Wednesday, January 11, 2012

Cemburu -- Sifat Lelaki, Bukan Sifat Perempuan

Tajuk: ustaz azhar idrus - sifat cemburu utk lelaki
Sumber: http://youtu.be/q0YfEh7ntzE
Durasi: 5m 39s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:01] Yang ketiganya, sifat cemburu.


[0:03] Cemburu ni sifat laki-laki, bukan sifat perempuan.


[0:08] Semalam dia buat satu dalam segmen TV tentang perasaan cemburu.

Dia interview tu isteri-isteri orang.
--Tu salah tu.


[0:23] Yang sebenarnya cemburu sifat lelaki. Paham(?). Bukan sifat isteri. Sifat suami.


[0:29] Suaminya kena cemburu kalau isterinya cakap telefon dengan orang lain.


[0:33] Suaminya kena cemburu kalau isterinya makna keluar naik kereta dengan orang laki-laki lain.


[0:37] Suaminya kena cemburu kalau isterinya ada mesej dengan laki-laki lain.

Hok tu baru tempat dia.
*hok -- yang

[0:43] Orang isteri? Isteri takleh cemburu kalau suami dia bercakap dengan perempuan lain ke, berjumpa dengan perempuan lain -- tak boleh cemburu.


[0:52] Kerana apa?
--Kerana Allah membenarkan laki-laki itu berkahwin lebih daripada seorang.


[0:57] [Membaca Surah an-Nisa, ayat 3]
http://tanzil.net/#4:3

(3)...  ۖ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ...
[Terjemahan Basmeih] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (3)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/4:3


[1:04] [Terjemahan] Hendaklah kamu berkahwin yang baik-baik di kalangan perempuan Islam itu; dua atau tiga atau empat.


[1:11] [Membaca Surah an-Nisa, ayat 3]
http://tanzil.net/#4:3

(3) ... فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً ...


[1:13] [Terjemahan] Maka jikalau kamu bimbang tidak berlaku keadilan, maka seorang, sudah.


[1:18] Maknanya, sifat cemburu sifat suami.


[1:20] Kita tak. Suami tak sifat cemburu. Isteri pula dah sifat cemburu. Jadi terbalik.


[1:27] Benda hok sifat orang lain, kakas orang lain dipakai di orang lain.
*kakah / kakas -- perkakas

[1:31] Sifat cemburu tu kakas laki-laki. Kita buwi pakai ke bini kita. Bini kita tu takde sifat cemburu.

Dia terbalik.
*buwi -- bagi

[1:40] Jadi pening-ah orang tengok. Masyarakat ni jadi pening dah.

Tak percaya, gini: Baju hok bini kita, kita pakai. Baju kita, bini kita pakai.

Toksah gi jauh, gi pasar sekali esok.
*toksah -- tak usah

[1:52] Bini kita pakai kain pelekat, baju Melayu. Pakai songkok se.
* se -- satu

[1:58] Kita pakai baju kelawar, pakai skaf se atas kepala. Lumur gincu, Tok Imam.

Nak termuntah tengok muka.


[2:08] Jadi tak boleh. Pakaian tu pakaian zahir. Pakaian akhlak begitu juga.


[2:13] Orang laki-laki dia pakaian dia cemburu.


[2:15] Sekarang ni tak cemburu. Molek-molek ada dia gi hantar bini dia pula gi latih drama. Molek-molek ada. Bodoh tok laki.
*tok laki -- suami

[2:22] Bini dia berlakon drama. Dah berlakon drama, tok laki gi hantar dengan kereta. Tengok-ah bini berlakon ni. Dalam lakonan tu pegang tangan hok laki lain. Duduk atas katil begitu-beginilah, peluklah apa -- dah drama.

Tok laki takde masalah, tak marah sikit; drama. Takde cemburu sikit. Bodoh.

Apa benda tok laki. Bodoh di ...


[2:43] Mana boleh. Kita buat benda walau pun atas nama skrip drama, arahan pengarah --tak boleh!

