Showing posts with label Surah Ya Sin. Show all posts
Showing posts with label Surah Ya Sin. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Pelembut hati anak yang nakal: Surah Ya Sin atau Surah Ta Ha

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus - Ayat-ayat untuk Anak Degil
Sumber: http://youtu.be/CrgYBJBH3Ks
Durasi: 2m 57s

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus


[0:00] Ha, begitu.


[0:02] Maka penyelesaian dia ialah, kita anak-anak yang nakal ni sebenarnya, dia, budak-budak. Nama pun: budak-budak.


[0:12] Kalau diam je, orang tualah dia.


[0:16] Kita bacakan: "Bismillahirahmanirahim" tu, 786 kali.


[0:24] Ya(?). Baca "Bismillahirahmanirahim", 786 kali.


[0:32] Dan baca: [Membaca awal Surah Ya Sin, ayat 72]
http://tanzil.net/#36:72

 (72) ...  وَذَلَّلْنَاهَا  
[Terjemahan Basmeih] Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. (72)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/36:72


[0:35] Surah Ya Sin, ayat 71 -- 71 kali.


[0:41] [Membaca Surah Ya Sin, ayat 72]

 (72) وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ  


[0:48] Ayat 71, Surah Ya Sin -- 71 kali.


[0:54] Kalau saya silap, 72-lah begitu. Rasanya 71.


[0:59] Pangkalnya: [Membaca awal Surah Ya Sin, ayat 72]

(72) ...  وَذَلَّلْنَاهَا  


[1:01] [Terjemahan] Makna: Kami tundukkan. "Ha" [ هَا ], tu "binatang".


[1:07] [Terjemahan] Untuk mereka itu; untuk manusia.


[1:09] [Membaca pertengahan Surah Ya Sin, ayat 72]

 (72) ... فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ ...  


[1:10] [Terjemahan] Setengah mereka dapat ditunggang dan setengahnya dapat dimakan.


[1:14] Kalau beri manusia pun, manusia pun boleh tenang.


[1:19] Letak air satu jag begitu; baca sekali. 786 tu sekali jalan.

Bukan petangnya baca pula. -- Tak. Terus baca.


[1:31] Habis baca, sambung: [Membaca awal Surah Ya Sin, ayat 72]

 (72)  ...  وَذَلَّلْنَاهَا  

71 kali baca sampai habis, tiup, bagi budak itu minum. Insya-Allah, tak nakallah dia.


[1:42] Kalau nakal juga, ulang lagi. 3, 4 kali, 5 kali, 7 kali; insya-Allah.


[1:48] Nakal juga, salah bacalah tu.


[1:58] Atau pun, kita baca Surah Ta Ha. Surah Ta Ha, 1 hingga 6 ayat.

1 hingga 6 -- seribu kali.

Lihat juga:


[2:11] Enam ayat saja.


[2:13] Seribu kali.


[2:15] Tapi ini boleh diansur.


[2:18] Baca seribu kali. Dah habis baca, nanti malam-malam, budak tengah tidur, dibacakan 3 kali, tiupkan di ubun-ubunnya, ubun-ubun dia.


[2:30] Waktu budak tengah tidur, tiup.


[2:32] Baca: [Membaca Surah Ta Ha, ayat 1]
http://tanzil.net/#20:1

  ...   (1) طه  

sampai habis. Tiup ubun.


[2:36] Dan jangan dicium budak itu waktu ia tidur -- nanti ia degil.


[2:48] Kanak-kanak waktu tidur jangan dicium. Cium waktu jaga.


[2:54] Tu yang buat degil tu.

.......

Nota 6 Zulhijah 1434H, Jumaat / 11 Oktober 2013M, Jumaat.

Video di bawah adalah video yang sama dengan video asal untuk pos ini, tetapi dengan potongan masa yang berlainan.

Untuk pelarasan masa:
[0:00] dalam video asal = sekitar [3:06] dalam video di bawah.


Tajuk: Ustaz Ismail Hj Kamus 2011 - Perkahwinan Menurut Islam 9/10
Sumber: http://youtu.be/nlJQZoEurbo
Durasi: 9m 52s


.......

