-belah.


[0:18] Dia bukan sistem yang baik.


[0:19] Tapi bila hidup dalam sistem demokrasi; pertama, nak define "kerajaan" tu pun susah.


[0:25] Bukan sebagaimana sistem klasik, kita boleh define "kerajaan": waliyul ‘a; dia yang pegang urusan.


[0:29] Demokrasi, lain.


[0:30] Pemecahan kuasa* menjadikan dia tak -...


* pemecahan kuasa --
Istilah sumber: separation of powers

Istilah sasar: perasingan kuasa

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Doktrin yang mengasingkan fungsi pemerintahan kepada tiga badan, iaitu eksekutif, kehakiman[,] dan perundangan.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perasingan+kuasa
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[0:33] "Kerajaan" tu satu benda yang susah nak define.


[0:35] Kalau kita bercakap tentang orang yang buat undang-undang -...


[0:38] Okey, buat undang-undang; Parlimen [ ڤرليمن ] semua tu dikira "kerajaan"; part of the government.

Mereka yang gubal undang-undang.


[0:46] Kalau orang yang laksanakan undang-undang; kuasa eksekutif [ ايکسيکوتيف ] dan juga semua staf-staf yang bekerja dengan dia; mereka itu yang gubalkan dan terlibat dalam laksanakan undang-undang.


[0:56] Mereka laksanakan undang-undang.


[0:58] Kalau kita cakap tentang orang yang menentukan tindak-tanduk kita benar atau salah; semua sistem kehakiman itu "kerajaan".


[1:05] Jadi, kerajaan; dia besar.


[1:08] Dan bila dia besar, ada pemisahan kuasa; tanggungjawab masing-masing terhad.


[1:14] Bila tanggungjawab terhad, semua orang terikat dengan tanggungjawab masing-masing.


[1:19] Itu di sudut kerajaan.

Dia ada tanggungjawab sendiri; dia tak boleh pergi kepada tanggungjawab lain.


[1:24] Contoh: yang menentukan tindak-tanduk kita betul-salah.
-- Itu bukan kuasa eksekutif*.

Bukan kuasa dia.


* kuasa eksekutif --
Istilah sumber: executive power

Istilah sasar: kuasa eksekutif

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Kuasa badan pemerintahan untuk melaksanakan undang-undang dan menjalankan pentadbiran mengikut kuasa membuat undang-undang.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuasa+eksekutif+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[1:30] Perdana Menteri takde* hak nak kata: "Ini, betul. Ini, salah"
-- Itu bukan hak dia.


* takde -- tiada / tak ada / tidak ada


[1:34] Dia tak boleh kata.


[1:36] Ada badan lain yang dia tentukan tindak-tanduk kita betul ataupun salah.*


*
Istilah sumber: judicial power

Istilah sasar: kuasa kehakiman

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mengadili dan mendengar pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuasa+kehakiman+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[1:41] Gubal undang-undang.*
-- Itu bukan kerja menteri.

Dia tak boleh gubal undang-undang. Kerja orang lain.


*
Istilah sumber: legislative power

Istilah sasar: kuasa perundangan

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Tiada

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuasa+perundangan+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


Istilah sumber: legislative function

Istilah sasar: fungsi perundangan

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Kuasa yang diberikan kepada sesuatu badan atau seseorang individu untuk membuat perundangan.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fungsi+perundangan+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


Istilah sumber: bicameral legislature

Istilah sasar: perundangan dwidewan

Bidang: Sains Politik

Subbidang: Tiada

Huraian: Badan legislatif yang terdiri daripada dua dewan, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perundangan+dwidewan+sains+politik
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[1:47] Jadi, pemecahan kuasa.


[1:48] Dan dalam pemecahan kuasa ini juga; sistem yang ada ni, dia adalah sistem di mana orang yang menjawat jawatan itu -...


[1:57] Demokrasi ni kan ... ramai. Yang menjawat jawatan; mereka tu dipilih untuk jawat jawatan tu.


[2:03] Mereka dilantik di situ.


[2:05] Jadi, dalam sistem ini -...


[2:08] Islam ajar kita; untuk menjamin keadilan, menjamin kesejahteraan; jangan keluar menentang pemerintah.


[2:13] Keluar menentang pemerintah: hancur.


[2:15] Mana sahaja part pemerintah; kamu jangan keluar tentang.


[2:18] Jangan pergi tentang menteri.


[2:20] Jangan keluar senjata pergi bunuh hakim.


[2:22] Jangan. Jangan.


[2:24] Jangan ambil lastik pergi lastik Yang Dipertua Dewan Negara.
-- Jangan. Tak boleh.


[2:29] Kerajaan jangan digugat dia.


[2:31] Jangan keluar menentang.


[2:32] Tapi demokrasi, dalam sistem ini; kita kena ingat: kerajaan itu dia dibayar gaji untuk duduk di situ.


[2:39] Sistem ini, kita kena ingat yang: rakyat tidak berhutang budi kepada dia.


[2:45] Rakyat -..., tidak ada siapa-siapa di antara rakyat yang berhutang budi kepada dia.


[2:48] Dan semua orang kena faham; kita dan juga kerajaan kena faham: orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada negara adalah kerajaan.


[2:56] Adalah menteri.


[2:57] Adalah orang-orang yang terlibat dalam kerajaan.


[2:59] Mereka paling banyak manfaat.


[3:01] Itu benda penting.


[3:02] Dia kena ingat yang dia berhutang kepada negara; bukan kita.


[3:07] Sebab itu tuan-tuan, kalau nak cakap tentang berjimat-cermat; siapa boleh cakap tentang berjimat-cermat?


[3:11] Kita boleh cerita kat* orang: Hiduplah berjimat-cermat.
-- Kita boleh.


* kat -- kepada


[3:15] Kit-... Orang awam duk tepi jalan boleh cerita kat orang.
-- Boleh.


[3:19] Satu-satunya orang yang takde hak bercakap tentang jimat-cermat adalah: semua staf kerajaan.


[3:24] Bukan staf kerajaan; semua orang yang terlibat dalam buat polisi ini.


[3:26] Sebab: Dia buat polisi susahkan orang; pahtu* suruh orang jimat-cermat.
-- Tak boleh!


