Friday, December 27, 2013

"Demokrasi" tu macam mana?

Tajuk: Antara Syukur & Tanggungjawab kerajaan Dan Nasihat kepada ILMU - Ustaz Salman Ali
Sumber: http://youtu.be/0scuaiu7v7c
Durasi: 7m 35s

Penyampai: Ustaz Salman Ali




[0:04] Tuan-tuan, kerajaan [ کراجاءن ] -...


[0:07] Sistem, kalau kita -... kalau dalam sistem -...


[0:10] Dalam sistem demokrasi [ ديموکراسي ]; kita -... Kita tak setuju -...


[0:13] Pada saya, demokrasi ni bukan satu sistem yang baik.


[0:15] Dia bawa banyak kerosakan.


[0:16] Dia yang bawa orang Islam [ اسلام ] pecah-belah.


[0:18] Dia bukan sistem yang baik.


[0:19] Tapi bila hidup dalam sistem demokrasi; pertama, nak define "kerajaan" tu pun susah.


[0:25] Bukan sebagaimana sistem klasik, kita boleh define "kerajaan": waliyul ‘a; dia yang pegang urusan.


[0:29] Demokrasi, lain.


[0:30] Pemecahan kuasa* menjadikan dia tak -...


* pemecahan kuasa --
Istilah sumber: separation of powers

Istilah sasar: perasingan kuasa

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Doktrin yang mengasingkan fungsi pemerintahan kepada tiga badan, iaitu eksekutif, kehakiman[,] dan perundangan.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perasingan+kuasa
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[0:33] "Kerajaan" tu satu benda yang susah nak define.


[0:35] Kalau kita bercakap tentang orang yang buat undang-undang -...


[0:38] Okey, buat undang-undang; Parlimen [ ڤرليمن ] semua tu dikira "kerajaan"; part of the government.

Mereka yang gubal undang-undang.


[0:46] Kalau orang yang laksanakan undang-undang; kuasa eksekutif [ ايکسيکوتيف ] dan juga semua staf-staf yang bekerja dengan dia; mereka itu yang gubalkan dan terlibat dalam laksanakan undang-undang.


[0:56] Mereka laksanakan undang-undang.


[0:58] Kalau kita cakap tentang orang yang menentukan tindak-tanduk kita benar atau salah; semua sistem kehakiman itu "kerajaan".


[1:05] Jadi, kerajaan; dia besar.


[1:08] Dan bila dia besar, ada pemisahan kuasa; tanggungjawab masing-masing terhad.


[1:14] Bila tanggungjawab terhad, semua orang terikat dengan tanggungjawab masing-masing.


[1:19] Itu di sudut kerajaan.

Dia ada tanggungjawab sendiri; dia tak boleh pergi kepada tanggungjawab lain.


[1:24] Contoh: yang menentukan tindak-tanduk kita betul-salah.
-- Itu bukan kuasa eksekutif*.

Bukan kuasa dia.


* kuasa eksekutif --
Istilah sumber: executive power

Istilah sasar: kuasa eksekutif

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Kuasa badan pemerintahan untuk melaksanakan undang-undang dan menjalankan pentadbiran mengikut kuasa membuat undang-undang.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuasa+eksekutif+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[1:30] Perdana Menteri takde* hak nak kata: "Ini, betul. Ini, salah"
-- Itu bukan hak dia.


* takde -- tiada / tak ada / tidak ada


[1:34] Dia tak boleh kata.


[1:36] Ada badan lain yang dia tentukan tindak-tanduk kita betul ataupun salah.*


*
Istilah sumber: judicial power

Istilah sasar: kuasa kehakiman

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mengadili dan mendengar pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuasa+kehakiman+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[1:41] Gubal undang-undang.*
-- Itu bukan kerja menteri.

Dia tak boleh gubal undang-undang. Kerja orang lain.


*
Istilah sumber: legislative power

Istilah sasar: kuasa perundangan

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Tiada

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuasa+perundangan+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


Istilah sumber: legislative function

Istilah sasar: fungsi perundangan

Bidang: Undang-undang

Subbidang: Tiada

Huraian: Kuasa yang diberikan kepada sesuatu badan atau seseorang individu untuk membuat perundangan.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fungsi+perundangan+undang-undang
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


Istilah sumber: bicameral legislature

Istilah sasar: perundangan dwidewan

Bidang: Sains Politik

Subbidang: Tiada

Huraian: Badan legislatif yang terdiri daripada dua dewan, seperti Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Malaysia.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perundangan+dwidewan+sains+politik
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[1:47] Jadi, pemecahan kuasa.


[1:48] Dan dalam pemecahan kuasa ini juga; sistem yang ada ni, dia adalah sistem di mana orang yang menjawat jawatan itu -...


[1:57] Demokrasi ni kan ... ramai. Yang menjawat jawatan; mereka tu dipilih untuk jawat jawatan tu.


[2:03] Mereka dilantik di situ.


