[6:10] -- Tak kena juga. Itu sifat Tuhan tu "azali" tu.
[6:14] Hah, kalau " Azli "?
-- Pun tak kena juga. Salah juga.
[6:18] Makna: "celaanku".
-- "Aku kata hudoh ke orang."
* hudoh -- hodoh
[6:22] Hok "aku kata hudoh ke orang".
-- Molek ke lagu tu?
[6:24] Masyarakat kita ni kadang-kadang ikut segho, tak tahu gapo nah.
[6:29] Malu kita.
[6:30] Ana sebenar malu sebagai ahli ilmu orang akan kata: "Dia ada situ. Macam mana tak terbaiki masyarakat? Macam mana nampak jahil sangat? Tak mengajar ke?"
[6:39] Orang akan kata gitulah.
* gitulah -- begitulah
[6:42] Serupa seorang doktor dia berasa malu kalau ramai hok sakit. Sakit saja.
[6:45] Bakpo? Dia [doktor] duk wak* gedio*?
Tak pandai wi* ubat ke?
* wak -- buat
* gedio -- gapo dio -- apa dia
* wi -- buwi -- bagi
[6:50] Orang akan kata gitu.
[6:53] Benda-benda ni, orang alim dia kena berasa, sensitif, peka dengan benda-benda gini*.
* gini -- begini
[7:06] Dan... satu lagi: nama yang ada kaitan dengan tempat.
(7) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
[Terjemahan Basmeih] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
[0:41] Kalau Syafie: satu ayat.
Kalau Malik, dua ayat situ tu. Bismillah dia tidak kira satu ayat, Malik.
Itu ke maksudnya?
[0:51] Kalau mengikut Syafie, Ahmad, dan lain-lain; ...
(1) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
[Terjemahan Basmeih] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1)
[0:07] Misalnya kita kata: kita ambil air sembahyang [wuduk] cara mazhab Syafie, batal air sembahyang cara mazhab lain.
[0:16] Ambil air sembahyang cara mazhab Syafie, sembahyang [solat] cara mazhab lain.
[0:21] Itu orang panggil talfiq. Boleh ke tidak?
[0:25] Kebanyakan ulama mengatakan boleh. Tapi ada yang mengatakan tak boleh.
[0:31] Mana kalau kita ikut cara ni, batal pun cara dia juga.
[0:37] Ambil air sembahyang cara Syafie, batal cara Syafie juga. Jadi kalau bersentuhan dengan perempuan, walau pun dengan isteri sekali pun, batal air sembahyang.
[0:45] Kita takleh kata bila sentuh dengan isteri: "Ah, aku nak pakai mazhab Bukhari eh pula."
Dak(?).
[0:49] Ha, itu jadi talfiq la kalau kita buat begitu. Itu orang panggil talfiq; jadi bercampur-baur.
[0:55] Ada ulama yang mengatakan takleh buat lagu tu. Tetapi kebanyakan ulama mengatakan boleh. Tak apa, asalkan kita tahu.
[1:04] Kita tahu.
[1:06] Kita tahu hok kata tak batal ni siapa dia.
*hok -- yang
[1:09] Jangan agak-agak.
[1:11] Nya kata: "Aih, nya ada la tu hok kata tak batal."
-- Takleh.
[1:16] Takleh.
[1:17] Tadi kita ambil air sembahyang cara Syafie, tak apa.
[1:20] Cara Syafie tu pun ada juga dalam sunah cuma masalah tepat dengan kurang tepat.
[1:26] Bagi dia, dia rasa puas hati dah hok tu. Orang lain tak puas hati, tak apalah. Bagi dia, dia puas hati dah.
[1:31] Jadi kalau kita ambil cara tu, nak batal cara lain; asalkan kita tahu setiap perbuatan kita. Di setiap peringkat tu kita tahu.
-- Ha, tak apa.
[1:43] Kena tahu.
[1:44] Kalau Syafie, kena baca al-Fatihah sembahyang; tak baca al-Fatihah takleh, walau pun makmum pun. Kena baca al-Fatihah.
[1:51] Bila kita ambil air sembahyang, sembahyang pun cara dia.
[1:54] Takleh ambil air sembahyang cara Syafie, pastu toksey baca gapo satu; ikut Hanafi. Dalam sembahyang. Pakai serah ke Tok Imam belaka.
*toksey -- tak nak
[2:02] Takleh lagu tu.
[2:03] Kalau kita buat lagu tu juga, jadi talfiq. Itulah orang panggil talfiq.
[2:07] Tetapi ramai ulama mengatakan tak apa.
[2:09] Sebab apa?
-- Sebab masa dulu, orang yang mengikut Sahabat ni, dia terima satu ilmu daripada Sahabat; dia ambil. Pastu dia terima hok lain pula, bab batal air sembahyang dia terima orang lain pula.
[2:21] Makna bercampur-campur. Dia tidak kata: "Bila nak ambil air sembahyang ni pah ke batal dia pun kena terima daripada Sabahat tu juga."
*pah -- sampai
Adakah dia buat begitu?
-- Tak ada.
[2:29] Bila tak ada, maknanya daripada tok guru yang berlainan sedangkan pendapat dia tidak sama tu, tok guru tu. Makna tak apa kita pakai berbeza-beza.
[2:37] Buktinya: di zaman awal dulu, salaf dulu, ramai sekali buat lagu tu lah. Terima daripada orang ni; ambil air sembahyang. Batal air sembahyang; terima daripada orang ni. Tak apa.
[2:47] Kalau takleh, makna demo tu tak sah habislah.
*demo -- mereka
[2:50] Pasal talfiq.
[2:53] Masalah talfiq ni yang lebih kemasnya: tak apa, asalkan kita tahu.
Hok-ni ni mengikut siapa. Hok-ni ni mengikut siapa.
Kalau kita orang biasa.
[3:03] Kalau kita orang mengaji, sepatutnya dia kena tahu mana dalil dia, apa ayat dia, apa hadis dia. Kena tahu.
[3:10] Kalau tahu, tak apalah. Sebab hakikatnya kita nak ikut Nabi.
[3:14] Yang kita kata ikut Syafie, ikut Hanafi, ikut Malik, ikut Bukhari ni sebab demo tu orang pandai.
[3:21] Dia tu pun ikut Nabi juga. Kita turut demo tu. Kita tak boleh nak faham sendiri.
[3:26] Kalau boleh kita faham sendiri, kita ikut Nabi; tidak salah.
[3:30] Tidak salah.
[3:32] Tidak kata: terikat; mesti kita nak ni, kena melalui ikut ni. Kalau tidak, takleh, tak terbuka jalan.
[3:37] Ha, tidak begitu. Tak ada ketetapan gitu-ah.
.......
Dimulakan: 24 Safar 1433H / 18 Jan 2012M, Rabu. Diterbitkan: 24 Safar 1433H / 18 Jan 2012M, Rabu. Dikemaskinikan: 15 Zulkaedah 1433H / 30 Oktober 2012M, Rabu. 6 Zulhijah 1433H / 22 Oktober 2012M, Isnin. 5 Zulhijah 1433H / 21 Oktober 2012M, Ahad.