* pahtu -- lepas itu


[3:33] Itu tak boleh.

Dia tak boleh cakap tentang bab tu.


[3:37] Umpama seorang bapa; dia tak bagi duit kat anak dia. Dia tak bagi duit.


[3:44] Kalau orang lain yang luar, luar takde kena-mengena dengan anak dia; dia abaikan terus tanggungjawab anak dia.


[3:49] Dia tak bagi apa langsung kat anak dia.


[3:51] Orang luar datang, kata kat anak dia: "Sabarlah engkau. Kau sabar ni kau dapat pahala [ ڤهالا ]."
-- Boleh. Takpe; nasihat orang luar.


[3:58] Tapi dia dah lah abaikan tanggungjawab; dia datang kata: "Sabarlah engkau. Engkau jangan minta..."
-- Itu tak kena.


[4:04] Orang ni terlibat dalam masalah sebab engkau.


[4:07] Itu benda penting.


[4:11] Itu benda kita kena faham.

Semua orang kena faham; benda penting.


[4:13] Semua orang boleh bercakap tentang kemiskinan.


[4:16] Siapa boleh bercakap.


[4:17] Tapi menteri, cakap.
-- Tolong; jangan cerita pasal kemiskinan.

Itu bukan hak mereka.


[4:22] Dan semua pihak yang terlibat; badan-badan yang sokong parti ini; dia takde hak bercakap tentang benda tu.


[4:30] "Kita mestilah hormat pemerintah"; baca ayat Quran.
-- Saya cakap, takpe*, tuan-tuan. Saya bercakap bab tu.


* takpe -- tak mengapa / tak apa


[4:37] Tuan-tuan cakap bab tu, takpe; kita cakap.


[4:39] Tapi orang yang duduk dalam parti pemerintah; dia tak boleh cakap bab tu.


[4:43] Kalau dia cakap bab tu; dia buat apa sebenarnya?


[4:46] "Hei, ini; aku suka dia ni. Aku kawan dia, engkau tolong-a sokong kami."
-- Tak boleh. Tak kena.


[4:51] Orang luar cakap; takpe. Bukan dia.


[4:53] Sebab: dia part of the system.


[4:56] Bukan hak dia nak bawa orang kepada ke menyokong apa yang dia buat tu.


[5:02] Sebab tu, sahabat-sahabat saya, ulama dalam UMNO -...


[5:06] Saya, pada saya: sahabat-sahabat ini bagus, mereka baik. Orang yang baik.


[5:09] Tapi mereka tak boleh bercakap tentang kelebihan-kelebihan mesti menghormati pemerintah dan sebagainya sebab mereka part of the system.


[5:18] Mereka part of the party yang memerintah negara.


[5:20] Dia takde hak bercerita tentang benda tu.


[5:22] Bukan hak dia.


[5:24] Dia duduk di luar; dia boleh cerita kepada rakyat, "Ini yang terbaik."


[5:28] Tapi dia di dalam; tak boleh.


[5:30] Umpama seorang bapa yang cerita kepada anak dia sendiri: "Buatlah benda ni. Buatlah benda ni," sedangkan kesilapan tu daripada dia [bapa]. Tak kena.


[5:37] Jadi, bila kita minta daripada kerajaan; hak kita untuk minta.


[5:42] Melainkan satu cara.


[5:45] Melainkan satu cara: Kita tak bayar cukai [ چوکاي ], kita tak bagi apa-apa; kita jangan minta.


[5:54] Dalam sistem ni, kita kena bagitau* yang sebenarnya kerajaan terhutang budi kepada rakyat.


* bagitau -- bagi tahu / beritahu


[5:59] Kerajaan terhutang budi kepada rakyat.
-- Itu dia [kerajaan] kena faham.


[6:02] Kita makan KFC; dia dapat hasil.


[6:04] Kita beli motor; dia dapat hasil.


[6:07] Apa sahaja kita buat; dia dapat hasil.


[6:09] Kita drive kat highway; dia dapat hasil.


[6:12] Semua tu dapat kepada dia.


[6:14] Tuan-tuan, kena bagitau kepada orang-orang yang terlibat dalam policy maker* ni semua ni, eksekutif: janganlah cerita tentang budi.

Mereka tidak berbudi.


* policy maker --
Istilah sumber: official policy maker

Istilah sasar: pembuat dasar rasmi

Bidang: Pentadbiran

Subbidang: Pentadbiran Awam   

Huraian: Badan atau jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menggubal hala tuju pemerintahan sesebuah organisasi pentadbiran. Jawatankuasa ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan bertanggungjawab menjaga kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.

Dalam konteks pemerintahan negara, pembuat dasar rasmi biasanya merujuk kepada kabinet yang bertanggungjawab memelihara kepentingan negara, kebajikan rakyat dan kemantapan sistem pemerintahan. Urusan penggubalan dasar rasmi bagi pihak kabinet kadang kala diserahkan kepada Jawatankuasa Kabinet atau Jawatankuasa Khas Kabinet bagi meneliti sesuatu isu atau masalah sebelum sesuatu dasar baru digubal.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembuat+dasar+rasmi
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[6:22] Mereka -... Kita -... Takde siapa terhutang budi kepada mereka.


[6:25] Mereka dapat lebih daripada tu.


[6:27] Janganlah cerita tentang kesusahan. Biar orang lain cerita.


[6:30] Jangan nak cerita tentang dia kecil-kecil, dia susah, pergi jual kuih; orang lain cerita la sebab dia dapat ...


[6:37] Orang-orang ni takyah* cerita la.


* takyah -- tak payah / tak perlu


[6:39] Cuma yang peliknya, orang politik [ ڤوليتيک ] selalu cerita pasal perjuangan.


[6:43] Orang politik paling banyak cerita tentang perjuangan.


[6:45] Tapi dalam sistem demokrasi ini, sistem yang kita hidup ni; mereka orang yang paling banyak mendapat hasil daripada perjuangan.


[6:51] Paling banyak.


[6:53] Takdak* orang politik yang berjuang; dia start dia kaya, masuk politik dia jadi miskin habis papa-kedana.


* takdak -- tiada / tak ada / tidak ada


[7:00] Mungkin ada lah.


