Thursday, January 19, 2012

Perlukah menamakan anak yang mati selepas berusia 120 hari dalam kandungan?

Tajuk: PENTING!! Ustaz Azhar Idrus - Nama Anak Selepas 120 Hari Dalam Kandungan
Sumber: http://youtu.be/nzJz2K_UUWs
Durasi: 2m 4s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:00] Sebab setelah 120 hari, 4 bulan dalam kandungan; ditiup roh.
kata kunci: empat, seratus dua puluh

[0:06] Sebab tu siapa yang berumur 120 hari, 4 bulan dalam kandungan, anak dia, kemudian mati; maka kena letak nama.


[0:18] Kerana tiap-tiap anak, yang sampai 4 bulan dalam kandungan, dia akan dibangkitkan di Padang Mahsyar.


[0:27] Anak yang tak sampai 4 bulan dalam kandungan, tidak akan dibangkitkan di Padang Mahsyar.


[0:34] Apabila ditiup roh, bermakna: hidup.

Apabila hidup, akan dibangkitkan.


[0:41] Jadi bila dibangkitkan takde nama, nak panggil nama apa?

Jadi, letak nama.
*takde -- tiada

[0:49] Sebab ramai kita yang tak reti.


[0:52] [Contoh] Anak dia beranak, mati. Dia tanam je, nama tak letak.


[0:56] [Contoh] Anak dia tujuh bulan dalam perut, mati. Tak letak nama.


[1:01] [Contoh] Lima bulan mengandung, pregnant, gugur. Tak letak nama.


[1:07] Bila belajar, belajar... "Oh, kena letak nama. Tak tahu pula kena letak nama."


[1:14] Jadi kalau ada lah kita dulu anak kita tak sampai..., selepas 4 bulan dalam kandungan, mati dalam perut atau beranak mati; tidak letak nama -- sila letak nama. Pada malam ini juga.


[1:29] Siapa yang letak nama?
-- Ayah dia.

Paham(?).


[1:33] Dah nak letak guana nama? Gi di kubur anak ke?

--Tak payah. Di mana-mana boleh. Paham(?).
*guana -- macam mana
*gi -- pergi

[1:40] Tengah lepak kaki duduk atas galang besi dekat Danga Bay, boleh juga. Takde masalah.


[1:45] Dah kata macam mana?
-- "Bismillah hirrahma nirrahim. Aku namakan anak aku yang meninggal dulu, sebagai Si Polan bin Si Polan."

Maka nama tu lah Allah akan panggil budak tu di Padang Mahsyar nanti. Paham(?).

.......

Soalan:
Berdasarkan video ustaz perlu menamakan bayi yang meninggal pada usia 4 bulan ke 5 bulan. Ada tak cadangan nama yang sesuai jika jantina bayi masih tidak diketahui jantinanya (ambiguous)? Terima kasih ustaz.

Jawapan:
Ustaz Azhar Idrus ( Original ): Wsalam. Talhah, Ubaidah

Sumber:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=445515352187649

.......

Dimulakan: 24 Safar 1433H / 18 Januari 2012M, Rabu.
Diterbitkan: 25 Safar 1433H / 19 Januari 2012M, Khamis.
Dikemaskinikan: 20 Rabiulawal 1434H / 1 Februari 2013M, Jumaat.
6 Zulkaedah 1433H / 22 Oktober 2012M, Isnin.

2 comments :