Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Doa daripada Surah Ibrahim, ayat 40

Doa Nabi Ibrahim / Doa agar tetap mengerjakan solat

Surah Ibrahim, ayat 40:
(40)   رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40)

.......

13 Rabiulakhir 1433H / 6 Mac 2012M, Selasa.
Dikemaskini: 16 Rabiulakhir 1433H / 9 Mac 2012M, Jumaat.

Thursday, February 2, 2012

Pentingnya mendirikan solat 5 waktu

Tajuk: Ustaz Azhar Idrus - Solat Tiang Agama
Sumber: http://youtu.be/2DtkHoYeE6s
Durasi: 4m 33s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:02] Dalam kitab ni kecil je dia kata: "Ada Rukun Islam, ada Rukun Iman, terkandung ia bagi menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang."

Allah.


[0:12] Sebut sokmo bab sembahyang. Sebab apa?
-- Sebab orang yang tak sembahyang: runtuh agama dia.


[0:18] Orang tak sembahyang tidak akan duduk di belakang "Liwa ul-hamdi".


[0:22] "Liwa ul-hamdi" ni mende?


[0:24] Di Padang Mahsyar, masing-masing akan beratur di belakang bendera.


[0:30] Macam orang berarak sukan.


[0:33] Kan orang beratur sukan dalam stadium. Dak(?).


[0:35] Kalau keluar bendera Terengganu, peserta Terengganu duk belakang. Kalau bendera Kelantan, belakang Kelantan.

Dia tak boleh bolok wok gitu.


[0:43] Maka di Padang Mahsyar, dia ada bendera.


[0:45] Nabi-nabi pegang bendera.


[0:47] Nabi cerita dalam hadis: "Bendera aku di Hari Kiamat: Liwa ul-Hamdi.

Nama bendera.


[0:54] Umat Muhammad, yang ikut Rasulullah duduk belakang bendera ni.

Nampak(?).


[1:00] Tapi orang yang tak sembahyang, duduk di belakang 4 orang, kepala pengat: Firaun, Qarun, Haman, dan Abdullah bin Ubai.

Nampak(?).


[1:17] Allahu rabbi. Kita dah Islam tapi tak boleh duduk belakang bendera Nabi.


[1:22] Sebab apa?
-- Tak sembahyang.


[1:27] Tok Imam nak akad nikah, kalau tahu tu tak sembahyang, kena suruh dia bertaubat.


[1:35] Betul; kalau fasik, boleh jadi pengantin. Yang tak boleh jadi fasik ni: wali dengan saksi je. Nampak(?).


[1:43] Tapi sekurang-kurang, itulah masanya kita boleh dakwah dia. Dak(?).


[1:49] Panggil duk dalam bilik kejap.


[1:51] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Awak tak sembahyang ni. Macam mana saya nak akad nikah ni? Awak kena bertaubat."

Kata ke pengantin laki-laki.

Paham(?).


[1:59] Kata gitu.


[2:02] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Pasal berat dosa awak ni. Kalau mati ni, dosa besar ni."


[2:07] Dalam mazhab Hambali: kafir selalu orang tak sembahyang satu waktu.

Kafir terus.


[2:13] Yang jadi tak kafir ni, tiga mazhab: Syafie, Hanafi, dengan Maliki.

Dosa besar.

Paham(?).


[2:21] Hambali; tinggal satu waktu je sembahyang dengan sengaja: kafir laknat.

Tanam jirat.


[2:27] Dia pakai hadis: [Membaca hadis]


[2:32] [Terjemahan] Siapa tinggal satu sembahyang ... sengaja, jadi kafir terang-terang.


[2:36] Mazhab Hambali keras bab ni.

Nampak(?).


[2:38] Tok Imam panggil: "Awak, tak sembahyang. Saya nak akad nikah. Baik awak bertaubat sekarang juga. Sikit lagi kita akad nikah."


[2:45] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Awak bertaubatlah. Awak qadalah. Beratlah awak ni."


[2:50] Khabarlah gitu.


[2:52] Ni, tak; mari gak hulur selalu.

Pastu: "Duit saya mana? Duit, duit saya?"


[2:58] Kira nak duit saja.


[3:03] Tak sembahyang, pengantin... Allahu rabbi.


[3:06] Kompang ni: *Kepang-kepang kepong-kepong* [Membuat gaya menepuk kompang]


[3:09] Kompang apa. Ambil kompang tu lepuk atas muka tu.


[3:13] Eleh, kompang. Zaman Nabi betul orang kompang orang katok ...

Nampak(?).