[7:01] Tapi dengan jawatan ni biasanya, lebih daripada tu.


[7:05] Adalah beberapa orang yang Allah rahmati; tapi, itulah sistem.


[7:09] Ramai orang ...


[7:11] Wallahu a‘lam [ والله أعلم ].


[7:21] Okey. Subhanallahu wabihamdik.


[7:24] Astaghfirullah waatubuilaik.


[7:25] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

.......

Dimulakan: 26 Muharam 1435H, Sabtu / 30 November 2013M, Sabtu.
Diterbitkan: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 26 Safar 1435H, Ahad / 29 Disember 2013M, Ahad.
24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.

Tuesday, December 3, 2013

[Penyampai] Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff


....... Imlak .......


Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/Maulana%20Muhammad%20%E2%80%98Asri%20Yusoff


....... Lihat juga .......


Saluran-Saluran Kuliah Maulana Asri Di Dalam YouTube
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1821

.......

Dimulakan: 1 Safar 1435H, Rabu / 3 Disember 2013M, Selasa.
Diterbitkan: 1 Safar 1435H, Rabu / 3 Disember 2013M, Selasa.
Dikemakinikan: .

Monday, November 18, 2013

[Penyampai] Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman


....... Imlak .......


Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/Ustaz%20Dr.%20Zaharuddin%20Abdul%20Rahman


....... Penyampai .......


drzaharuddinrahman
https://instagram.com/drzaharuddinrahman/
Sumber: [20 Oktober 2015, 12:07] https://www.facebook.com/DrZaharuddin/posts/1040009642705385


Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
[Facebook, Pages] https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Dr-Zaharuddin-Abd-Rahman/264020270304330


Zaharuddin.net
[Facebook, Pages] https://www.facebook.com/pages/Zaharuddinnet/226669856575


Zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net/


....... Lihat juga .......


Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)
[Facebook] https://www.facebook.com/murshidmy


MURSHID.my
http://murshid.my/

.......

Dimulakan: 13 Muharam 1435H, Ahad / 17 November 2013M, Ahad.
Diterbitkan: 15 Muharam 1435H, Selasa / 18 November 2013M, Isnin.
Dikemaskinikan: 6 Safar 1437H, Rabu / 18 November 2015M, Rabu.

Sunday, November 17, 2013

[Penyampai] Ustazah Maznah Daud


....... Imlak .......


Ustazah Maznah Daud
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/Ustazah%20Maznah%20Daud


....... Penyampai .......


Maznah Daud
[Facebook] https://www.facebook.com/maznahd/


Ustazah Maznah Daud
[Facebook, Pages] https://www.facebook.com/pages/Ustazah-Maznah-Daud/759186227438495


Panjang Umur
http://indahnya-syurga.blogspot.com/


Penyuluh
http://penyuluh.blogspot.com/


Zaadut-Taqwa
http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

.......

Dimulakan: 18 Zulhijah 1434H, Rabu / 23 Oktober 2013M, Rabu.
Diterbitkan: 13 Muharam 1435H, Ahad / 17 November 2013M, Ahad.
Dikemaskinikan: 29 Ramadan 1436H, Khamis / 15 Julai 2015M, Rabu.

Friday, November 15, 2013

Senarai huruf dalam abjad Jawi


"Jawi" tu apa?

Jawi II

Melayu;

~ pekan (peranakan): orang yg berketurunan Melayu dan India;

bahasa ~: bahasa Melayu;

huruf ~: huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu;

masuk ~: ber­khatan, bersunat;

padi ~: padi biasa (bukan pulut);

tulisan ~: tulisan yg menggunakan huruf Jawi;


menjawikan

1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu;

2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi

: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi;


penjawian

proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi

: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi.


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+melayu+kamus+dewan+edisi+keempat



Huruf Jawi tu apa?

huruf Jawi

huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu;

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat



Senarai huruf Jawi:


1.
Arab-1
Jawi-1
ا
alif I

1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);

2. huruf pertama abjad Jawi;

tahun ~: tahun yg pertama drpd daur kecil atau windu;

~ gantung = ~ kecil: alif utk pengganti tanda tasydid;

~ saksi: alif yg menyaksikan huruf a;

tegak spt ~: tegak lurus;

berbilang dr esa, mengaji dr ~: prb mengerjakan sesuatu hendaknya dr permulaan (menurut peraturan).

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+alif+kamus+dewan+edisi+keempat



2.
Arab-2
Jawi-2
ب
ba I

1. huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua);

2. huruf kedua abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ba+kamus+dewan+edisi+keempat



3.
Arab-3
Jawi-3
ت
ta

1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);

2. huruf ketiga abjad Jawi;

~ marbutah [ ة ]: huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar [ ه ] atau ta [ ت ].

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ta+kamus+dewan+edisi+keempat



4.
Arab-4
Jawi-4
ث
sa I

1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);

2. huruf keempat abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+sa+kamus+dewan+edisi+keempat



5.
Arab-5
Jawi-5
ج
jim

1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga);

tahun ~: tahun ketiga drpd tahun yg kelapan (dlm daur kecil);

2. huruf kelima abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+jim+kamus+dewan+edisi+keempat



6.
-
Jawi-6
چ
ca

huruf keenam abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ca+kamus+dewan+edisi+keempat



7.
Arab-6
Jawi-7
ح
ha

1. = ~ kecil = ~ pedas: huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);

2. huruf ketujuh abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ha+kamus+dewan+edisi+keempat


ha kecil

= ~ pedas: huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);

2. huruf ketujuh abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ha+kecil+kamus+dewan+edisi+keempat


ha pedas

1. huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);

2. huruf ketujuh abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ha+pedas+kamus+dewan+edisi+keempat



8.
Arab-7
Jawi-8
خ
kha
(khO)

1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600);

2. huruf kelapan abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+kha+kho+kamus+dewan+edisi+keempat



9.
Arab-8
Jawi-9
د
dal I

1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);

2. huruf kesembilan abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+dal+kamus+dewan+edisi+keempat



10.
Arab-9
Jawi-10
ذ
zal

1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);

2. huruf ke-10 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+zal+kamus+dewan+edisi+keempat