[2:05] Jadi, dalam sistem ini -...


[2:08] Islam ajar kita; untuk menjamin keadilan, menjamin kesejahteraan; jangan keluar menentang pemerintah.


[2:13] Keluar menentang pemerintah: hancur.


[2:15] Mana sahaja part pemerintah; kamu jangan keluar tentang.


[2:18] Jangan pergi tentang menteri.


[2:20] Jangan keluar senjata pergi bunuh hakim.


[2:22] Jangan. Jangan.


[2:24] Jangan ambil lastik pergi lastik Yang Dipertua Dewan Negara.
-- Jangan. Tak boleh.


[2:29] Kerajaan jangan digugat dia.


[2:31] Jangan keluar menentang.


[2:32] Tapi demokrasi, dalam sistem ini; kita kena ingat: kerajaan itu dia dibayar gaji untuk duduk di situ.


[2:39] Sistem ini, kita kena ingat yang: rakyat tidak berhutang budi kepada dia.


[2:45] Rakyat -..., tidak ada siapa-siapa di antara rakyat yang berhutang budi kepada dia.


[2:48] Dan semua orang kena faham; kita dan juga kerajaan kena faham: orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada negara adalah kerajaan.


[2:56] Adalah menteri.


[2:57] Adalah orang-orang yang terlibat dalam kerajaan.


[2:59] Mereka paling banyak manfaat.


[3:01] Itu benda penting.


[3:02] Dia kena ingat yang dia berhutang kepada negara; bukan kita.


[3:07] Sebab itu tuan-tuan, kalau nak cakap tentang berjimat-cermat; siapa boleh cakap tentang berjimat-cermat?


[3:11] Kita boleh cerita kat* orang: Hiduplah berjimat-cermat.
-- Kita boleh.


* kat -- kepada


[3:15] Kit-... Orang awam duk tepi jalan boleh cerita kat orang.
-- Boleh.


[3:19] Satu-satunya orang yang takde hak bercakap tentang jimat-cermat adalah: semua staf kerajaan.


[3:24] Bukan staf kerajaan; semua orang yang terlibat dalam buat polisi ini.


[3:26] Sebab: Dia buat polisi susahkan orang; pahtu* suruh orang jimat-cermat.
-- Tak boleh!


* pahtu -- lepas itu


[3:33] Itu tak boleh.

Dia tak boleh cakap tentang bab tu.


[3:37] Umpama seorang bapa; dia tak bagi duit kat anak dia. Dia tak bagi duit.


[3:44] Kalau orang lain yang luar, luar takde kena-mengena dengan anak dia; dia abaikan terus tanggungjawab anak dia.


[3:49] Dia tak bagi apa langsung kat anak dia.


[3:51] Orang luar datang, kata kat anak dia: "Sabarlah engkau. Kau sabar ni kau dapat pahala [ ڤهالا ]."
-- Boleh. Takpe; nasihat orang luar.


[3:58] Tapi dia dah lah abaikan tanggungjawab; dia datang kata: "Sabarlah engkau. Engkau jangan minta..."
-- Itu tak kena.


[4:04] Orang ni terlibat dalam masalah sebab engkau.


[4:07] Itu benda penting.


[4:11] Itu benda kita kena faham.

Semua orang kena faham; benda penting.


[4:13] Semua orang boleh bercakap tentang kemiskinan.


[4:16] Siapa boleh bercakap.


[4:17] Tapi menteri, cakap.
-- Tolong; jangan cerita pasal kemiskinan.

Itu bukan hak mereka.


[4:22] Dan semua pihak yang terlibat; badan-badan yang sokong parti ini; dia takde hak bercakap tentang benda tu.


[4:30] "Kita mestilah hormat pemerintah"; baca ayat Quran.
-- Saya cakap, takpe*, tuan-tuan. Saya bercakap bab tu.


* takpe -- tak mengapa / tak apa


[4:37] Tuan-tuan cakap bab tu, takpe; kita cakap.


[4:39] Tapi orang yang duduk dalam parti pemerintah; dia tak boleh cakap bab tu.


[4:43] Kalau dia cakap bab tu; dia buat apa sebenarnya?


[4:46] "Hei, ini; aku suka dia ni. Aku kawan dia, engkau tolong-a sokong kami."
-- Tak boleh. Tak kena.


[4:51] Orang luar cakap; takpe. Bukan dia.


[4:53] Sebab: dia part of the system.


[4:56] Bukan hak dia nak bawa orang kepada ke menyokong apa yang dia buat tu.


[5:02] Sebab tu, sahabat-sahabat saya, ulama dalam UMNO -...


[5:06] Saya, pada saya: sahabat-sahabat ini bagus, mereka baik. Orang yang baik.


[5:09] Tapi mereka tak boleh bercakap tentang kelebihan-kelebihan mesti menghormati pemerintah dan sebagainya sebab mereka part of the system.


