Showing posts with label Surah as-Soffat. Show all posts
Showing posts with label Surah as-Soffat. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Kisah Nabi Yunus alaihissalam

Tajuk: Ustaz Amin - Kisah Nabi Yunus
Sumber: http://youtu.be/d7R_F0zKB54
Durasi: 3m 50s

Penceramah: (Ustaz Amin) Muhammad bin Abdullah

Ustaz Amin -- Universiti Kehidupan
http://www.ustazamin.com/

Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin)
https://www.facebook.com/pages/Muhamad-bin-Abdullah-Ustaz-Amin/226703637380369

Muhamad Bin Abdullah (Ustaz Amin)
https://www.facebook.com/muhamad.binabdullah.5/




[0:12] Daripada Nabi Adam [ آدم ] pun lagi, ketika Nabi Adam berbuat kesalahan di Syurga, dia terus berdoa kepada Allah SWT*.

SWT
kep Subhanahuwataala: Allah ~.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat


Subhanahuwataala
Ar
maha suci dan maha tinggi; Allah ~ Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Subhanahuwataala


[0:19] Dia bukan kelam-kabut untuk, katakanlah, menutup dia punya kemaluan dan sebagainya.

Dia tutup tapi dia terus berdoa.


[0:27] [Membaca Surah al-A'raf, ayat 23]
http://tanzil.net/#7:23

(23) رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ...
[Terjemahan Basmeih] Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (23)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/7:23


[0:35] [Terjemahan] Tuhan, kami telah menzalimi diri kami, Tuhan. Kalau Kau tak ampunkan dan kasihani kami, kami jadi orang yang rugi.


[0:42] Kemudian doa Nabi Allah Yunus [ يونس ] a.s.*

a.s.
kep alaihissalam.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat


alaihissalam
Ar
damai atau kesejahteraan padanya (biasanya digunakan atau disebutkan sesudah menyebut nama nabi, spt Sulaiman alaihissalam, Daud alaihissalam, dll).
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=alaihissalam


[0:46] Nabi Allah Yunus ni, tuan-tuan, ibu-ibu, akak-akak sekalian, kan; Nabi yang memang dia keras sebenarnya.


[0:53] Dia lahir di satu kampung bernama: " Ninawa ".

* (  نِيْنَوَي  ) --> [Arab] Ninawa / [Inggeris] Nineveh
- http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=نينوي
- http://www.almaany.com/en/dict/en-en/nineveh/


[0:57] Ninawa.

Ninawa tu di Iraq [ العِرَاق ], eh.

Di Iraq.

Sumber: Iraq
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=iraq&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0


[1:00] Dan bumi Ninawa tu banyak melahirkan orang-orang yang memang ganas dalam hidup, dalam sejarah.


[1:06] Pernah dengar nama: Nebuchadnezzar?

Nebuchadnezzar.

Sumber: Nebuchadnezzar
http://www.almaany.com/en/dict/en-en/Nebuchadnezzar/


[1:11] Nebuchadnezzar: orang yang menghapuskan Kota Jerusalem; daripada Ninawa.


[1:17] Macam tu juga dengan King George ke-5 yang menghancurkan sekitar, maknanya, apa nama, Rom [ اَلرُّوْمُ ] dan Jerusalem; tu juga daripada Ninawa.

Sumber: Rom
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=rome&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0


[1:28] Sebab itu ketika Amerika, kalau kita tengok, pertama sekali diserang Iraq, pertama diserang adalah di ni: daerah Ninawa tu dulu.


[1:38] Dan Ninawa tu ada satu kampung kecil bernama Tikrit [ تِكْرِيتُ ].

Saddam [ صدّام ] Hussein [ حسين ] berasal daripada situ.

Sumber: Tikrit
http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=تكريت


Sumber: Saddam
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=saddam&type_word=0&dspl=0


Sumber: Hussein
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=hussein&type_word=0&dspl=0


[1:44] Tikrit, eh.

Ha, Ninawa.


[1:46] Jadi, Nabi Yunus ni, dia orangnya keras sebenarnya. Keras.


[1:50] Dia dakwah pada kaum dia. Kaum dia tak terima; lantak engkaulah.

Dia pun tinggal kaum dia.


[1:56] Dia pergi tinggal kaum dia.

Kau tak nak terima; lantak engkaulah. Aku malas nak ambil tahu hal engkau.


[2:00] Dia tinggal kaum dia.


[2:02] Dia orang yang keras. Keras.


