Thursday, February 2, 2012

Pentingnya mendirikan solat 5 waktu

Tajuk: Ustaz Azhar Idrus - Solat Tiang Agama
Sumber: http://youtu.be/2DtkHoYeE6s
Durasi: 4m 33s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:02] Dalam kitab ni kecil je dia kata: "Ada Rukun Islam, ada Rukun Iman, terkandung ia bagi menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang."

Allah.


[0:12] Sebut sokmo bab sembahyang. Sebab apa?
-- Sebab orang yang tak sembahyang: runtuh agama dia.


[0:18] Orang tak sembahyang tidak akan duduk di belakang "Liwa ul-hamdi".


[0:22] "Liwa ul-hamdi" ni mende?


[0:24] Di Padang Mahsyar, masing-masing akan beratur di belakang bendera.


[0:30] Macam orang berarak sukan.


[0:33] Kan orang beratur sukan dalam stadium. Dak(?).


[0:35] Kalau keluar bendera Terengganu, peserta Terengganu duk belakang. Kalau bendera Kelantan, belakang Kelantan.

Dia tak boleh bolok wok gitu.


[0:43] Maka di Padang Mahsyar, dia ada bendera.


[0:45] Nabi-nabi pegang bendera.


[0:47] Nabi cerita dalam hadis: "Bendera aku di Hari Kiamat: Liwa ul-Hamdi.

Nama bendera.


[0:54] Umat Muhammad, yang ikut Rasulullah duduk belakang bendera ni.

Nampak(?).


[1:00] Tapi orang yang tak sembahyang, duduk di belakang 4 orang, kepala pengat: Firaun, Qarun, Haman, dan Abdullah bin Ubai.

Nampak(?).


[1:17] Allahu rabbi. Kita dah Islam tapi tak boleh duduk belakang bendera Nabi.


[1:22] Sebab apa?
-- Tak sembahyang.


[1:27] Tok Imam nak akad nikah, kalau tahu tu tak sembahyang, kena suruh dia bertaubat.


[1:35] Betul; kalau fasik, boleh jadi pengantin. Yang tak boleh jadi fasik ni: wali dengan saksi je. Nampak(?).


[1:43] Tapi sekurang-kurang, itulah masanya kita boleh dakwah dia. Dak(?).


[1:49] Panggil duk dalam bilik kejap.


[1:51] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Awak tak sembahyang ni. Macam mana saya nak akad nikah ni? Awak kena bertaubat."

Kata ke pengantin laki-laki.

Paham(?).


[1:59] Kata gitu.


[2:02] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Pasal berat dosa awak ni. Kalau mati ni, dosa besar ni."


[2:07] Dalam mazhab Hambali: kafir selalu orang tak sembahyang satu waktu.

Kafir terus.


[2:13] Yang jadi tak kafir ni, tiga mazhab: Syafie, Hanafi, dengan Maliki.

Dosa besar.

Paham(?).


[2:21] Hambali; tinggal satu waktu je sembahyang dengan sengaja: kafir laknat.

Tanam jirat.


[2:27] Dia pakai hadis: [Membaca hadis]


[2:32] [Terjemahan] Siapa tinggal satu sembahyang ... sengaja, jadi kafir terang-terang.


[2:36] Mazhab Hambali keras bab ni.

Nampak(?).


[2:38] Tok Imam panggil: "Awak, tak sembahyang. Saya nak akad nikah. Baik awak bertaubat sekarang juga. Sikit lagi kita akad nikah."


[2:45] [Jurunikah kepada pengantin lelaki] "Awak bertaubatlah. Awak qadalah. Beratlah awak ni."


[2:50] Khabarlah gitu.


[2:52] Ni, tak; mari gak hulur selalu.

Pastu: "Duit saya mana? Duit, duit saya?"


[2:58] Kira nak duit saja.


[3:03] Tak sembahyang, pengantin... Allahu rabbi.


[3:06] Kompang ni: *Kepang-kepang kepong-kepong* [Membuat gaya menepuk kompang]


[3:09] Kompang apa. Ambil kompang tu lepuk atas muka tu.


[3:13] Eleh, kompang. Zaman Nabi betul orang kompang orang katok ...

Nampak(?).


[3:17] Betul. Rebana. Orang menikah.

Nampak(?).


[3:20] Sahabat menikah; Sahabat sembahyang. Ni pengantin tak sembahyang. Dak(?).


[3:26] Apa benda ke kompang. Tang atas muka tu: *khepung-khepung-khepung* tiga butir.


[3:31] Biar bicuk pengantin.


[3:32] [Pengantin lelaki] "Bakpe buat saya?"


[3:34] [Penampar] "Awak tak sembahyang. Mujurlah mu; kalau tidak saya katok dengan kapak, belah dua kepala."


[3:38] Sebab ni: hukum orang yang tak sembahyang sisi 4 mazhab: hukum mati.

Paham.


[3:45] Tiga mazhab; Syafie, Hanafi, Maliki: hukum mati kerana meninggalkan sembahyang.


[3:50] Mazhab Hambali: hukum mati juga, kerana telah murtad.


[3:52] Sebab apa murtad?
-- Tak sembahyang Asar tadi.

Paham(?).


[3:57] Berat. Dah kita buat menantu. -- Bodoh punya mertua.


[4:02] Menantu kepala hotak apa tak sembahyang!


[4:04] Baik mu ambil beruk bela dalam rumah daripada bela menantu tak sembahyang.

Paham(?).


[4:09] Baik bela binatang daripada orang tak sembahyang.

Paham(?).


[4:14] Babi, sehina-hina babi; tak masuk Neraka.


[4:17] Orang tak sembahyang ada khas dia duduk: 'hotel' Saqar, nama dia.


[4:21] Nampak(?). Neraka Saqar.


[4:23] Tak sembahyang -- Neraka Saqar.


[4:25] Dah guana-ah kita hari tu tak ...?
-- Taubat kepada Allah.

.......

Dimulakan: 9 Rabiulawal 1433H / 2 Feb 2012M, Khamis.
Dikemaskinikan: 18 Zulkaedah 1433H / 3 Oktober 2012M, Khamis.

No comments :

Post a Comment