Thursday, January 12, 2012

Anak -- Aset ke Syurga atau Neraka?

Tajuk: Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau Neraka?)
Sumber: http://youtu.be/NvbVfUNKEWA
Durasi: 7m 27s

Penceramah: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
http://www.facebook.com/30minitustazdon

Nota: "Anak Asset ke Syurga atau Neraka?"




[0:01] Wahai ibubapa, kalau hari ni anak-anak nampak agama itu kecil; itu adalah tanggungjawab ibubapa untuk bagi dia nampak besar.


[0:13] Maknanya, besar sungguh tanggungjawab seorang ibubapa dalam menentukan anak dia Syurga atau tidak.


[0:20] Dan andaikata anak itu Syurga yang dia nak bawa kepada kita, maka layaklah dia duduk di dalam kategori [Membaca ...].


[0:35] Salah satunya: [Membaca ...]


[0:41] Dan saya tanya, sebagai renungan semua.

Kalaulah tanya semua yang ada anak, adakah anak yang ada hari ni -- bukan, saya tak sebut agama lagi, saya tak kata anak ni nak bawa Syurga ke tak -- belum lagi.

Saya nak tanya satu je.


[0:57] Adakah anak yang ada hari ni, mereka yang akan beratur berbaris untuk memandikan kita?


[1:05] Diakah yang akan memakaikan kafan kepada kita?


[1:08] Diakah yang akan menyembahyang dan jadi imam kepada kita?


[1:13] Kalau belum; tolong pastikan.


[1:16] Sebab semua orang akan mati.


[1:19] Tapi semua orang pengalaman pergi ke majlis, apa? Pengke-... Kita panggil apa? --Jenazah la.


[1:27] Sepupu saya baru meninggal kelmarin.


[1:31] Sepupu saya baru meninggal kelmarin. Tinggal anak tingkatan lima, anak tingkatan satu, darjah enam, dan seorang lagi baru habis tadika.


[1:40] Saya tanya: "Anak diakah yang nak bagi mandi dia nanti?", kalau dia tidak ajar anak dia daripada hari ini.


[1:48] Bayangkan seorang anak yang memandikan ayah; orang la dia tak kira yang nak bagi mandi jenazah. Dia bagi mandi je; bukan ahli keluarga dia.


[1:56] Air tu dia sumbat dalam hidung pun mana siapa nak tahu.


[2:01] Dia bagi mandi, dia korek telinga ikut-dan dia buat lagu-tu, hidung dia pusing buat 360 darjah; mana dia ambil kira.


[2:10] Tapi kalau yang buat tu anak?


[2:12] Macam mana dia sapu badan ayah dia?


[2:15] Macam mana dia sapu badan mak dia?


[2:18] Andaikata badan mak dengan ayah dia ada aib. Kalau orang lain dia bukan kira. Dua tahun larat la dia tak cerita kat orang; masuk tiga tahun: "Ingat lagi tak arwah tiga tahun hari tu kita bagi mandi? Allahu akbar!".
-- Ah, dia mula.

Manusia.


[2:35] Kalau anak yang bagi mandi?
--Aib ibubapa tutup di situ sahaja.


[2:41] Bayangkan anak tu pula kafan mak dia.

Macam mana dia tarik baju, dia susun elok-elok, dia rapatkan ikatannya lawa-lawa --pasal tu mak dia!


[2:51] Kalau orang lain yang duk buat jenazah... "Practise make perfect!"


[2:56] Tarik macam tu je.

Kain kafan tu dia pegang macam nak buat kain cadar-ah.

Bukan kira.


[3:02] Nak salahkan dia? --Tak boleh; tu bukan keluarga dia!

Kita minta tolong dia.


[3:08] Tapi kalau anak buat?


[3:11] Bayang pula anak jadi imam sembahyang.


[3:15] Takbir dia empat rakaat tu; dia yang kat masjid... Saya habaq serius. Semua orang pengalaman benda ni.


[3:21] Pi, pi nak sembahyang tu tok imam dia tak kira dah orang beratur ke tak walau pun adabnya sepatut dia kata, kena habaq: Ni jenazah lelaki/perempuan, duduklah, apa semua; semua kena ada.
Berbaris dia tunggu semua clear.

-- Dia tak. Dia kira lepas ni ada jenazah lain lagi dia nak pi. Lepas ni dia ada...


[3:34] Kalau anak dia yang duduk?


[3:38] Bila dia pegang dia tanya: "Apa semua pandang dengan ayah saya?"*
*suara dilembutkan


[3:43] Kalau orang lain dia kata: "Apa kamu pandang dengan ini mayat?"*
*suara dikeraskan

Mayat.