[2:04] Dialah satu-satunya Nabi yang meninggalkan kaum dia.


[2:08] Nabi Musa [ موسى ] ke, Nabi Isa [ عيسى ] ke; kaum tak dengar, datang juga, datang juga.


[2:12] Ini, tak dengar.
-- Lantak engkaulah.

Dia pergi.


[2:14] Dia pergi jalan.

Dia naik, apa nama, kapal tinggalkan kaum dia.


[2:19] Allah SWT denda dia.


[2:21] Didatangkan ribut.

Akhirnya dia diundi untuk terjun ke laut, dimakan oleh ikan.


[2:29] Ikan nun, ataupun ikan paus.

Ikan paus besarlah.


[2:33] Apa kata al-Quran?


[2:35] Ketika berada di dalam laut -- dia orang yang keras -- diajar ketika dalam kesusahan, pergantungannya kepada Allah.


[2:42] Dia membaca zikir: [Membaca Surah al-Anbiya', ayat 87]
http://tanzil.net/#21:87

(87) لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَـٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ...
[Terjemahan Basmeih] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (87)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/21:87


[2:49] [Terjemahan] Tiada Tuhan melainkan Engkau. Ya, Allah! Aku di kalangan orang-orang yang menzalimi diri aku.


[2:53] Sampai Allah sebut: kalaulah tidak Nabi Yunus itu membaca benda itu... [Membaca Surah as-Soffat, ayat 143-144]

Surah as-Soffat, ayat 143:
http://tanzil.net/#37:143
(143) فَلَوْلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلْمُسَبِّحِينَ
[Terjemahan Basmeih] Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), (143)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/37:143


Surah as-Soffat, ayat 144:
http://tanzil.net/#37:143
(144) لَلَبِثَ فِى بَطْنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
[Terjemahan Basmeih] Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/37:143


[3:06] Dia mesti, maknanya, kekal sampai Hari Kiamat kat perut ikan tu.


[3:10] Nak ceritanya: makhluk, tapi pergantungan tetap kepada Allah.

Akhirnya Allah keluarkan.


[3:15] Allah keluarkan Nabi Yunus tu di satu tempat bernama: " Yafa " [ يافا ].

Sumber: Yafa

Yafa - Palestine
http://youtu.be/bmE438TeAgw

Welcome To The City of Jaffa - District of Jaffa
http://www.palestineremembered.com/Jaffa/Jaffa/


[3:20] Kemudian dia berjalan di kampung Halhul [ حلحول ].

Sumber: Halhul

Driving through the streets of Halhul, Al Khalil (Hebron) Governorate, Palestine. 07.07.2012
http://youtu.be/Sex-9NXNWhQ

Welcome To The City of Halhul - District of Hebron
http://www.palestineremembered.com/GeoPoints/Halhul_1162/index.html


[3:24] Berdakwah dia di sana. Dan, maknanya: meninggal, ataupun wafat Nabi Yunus di sana tu.


[3:30] Di Halhul.


[3:32] Siapa yang nak jalan singgah Palestin [ فلسطين ], saya akan singgah makam Nabi Yunus.


[3:35] Dia tu, orang keras sikit, eh.


[3:37] Keras sikit orang dia. Nabi Yunus.

.......

Dimulakan: 14 Syaaban 1434H / 23 Jun 2013M, Ahad.
Diterbitkan: 16 Ramadan 1434H, Khamis / 25 Julai 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: 16 Ramadan 1434H, Khamis / 25 Julai 2013M, Khamis.

Sunday, April 28, 2013

[S1] Cara lawan nafsu? [S2] Hukum minum berdiri? [S3] Ganti duit curi?

Tajuk: ust azhar - tgk video lucah, minum berdiri, curi duit kafir
Sumber: http://youtu.be/4Mk65rkfIJ4
Durasi: 2m 43s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:00] [Soalan-1] "Dulu saya teruk. Dan kini, Alhamdulillah, kenal sedikit agama."


[0:07] Ha, macam tulisan Syeikh dah ni.


[0:10] Ha, kita kenal tulisan dia.

Syeikh dah ni. Ha.


[0:14] [Sambungan Soalan-1] "Tapi masalah besar bagi saya, dulu saya suka tengok filem lucah."


[0:18] Kata dah. Ha.


[0:26] [Sambungan Soalan-1] "Sudah jadi tabiat. Jadi macam mana cara saya nak hentikan tabiat yang... Ada tak doa-doa untuk lemahkan nafsu jahat ini?"