11.
Arab-10
Jawi-11
ر
ra
(rO)

1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200);

2. huruf ke-11 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ra+ro+kamus+dewan+edisi+keempat



12.
Arab-11
Jawi-12
ز
zai

1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);

2. huruf ke-12 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+zai+kamus+dewan+edisi+keempat



13.
Arab-12
Jawi-13
س
sin

1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);

2. huruf ke-13 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+sin+kamus+dewan+edisi+keempat



14.
Arab-13
Jawi-14
ش
syin

1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);

2. huruf ke-14 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+syin+kamus+dewan+edisi+keempat



15.
Arab-14
Jawi-15
ص
sad
(sOd)

1. huruf ke-14 abjad Arab (mempunyai nilai 90);

2. huruf ke-15 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+sad+sod+kamus+dewan+edisi+keempat



16.
Arab-15
Jawi-16
ض
dad
(dOd)

1. huruf ke-15 abjad Arab (mem­punyai nilai 800);

2. huruf ke-16 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+dad+dod+kamus+dewan+edisi+keempat



17.
Arab-16
Jawi-17
ط
ta
(tO)

1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan);

2. huruf ke-17 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ta+to+kamus+dewan+edisi+keempat



18.
Arab-17
Jawi-18
ظ
za
(zO)

1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900);

2. huruf ke-18 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+za+zo+kamus+dewan+edisi+keempat



19.
Arab-18
Jawi-19
ع
ain I

1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);

2. huruf ke-19 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ain+kamus+dewan+edisi+keempat



20.
Arab-19
Jawi-20
غ
ghain

1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000);

2. huruf ke-20 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ghain+kamus+dewan+edisi+keempat



21.
-
Jawi-21
ڠ
nga

huruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+nga+kamus+dewan+edisi+keempat



22.
Arab-20
Jawi-22
ف
fa

1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);

2. huruf ke-22 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+fa+kamus+dewan+edisi+keempat



23.
-
Jawi-23
ڤ
pa I

huruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+pa+kamus+dewan+edisi+keempat



24.
Arab-21
Jawi-24
ق
qaf

1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100);

2. huruf ke-24 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+qaf+kamus+dewan+edisi+keempat



25.
Arab-22
Jawi-25
ك / ک
kaf

1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20);

2. huruf ke-25 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+kaf+kamus+dewan+edisi+keempat



26.
-
Jawi-26
ڬ / ݢ
ga

huruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ga+kamus+dewan+edisi+keempat



27.
Arab-23
Jawi-27
ل
lam

1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30);

2. huruf ke-27 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+lam+kamus+dewan+edisi+keempat



28.
Arab-24
Jawi-28
م
mim

1. huruf yg ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40);

2. huruf ke-28 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+mim+kamus+dewan+edisi+keempat



29.
Arab-25
Jawi-29
ن
nun III

1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50);

2. huruf ke-29 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+nun+kamus+dewan+edisi+keempat



30.
Arab-26
Jawi-30
و
wau II

1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);

2. huruf ke-30 abjad Jawi;

tahun ~: tahun yg ketujuh dlm satu windu

: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+wau+kamus+dewan+edisi+keempat



31.
-
Jawi-31
ۏ
va

huruf ke-31 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+va+kamus+dewan+edisi+keempat



32.
Arab-27
Jawi-32
ه / ھ
ha I

1. = ~ besar = ~ simpul: huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);

2. huruf ke-32 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ha+kamus+dewan+edisi+keempat


ha besar

= ~ simpul: huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);

2. huruf ke-32 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ha+besar+kamus+dewan+edisi+keempat


ha simpul

huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);

2. huruf ke-32 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ha+simpul+kamus+dewan+edisi+keempat



33.
Arab-28
Jawi-33
ء
hamzah

1. huruf ke-28 abjad Arab;

2. huruf ke-33 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+hamzah+kamus+dewan+edisi+keempat



34.
Arab-29
Jawi-34
ي
ya I

1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);

2. huruf ke-34 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ya+kamus+dewan+edisi+keempat



35.
-
Jawi-35
ى
ye

huruf ke-35 abjad Jawi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ye+kamus+dewan+edisi+keempat



36.
-
Jawi-36
ڽ
nya I

huruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+nya+kamus+dewan+edisi+keempat



-
-
-
لا
lam-alif

huruf lam yg disatukan dgn huruf alif dlm tulisan Jawi (Arab);

air ~: air yg telah dijampi atau ditawar.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+lam+alif+kamus+dewan+edisi+keempat



-
-
-
ة
ta marbutah

huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar [ ه ] atau ta [ ت ].

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+ta+marbutah+kamus+dewan+edisi+keempat

.......

Dimulakan: 10 Muharam 1435H, Khamis / 14 November 2013M, Khamis.
Diterbitkan: 11 Muharam 1435H, Jumaat / 15 November 2103M, Jumaat.
Dikemaskinikan: .

Tuesday, November 12, 2013

[Penyampai] (Ustaz Amin) Muhamad bin Abdullah


....... Imlak .......


(Ustaz Amin) Muhamad bin Abdullah
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/%28Ustaz%20Amin%29%20Muhamad%20bin%20Abdullah


....... Penyampai .......


Muhamad Bin Abdullah (Ustaz Amin)
[Facebook] http://www.facebook.com/muhamad.binabdullah.7667


Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin)
[Facebook, Pages] http://www.facebook.com/pages/Muhamad-bin-Abdullah-Ustaz-Amin/226703637380369


Ustaz Amin - Bicara Agama, Keluarga, Masyarakat dan Aktiviti Dakwah
[Blog] http://www.ustazamin.com/

.......

Dimulakan: 18 Zulhijah 1434H, Rabu / 23 Oktober 2013M, Rabu.
Diterbitkan: 8 Muharam 1435H, Selasa / 12 November 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: .

Wednesday, October 30, 2013

[Buku] فڠاسوه (Pengasuh, bilangan 620)

Tajuk (Jawi): فڠاسوه
Tajuk (Rumi): Pengasuh

KDN-MI-1390/R/20
ISSN 0126-6462

Penerbit: Majlis Agama Islam Kelantan
http://www.e-maik.my/

Bilangan: 620
Syaaban / Ramadan / Syawal 1431H
Julai / Ogos / September 2010M

Bilangan muka surat: 60
Harga: RM 3 (Semenanjung), RM 4 (Sabah, Sarawak, Singapura)

http://www.e-maik.my/public_new/index.php?option=com_content&view=article&id=455&Itemid=1218


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.