[3:17] Betul. Rebana. Orang menikah.

Nampak(?).


[3:20] Sahabat menikah; Sahabat sembahyang. Ni pengantin tak sembahyang. Dak(?).


[3:26] Apa benda ke kompang. Tang atas muka tu: *khepung-khepung-khepung* tiga butir.


[3:31] Biar bicuk pengantin.


[3:32] [Pengantin lelaki] "Bakpe buat saya?"


[3:34] [Penampar] "Awak tak sembahyang. Mujurlah mu; kalau tidak saya katok dengan kapak, belah dua kepala."


[3:38] Sebab ni: hukum orang yang tak sembahyang sisi 4 mazhab: hukum mati.

Paham.


[3:45] Tiga mazhab; Syafie, Hanafi, Maliki: hukum mati kerana meninggalkan sembahyang.


[3:50] Mazhab Hambali: hukum mati juga, kerana telah murtad.


[3:52] Sebab apa murtad?
-- Tak sembahyang Asar tadi.

Paham(?).


[3:57] Berat. Dah kita buat menantu. -- Bodoh punya mertua.


[4:02] Menantu kepala hotak apa tak sembahyang!


[4:04] Baik mu ambil beruk bela dalam rumah daripada bela menantu tak sembahyang.

Paham(?).


[4:09] Baik bela binatang daripada orang tak sembahyang.

Paham(?).


[4:14] Babi, sehina-hina babi; tak masuk Neraka.


[4:17] Orang tak sembahyang ada khas dia duduk: 'hotel' Saqar, nama dia.


[4:21] Nampak(?). Neraka Saqar.


[4:23] Tak sembahyang -- Neraka Saqar.


[4:25] Dah guana-ah kita hari tu tak ...?
-- Taubat kepada Allah.

.......

Dimulakan: 9 Rabiulawal 1433H / 2 Feb 2012M, Khamis.
Dikemaskinikan: 18 Zulkaedah 1433H / 3 Oktober 2012M, Khamis.

Friday, January 27, 2012

Anak tak boleh dipukul sebelum berumur 10 tahun

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus - Jangan Pukul Anak
Sumber: http://youtu.be/TV_mJ4kSg_I
Durasi: 3m 43s

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:00] Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang tak sesuai didengar oleh anak-anak kita itu.


[0:09] Tu sebabnya marah tak boleh.


[0:11] Ingat! Anak-anak tidak boleh dipukul!


[0:17] Dari umurnya satu hari, sampai umurnya 10 tahun.

Tak boleh pukul.


[0:27] Ha, yang pening tu. Pasal kita rajin pukul, tu yang pening tu.


[0:35] Kita wajib suruh dia sembahyang -- umurnya 7 tahun.


[0:43] [Membaca ...]


[0:48] [Terjemahan] Suruh anak-anakmu sembahyang waktu umurnya 7 tahun.


[0:52] [Membaca ...]


[0:56] [Terjemahan] Dan pukul dia waktu umurnya 10 tahun.


[0:59] Sepuluh tahun, baru boleh pukul.


[1:02] Tu kes berat; tak sembahyang. Kes berat.


[1:04] Maknanya: tak boleh pukul sebelum umur 10 tahun.


[1:08] Cubit, lagi tak boleh.


[1:12] Pukul pun, tak boleh pukul kepalanya; nanti rosak otaknya. Hantuk ke dinding, lagi tak boleh.


[1:24] Tak boleh dipukul badannya; rosak anggotanya.


[1:28] Pukul tapak kakinya.


[1:31] Ha, tu dia.

Payah tu.


[1:35] Pasal kebanyakan kita pukul anak bukan pasal nak didik, nak menggeram.


[1:41] Menggeram tu salah tu.


[1:43] "Biar dia rasanya! Puas hati aku!", dia kata.


[1:46] Dia lupa. Anak, hati tak puas. Kita yang puas. Budak tu puas tak?
-- Dia tak puas.

Ha, tu.


[1:53] Tu sebabnya konsep "bapa" ni, ada hebatnya.


[1:58] Dia tengok bapa, dia takut.

Ha, itu hebat. Tak payah pukul dah.


[2:02] Saya, pasal bapa saya hebat.


[2:04] Bapa saya tak payah pukul. Batuk cukup dah.

"[Berdehem]", habis!


[2:09] Ha, cukup. Cukup dah tu.

Ha, tu. Orang dulu-dulu kan, dia takde psik-.... Orang...


[2:14] Dulu mana ada psikologi. Takde psikologi-psikologi orang puteh, takde.


