Friday, January 27, 2012

Anak tak boleh dipukul sebelum berumur 10 tahun

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus - Jangan Pukul Anak
Sumber: http://youtu.be/TV_mJ4kSg_I
Durasi: 3m 43s

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:00] Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang tak sesuai didengar oleh anak-anak kita itu.


[0:09] Tu sebabnya marah tak boleh.


[0:11] Ingat! Anak-anak tidak boleh dipukul!


[0:17] Dari umurnya satu hari, sampai umurnya 10 tahun.

Tak boleh pukul.


[0:27] Ha, yang pening tu. Pasal kita rajin pukul, tu yang pening tu.


[0:35] Kita wajib suruh dia sembahyang -- umurnya 7 tahun.


[0:43] [Membaca ...]


[0:48] [Terjemahan] Suruh anak-anakmu sembahyang waktu umurnya 7 tahun.


[0:52] [Membaca ...]


[0:56] [Terjemahan] Dan pukul dia waktu umurnya 10 tahun.


[0:59] Sepuluh tahun, baru boleh pukul.


[1:02] Tu kes berat; tak sembahyang. Kes berat.


[1:04] Maknanya: tak boleh pukul sebelum umur 10 tahun.


[1:08] Cubit, lagi tak boleh.


[1:12] Pukul pun, tak boleh pukul kepalanya; nanti rosak otaknya. Hantuk ke dinding, lagi tak boleh.


[1:24] Tak boleh dipukul badannya; rosak anggotanya.


[1:28] Pukul tapak kakinya.


[1:31] Ha, tu dia.

Payah tu.


[1:35] Pasal kebanyakan kita pukul anak bukan pasal nak didik, nak menggeram.


[1:41] Menggeram tu salah tu.


[1:43] "Biar dia rasanya! Puas hati aku!", dia kata.


[1:46] Dia lupa. Anak, hati tak puas. Kita yang puas. Budak tu puas tak?
-- Dia tak puas.

Ha, tu.


[1:53] Tu sebabnya konsep "bapa" ni, ada hebatnya.


[1:58] Dia tengok bapa, dia takut.

Ha, itu hebat. Tak payah pukul dah.


[2:02] Saya, pasal bapa saya hebat.


[2:04] Bapa saya tak payah pukul. Batuk cukup dah.

"[Berdehem]", habis!


[2:09] Ha, cukup. Cukup dah tu.

Ha, tu. Orang dulu-dulu kan, dia takde psik-.... Orang...


[2:14] Dulu mana ada psikologi. Takde psikologi-psikologi orang puteh, takde.


[2:18] Maknanya saya ingat lagi bapa saya tu. Bila kami tidur, bapa saya subuh-subuh dia pergi sembahyang di surau.


[2:25] Dia tak gerak. Dia tak gerak.


[2:26] Balik, dia lalu kat luar je.

"[Berdehem]", melompat bangun!


[2:30] Ha, itu yang canggih tu!


[2:32] Memang takut sungguh.


[2:35] Ha, tu dia. Ha, tu.


[2:36] Sekarang kita batuk, lagi dia batuk kat kita.

Ha, tu.


[2:41] Saya ingat kawan-kawan saya banyak begitu.


[2:43] Ha, waktu dulu punya tu. Kampung-kampung cara begitu dah. Tak payah dia nak marah-marah, tak payah.


[2:48] Tengok di surau, tengok, cukup dah. Ha, tu.


[2:52] Sekarang ni pasal kita ada banyak dah televisyen.


[2:54] Kan?


[2:55] Macam-macam benda, modern-modern ni, susah.


[2:58] Anak-anak dah tak takut bapa dah.


[3:00] Macam di Singapura, lagi takut. Pasal anak tak ramai. Ha, gitu.


[3:04] Bila anak tak ramai; kalau anak seorang, lari seorang, tak bapa pening?


[3:08] Ha, sayang anak. Hisap dadah pun hisaplah. Dah takpelah. Hantar lagi. Hantar lagi. Ha, tu.


[3:14] Kan orang dadah, kan pening.


[3:18] Maknanya: pendidikan itu dah, kita dah, apa nama, tidak berdasarkan Islam dah.


[3:25] Ha, itu sebabnya kita lihat bahawa anak-anak zaman sekarang, anak zaman dulu; kan berbeza. Ha, tu.


[3:37] Dulu, takut bapa. Sekarang, bapa takut anak dah sekarang.

Takut.

.......

Dimulakan: 3 Rabiulawal 1433H / 27 Januari 2012M, Jumaat.
Diterbitkan: 3 Rabiulawal 1433H / 27 Januari 2012M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 13 Zulhijah 1433H / 28 Oktober 2012M, Isnin.

No comments :

Post a Comment