Hukum tak boleh -- tak bolehlah. ... Hok haram.


[2:55] Tu kata takde sifat cemburu langsung.


[2:57] Isteri dia seorang atlet. Suami gi hantar. Isteri nak berlatih ni. Nak berlawan, nak berlumba lari. Sikit lagi SUKMA ni.


[3:05] Tok laki gi hantar. Isteri berlumba seratus meter. Dah seratus meter bukan pakai jilbab. Bukan pakai kanna berlari seratus meter. Paham(?).
*kanna -- kain kanna -- anak tudung yang dipakai di bawah kain telekung solat, digunakan oleh orang di sebelah Pantai Timur Semenanjung.

[3:16] Buang tracksuit pula depan khalayak ramai. Dah kalau stadium hok baru kita muat 40 ribu?


[3:34] Kata kalau 40 ribu orang duduk dalam stadium. Dah, bini dia pecat seluar tu depan khalayak ramai; 40 ribu tu, 80 ribu butir mata tengok.

Hok ambil dengan kamera pula. Hok ambil dengan video pula. Hok masuk dalam TV, masuk dalam tu, masuk dalam ni.


[3:51] Kalau bertutup aurat boleh tahan kira lagi.

Dok tutup aurat; daripada pakai trek, pakai seluar pendek.


[4:00] Daripada pakai baju biasa tracksuit, buka tinggal baju kecil.


[4:10] Baju kecil, seluar kecil. Tok laki duk tengok. Sorak pula: "Kamong! Kamong! Kamong!"
*kamong -- come on

[4:17] Binimu telanjang depan khalayak ramai. Dengan mu-mu masuk pantat Neraka.


[4:21] Orang yang membenarkan isterinya membuka auratnya di khalayak ramai, akan diheret masuk, dihumban masuk ke dalam api Neraka, dan mendapat nama "fasik" serta-merta.

Ho, jangan main.


[4:33] Jangan main. Sukan, sukan juga.


[4:37] Dia kita tumpang bumi orang, kena ikut undang-undang bumi orang. Bumi Allah ni dia ada undang-undang.

Nak berlari, takde masalah berlari -- tutup aurat.


[4:45] Nak main terjun papan anjal, toksah papan anjal, naik atas bumbung terus terjun -- takde salah. Tutup aurat.

Ni apa benda pakai seluar kecil gitu.


[4:52] Renang ada tak renang lagi? Dah renang pakai kain pelekat dengan baju Melayu?
--Mesti pakai spenda. Dah molek?


[5:02] Boleh khalayak ramai tu tergamak, cikgu?

Khalayak ramai; toksah ramai, tiga orang dah, kita pakai spenda lalu ikut tu, terjun.

Paham tak? Tergamak tak?


[5:09] Tak tergamak. Kambing terus tembo.

Tak percaya, ambil kambing heret. Pastu buwi pakai spenda. Buwi lalu ikut depan kolam renang orang ramai. ... tembo.

"Mbekkk!" bunyi. Lari. Paham(?).

Memang takut.
*tembo -- lari

[5:19] Dah tu guana berani depan orang, dengan seluar dalam saja?
--Bodoh daripada kambing.

Tak kira siapa-siapa pun.
*guana -- macam mana

[5:25] Mana hok dengar-dengar ni, tarik baliklah penyertaan; melainkan ada terjun pakai kain pelekat, baju Melayu, siap dengan pakai serban -- hok tu lain-ah.


[5:33] Makna, bukan salah di terjun tu -- salah aurat tu. ...

.......

Dimulakan: 16 Safar 1433H / 10 Januari 2012M, Selasa.
Diterbitkan: 17 Safar 1433H / 11 Januari 2012M, Rabu
Dikemaskini: 28 Zulkaedah 1433H / 14 Oktober 2012M, Ahad.
14 Rabiulawal 1433H / 7 Februari 2012M, Selasa.
24 Safar 1433H / 18 Jan 2012M, Rabu.

No comments :

Post a Comment