Sunday, January 8, 2012

Kerja rumah -- tanggungjawab suami

Tajuk: ustaz azhar idrus - gaji seorang isteri
Sumber: http://youtu.be/hWy_QXCfXPU
Tempoh: 2m 22s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:01] Asal orang puang tak wajib nanak. Orang puang tak wajib buat air. Tak wajib basuh baju sendiri. Kita yang wajib basuh baju kita sendiri. Dak(?).
* puang -- perempuan
* nanak -- tanak

[0:10] Ha, ingat hok tu; suami bila dia ada isteri, tak wajib isteri dia basuh baju dia. Kita kene basuh sendiri-ah kalu kita nak cuci. Kalau kita nak makan, kita kene beli sendiri. Kalau kita nak minum air, kita kene kuca sendiri. Tu asa perintah.
 * kuca -- kacau

[0:23] Daripada syarak. Dak(?). Ha.


[0:27] Dah kalau kita suruh dia?
-- Kita suruh baru menjadi wajib.

Paham tak lagi situ? Neh.

Lihat juga: 186 - Benarkah tanggungjawab isteri hanyalah melayan nafsu suami?
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=270194276386425

Dicapai: 17 Rabiulawal 1433H / 8 Februari 2012M, Jumaat.

[0:34] Tapi bila kita nak suruh dia nanak, nak suruh dia basuh baju kita -- wajib atas kita menyediakan peralatan.


[0:43] Kita nak suruh dia nanak; asalnya bukan wajib atas dia -- boleh!
-- Kita kene sedia alat. Kita kene beli dapur dengan beli gas, dengan sudu, dengan garfu, dengan periuk, dengan belanga -- habis; mak-nenek segala bab masak. Dak(?).


[0:56] Lepas pada tu dok leh suruh lagi. Kita kene ada dulu bahan-bahan mentah. Kene kita sedia dengan lada, dengan bawang, dengan tepung, dengan gandum, habis.
-- Barulah kita suruh menjadi wajib.


[1:06] Kelengkapan -- atas kita.
Buat -- atas dia. Dak(?).


[1:10] Garam sebutir pun orang puang dok wajib beli, dalam rumahtangga. Semua tu hak suami. Walaupun nak makan dalam mulut dia -- hak kita juga. Neh(?).

Ha, dia gitu.


[1:19] Oleh kerana itulah, mana-mana orang perempuan yang buat kerja rumah; dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia. Deh.

Ha, dengor orang puang. Ha, boleh. Dari segi syariat, boleh. Neh.


[1:36] Ulama-ulama bersetuju; apabila asalnya tidak wajib, menyediakan makanan, pakaian dan sebagainya; maka dia berhak menuntut -- nampak -- pemberian/ imbuhan  daripada tugas-tugas tersebut. Dak(?).


[1:49] Asal dia tak wajib masak, kita yang beli masakan apa semua hok siap, gi hantar di rumah dia biar dia makan. Dia gitu. Dak(?). Ha.


[1:58] Jadi tiba-tiba kita suruh dia basuh baju kita, kita suruh dia nanak, suruh dia buat air apa semua, nyapu rumah apa semua, -- dak(?) -- jaga anak kita... Kene bayar gaji. Melainkan dia kata, "Dak yoh bayar-ah". -- Ha, tu lain. Dak(?).


[2:11] Tapi kalau bini kita kata kene bayar start bulan ni, dah dengar dah semalam ustaz khabar, dak(?), "Saya nak-ah. Tak banyak, dalam seribu setengah sebulan."


.......


Baca juga:

[18 Oktober 2017, 20:58] https://www.facebook.com/insyirah.soleha/posts/1673314572699981

[19 Oktober 2017, 10:29] https://www.facebook.com/insyirah.soleha/posts/1673848279313277

.......

Dimulakan: 14 Safar 1433H / 8 Januari 2012M, Ahad.
Diterbitkan: 14 Safar 1433H / 8 Januari 2012M, Ahad.
Dikemaskinikan: 20 Safar 1439H, Khamis / 9 November 2017, Khamis.

No comments :

Post a Comment