Sunday, January 22, 2012

Pelembut hati anak yang nakal: Doa mak

Tajuk: Soalan Doa Pelembut Hati Anak Nakal - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/1x2r0yR96RQ
Durasi: 2m 59s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:02] [Soalan] "Apakah doa terbaik untuk diamalkan bagi melembutkan hati anak-anak yang nakal?"


[0:06] Di antara yang sering kita lupai ialah: mak.


[0:10] Mak ni, banyakkan sebut benda yang baik kepada anak.


[0:16] Kerana mak dengan ayah ni, jauh masin mulut mak.


[0:21] Orang tanya Nabi: Hok kita kena taat siapa?
-- Allah dan Rasul.


[0:25] Lepas tu?
-- Mak.


[0:26] Lepas mak?
-- Mak juga.


[0:28] Tiga kali Nabi sebut mak, baru ayah.


[0:31] Maka ulama-ulama bersetuju, bahawasanya doa mak; ibu kepada anak, lebih mustajab daripada doa ayah kepada anak.


[0:41] Kalau anak nakal, panggil dia: "Baik".


[0:45] [Contoh] "Eh, Baik, eh. Mari kejap."


[0:46] Panggil dengan nama baik. Maka dia mudah menjadi baik. Nampak(?).


[0:51] Kalau anak tu bodoh, nya gi panggil bodoh; koho bodoh. Dak(?).
*koho -- makin

[0:55] Anak tu bodoh, panggil: "Cerdik".


[0:58] [Contoh] "Eh, Cerdik. Mari sini."


[0:59] Mak, sebab tu mak jangan maki-hamun anak.


[1:03] Bukan kata ayah boleh, tapi ayah tak berapa masin mulut.


[1:07] Kerana, kelebihan perempuan, pada mulut.


[1:12] Orang laki-laki lebih kaki tangan, anggota zahir. Sungguh.

Paham(?).


[1:18] Orang laki kaki kuat, berlari kuat. Sebab tu kalau lumba lari dia buat asing; laki lari suku, perempuan lari suku.

Paham(?).


[1:26] Kalau bab angkat berat; tenaga. Orang puan angkat suku, dak? Tak lawan dengan laki.


[1:31] Main bola, dak(?).


[1:33] Fitness. Orang laki suku.


[1:35] Tapi kalau jenis mulut, laki lawan puan, boleh. Macam pertandingan menyanyi; puan dengan laki, sama je.


[1:42] Pertandingan bahas. Pertandingan debat. Laki, puan, dia campur. Tak buat laki suku.


[1:47] Pasal apa?
-- Pasal orang perempuan, dia lemah segala-gala, dia lebih mulut.

Nampak(?).


[1:54] Tengok mak kita ah dengan ayah kita, mana banyak mulut?


[1:58] Ayah tiga minggu tak cakap sepatah. Nengung, ayah.
*nengung -- menung

[2:03] Mak macam murai gila. Chot-chet-chot-chet, mak. Dak(?).


[2:06] Tu baru mak. Tak tok lagi.


[2:10] Jadi kalau perkataan gitu juga. Kalau ayah tu doa, kurang menjadi. Mak doa, menjadi.


[2:16] Kata Imam al-Qurtubi: anak babil, anak degil, anak jahat; mak ambil Surah Ya Sin, baca Surah Ya Sin, niat lembut hati anak, tiup pada air, buwi minum kepada anak.

Paham(?).


[2:35] Doa Nabi Daud boleh.

"Ya, Allah, Ya, Tuhanku, lembutkanlah hati anakku sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud a.s."


[2:45] Tapi, hok moleknya, mak panggil dengan perkataan-perkataan yang baik. Neh(?).


[2:51] Jangan panggil benda-benda yang hodoh.


[2:52] Dia mudah jadi baik budak tu.

.......

Dimulakan: 27 Safar 1433H / 21 Januari 2012M, Sabtu.
Diterbitkan: 28 Safar 1433H / 22 Januari 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 11 Zuhijah 1433H / 26 Oktober 2012M, Sabtu.
22 Rabiulawal 1433H / 15 Februari 2012M, Rabu.

No comments :

Post a Comment