Saturday, January 21, 2012

Ibubapa: Berlaku adillah kepada anak-anak

Tajuk: AAM Nasihat Kpd Ibu Bapa agar berlaku adil terhadap anak2
Sumber: http://youtu.be/9TV-laZaVGs
Durasi: 7m 2s

Penceramah: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
http://www.facebook.com/pages/Dr-Abu-Anas-Madani/124946954198614




[0:00] [Membaca ...]


[0:02] [Terjemahan] Ini bab saksi dalam pemberian.


[0:06] Kita beri benda kepada orang, biar ada saksi.


[0:09] [Membaca ...]


[0:21] Nu'man bin Bashir... Tanda tuan-tuan; hadis ni mustahak. Malam ni kena ingat betul-betul dan kena faham hadis ni.


[0:29] Nu'man kata apa?
-- [Membaca ...]


[0:33] [Terjemahan] Bapa saya beri kepada saya satu anugerah, satu pemberian.


[0:38] [Membaca ...]


[0:43] Amrah binti Rawahah ni, siapa dia?
-- Ibu kepada Nu'man. Mak dialah.


[0:52] Mak Nu'man kata: Hei, Bashir.... [Membaca ...].


[0:58] [Terjemahan] Aku tak redha, tak setuju dengan pemberianmu ni kepada Nu'man.

Bashir, aku tak setuju pemberian ni kepada Nu'man.


[1:07] [Membaca ...]


[1:10] [Terjemahan] Sehingga mu pergi jumpa Rasulullah Sallallahualaihiwasallam (SAW), biar Nabi akui, Nabi saksi bahawa betul benda ni.


[1:17] [Membaca ...]


[1:19] [Terjemahan] Dia pergi jumpa Nabi.


[1:21] [Membaca ...]


[1:27] [Terjemahan] Aku beri kepada anak aku daripada Amrah...


[1:29] Orang Arab ni biasa dia isteri ramai, toksah peliklah. Kita sini kalau bini ramai, pelik; sebab takde orang buat.

Puak-puak kita penakut habis, dak(?). Bual jah besarnya.
*toksah -- tak usah
 *jah -- je

[1:41] [Membaca ...]


[1:44] [Terjemahan] Amrah kata dia tak mahu, dia tak setuju pemberian saya ni sehingga saya... [Membaca ...]... Saya bawa saksi kepada Nabi. Biar Nabi tahu.


[1:54] [Membaca ...], kata Nabi SAW: [Membaca ...]


[2:01] [Terjemahan] Nabi kata: "Hei, Bashir. Apakah semua anak-anak kamu yang lain kamu beri seperti ini?"


[2:09] [Contoh] Ke mu buwi kepada Nu'man seorang sebab Amrah ni, isteri mudamu? Anakmu sayang hok ni kerana mu sayang ke mak, buwi ke anak. Ke macam mana?

Contoh la tu.
*buwi -- bagi / beri
*hok -- yang

[2:21] Kata... [Membaca ...].


[2:23] [Terjemahan] Tak.

Saya bagi ke dia je, bagi ke Nu'man; orang lain saya tak beri.


[2:27] [Membaca ...]


[2:35] [Terjemahan] Nabi kata: "Ya, Bashir. [Membaca ...]. Hendaklah kamu takut kepada Allah. Berlaku adillah di antara anak-anak kamu."


[2:45] Kata di setengah riwayat lain kata:
Nabi kata: La! ["Tidak!"] Aku tak mahu jadi saksi. Cari orang lain jadi saksi. Aku tak mahu. Sebab mu bagi tak adil.


[2:54] Anak kena buwi semua.


[2:57] [Membaca ...]


[3:00] [Terjemahan] Dia balik ke rumah, dia beritahu kepada isteri dia. Maka ambil baliklah pemberian dia tadi sebab dia beri ke seorang.


[3:06] Cerita ni, banyak berlaku hari ni.


[3:11] Lepas Raya ni saja pun berapa kes dah kita terima.


[3:14] Orang telefon ... bercerita:
"Ustaz, mak saya dekat dengan nak mati, dia ...: Gelang aku ni mu buwi ke hok ni, gelang hok..."

Habis buwi ke hok ni. Buwi ke anak-anak ni. Hok duk jauh tak buwi sehabuk.

Dekat nak mati.


[3:26] Kita kata: "Pemberian itu tidak sah."


[3:29] Kerana apa?
-- Kerana dia beri dalam saat itu; saat yang dia tahu dah dia nak mati.


[3:35] Orang kita ni, dekat nak mati, zalim lagi kepada anak-anak. Subhanallah hil azim!


[3:40] Kesan dia tinggi tu.


[3:43] Bila mak dia tinggal lagu ni, kesan dia: anak-anak akan baloh.
 *baloh -- gaduh

[3:48] Yang dapat harta happy-ah, suka.


[3:51] [Contoh] "Mak buwi aku. Mak buwi aku."

 "Siapa saksi?"