Mayat.


[3:49] Kalau anak pegang? --"Apa tuan-tuan pandang dengan ayah saya?"


[3:56] Orang ambil remeh benda ni sebab orang kata: "Ada orang tolong buat".

Tapi saya tanya: Kalau anak tu jadi imam; masa dia angkat tangan dia doa kat mak dia; kita semua yang kat belakang jenazah tu "Amin! Amin!", agak-agak anak tu nak doa berapa lama? --saya tanya.


[4:10] Air mata bercerau menangis ... --takkanlah anak dalam keadaan macam tu Allah nak tolak doa dia!


[4:18] Mustahil.


[4:20] Mustahil, Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Dia nak tolak doa macam tu.


[4:25] Tapi saya tanya, kita yang ada dalam ni; yang duk ada dalam rumah kita la-ni ni -- depa ke yang nak bagi mandi kita?

Ada nampak gaya tu ada tak dia nak bagi mandi kita?


[4:35] Atau pun dia terus call orang: "Ni ayah aku selesai dah ni. Aku duk taram dia punya Ferari dah". Rilek. "Hari ni aku punya peluang".


[4:46] Ini maksud hadis ni.


[4:50] Jarang nak dengar orang cerita sungguh-sungguh berkaitan dengan hadis ni.


[4:55] Ini berkaitan dengan agama. Agama siapa? --Agama anak.

Kalau agama anak agama Islam; dia akan pandu ibubapa dia masuk dalam Syurga.


[5:17] Tapi itulah. Minta maaf, saya bukan nak bagi ni. Sebab saya rasa orang selalu cakap: "Ah! Ini berkaitan dengan agama. Ibubapalah yang kena menceritakan kepada anak-anak berkaitan dengan Islam...", dan I...


[5:30] I believe, in my opinion. This is my humble opinion. Humble opinion.


[5:37] Every one of us, we keep on saying: "Buatlah apa pun --sembahyang jangan tinggal"


[5:42] Everbody apa. We say that.


[5:45] That's deen. That's Islam. But what kind of person they end up?

--Nothing.

Nothing.


[5:55] Tapi kita cakap: "Sembahyang".


[5:59] Tapi kalau kita faham hadis ni. Kata: "Betul la. Last sekali anak kita la".


[6:04] Masa bawa turun ke kubur.


[6:06] Masa bawa turun ke kubur; dia duduk atas je duduk tengok orang bawa turun.

"Eih! Jaga kepala, eih!"

"Jaga..."

Dia duk...


[6:11] Kalau anak yang bawa turun sendiri -- rasa macam mana dia nak letak ayah dia masuk dalam liang?

Cuba rasa benda tu.


[6:17] Macam mana dia nak bawa masuk ayah dia? Orang ni ambil tanah ni --tu dia! Taruk lagu-tu! Tu dia!


[6:22] Kalau dia bawa turun kat mak dia, macam mana agak-agak dia tarik tanah?

Agak-agaklah?


[6:26] Dia tarik turun seroi tepi tu, dia letak macam sungguh-sungguh dia nak bagi mak dia tidur dalam kubur.


[6:35] Tu dia.


[6:38] Tu saya... Saya harap, bila kita cerita hadis ni; jangan kita nampak setakat: "Ah! Ajar anak bagi masuk sekolah agama".
--Tak! Tak!


[6:47] Ada tak yang dalam rumah kita tu yang nak buat benda tu; esok bila kita tak ada?


[6:54] Andaikata tiada; masih belum terlambat.

Sebab tu buat program macam ni untuk timbul kesedaran, kita buat balik bagi ada balik. Belum terlambat.


[7:03] Nabi tak pernah ajar kita: terlambat.


[7:05] Kalau esok kiamat; ada benih -- tanam benih! Nabi suruh.


[7:10] Kalau dah tahu esok kiamat; ada benih dalam tangan -- TANAM dulu benih tu!

--Takde masalah.

Kiamat mari -- takde masalah.


[7:16] Nabi tak pernah ajar kita: terlambat.

.......

Dimulakan: 18 Safar 1433H / 12 Januari 2012M, Khamis.
Diterbitkan: 18 Safar 1433H / 12 Januari 2012M, Khamis.
Dikemaskinikan: 29 Zulkaedah 1433H / 14 Oktober 2012M, Isnin.

1 comment :

  1. Saya dengar video ni berulang2 kali.. Betul2 beri kesedaran.

    ReplyDelete