Sunday, January 15, 2012

Cara berkawan dari bujang hingga bertunang hingga berkahwin

Tajuk: Ustaz Azhar - Cara Berkawan, bertunang sebelum kahwin
Sumber: http://youtu.be/SGX7oBkdPNM
Durasi: 4m 8s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:03] Macam mana yang dimaksudkan: "Nak kahwin baru boleh kawan dengan perempuan? Minta penjelasan."


[0:09] Dia kata: "Guana gok, duk ngajar sokmo: Nak kawan, nak bersaing, nak ...; kene nikah dulu; baru bolehlah, neh(?), dengan orang perempuan ni."
*guana -- macam mana

[0:21] Begini. Kalau kita nak ke orang perempuan -- boleh.


[0:25] Syaratnya kita nak berkahwin dengan dia.


[0:29] Kita nak bernikah tak dengan dia?
-- Nak-ah.


[0:31] Dah lepas tu, bila kita nak -- apa yang boleh?
-- Maka bolehlah kita pergi berjumpa dengan dia.


[0:38] Ha, situ syarak beri kebenaran.


[0:41] Bukan heret merata-awa macam la-ni tu.
*heret -- seret

[0:44] Bila kita rasa kita nak kat perempuan ni; kita nak pergi tengok molek, nak pergi jumpa molek, nak berhadap molek. Dak(?).
-- Maka dibenarkan syarak.


[0:52] Sebab kalau kita tak tengok -- makruh.


[0:55] Ada orang, dia tak tengok. Dia kata: "Mu cari-ah kat aku seorang."

"Dah orang lagu mana?"

"Ikut pandaimu-ah. Mata mu molek, moleklah."


[1:03] Kawan tu hok tukang cari -- berehi hok gemuk. Dia pergi cari hok gemuk, nikah, tembo lari terus.

Terjun ikut tingkap terus.


[1:12] "Gemuk sangat", kata.

"Dah hari tu mu kata aku tengok molek mu kata molek".

-- Ha, tu kata makruh.


[1:17] Sebab tu Nabi marah Sahabat tak tengok. Nabi kata: [Membaca hadis]


[1:23] [Terjemahan] Maka hendaklah kau pergi melihat dulu perempuan itu, baru boleh mu berkahwin dengan dia.


[1:28] Maknanya pergi di rumah dia, bawa tubiklah dia tu. Tengok muka dia, tengok tangan dia. Tanyalah mak ayah dia: penyakit apa ada, perangai dia musang ke tidak.

-- Ha, tu cara dia.
*tubik -- terbit

[1:43] Kita tak. Bawa pergi dulu dating tang ke nu, dating tang ke ni. Habis pokok dah kenal belaka muka kita.


[1:50] Habis air panas, terjun. Air Terjun Sekayu pun dua kali dah awek lekat kepala celah batu.

Rata dah pergi. Puas.

-- Ha, tu jalan Yahudi, jalan Nasara.


[2:00] Walau pun akhirnya menikah -- wajib bertaubat juga. Kerana tu adalah jalan dosa. Paham(?).


[2:05] Jadi, pergi; berkawan begitu.


[2:08] [Lelaki] "Saya nak anak makcik. Saya nak tengok dulu. Mari ni nak berkawan dengan dia. Kalau saya berkenan -- saya nak menikah dengan dia."


[2:15] [Ayah perempuan] Bawa tubik anak.

Panggil: "Semek, tubik sini. Orang nak tengok mu. Kalau berkenan nak menikah."

Tubik Semek.


[2:22] Kita tanya Semek begini, begini, begini.


[2:24] [Lelaki] "Saya, kalau saya berkenan, saya nak buat awak isteri saya."


[2:28] [Lelaki] "Tapi saya ni begini..."


[2:30] [Lelaki] "Kerjanya begini..."


[2:32] [Lelaki] "Kalau perangai saya, begini..."


[2:34] [Lelaki] "Saya berehi isterinya begini, begini..."


[2:36] [Lelaki] "Ha, awak guana?"


[2:37] [Perempuan] "Insya-Allah, boleh-ah kalau begitu."


[2:39] Ha, takde apa-apa-ah. Nampak(?).


[2:41] Bertunang. Neh(?).


[2:43] Bersetuju -- tunang.


[2:44] Beri cincin -- sunat je. Bukan wajib.
Mas kahwin -- tu wajib.


[2:49] Dah bila dah bertunang dah, rancanglah hari perkahwinan.


[2:52] Dah dalam bertunang boleh berkawan?
-- Boleh.


[2:54] Lagu mana?
-- Pergi di rumah dia.


[2:57] Duduk di rumah sokmo puas juga. Nak ajak berjalan -- boleh. Kena ajak mak ayah dia teman.


[3:04] Kereta Kancil; awek duduk belakang, ayah duduk depan.


[3:08] Tak boleh bawa awek saja; eh, tunang. Tak boleh. Hukumnya haram.


[3:12] Walau pun selamat daripada zina, perbuatan itu ditutup oleh syarak. Tak kena juga. Nampak(?).


[3:18] Nak jalan duana? Nak gi mana?


[3:20] Nak gi jauh ni, Genting Highlands.
-- Boleh. Bawa mak dia etek.
*etek -- juga

[3:24] Dia tidur dalam bilik dengan mak dia. Mu tidur seorang ... dalam kolam Genting Highlands. Paham(?).
-- Baru boleh.


[3:31] Tak sedap pula begitu.
-- Ha, tak sedap-ah.


[3:33] Nak sedap -- cara orang ramai, cara Yahudi, cara Nasara.


[3:37] Mana-mana dulu kita ada menikah, kita bawa merata-awa dah bini kita masa belum nikah -- malam ni taubat juga. Barang salah. Deh(?).


[3:47] Lepas tu nak lebih daripada tu -- akad nikah.

Ha, takde benda.

Akad nikah.


[3:52] Toksah kata pegang tangan -- habis boleh gaga.

Kat mana. Suis banyak.

Mu nak petik kat mana -- boleh belaka. Dak(?).
*toksah -- tak usah
.......

Dimulakan: 21 Safar 1433H / 15 Januari 2012M, Ahad.
Diterbitkan: 21 Safar 1433H / 15 Januari 2012M, Ahad.
Dikemaskinikan: 29 Zulkaedah 1433H / 14 Oktober 2012M, Isnin.

No comments :

Post a Comment