Saturday, February 18, 2012

Kenapa mesti segerakan kebumi jenazah?

Tajuk: MENYEGERAKAN KEBUMI JENAZAH
Sumber: http://youtu.be/zsH7gKrLeK4
Durasi: 6m 57s

Penceramah: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman




[0:00] Yang kedua: [Membaca hadis]


[0:05] [Terjemahan] Jenazah bila dah mati, segerakan kebumi.


[0:10] Kita hari ni tangguh.


[0:13] Tunggu anak balik Kuala Lumpur; boleh tahan lagi, dekat.


[0:18] Setengah tu, tiga hari taruh mayat; kerana apa?
-- Nak tunggu anak balik daripada England, balik daripada Amerika, balik daripada Jepun, daripada Mekah; tak kira.
*taruh -- simpan

[0:28] Tangguh.


[0:29] Maka menangguhkan jenazah ini salah satu daripada perkara yang tidak baik.


[0:36] Satu cerita diriwayatkan bahawa Nabi pergi ziarah seorang Sahabat.


[0:40] Namanya Talhah ibn al-Bara'. Dia tengah sakit.


[0:47] Ha, ni, ini sifat Nabi S.A.W. Nabi ni, bila Sahabat dia sakit, dia pergi ziarah.


[0:54] Kemudian, Nabi kata: [Membaca hadis]


[0:58] Nabi kata: Aku nampak muka Talhah ni, tak lama dah tu.


[1:02] Dia tak cakap dengan Talhah lah, dia bagitahu pada keluarga dia.


[1:05] Kita pun di antara adab ziarah orang sakit ni: jangan kata ke dia.


[1:11] [Contoh] "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Ai, kalau tengok denyut nadi ni, tak berapa lama dah tu."


[1:18] Mungkin pakai mati selalu kawan tu.

Inna lillah selalu.


[1:22] Kalau kita nak beritahu, beritahu pada keluarga dia, bisik-bisik kat luar.


[1:26] [Contoh] "Saya nampak dia ni tak lama dah."


[1:29] Maka dikata: [Membaca hadis]


[1:33] [Terjemahan] Beritahu aku kalau dia mati.


[1:35] [Membaca hadis]


[1:37] Segera uruskan jenazah.

Jangan tangguh-tangguh.


[1:41] [Membaca hadis]


[1:47] [Terjemahan] Tidak layak bagi jasad seorang Muslim disimpan di antara keluarganya.


[1:54] Hari ni jenazah orang Islam, hampir-hampir nak jadi macam jenazah orang bukan Islam.


[2:00] Orang bukan Islam, berapa hari dia simpan jenazah dia?


[2:05] Siap dengan awet lagi tak? Takut bau.


[2:08] Buat perarakan pula tu. Siap dengan kereta hitam, berarak tengah bandar, tengah padang, nak pergi kebumi.

[2:15] Ha, ni. Sebab nak tunggu acara-acara rasmi yang menyebabkan kita tertangguh jenazah kita.


[2:22] Itu dia kata Nabi S.A.W. dalam hadis yang sahih, dalam hadis yang lain. Yang hadis tadi, hadis apa ni, Abu Daud.


[2:30] Yang lain dia kata apa, dalam hadis Muslim.

Nabi kata: [Membaca hadis]


[2:41] [Terjemahan] Segera kamu uruskan jenazah.


[2:44] Ada yang mengatakan "segera" di sini: waktu kita angkat.


[2:48] Sudah je solat, tak payah tangguh lagi, terus je pergi.


[2:51] Berjalan cepat. Nak berjalan cepat.


[2:53] Kita hari ni, sudah solat, tangguh lagi.


[2:57] Turun tangga yang pertama: "Ah, tunggu sekejap. Nak azan dulu."


[3:02] Mari mana azan ni?
-- Tak ada azan dalam kitab-kitab hadis. Tak ada Nabi suruh azan. Dia suruh, lepas pada ni, angkat terus pergi ke kubur. Jangan tunggu lagi.


[3:14] Tak. Ada setengah tempat tu, lepas azan, tunggu; anak-anak akan menyurup masuk ikut bawah keranda pula.


[3:22] Dia kata: "Kenapa?"
-- Sebab tak mahu bagi anak ingat pada orang mati.


[3:27] Lama kita cerita ni kelik buat pula, susah-ah ni. Dia kata: "Ustaz ghoyak. Ustaz ajar."
-- Bukan ajar ni, nak cerita.


[3:34] Nabi kata apa?
-- [Membaca hadis]


[3:37] Ni dibahas oleh Imam al-Nawawi, maknanya: berjalan cepat.


