Wednesday, February 22, 2012

Hukum Hudud untuk siapa?

Tajuk: Ustaz Azhar Idrus - Hudud Bagi Bukan Islam
Sumber: http://youtu.be/ZmGi77cf7IU
Durasi: 5m 13s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:00] [Soalan 1] "Jika Hudud dilaksanakan di negara ini, adakah semua rakyat tertakluk dengan undang-undang Hudud atau umat Islam saja? Dan bukan Islam boleh memilih undang-undang sivil?


[0:07] [Soalan 2] "Bilakah pengurusan masjid Bukit Indah hendak membuat kursus jenazah?"


[0:11] Ha, dia tanya kita pula dah.


[0:15] Dia kata kalau kita laksana hukum Hudud di dalam negara kita, Malaysia; dan kita akan laksana.


[0:20] Setiap orang yang mengaku Islam wajib berazam dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara.


[0:29] Kalau tak niat gitu, berdosa kita kepada Allah.

Paham(?).


[0:34] Dah tu pada perjuangan untuk menegakkan Islam, wajib sertai sekurang-kurangnya dengan doa takpe dah.


[0:41] Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang-undang Islam daripada tertegak.


[0:48] Kalau sampai tahap tu, munafik... [Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 145]

(145) ...   فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ   ...
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (145)


[0:53] Dalam al-Quran kata: siapa yang halang Islam, siapa yang lawan undang-undang Islam; dia munafik. Duduk pada Neraka yang paling bawah.


[1:02] Mandatori. Bukan kita kata; al-Quran kata. Neh(?).

Baik.


[1:07] Bila laksana Hudud...

Baik.


[1:09] Kalau katakan hukum potong tangan. Allah kata dalam al-Quran: [Membaca sebahagian Surah al-Maidah, ayat 38]

(38) ...   وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا  
[Terjemahan Basmeih] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (38)


[1:16] Pencuri laki-laki dan perempuan, sabit kesalahan, cukup nisab; potong tangan keduanya.

Siapa potong?
-- Kerajaan potong.


[1:23] Neh(?). Undang-undanglah.


[1:25] Baik. Dah orang kafir guana pula?


[1:28] Dia kena Hudud juga?


[1:30] Jawabnya: tidak berlaku iktifak ulama semua kena, tetapi orang kafir terpulang kepada mahkamah.


[1:38] Mahkamah boleh tengok maslahah: adakah kafir ini patut dipotong tangan? Atau dikenakan undang-undang lain?


[1:45] Jadi, masih lagi belum ditetapkan hukum.


[1:49] Kalau jenis gini, kata hakim: "Dia ni memang jahat sangat. Potong tangan."

Potong tangan-ah.


[1:55] [Hakim] "Ha, dia ni, okey. Tahap dia ni, dia tak faham lagi."

Hakim kata: "Dikenakan penjara 3 tahun", umpamanya.

Ha, tiga tahun.


[2:02] Dia boleh gitu.


[2:04] Jadi tak usah susahlah.


[2:05] Kita orang Islam tak usah bimbang.


[2:07] [Contoh 1] "Dah, kalau gini; guana?"

[Contoh 2] "Kalau hukum gini; guana?"


[2:10] Ulama buat dah enakmen jenayah Hudud, kitab yang ditinggalkan ulama lebih banyak daripada undang-undang Barat yang ada dalam mahkamah.


[2:18] Banyaknya kitab tentang hukum.


[2:20] Takyah bimbang.

Kalau berlaku gini; ini hukumnya.

Kalau berlaku gini; ini hukumnya.


[2:25] Ijtihad mendahului zaman seribu tahun.


[2:29] Seribu tahun lagi masalah tak berlaku, ulama jawab dah dalam kitab.


[2:32] Macam dulu, dalam kitab lama. Tahun tu kitab tulis abad ke-4 Hijrah.


[2:37] Dia kata: "Siapa yang ada dua kepala; hok mana se nak ambil wuduk?"

Ha.


[2:42] Padahal mana ada orang dua kepala. Dak?


[2:45] Tapi ulama jawab dah.


[2:46] Muka yang banyak menghadap Kiblat, muka tu kena ambil wuduk.


[2:50] Tiba-tiba pada tahun 1970-an, beranak di Rusia orang kepala dua.


[2:56] Walaupun tak sampai tua, tapi sampai umur 30-an.


[3:00] Dua kepala. Dak(?).


[3:02] Nampak tak ulama jawab?


[3:03] Ni kita orang Islam duduk bimbang.


[3:06] [Contoh 3] "Dah kalau jadi gini; nak buat guana?"

"Dah kalau..."

-- Laa! Mu hakim yang mu susah sangat?


[3:11] Mu orang awam; tugasnya: memberi sokongan, bantuan, beri tenaga supaya tertegaknya Islam.


[3:20] Sebab tu nak kenal orang munafik dengan orang Islam; dua: sama ada dia tok guru, sama ada dia ulama, sama ada dia orang awam.

Orang Islam dia akan bersungguh-sungguh, dak(?), berusaha supaya Islam itu tertegak.

Dak(?).


[3:35] Cakap dia, cerita dia, pekerjaan dia, sindiran dia: semua nak ke Islam.


[3:40] Orang munafik guana?
-- Dia akan bersungguh-sungguh supaya Islam, orang tak buat.


[3:46] Paham tak lagi?


[3:47] Kalau dia ulama; dia akan bawa keluar dalil-dalil supaya Hudud tidak dilaksanakan.

Ha, tu ulama munafik yang duduk di dalam api Neraka Allah.


[3:55] Neh. Jadi kita pastikan golongan mana kita.


[3:58] Ingat! Dalam bab Islam, walaupun kita jahil, walaupun kita jahat, walaupun kita kaki heret orang puan, atau pernah tikam nombor ekor; tapi ni dalam bab akidah: "Aku mesti bersama dengan Islam!"


[4:09] Walaupun dengan doa, dengan sepuluh ringgit, dengan tenaga, dengan darah dan airmata; sedikit pun tak apa: "Aku kena libatkan diri!"


[4:17] Jangan: "Aku libat dalam bab memberi halangan daripada tertegaknya hukum Allah."


[4:23] Kerana dalam al-Quran kata: ...


[4:27] Apabila diajak mereka itu kepada Allah dan kepada Rasul-Nya...


[4:31] [Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 61]

(61)   رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا   ...
[Terjemahan Basmeih] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (61)


[4:35] Bila dia mereka kamu ajak kepada Islam, bila kamu ajak mereka ini kepada Hudud, bila kamu ajak mereka ini kepada peraturan agama; kamu akan dapat lihat orang munafik, mereka akan menyatakan berbagai-bagai halangan dan sekatan supaya tidak terlaksana Islam.


[4:55] Jadi daripada ayat ini, ramainya di kalangan kita yang telah menjadi munafik kerana mereka memberi macam-macam alasan dan halangan supaya tidak tertegaknya atau baliknya manusia kepada hukum al-Quran dan Hadis.


[5:11] Jadi, Insya-Allah...

.......

27 Rabiulawal 1433H / 20 Feb 2012M, Isnin.

No comments :

Post a Comment