Sunday, April 28, 2013

[S1] Cara lawan nafsu? [S2] Hukum minum berdiri? [S3] Ganti duit curi?

Tajuk: ust azhar - tgk video lucah, minum berdiri, curi duit kafir
Sumber: http://youtu.be/4Mk65rkfIJ4
Durasi: 2m 43s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:00] [Soalan-1] "Dulu saya teruk. Dan kini, Alhamdulillah, kenal sedikit agama."


[0:07] Ha, macam tulisan Syeikh dah ni.


[0:10] Ha, kita kenal tulisan dia.

Syeikh dah ni. Ha.


[0:14] [Sambungan Soalan-1] "Tapi masalah besar bagi saya, dulu saya suka tengok filem lucah."


[0:18] Kata dah. Ha.


[0:26] [Sambungan Soalan-1] "Sudah jadi tabiat. Jadi macam mana cara saya nak hentikan tabiat yang... Ada tak doa-doa untuk lemahkan nafsu jahat ini?"


[0:36] Dia ni... Kunci dia: Allah Taala.


[0:39] [Membaca Surah as-Soffat, ayat 96]
http://tanzil.net/#37:96

(96) وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
[Terjemahan Basmeih] "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" (96)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/37:96


[0:42] [Terjemahan] Allah cipta kamu dan perbuatan kamu.


[0:44] Nombor satu: minta dengan Dia dulu.

Neh.


[0:47] Ha, baru usaha-usaha yang dibangsakan kepada zahir kita ni.


[0:52] Hakikat dulu: minta dengan Allah Taala. Dia belaka pegang. Neh.


[0:55] Minta sungguh-sungguh: Hati yang bersih daripada dosa. Nafsu yang terkawal daripada melanggar perintah Allah.


[1:03] Minta dengan Dia dulu.


[1:04] Kemudian amalkan pula, apa benda ni, petua hok* Nabi kata.

* hok -- yang

[1:08] [Membaca hadis?] Fa'alaikum bis-siyam.


[1:11] [Terjemahan] Ajarlah diri kamu berpuasa.


[1:13] Paksa puasa sunat.


[1:15] Niat nak mengekang nafsu.


[1:16] Insya-Allah, dia akan jadi penawar.

Dak?


[1:20] [Membaca hadis?] Fa-innahu lahu wijak.


[1:23] Dalam hadis yang lain, Nabi kata: [terjemahan] sesungguhnya puasa bagi orang muda-muda ni, wijak.


[1:28] Iaitulah: perisai yang amat ampuh.

Dak?

Ha.


[1:32] Lawan nafsu dengan: "Biar! Aku nak puasa juga!"


[1:35] Tiga hari puasa, jeng *juga.
-- Amal sokmo*. Deh.

* jeng -- jam
* sokmo -- selalu / sentiasa

[1:39] Akhirnya Tuhan akan beri.


[1:40] Dia tengok kita bersungguh, Dia beri.

Neh.

Ha, dia gitu*.

* gitu -- begitu

[1:44] Dok tahan juga, kahwin-ah.

Neh.

Ha, kahwin.


[1:47] Yang mu gi tengok tu buat amenda*.

Takdok* khije*.

Neh.

* amenda -- (apa benda) buat apa
* takdok -- tak ada
* khije -- kerja

[1:51] Tohoklah* CD-CD tu.

* tohok -- buang

[1:54] [Soalan-2] "Apa hukumnya kalau minum berdiri? Jadi lekat tabiat dah."


[1:57] Lekat tabiat, dok lekat tabiat: makruh minum berdiri mengikut kaul* yang muktamad dalam mazhab Syafie.

* kaul --

kaul I
Ar

1. kata, perkataan;
~ yg sah perkataan yg benar;

2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis;

3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya;

membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji);

4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh;
hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan;

berkaul berniat atau berjanji hendak me­lakukan sesuatu (apabila permintaannya di­luluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar;

~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hen­daklah pd tempatnya;

mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaul+kamus+dewan+edisi+keempat

[2:03] Deh. Makruh minum berdiri.


[2:06] [Soalan-3] "Dulu saya kerja syarikat McDonald's Kuala Lumpur. Saya telah mengambil duit syarikat itu."


[2:10] Ha, dia ketek*.

* ketek --

ketek III
(keték)
Tr

1. kancing, butang baju;

2. mencuri: tidak baik ~ hak orang, berdosa!

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ketek+kamus+dewan+edisi+keempat

[2:12] [Sambungan Soalan-3] "Saya sudah lupa berapa nilainya. Patutkah saya menggantikannya? Apakah hukumnya?"


[2:16] Jikalaulah maknanya, apa benda ni, McDonald's itu diusahakan ataupun diniagakan oleh orang Islam, maka wajib bayar.

Neh.


[2:27] Tapi kalau kita gi di McDonald's negeri kafir harbi nu, maka tak wajib bayarlah.

Neh.


[2:32] Pasal kafir harbi ni sekarang wajib kita jatuhkan ekonomi mereka.


[2:37] Kerana mereka merancang menjatuh, melingkupkan ekonomi umat Islam.

Nampak(?).


[2:41] Ha, dia gitu.

.......

Dimulakan: 27 Januari 2012M, Jumaat.
Diterbitkan: 17 Jamadilakhir 1434H / 28 April 2013M, Ahad.
Dikemaskinikan: .

No comments :

Post a Comment