.......

Dimulakan: 26 Zulhijah 1434H, Khamis / 30 Oktober 2013M, Rabu.
Diterbitkan: 26 Zulhijah 1434H, Khamis / 30 Oktober 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: .

Tuesday, October 29, 2013

[Penyampai] (Mufti Ismail Menk) Ismail Musa Menk


إسماعيل بن موسى منك


....... Imlak .......


(Mufti Ismail Menk) Ismail Musa Menk
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/%28Mufti%20Ismail%20Menk%29%20Ismail%20Musa%20Menk


....... Penyampai .......


Ismail ibn Musa Menk | Mufti Zimbabwe
http://www.muftimenk.co.za/


Mufti Ismail Menk @muftimenk
[Twitter] https://twitter.com/muftimenk


Mufti Ismail Menk
[Facebook] https://www.facebook.com/muftimenk


Mufti Menk
[YouTube] http://www.youtube.com/muftimenkrox


....... Lihat juga .......


Muslim Central Media
http://www.muslimcentralmedia.com/

.......

Dimulakan: 20 Zulhijah 1434H, Jumaat / 25 Oktober 2013M, Jumaat.
Diterbitkan: 25 Zulhijah 1434H, Rabu / 29 Oktober 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: 25 Zulhijah 1434H, Rabu / 29 Oktober 2013M, Selasa.

Friday, October 25, 2013

[Penyampai] (Ustaz Kazim) Mohd. Kazim Elias


....... Imlak .......


(Ustaz Kazim) Mohd. Kazim bin Elias
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/%28Ustaz%20Kazim%29%20Mohd.%20Kazim%20Elias


....... Penyampai .......


Ustaz Mohd Kazim Elias
[Facebook] https://www.facebook.com/ustazmohdkazim


....... Lihat juga .......


Pusat Pendidikan Al Barakah
http://www.albarakah.org/

.......

Dimulakan: 20 Zulhijah 1434H, Jumaat / 25 Oktober 2013M, Jumaat.
Diterbitkan: 20 Zulhijah 1434H, Jumaat / 25 Oktober 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 20 Zulhijah 1434H, Jumaat / 25 Oktober 2013M, Jumaat.

Thursday, October 24, 2013

[Penyampai] (Ustaz Don Daniyal) Don Daniyal Don Biyajid


....... Imlak .......


(Ustaz Don Daniyal) Don Daniyal Don Biyajid
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/%28Ustaz%20Don%20Daniyal%29%20Don%20Daniyal%20Don%20Biyajid


[Sumber] http://www.facebook.com/30minitustazdon/posts/456534094428820


....... Penyampai .......


Daniyal Biyajid
[Facebook] http://www.facebook.com/daniyalbiyajid


Ustaz Don Daniyal :U2D: Ukhuwah Dunia Digital
[Facebook] http://www.facebook.com/UkhuwahDuniaDigital


....... Lihat juga .......


30 Minit Ustaz Don
[Facebook] http://www.facebook.com/30minitustazdon


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour
[Facebook] http://www.facebook.com/pages/Ustaz-Don-Daniyal-Don-Biyajid-Solat-Selawat-Tour/303477549751709

.......

Dimulakan: 18 Zulhijah 1434H, Rabu / 23 Oktober 2013M, Rabu.
Diterbitkan: 19 Zulhijah 1434H, Khamis / 24 Oktober 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: 19 Zulhijah 1434H, Khamis / 24 Oktober 2013M, Khamis.

Wednesday, October 23, 2013

[Penyampai] Ustaz Azhar Idrus


....... Imlak .......


Ustaz Azhar Idrus
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/Ustaz%20Azhar%20Idrus


....... Penyampai .......


DigitalMukmin Photography
http://www.digitalmukmin.com


Ustaz Azhar Idrus
http://ustazazhar.com


Ustaz Azhar Idrus ( Original )
[Facebook] https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

.......

Dimulakan: 17 Zulhijah 1434H, Selasa / 22 Oktober 2013M, Selasa.
Diterbitkan: 18 Zulhijah 1434H, Rabu / 23 Oktober 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: 18 Zulhijah 1434H, Rabu / 23 Oktober 2013M, Rabu.

Tuesday, October 22, 2013

[S1] Masih hidupkah Nabi Isa dan Nabi Khidir? [S2] Berdosakah potong bulu kaki? [S3] Di manakah telaga Barahut?

Tajuk: Ust Azhar Idrus - Laut Mati
Sumber: http://youtu.be/UF6A7OGlelg
Durasi: 5m 2s

Penyampai: Ustaz Azhar Idrus
http://imlak.blogspot.com/2013/10/penyampai-ustaz-azhar-idrus.html




[0:00] ... dimatikan.

Maka yang ada nas [ نص ] ulama kata belum mati ialah Nabi Isa [ عيسى ]; maka pegangan yang-..., pandangan yang paling kuat: Nabi Isa saja belum mati.


* nas
- Jawi: ( نص ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( نَصّ ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=نص


* Isa ( عيسى ) http://imlak.blogspot.com/2012/10/senarai-25-rasul-dalam-al-quran-al-karim.html


[0:08] Yang lain kita kembalikan kepada adat; sudah wafat [ وفاة ].

Takdok* masalah.


* wafat
- Jawi: ( وفاة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( وَفَاة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=وفاة


* takdok -- tiada


[0:12] Takdir [ تقدير ] kata: kita pegang Nabi Khidir wafat dah pun.

Takdir kata: dia masih hidup.

-- Dok* jadi dosa kita, kerana perkara ni bukan perkara fardu ain [ فرض عين ] untuk kita iktikadkan [ اعتقاد ].

Faham?


