Tuesday, February 7, 2012

[S1] Wakaf dalam bacaan Surah al-Fatihah [S2] Apa mazhab ulama hadis seperti Imam al-Bukhari?

Tajuk: Waqaf al-Fatihah
Sumber: http://youtu.be/i6AGHn9EyY8
Durasi: 3m 18s

Penceramah: Maulana Mohd. Asri Yusoff
Nota: Satu klip video dengan dua persoalan.




[0:01] Masalah tu kurang jelas sikit soalan tadi.


[0:04] Dari segi wakaf tu ada beberapa, kan. Tujuh ayat; makna tujuh kali wakaflah.


[0:09] Kalau kita toksey wakaf belaka pun, kita baca: boleh. Sah.
*toksey -- tak nak

[0:13] Sah. Tak apa.


[0:16] Serupa... [Membaca Surah al-Ikhlas, ayat 1]

(1)   قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ  
[Terjemahan Basmeih] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1)


... tu kita baca satu nafas dok. Sambung dengan wasal; tak apa.

Sah.


[0:22] Cumanya hok lebih moleknya, kita berhenti-berhenti dah ada wakaf tu kan.


[0:27] Ke nak tanya tu maksudnya: wakaf berbeza?


[0:31] Ha, tu tidak jelas soalan.


[0:34] Sebab... [Membaca Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7)   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ  
[Terjemahan Basmeih] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)


[0:41] Kalau Syafie: satu ayat.

Kalau Malik, dua ayat situ tu. Bismillah dia tidak kira satu ayat, Malik.

Itu ke maksudnya?


[0:51] Kalau mengikut Syafie, Ahmad, dan lain-lain; ...

(1)   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  
[Terjemahan Basmeih] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1)

... dalam Fatihah tu satu ayat.


[0:56] Jadi... [Membaca sebahagian Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7) ...   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ  

... dan seterusnya tu: satu ayat.

Jadi campur semua tu: tujuh ayat.


[1:06] Kalau Hanafi, dia kata...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

... tu bukan satu ayat daripada Fatihah. Serupa juga Malik.


[1:13] Lepas tu, tidak ke Fatihah ni tujuh ayat?

Kalau kita tak kira hok tu, jadi enam dohla.


[1:19] Ha, dia bahagi tempat tadi: [Membaca sebahagian Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7) ...   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ  

Ha, situ satu.

Bahagi dua situ.


[1:25] [Membaca sebahagian Surah al-Fatihah, ayat 7]

(7)   غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ...  

..., ha, satu pula; dua.

Jadi tujuh juga.


[1:30] Ke hok tu maksudnya?


[1:32] Tak jelas tu.

Ha, tak apalah. Kita buwi kedua-dua dah. Kedua-dua jawapan.


[1:38] Lepas tu, berkenaan dengan imam-imam hadis ni: Adakah dia tidak ikut mazhab?
-- Memang.


[1:44] Yalah. Ramainya, dia tak ada mazhab, tidak terikat; terutamanya Bukhari.


[1:49] Kita sudah banyak kali dah sebut sebelum pada ni pun. Memang dia ada mazhab dia sendiri.


[1:55] Banyak perkara kita tengok, dia tak sesuai dengan hok ni, kadang-kadang tak sesuai dengan hok ni, kadang-kadang tak sesuai dengan hok ni.


[2:01] Kadang-kadang dia sesuai dengan hok ni. Kadang-kadang dia sesuai dengan hok luar daripada empat mazhab.


[2:08] Itu tak apa sebab dia orang 'berlesen'. Orang berlesen.


[2:12] Dia berlesen pula lesen besar pula, internasional. Lesen antarabangsa ni, bukan dalam negeri satu tempat, tak. Boleh.


[2:22] Dan boleh dikatakan kebanyakan ulama hadis ni, dia memang tidak terikat.


[2:27] Kalau orang kata: ada orang kata dia ni bermazhab ni.

Itu orang panggil "muntasib" sahaja. Muntasib.


[2:34] Bukan makna dia "muqallib" dengan erti serupa orang ramai ni ikut betul-betul -- tak. Tidak lagu tu.


[2:39] Banyak perkara, kalau dia tak setuju, dia tak ikut.

Itu cara ulama hadis.


[2:45] Orang panggil "fuqaha muhaddithin".

Hok lagu tu: fuqaha muhaddithin.


[2:50] Ada juga muhaddithin dia muhaddith saja, dia tak cagho ke hukum. Dia tak cagho.

Dia kira hukum hadis, nak tengok sanad, sahih; begitu saja.
*cagho -- hirau

[2:57] Tapi kalau macam Bukhari ni, orang panggil: fuqaha muhaddithin.

Dia bukan muhaddith saja.


[3:02] Dia mujtahid juga. Hok lagu tu orang panggil: fuqaha muhaddithin.


[3:08] Dan dia ni besar. Ada mazhab dia yang tersendiri.

Nak tahu mazhab dia; kena tengok kitab dia. Bukhari yang kita baca ni la.


[3:16] Wallahu 'alam.

.......

12 Rabiulawal 1433H / 5 Feb 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 17 Rabiulawal 1433H / 10 Feb 2012M, Jumaat.
14 Rabiulawal 1433H / 7 Feb 2012M,  Selasa.

No comments :

Post a Comment