[0:36] Dia ni... Kunci dia: Allah Taala.


[0:39] [Membaca Surah as-Soffat, ayat 96]
http://tanzil.net/#37:96

(96) وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
[Terjemahan Basmeih] "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" (96)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/37:96


[0:42] [Terjemahan] Allah cipta kamu dan perbuatan kamu.


[0:44] Nombor satu: minta dengan Dia dulu.

Neh.


[0:47] Ha, baru usaha-usaha yang dibangsakan kepada zahir kita ni.


[0:52] Hakikat dulu: minta dengan Allah Taala. Dia belaka pegang. Neh.


[0:55] Minta sungguh-sungguh: Hati yang bersih daripada dosa. Nafsu yang terkawal daripada melanggar perintah Allah.


[1:03] Minta dengan Dia dulu.


[1:04] Kemudian amalkan pula, apa benda ni, petua hok* Nabi kata.

* hok -- yang

[1:08] [Membaca hadis?] Fa'alaikum bis-siyam.


[1:11] [Terjemahan] Ajarlah diri kamu berpuasa.


[1:13] Paksa puasa sunat.


[1:15] Niat nak mengekang nafsu.


[1:16] Insya-Allah, dia akan jadi penawar.

Dak?


[1:20] [Membaca hadis?] Fa-innahu lahu wijak.


[1:23] Dalam hadis yang lain, Nabi kata: [terjemahan] sesungguhnya puasa bagi orang muda-muda ni, wijak.


[1:28] Iaitulah: perisai yang amat ampuh.

Dak?

Ha.


[1:32] Lawan nafsu dengan: "Biar! Aku nak puasa juga!"


[1:35] Tiga hari puasa, jeng *juga.
-- Amal sokmo*. Deh.

* jeng -- jam
* sokmo -- selalu / sentiasa

[1:39] Akhirnya Tuhan akan beri.


[1:40] Dia tengok kita bersungguh, Dia beri.

Neh.

Ha, dia gitu*.

* gitu -- begitu

[1:44] Dok tahan juga, kahwin-ah.

Neh.

Ha, kahwin.


[1:47] Yang mu gi tengok tu buat amenda*.

Takdok* khije*.

Neh.

* amenda -- (apa benda) buat apa
* takdok -- tak ada
* khije -- kerja

[1:51] Tohoklah* CD-CD tu.

* tohok -- buang

[1:54] [Soalan-2] "Apa hukumnya kalau minum berdiri? Jadi lekat tabiat dah."


[1:57] Lekat tabiat, dok lekat tabiat: makruh minum berdiri mengikut kaul* yang muktamad dalam mazhab Syafie.

* kaul --

kaul I
Ar

1. kata, perkataan;
~ yg sah perkataan yg benar;

2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis;

3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya;

membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji);

4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh;
hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan;

berkaul berniat atau berjanji hendak me­lakukan sesuatu (apabila permintaannya di­luluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar;

~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hen­daklah pd tempatnya;

mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaul+kamus+dewan+edisi+keempat

[2:03] Deh. Makruh minum berdiri.


[2:06] [Soalan-3] "Dulu saya kerja syarikat McDonald's Kuala Lumpur. Saya telah mengambil duit syarikat itu."


[2:10] Ha, dia ketek*.

* ketek --

ketek III
(keték)
Tr

1. kancing, butang baju;

2. mencuri: tidak baik ~ hak orang, berdosa!

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ketek+kamus+dewan+edisi+keempat

[2:12] [Sambungan Soalan-3] "Saya sudah lupa berapa nilainya. Patutkah saya menggantikannya? Apakah hukumnya?"


[2:16] Jikalaulah maknanya, apa benda ni, McDonald's itu diusahakan ataupun diniagakan oleh orang Islam, maka wajib bayar.

Neh.


[2:27] Tapi kalau kita gi di McDonald's negeri kafir harbi nu, maka tak wajib bayarlah.

Neh.


[2:32] Pasal kafir harbi ni sekarang wajib kita jatuhkan ekonomi mereka.


[2:37] Kerana mereka merancang menjatuh, melingkupkan ekonomi umat Islam.

Nampak(?).


[2:41] Ha, dia gitu.

.......

Dimulakan: 27 Januari 2012M, Jumaat.
Diterbitkan: 17 Jamadilakhir 1434H / 28 April 2013M, Ahad.
Dikemaskinikan: .