*takdir
- Jawi: ( تقدير ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( تَقْدِير ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=تقدير


* dok -- tak


* fardu ain
- Jawi: http://rumi-to-jawi.appspot.com/
fardu ( فرض )
ain ( عين )
- Arab: ( فَرضُ عَين ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=فرض+عين


* iktikad
- Jawi: ( اعتقاد ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( اِعْتِقاد ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=اعتقاد


[0:22] Jadi hok ustaz [ استاذ ] ni kata; betul dah.

Pastu orang ngajar* kata Nabi Isa seorang masih hidup; betul juga.


* ustaz:
- Jawi: ( استاذ ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( استاذ ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=استاذ


* ngajar -- mengajar


[0:27] Tidak ada tanakut.


[0:28] Ni masalah tidak ada nas, deh.

Kita kena faham benda lagu ni, deh.


[0:31] Ha, selesai se*.


* se -- satu


[0:33] [Soalan-2] Yang ketiga: adakah berdosa kalau kita potong bulu kaki?


[0:36] [Jawapan] Nak tengok; mu yang tanya ni laki ke puang*?


* puang -- perempuan


[0:40] Ha, kalau laki: dok buleh*.


* buleh -- boleh


[0:42] Kalau laki tak boleh potong bulu kaki. Dak(?).


[0:45] Melainkan dia nak buat pembedahan.
-- Ha, tu lainlah, neh.


[0:49] Ha, kena besi, kena apa..., kena cukur bulu keting tu; baru boleh buat pembedahan. Dak(?).


[0:55] Kalau perempuan?
-- Ha, perempuan dia ada tafsir [ تفسير ]. Kalau maknanya bulu kaki dia itu tidak menyebabkan dia tu jadi macam laki-laki bila dilihat oleh suami, maka dokleh* potong.

Ni pandangan yang paling kuat.


* tafsir
- Jawi: ( تفسير ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( تَفْسِير ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=تفسير


* dokleh -- tak boleh


[1:06] Maknanya: bulu kaki semua orang puang ada, tapi halus, macam adab-adab orang perempuan. Paham(?).


[1:12] Tapi kalau bulu kaki dia itu lebat, deh.

Ha, lebat sangat bulu kaki macam Ronaldo kaki.

Ha, dak(?).


[1:21] Ho, lebat sangat. Tok laki* tengok; seriau tengok.
-- Maka tidak lagi ada larangan memotong.


[1:26] Faham dok?

Kerana nak membahagiakan suami.

Boleh deh.


* tok laki -- suami


[1:30] Ha, boleh; orang puang boleh.


[1:32] Kerana, nak tengok, lebat sangat, tak comel. Dak(?).

Dok macam...


[1:36] Tok laki kata: "Oloh, lebat daripada bulu kaki Abang pula," umpamanya.

Dok comel lagu tu.


[1:41] Jadi dia cukur untuk dia kelihatan cantik kepada suami; maka ada ulama [ علماء ] mengatakan: harus.

Boleh deh(?).


* ulama
- Jawi: ( علماء ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( علماء ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=علماء


[1:48] Ha, jangan cukur bulu kening doh-lah*.


* doh-la -- sudahlah


[1:50] Pasal bulu kaki takdok nas dengan terang-terang; hanya kias [ قياس ] sahaja.


* kias
- Jawi: ( قياس ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( قِيَاس ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=قياس


[1:54] Bulu kening; terang.


[1:56] [Membaca ...] La anallahhumannisob wa mutanammisob


[1:58] [Terjemahan] Allah laknat orang yang cukur bulu kening ataupun yang buka saloon cukur bulu-... yang suruh cukur di salun-salun.


[2:05] Kena laknat [ لعنة ], deh(?).

Ha, tu barulah kena laknat.


* laknat
- Jawi: ( لعنة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( لَعْنَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=لعنة


[2:08] Ha, bulu kaki tidaklah sampai nas yang mana yang menyebabkan detail benar Nabi laknat, deh.


[2:14] Ha, jadi kalau ada suami, bulu kaki dia anggar lebat sikit; dok macam biasa orang puang, maka boleh cukur untuk dilihat cantik oleh suami. Neh.

Ha.


[2:24] [Soalan-3] "Salah satu tempat yang kita makruh guna air ialah telaga Barahut [ بَرَهُوتٌ ]. Telaga itu kat mana? Negara mana?"


* Barahut ( بَرَهُوتٌ ) http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=برهوت


[2:30] Ha, dia tanya pula ni. Ha.


[2:32] [Sambungan Soalan-3] "Bagaimana asal-usul sejarah tentang telaga berkenaan?"


[2:35] Ha, dia kata telaga ... . Salah satu daripada air yang makruh [ مكروه ] kita guna: telaga Barahut.


* makruh
- Jawi: ( مكروه ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( مَكْرُوه ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=مكروه


[2:40] Ha, ni dia dengar dah ni; dia tahu, dia tanya pula kita. Dak?


[2:44] Kalau orang dok ngaji dak* tahu ni Barahut-barahut ni. Dak?


* dak -- tidak


[2:47] Ha, ni dia ada dengar juga. Neh.


[2:50] Ha, baik.


[2:51] Di mana telaga Barahut?
-- Telaga Barahut ni memang ada disebut di dalam kitab-kitab.


[2:55] Biasanya kalau kitab Fiqah [ فقه ], ulama sebut dalam bab babulmiah; bab-bab air.

Babulmak lah; bab ceritakan air, dok(?).

Air yang afdal, dak(?). Air yang barakah [ بركة ]. Air yang makruh guna.


* fiqah
- Jawi: ( فقه ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( فِقْه ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=فقه


* barakah
- Jawi: ( بركة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( بَرَكَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=بركة


[3:06] Di antara air yang makruh guna: air telaga Barahut, dak(?); air Laut Mati di Jordan [ الأُرْدُنّ ], dak(?).


* Jordan ( الأُرْدُنّ ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=jordan


[3:13] Makruh kita comor* pada tubuh.


* comor -- lumur
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=comor


[3:14] Ha, kata setengah ulama: Telaga Barahut ini, walaupun disebut oleh Sahabat di dalam asa-asa mereka itu, maka kajian yang dibuat oleh ulama-ulama, pendapat setengahnya mengatakan di negeri Yaman [ اليَمَن ].

Wallahu a‘lam [ والله أعلم ].

Deh.