[3:40] Pikul jenazah macam kita kat Mekah tu.


[3:43] Di Mekah tu kalau berjalan lambat, memang tak sempat. Jenazah akan pergi laju sampai ke depan.


[3:48] [Membaca hadis]


[3:50] Kalaulah jenazah itu orang baik, orang soleh...


[3:54] [Membaca hadis]


[3:56] Kamu mempercepatkan dia dapat nikmat yang ditunggu dalam kubur.


[4:01] Dan dia sendiri bercakap: "Qaddimuni! Qaddimuni!" [Bahasa Arab]


[4:04] "Cepat bawa aku!", jenazah tu bercakap tapi kita tak dengar.


[4:08] Kalau kita dengar, lari kita.
 Dia kata: "Berhantu!", pula dah.


[4:12] Hantu selalu orang kita ni.


[4:14] "Berhantu dah", dia kata, "Jenazah ni."
-- Bukan berhantu.


[4:16] Tapi makhluk lain dengar.

"Qaddimuni!", dia kata. "Segera bawa aku ke kubur!"


[4:22] Nabi kata: [Membaca hadis]


[4:24] Kalaulah mayat ini bukan orang baik, wal 'iazubillah, ...


[4:27] [Membaca hadis]


[4:31] Adalah satu perkara yang kamu telah biarkan, kejahatan yang kamu telah letak daripada bahu kamu.


[4:40] Berat. Maka Nabi kita suruh bersegera. Hadis ni riwayat Bukhari dan Muslim.


[4:46] Itu Nabi kita S.A.W. beberapa kali minta supaya...


[4:52] [Membaca hadis]


[4:55] Nabi, dalam hadis lain Nabi kata, daripada Ibn Umar: "Apabila mati seorang kamu, segera kamu kebumi."


[5:02] [Membaca hadis]


[5:03] [Terjemahan] Jangan duk simpan jenazah tu.


[5:05] [Membaca hadis]


[5:07] [Terjemahan] Segera kamu hantar ke kubur


[5:09] Kata Ibn Hajar: [Membaca hadis]


[5:13] [Terjemahan] Dengan sanad yang hasan.


[5:14] Jadi, kita dah faham dah beberapa isu yang perlu kita faham hari ini. Iaitulah yang pertama sekali: Nabi kita suruh segera selesaikan jenazah.


[5:26] Jangan tangguh.


[5:28] Ni tak tahannya, anak bila kita telefon: "Baliklah, ayah sakit."


[5:33] Hari tu baru hari Rabu, hari Khamis: "Ha, tunggulah hari minggu ni aku baliklah. Cuti kan kat luar nu."

Tak balik. Tunggu ayah kelik.


[5:42] Lepas telefon pula: "Betul ke ayah sakit? Setara mana sakit? ICU dah ke?"

Duk tanya acap kali. Sebab hati tu sayang nak tinggal kerja lebih daripada tinggal bapa.


[5:53] Tapi bila bunyi ayah dia mati, dialah pertama telefon: "Tunggu sampai aku balik."

Dua hari tak balik-balik lagi.


[5:59] Ini di antara penyakit masyarakat.


[6:01] Bagi kita, kalau anak ni itulah sikap dia; inilah kita orang kampung ni, kalau anak ni situ sikap dia; diberitahu, tak balik. Dimaklum pada dia ayah sakit, buat tak hirau, tunggu hari minggu lagi tak boleh ambil cuti. Sedangkan dia nak melancong pergi ke Indonesia empat kali setahun, boleh cuti.


[6:19] Takleh cuti?
-- Boleh cuti pula dia.


[6:21] Kalau mati, cakap telefon: "Assalamualaikum. Ayahmu dah meninggal. Kita ucap takziah kepada kamu. Kami nak kebumi pukul lima petang ni. Mati pukul sepuluh."

Cukup.


[6:30] "Tunggu aku."

"Tak payah tunggu. Ayahmu sakit seminggu tak balik-balik lagi."


[6:34] Betul tak betul lagu tu?
-- Betul.


[6:36] Tunggu buat apa lagi?


[6:37] Orang memang tak nak tengok mak bapa dia. Tapi tunggu mati baru nak balik. Allahu akbar.


[6:41] Betapa jauhnya jarak di antara kita masyarakat hari ini dengan apa yang diajar oleh Allah S.W.T. dan Rasul.


[6:50] [Membaca ...]


[6:52] Kita kena ... dengan mak ayah kita dengan baik dalam dunia ini.

Itu cerita dia.

.......

24 Rabiulawal 1433H / 17 Feb 2012M, Jumaat.

No comments :

Post a Comment