[5:18] Mereka part of the party yang memerintah negara.


[5:20] Dia takde hak bercerita tentang benda tu.


[5:22] Bukan hak dia.


[5:24] Dia duduk di luar; dia boleh cerita kepada rakyat, "Ini yang terbaik."


[5:28] Tapi dia di dalam; tak boleh.


[5:30] Umpama seorang bapa yang cerita kepada anak dia sendiri: "Buatlah benda ni. Buatlah benda ni," sedangkan kesilapan tu daripada dia [bapa]. Tak kena.


[5:37] Jadi, bila kita minta daripada kerajaan; hak kita untuk minta.


[5:42] Melainkan satu cara.


[5:45] Melainkan satu cara: Kita tak bayar cukai [ چوکاي ], kita tak bagi apa-apa; kita jangan minta.


[5:54] Dalam sistem ni, kita kena bagitau* yang sebenarnya kerajaan terhutang budi kepada rakyat.


* bagitau -- bagi tahu / beritahu


[5:59] Kerajaan terhutang budi kepada rakyat.
-- Itu dia [kerajaan] kena faham.


[6:02] Kita makan KFC; dia dapat hasil.


[6:04] Kita beli motor; dia dapat hasil.


[6:07] Apa sahaja kita buat; dia dapat hasil.


[6:09] Kita drive kat highway; dia dapat hasil.


[6:12] Semua tu dapat kepada dia.


[6:14] Tuan-tuan, kena bagitau kepada orang-orang yang terlibat dalam policy maker* ni semua ni, eksekutif: janganlah cerita tentang budi.

Mereka tidak berbudi.


* policy maker --
Istilah sumber: official policy maker

Istilah sasar: pembuat dasar rasmi

Bidang: Pentadbiran

Subbidang: Pentadbiran Awam   

Huraian: Badan atau jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menggubal hala tuju pemerintahan sesebuah organisasi pentadbiran. Jawatankuasa ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan bertanggungjawab menjaga kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.

Dalam konteks pemerintahan negara, pembuat dasar rasmi biasanya merujuk kepada kabinet yang bertanggungjawab memelihara kepentingan negara, kebajikan rakyat dan kemantapan sistem pemerintahan. Urusan penggubalan dasar rasmi bagi pihak kabinet kadang kala diserahkan kepada Jawatankuasa Kabinet atau Jawatankuasa Khas Kabinet bagi meneliti sesuatu isu atau masalah sebelum sesuatu dasar baru digubal.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembuat+dasar+rasmi
Dicapai: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.


[6:22] Mereka -... Kita -... Takde siapa terhutang budi kepada mereka.


[6:25] Mereka dapat lebih daripada tu.


[6:27] Janganlah cerita tentang kesusahan. Biar orang lain cerita.


[6:30] Jangan nak cerita tentang dia kecil-kecil, dia susah, pergi jual kuih; orang lain cerita la sebab dia dapat ...


[6:37] Orang-orang ni takyah* cerita la.


* takyah -- tak payah / tak perlu


[6:39] Cuma yang peliknya, orang politik [ ڤوليتيک ] selalu cerita pasal perjuangan.


[6:43] Orang politik paling banyak cerita tentang perjuangan.


[6:45] Tapi dalam sistem demokrasi ini, sistem yang kita hidup ni; mereka orang yang paling banyak mendapat hasil daripada perjuangan.


[6:51] Paling banyak.


[6:53] Takdak* orang politik yang berjuang; dia start dia kaya, masuk politik dia jadi miskin habis papa-kedana.


* takdak -- tiada / tak ada / tidak ada


[7:00] Mungkin ada lah.


[7:01] Tapi dengan jawatan ni biasanya, lebih daripada tu.


[7:05] Adalah beberapa orang yang Allah rahmati; tapi, itulah sistem.


[7:09] Ramai orang ...


[7:11] Wallahu a‘lam [ والله أعلم ].


[7:21] Okey. Subhanallahu wabihamdik.


[7:24] Astaghfirullah waatubuilaik.


[7:25] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

.......

Dimulakan: 26 Muharam 1435H, Sabtu / 30 November 2013M, Sabtu.
Diterbitkan: 24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 26 Safar 1435H, Ahad / 29 Disember 2013M, Ahad.
24 Safar 1435H, Jumaat / 27 Disember 2013M, Jumaat.

Tuesday, December 3, 2013

[Penyampai] Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff


....... Imlak .......


Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff
[Imlak] http://imlak.blogspot.com/search/label/Maulana%20Muhammad%20%E2%80%98Asri%20Yusoff


....... Lihat juga .......


Saluran-Saluran Kuliah Maulana Asri Di Dalam YouTube
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1821

.......

Dimulakan: 1 Safar 1435H, Rabu / 3 Disember 2013M, Selasa.
Diterbitkan: 1 Safar 1435H, Rabu / 3 Disember 2013M, Selasa.
Dikemakinikan: .