* Yaman ( اليَمَن ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=yemen


* wallahu a'lam ( والله أعلم ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=allah+knows+best


[3:28] Di negeri Yaman.


[3:29] Kat mana Yaman-...
-- Yaman tu tahulah.


[3:31] Kat mana telaga Barahut?
-- Wallahu a‘lam.


[3:32] Orang hok gi Yaman, mungkin dia boleh cari. Neh?

Ha, setakat tu je-lah*. Ha.


* je-lah -- sahajalah


[3:38] Jadi, air yang makruh guna ni, sebabnya negeri-negeri ini diduduki oleh kaum yang sangat derhaka kepada Allah [ الله ].


* Allah
- Jawi: ( الله ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( الله ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=الله


[3:45] Sehingga maknanya telaga dia Allah Taala [ تعالى ] sumpah jadi dok molek. Dak(?).

Ha.


* Taala
- Jawi: ( تعالى ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( تَعالَى ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=تعالى


[3:49] Macam telaga-... ni, Laut Mati tu, di Jordan tu; kaum Nabi Lut [ لوط ].


* Lut ( لوط ) http://imlak.blogspot.com/2012/10/senarai-25-rasul-dalam-al-quran-al-karim.html


[3:53] Liwat [ لواط ]; laki nge* laki, puang nge puang.


* liwat
- Jawi: ( لواط ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( لِوَاط ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=لواط


* nge -- dengan


[3:56] Gay, lesbian. Dak(?).

Allah suruh malaikat [ ملائكة ] lingkup bumi.

Allah laknat laut tu takdok ikan boleh hidup.


* malaikat
- Jawi: ( ملائكة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( مَلَائِكَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=ملائكة


[4:04] Dan sebut di dalam kitab-kitab, pesan benar oleh ulama: Jangan pergi ke Laut Mati. Kalau pergi hendaklah sentiasa dalam keadaan mata menunduk ke bawah dan memohon perlindungan daripada kemurkaan Allah.


[4:15] Kerana ni negeri, negeri sial, negeri suwei*, negeri kene laknat; laut ni laut suwei, laut maja, laut sial.


* suwei / suwey -- [dari dialek Hokkien] malang, nasib buruk, dll
( )
- Mandarin: shuāi [Pinyin] http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=衰
- Kantonis: seoi1 [Jyutping] http://chinesebay.com/py/衰
- Hokkien: sue [Tai-lo] http://twblg.dict.edu.tw/holodict_new/result_detail.jsp?n_no=6653&curpage=1&sample=衰&radiobutton=1&querytarget=1&limit=20&pagenum=1&rowcount=16


[4:23] Tapi orang Malaysia [ مليسيا ] gi mandi denu dengar khabar. Paham(?)


* Malaysia
- Jawi: ( مليسيا ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( ماليزيا ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=malaysia


[4:25] Tok syeikh haji bawa siap dengan pelampung bawa gi. ...
-- Pasal dia dok belajar.


[4:31] Dia kira nak gi ke Mekah [ مكة ] je. Kursus dua minggu, gi ke Mekah.


* Mekah
- Jawi: ( مكة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( مَكّة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=مكة


[4:35] Orang belajar dulu, dak(?), dengan ulama-ulama. Neh.

Barulah kita tahu.


[4:39] Jadi kartun.

Air bawa balik pula dua-tiga botol. Buat mandi anak-cucu; ambil berkat.
-- Berkat kepala otak apa; ulama kat suwei.

Paham(?).


[4:46] Dah takdok ilmu. Dak?

Ikut orang bawa gi-ah.

Dak?

Hmm.


[4:51] Kejap lagi gi mandi kat telaga Firaun [ فرعون ] pula; kalau ada, dok?

Dok jumpa lagi telaga Firaun. Dak(?).


* firaun
- Jawi: ( فرعون ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Arab: ( فِرْعَوْن ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=فرعون


[4:55] Ha, biar gok ada ilmu sikit.

Ikut orang nak bawa, dak(?).

Ha.


[4:59] Ada pula buwi* mandi anak-cucu...


* buwi -- beri

.......

Lihat juga:

Islamic Finder: Wadi Barahut, Yemen Prayer Times
http://www.islamicfinder.org/prayerDetail.php?country=yemen&city=Wadi_Barahut

.......

Dimulakan: 28 Januari 2012M, Sabtu.
Diterbitkan: 17 Zulhijah 1434H, Selasa / 22 Oktober 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: 18 Zulhijah 1434H, Rabu / 23 Oktober 2013M, Rabu.
17 Zulhijah 1434H, Selasa / 22 Oktober 2013M, Selasa.

Friday, October 11, 2013

[Buku] Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiyyah

Tajuk: Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiyyah
Tajuk lain:
علم التجويد برواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبية

Penulis: Surur Shihabuddin bin Hassan
ISBN 978-967-975-557-2

Penerbit: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan keempat, Januari 2010M

Bilangan muka surat: 342
Harga: RM 30


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


.......


[Buku] https://www.facebook.com/commerce/products/1080721158664852/

[Penulis] Surul Shahbudin https://www.facebook.com/sururehal

.......

Dimulakan: 6 Zulhijah 1434H, Jumaat / 11 Oktober 2013M, Jumaat.
Diterbitkan: 6 Zulhijah 1434H, Jumaat / 11 Oktober 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 16 Zulhijah 1438H, Khamis / 6 September 2017M, Rabu.

Thursday, October 10, 2013

[Buku] Arabic for English Speaking Students

Tajuk: Arabic for English Speaking Students
Penulis: Muhammad Abdul-Rauf
ISBN -

Penerbit: Dar El Fikr, Indonesia
http://darelfikr.com/new/ar/agents.php

Terbitan: 1st printing, Syawal 1406H / June 1986M

Bilangan muka surat: 434
Harga: -


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


.......

Dimulakan: 5 Zulhijah 1434H, Khamis / 10 Oktober 2013M, Khamis.
Diterbitkan: 5 Zulhijah 1434H, Khamis / 10 Oktober 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: 5 Zulhijah 1434H, Khamis / 10 Oktober 2013M, Khamis.

Tuesday, September 24, 2013

"Agama" tu apa?