Dimulakan: 29 Safar 1433H / 23 Januari 2012M, Isnin.
Diterbitkan: 29 Safar 1433H / 23 Januari 2012M, Isnin.
Dikemaskinikan: 6 Zulhijah 1434H, Jumaat / 11 Oktober 2013M, Jumaat.
13 Zulhijah 1433H / 28 Oktober 2012M, Isnin.
18 Rabiulawal 1433H / 10 Februari 2012M, Jumaat.

Sunday, January 22, 2012

Pelembut hati anak yang nakal: Doa mak

Tajuk: Soalan Doa Pelembut Hati Anak Nakal - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/1x2r0yR96RQ
Durasi: 2m 59s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:02] [Soalan] "Apakah doa terbaik untuk diamalkan bagi melembutkan hati anak-anak yang nakal?"


[0:06] Di antara yang sering kita lupai ialah: mak.


[0:10] Mak ni, banyakkan sebut benda yang baik kepada anak.


[0:16] Kerana mak dengan ayah ni, jauh masin mulut mak.


[0:21] Orang tanya Nabi: Hok kita kena taat siapa?
-- Allah dan Rasul.


[0:25] Lepas tu?
-- Mak.


[0:26] Lepas mak?
-- Mak juga.


[0:28] Tiga kali Nabi sebut mak, baru ayah.


[0:31] Maka ulama-ulama bersetuju, bahawasanya doa mak; ibu kepada anak, lebih mustajab daripada doa ayah kepada anak.


[0:41] Kalau anak nakal, panggil dia: "Baik".


[0:45] [Contoh] "Eh, Baik, eh. Mari kejap."


[0:46] Panggil dengan nama baik. Maka dia mudah menjadi baik. Nampak(?).


[0:51] Kalau anak tu bodoh, nya gi panggil bodoh; koho bodoh. Dak(?).
*koho -- makin

[0:55] Anak tu bodoh, panggil: "Cerdik".


[0:58] [Contoh] "Eh, Cerdik. Mari sini."


[0:59] Mak, sebab tu mak jangan maki-hamun anak.


[1:03] Bukan kata ayah boleh, tapi ayah tak berapa masin mulut.


[1:07] Kerana, kelebihan perempuan, pada mulut.


[1:12] Orang laki-laki lebih kaki tangan, anggota zahir. Sungguh.

Paham(?).


[1:18] Orang laki kaki kuat, berlari kuat. Sebab tu kalau lumba lari dia buat asing; laki lari suku, perempuan lari suku.

Paham(?).


[1:26] Kalau bab angkat berat; tenaga. Orang puan angkat suku, dak? Tak lawan dengan laki.


[1:31] Main bola, dak(?).


[1:33] Fitness. Orang laki suku.


[1:35] Tapi kalau jenis mulut, laki lawan puan, boleh. Macam pertandingan menyanyi; puan dengan laki, sama je.


[1:42] Pertandingan bahas. Pertandingan debat. Laki, puan, dia campur. Tak buat laki suku.


[1:47] Pasal apa?
-- Pasal orang perempuan, dia lemah segala-gala, dia lebih mulut.

Nampak(?).


[1:54] Tengok mak kita ah dengan ayah kita, mana banyak mulut?


[1:58] Ayah tiga minggu tak cakap sepatah. Nengung, ayah.
*nengung -- menung

[2:03] Mak macam murai gila. Chot-chet-chot-chet, mak. Dak(?).


[2:06] Tu baru mak. Tak tok lagi.


[2:10] Jadi kalau perkataan gitu juga. Kalau ayah tu doa, kurang menjadi. Mak doa, menjadi.


[2:16] Kata Imam al-Qurtubi: anak babil, anak degil, anak jahat; mak ambil Surah Ya Sin, baca Surah Ya Sin, niat lembut hati anak, tiup pada air, buwi minum kepada anak.

Paham(?).


[2:35] Doa Nabi Daud boleh.

"Ya, Allah, Ya, Tuhanku, lembutkanlah hati anakku sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud a.s."


[2:45] Tapi, hok moleknya, mak panggil dengan perkataan-perkataan yang baik. Neh(?).


[2:51] Jangan panggil benda-benda yang hodoh.


[2:52] Dia mudah jadi baik budak tu.

.......

Dimulakan: 27 Safar 1433H / 21 Januari 2012M, Sabtu.
Diterbitkan: 28 Safar 1433H / 22 Januari 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 11 Zuhijah 1433H / 26 Oktober 2012M, Sabtu.
22 Rabiulawal 1433H / 15 Februari 2012M, Rabu.