"Takde saksi. Aku dengar."


[3:54]  Takde.

Kelahi anak-beranak.

Adik-beradik akan kelahi.

Yang pertama.


[3:59] Yang kedua; bila anak ni sakit hati, kepada cara mak dia buat yang tidak adil ini, dia tidak akan berdoa lagi kepada mak dia. Dia tidak akan istighfar, minta ampun lagi kepada mak.


[4:10] [Contoh] "Emph! Biar-ah. Dah dia sayang sangat ke hok tu, biar hok tu yang buat. Biar hok tu la minta ampun kepada dia, doa kepada dia. Kita ni, mak..."

 Jadi, habis.


[4:19] Rahmat doa anak pun terhilang. Hok hidup atas dunia pun berkelahi.


[4:25] Hasil daripada siapa?
-- Daripada tangan kita sendiri.


[4:29] Ha, ni makcik-makcik kita ni, pakcik kita ni; kalau nak bagi harta kepada anak -- sekarang! Di saat kamu hidup. Sihat walafiat ni.

Balik esok, panggil semua anak-anak: "Aku nak bagi waktu aku hidup. Ambil."


[4:41] Adil. Sama rata.


[4:44] Kalau nak bagi cara tak adil -- biar Allah Ta'ala bagi.


[4:48] Pusaka. Tunggu mati, ambillah pusaka yang ada.

Itu hok Tuhan bagi.


[4:52] [Membaca ...]


[4:55] [Terjemahan] Mu jangan duk campur hal Allah.


[4:57] Serah ke Tuhan -- selesai masalah.


[4:59] Kalau nak bagi -- bagi sama rata.

Kalau tidak -- jangan buwi. Haram perbuatan.


[5:02] Nabi kata: Mu gi cari orang lain jadi saksi. Aku tak nak benda ni.


[5:05] [Membaca ...]


[5:08] [Terjemahan] Takut kepada Allah Ta'ala. Berlaku adillah kepada anak-anak.


[5:11] Jangan menyesal tuan-tuan.

Sayang setara mana.


[5:14] Allah Ta'ala sebut dalam ayat: pusaka... [Membaca ...]


[5:18] [Terjemahan] Mu tidak tahu...


[5:19] [Membaca ...]


[5:21] [Terjemahan] Tuhan kata: Mu tak tahu, manakah anak kamu yang beri manfaat kepada kamu.

Mu tak tahu.


[5:26] Kita sedap hati je buat.


[5:28] Kita tak tahu hok mana anak hok buwi manfaat sungguh. Betul tak?


[5:32] "Oh, hok ni lah manfaat; hok duk jaga kita waktu hidup. Takkan hok duk Sabah, Sarawak, hok duduk di Amerika, England nu manfaat."

-- Tak
*nu -- sana

[5:39] Dia tak khidmat sebab dia duduk jauh.


[5:42] Hok ni duk Kuala Lumpur, hok ni duk Johor Bahru; bila nak khidmat kita duk di kampung?


[5:46] Tapi lepas kita mati, boleh jadi yang duduk jauh ni siang dan malam berdoa kepada kita.


[5:51] Hok duduk dekat ni boleh harta, hilang entah ke mana. Ke duk main tukar rumah, tukar kereta dengan tukar apa ni, tukar barang kemas, tukar telefonnya.


[6:00] Tengok. Tuhan kata: mu tak tahu.

[Membaca ...]


[6:04] [Terjemahan] Hok mana, yang beri manfaat sungguh-sungguh kepada kamu?


[6:07] Tepat tak tepat ayat ni?
-- Sangat jelas.


[6:09] Mu tak tahu hok mana yang mu... Yang betul-betul beri manfaat kepada kamu.


[6:13] Kita jangan tengok atas dunia jah.

"Allah, dia ni, tak balik nah. Cuti sekolah pun tak, tak balik nah tengok aku."
*nah -- pun

[6:21] Sedangkan hari-hari dia telefon; cuma nak balik tu ada masalah. Masalah anak dia sendiri kecil, masalah kerja, masalah gapo... Tapi, ada hubungannya.


[6:29] Tapi hok duduk di rumah ni gak, siang-malam duk nanak ke dia; okey la, takpelah hok tu. Khidmat.
*nanak -- tanak


[6:33] Tapi, bab pusaka Tuhan kata: Aku nak buwi sendiri. Mu jangan bagi.


[6:38] Itu yang jadi masalah kita hari ni. Persoalan-persoalan timbul dalam keluarga. Inilah masalahnya... [Membaca ...]


[6:45] Insya-Allah kita akan sambung dalam perbincangan yang seterusnya.


[6:49] [Membaca doa]

.......

Dimulakan: 26 Safar 1433H / 20 Januari 2012M, Jumaat.
Diterbitkan: 27 Safar 1433H / 21 Januari 2012M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 11 Zulhijah 1433H / 26 Oktober 2012M, Sabtu.

No comments :

Post a Comment