Tajuk: Akhlak perkara pokok
Sumber: http://youtu.be/Wdop8hriON8
Durasi: 2m 35s

Penceramah: Ustazah Maznah Daud
http://imlak.blogspot.com/2013/11/penyampai-ustazah-maznah-daud.html




[0:00] ... Akhlak yang mantap. Dan kita tahu akhlak dalam Islam [ اسلام ] dia bukan perkara tempelan atau bukan perkara hiasan-hiasan.


[0:10] Tapi akhlak itu inti agama itu sendiri.


[0:13] Sebab Nabi SAW* pernah ditanya: "Maa din?" [ مَا دِين؟ ]

* SAW -- Sallallahualaihiwasallam
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saw+kamus+dewan+edisi+keempat


* maa ( مَا ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=ما


* din
- Arab: ( دِين ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=دين
- Jawi: ( دين ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/


[0:18] [Terjemahan] Agama itu apa?


[0:19] Nabi jawab: "Husnulkhuluq." [ حُسْنُ الْخُلُق ]

* husnu ( حُسْن ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=حسن


* khuluq ( خُلُق ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=الخلق


[0:22] [Terjemahan] Akhlak yang mulia.


[0:24] Jadi maknanya akhlak dalam Islam bukan satu pilihan.

Ha, kan.


[0:29] Ada orang Islam baik, ada orang Islam tak baik.
-- Tak.


[0:32] Akhlak itu adalah agama tu.


[0:35] Kalau Muslim [ مُسْلِم ]; dia mesti baik.

Ha, kan.

* Muslim ( مُسْلِم ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=muslim


[0:40] Dan kita tahu akhlak asas ialah yang kita dulu hafal sifat wajib bagi rasul tu.

Ha, kan.


[0:47] Siddiq [ صِدِّيق ].

Amanah [ امانة ].

Tabligh [ تَبْلِيغ ].

Fatanah [ فَطَانَة ].

* siddiq
- Arab: ( صِدِّيق ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=صديق
- Melayu, Jawi: ( صديق ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Melayu, Rumi: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=siddiq


* amanah ( امانة ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=امانة


* tabligh
- Arab: ( تَبْلِيغ ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=تبليغ
- Melayu, Jawi: ( تبليغ ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Melayu, Rumi: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tabligh


* fatanah
- Arab: ( فَطَانَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=فطانة
- Melayu, Jawi: ( فطانة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Melayu, Rumi: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fatanah


[0:50] Walhal sebenarnya itulah akhlak asas umat Islam.


[0:54] Sebab Nabi itu: qudwah hasanah. [ قُدْوَة حَسَنَة ]

* qudwah ( قُدْوَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=قدوة


* hasanah ( حَسَنَة ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=حسنة


[0:58] Bukan wajib bagi rasul, kan.


[1:00] Tapi wajib bagi rasul dan umatnya.


[1:04] Buktinya:
Nabi SAW pernah ditanya, kan: "Ada tak Mukmin [ مُؤْمِن ] yang penakut?"

* Mukmin ( مُؤْمِن ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=مؤمن


[1:10] Ha, Nabi jawab apa?
-- "Ada."


[1:12] Jadi kalau penakut tu, Nabi aku lagi umat dia.

Ha, kan.


[1:17] Orang tanya dia [Nabi SAW]: "Ada tak Mukmin yang kedekut?"

Ha.


[1:21] Nabi jawab: "Ada."


[1:24] Tapi kalau orang tanya: "Ada tak Mukmin pendusta?"


[1:28] Nabi jawab: "Tak ada."

Kan.


[1:31] Dusta tu kan lawan benar, kan.


[1:32] Jadi maknanya: siddiq itu bukan sifat wajib bagi Nabi je.

Kan.


[1:37] Ha, wajib bagi umat dia sebab orang tanya: "Mukmin yang pendusta ada tak?"

-- Nabi kata: "Tak ada."


[1:43] Nabi tak mengaku Mukmin kalau bersifat dusta.


[1:46] Ha, jadi kita tahu bila cakap pasal akhlak, dalam Islam, dia [akhlak] bukan perkara tempelan; tapi dia inti.


[1:54] Nabi pun sebut: innama buistu liutammima makarimal akhlak

Ha, kan.


[2:01] Kalau siapa belajar bahasa Arab, kalau sebut "innama" tu maknanya: "hanya sanya".

Seolah-olah itu je satu tujuan Nabi bangkit.

* hanya sanya
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hanya+sanya


[2:09] [Membaca hadis] Innama buistu...


[2:11] [Terjemahan] Sesungguhnya aku hanya diutus...


[2:13] Maknanya: tak ada dah tujuan lain.


[2:16] Satu je tujuan, iaitu: liutammima makarimal akhlak.


[2:20] [Terjemahan] Untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Ha.


[2:25] Jadi sebab tu masuklah akhlak dengan Allah, akhlak dengan manusia, akhlak diri sendiri, akhlak dengan masyarakat, akhlak dengan alam sekitar, dan sebagai-sebagainya.

.......

Lihat juga:
- https://www.facebook.com/WanitaIkramJohor/posts/386462538126548
- https://www.facebook.com/ikram.malaysia/posts/582851368432108

.......

Dimulakan: 30 Syawal 1434H, Jumaat / 6 September 2013M, Jumaat.
Diterbitkan: 19 Zulkaedah 1434H, Rabu / 24 September 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: 13 Muharam 1435H, Ahad / 17 November 2013M, Ahad.
19 Zulkaedah 1434H, Rabu / 24 September 2013M, Selasa.

Thursday, September 12, 2013

[Buku] Panduan Umrah dan Ziarah Madinah dan Makkah (Dan Panduan Berpuasa di Tanah Suci)

Tajuk: Panduan Umrah dan Ziarah Madinah dan Makkah (Dan Panduan Berpuasa di Tanah Suci)
Penulis: Dato’ Ustaz Hj. Md. Daud bin Che’ Ngah
ISBN -

Penerbit: -
Terbitan: Cetakan kelima, 2011M

Bilangan muka surat: 194
Harga: -


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


.......

Dimulakan: 6 Zulkaedah 1434H, Khamis / 11 September 2013M, Rabu.
Diterbitkan: 6 Zulkaedah 1434H, Khamis / 12 September 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: .