Monday, January 9, 2012

Menikah penzina yang mengandung -- anak bin/binti siapa?

Tajuk: Ust Azhar Idrus- Nikah Penzina
Sumber: http://youtu.be/sNZ6zOU9b28
Durasi: 1m 23s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:01] Soalan seterusnya.


[0:03] Akibat nafsu, saya telah mengandung anak luar nikah, 3 bulan. Kemudian saya berkahwin dengan pasangan saya. Kemudian saya melahirkan anak. Anak itu dibinkan dengan pasangan saya itu. Boleh atau tidak? Anak saya perempuan.


[0:20] Jawabnya: Apabila kita berkahwin dengan perempuan yang berzina, kemudian lahirlah anak itu sebelum 6 bulan daripada tarikh nikah, maka anak itu bin mak.


[0:37] Tetapi kalau lahir seorang anak itu 6 bulan lebih dah daripada tarikh nikah, maka bin suami.


[0:44] Tetapi kalau dia berkahwin dengan perempuan yang telah pun ada anak di dalam perut --hok ni memang bin maklah. Paham?


[0:52] Ha, yang kata tengok di 6 bulan tu perempuan tu pernah berzina, tapi tak nyata lagi anak dalam perut. Kahwin dengan suami yang sah.


[1:00] Ha, tu kene tengok 6 bulan ke atas atau 6 bulan ke bawah. Paham?

Sebab kemungkinan ada benih zina dalam perut dia.


[1:07] Jadi lepas pada 6 bulan daripada tarikh nikah baru beranak --bin suami.

Tak sampai 6 bulan daripada tarikh nikah tu beranak dah --bin mak.

Tapi hok perut besar dah nikah --hok tu bin mak doh-la. Hok tu hok soreh jelas. Paham. Ha.

.......

Dimulakan: 14 Safar 1433H / 8 Januari 2012M, Ahad.
Diterbitkan: 15 Safar 1433H / 9 Januari 2012M, Isnin.
Dikemaskini: 26 Zulkaedah 1433H / 12 Oktober 2012M, Jumaat.
24 Safar 1433H / 18 Januari 2012M, Rabu.

No comments :

Post a Comment