[2:18] Maknanya saya ingat lagi bapa saya tu. Bila kami tidur, bapa saya subuh-subuh dia pergi sembahyang di surau.


[2:25] Dia tak gerak. Dia tak gerak.


[2:26] Balik, dia lalu kat luar je.

"[Berdehem]", melompat bangun!


[2:30] Ha, itu yang canggih tu!


[2:32] Memang takut sungguh.


[2:35] Ha, tu dia. Ha, tu.


[2:36] Sekarang kita batuk, lagi dia batuk kat kita.

Ha, tu.


[2:41] Saya ingat kawan-kawan saya banyak begitu.


[2:43] Ha, waktu dulu punya tu. Kampung-kampung cara begitu dah. Tak payah dia nak marah-marah, tak payah.


[2:48] Tengok di surau, tengok, cukup dah. Ha, tu.


[2:52] Sekarang ni pasal kita ada banyak dah televisyen.


[2:54] Kan?


[2:55] Macam-macam benda, modern-modern ni, susah.


[2:58] Anak-anak dah tak takut bapa dah.


[3:00] Macam di Singapura, lagi takut. Pasal anak tak ramai. Ha, gitu.


[3:04] Bila anak tak ramai; kalau anak seorang, lari seorang, tak bapa pening?


[3:08] Ha, sayang anak. Hisap dadah pun hisaplah. Dah takpelah. Hantar lagi. Hantar lagi. Ha, tu.


[3:14] Kan orang dadah, kan pening.


[3:18] Maknanya: pendidikan itu dah, kita dah, apa nama, tidak berdasarkan Islam dah.


[3:25] Ha, itu sebabnya kita lihat bahawa anak-anak zaman sekarang, anak zaman dulu; kan berbeza. Ha, tu.


[3:37] Dulu, takut bapa. Sekarang, bapa takut anak dah sekarang.

Takut.

.......

Dimulakan: 3 Rabiulawal 1433H / 27 Januari 2012M, Jumaat.
Diterbitkan: 3 Rabiulawal 1433H / 27 Januari 2012M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 13 Zulhijah 1433H / 28 Oktober 2012M, Isnin.

Tuesday, January 24, 2012

[S1] Kedudukan kaki dalam solat [S2] Amin

Tajuk: Ust Azhar Idrus- Kedudukan Kaki Ketika Qiam | Amin : Selepas Fatihah
Sumber: http://youtu.be/Nkcd28DX94s
Durasi: 1m 4s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Nota: Satu klip video yang mengandungi dua soalan.




[0:02] [Soalan 1] "Macam mana kedudukan kaki yang betul dalam saf?"


[0:04] Ha, dia lukis gambar.

Gini ke...
[menunjuk \ / dengan kedua-dua tapak tangan]

Atau gini?
[menunjuk | | dengan kedua-dua tapak tangan]


[0:07] Jawabnya: ... ulama kata sunat menganjurkan jari kaki ke arah kiblat.


[0:11] Dah kalau gini, bukan kiblat.
[menunjuk \ / dengan kedua-dua tapak tangan]

Ni, Kijal.
[menaikkan tapak tangan kanan]

Ni, Besut.
[menaikkan tapak tangan kiri]


[0:14] Nu, kiblat.
[menunjuk | | dengan kedua-dua tapak tangan dan menaikkan kedua-dua tapak tangan]

......

[0:29] [Soalan 2] "Baca Amin lepas al-Fatihah. Huruf nun [ ن ] ke huruf mim [ م ]?"


[0:33] Amin.


[0:36] Nun belakang.


[0:37] Hamzah [ ] - mim [ م ] - ya [ ي ] - nun [ ن ].
[Melakar di udara dengan jari telunjuk kanan, ejaan Amin mengikut ejaan Bahasa Arab]


[0:41] Nun.


[0:42] "Nun di sana...".

Nun. Paham tak?


[0:44] Bukan mim.


[0:49] Jangan "Amim". -- Tu bukan. Nampak(?).


[0:52] Amim lain. Tu Mat Amin.


[0:54] Dengan nun. Amin.


[0:56] Nun. Dak(?).


[0:57] Maknanya: "Ya Allah, ya Tuhanku, perkenankanlah doa kami ini."

.......

Dimulakan: 1 Rabiulawal 1433H / 24 Januari 2012M, Rabu.
Diterbitkan: 1 Rabiulawal 1433H / 24 Januari 2012M, Rabu.
Dikemaskinikan: 13 Zulhijah 1433H / 28 Oktober 2012M, Isnin.
17 Rabiulawal 1433H / 10 Feb 2012M, Jumaat.