Tuesday, April 23, 2013

Menegur orang: Cara Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam

Tajuk: Pesanan Ustaz Don Daniyal sempena Pilihanraya
Sumber: http://youtu.be/iYBRqLWi7Jk
Durasi: 9m 15s

Penceramah: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Daniyal Biyajid
https://www.facebook.com/daniyalbiyajid

30 Minit Ustaz Don
https://www.facebook.com/30minitustazdon

Ustaz Don Daniyal :U2D: Ukhuwah Dunia Digital
https://www.facebook.com/UkhuwahDuniaDigital

[Sumber] http://www.facebook.com/30minitustazdon/posts/456534094428820




[0:01] Pilihan raya nak dekat, mulut tolong jaga.


[0:05] Kita umat Muhammad SAW.

SAW -- Sallallahualaihiwasallam

[0:11] Nabi tak pernah ajaq* kita guna mulut kita duk pi* maki orang walaupun dia tu orang tak betui*.

* ajaq -- ajar
* pi -- pergi
* betui -- betul

[0:17] Mamat ni, depan-depan Nabi memang clear dia tak betui.


[0:21] Umar nak buat benda betui, Nabi tegoq* Umar.

* tegoq -- tegur

[0:24] Umar bukankah orang yang lemah-lembut, nyaris-nyaris Allah nak angkat dia jadi nabi?


[0:30] [Membaca hadis?] Kaada ay-yakuunan nabiyya


[0:32] Nyaris-nyaris dia [Umar] nak jadi nabi.

Jaga!


[0:36] Makna dia, Nabi tak suka kita duk pi maki orang, pasai apa?
-- Kalau betui hat* depa salah, kalau betui hat kita betui, kenapa kita tak ajak orang salah kepada orang betui?

* pasai -- pasal
* hat -- yang
* depa -- mereka

[0:48] Pasai apa kita duk pi maki dia; kita jadi Tuhan.


[0:52] Sejak bila kita ambil kerja Tuhan?


[0:54] Allah bagitau* kita...

[Membaca Surah Ali Imran, ayat 110]
http://tanzil.net/#3:110

(110) ... كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ 
[Terjemahan Basmeih] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (110)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/3:110

* bagitau -- beritahu

[1:00] Hat tu buat dulu.


[1:02] Baru... [Membaca Surah Ali Imran, ayat 110]

(110) ... وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ...


[1:04] La ni* kita semua buat... [Membaca Surah Ali Imran, ayat 110]

(110) ... وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ...

* la ni -- sekarang ini

[1:07] [Membaca Surah Ali Imran, ayat 110]

(110) ... تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ ...

... takda* duk buat.

* takda -- tak ada

[1:10] Kita duk kata: "Hat hang* buat ni salah."

* hang -- kamu

[1:12] "Hangpa* tak mai* surau ni salah."

* hangpa -- kamu semua
* mai -- mari

[1:14] "Hat hangpa duk pi lepak duk duduk, orang duk azan mai, hangpa duk buat benda salah."

-- Baguih!

* baguih -- bagus

[1:19] Hat tu memang Allah suruh.


[1:21] Tapi hat pertama Allah kata: jangan lupa ajak dia buat baik.


[1:24] Bukan duk pi kata: "Hoih, mai masjid!"
-- Bukan lagu* tu.

* lagu -- macam

[1:27] Pi duduk dengan dia, ajak dia, "Jom kita nak mai masjid".


[1:29] Ajak sungguh-sungguh.


[1:32] Kita duk kata kawan kita hat sana tu salah. Saya nak tanya: Ustaz mana yang duk pi duduk dengan dia, duk ajak dia mai buat baik?


[1:39] Hat yang duk mai surau ni, saya nak tanya: Hat yang tak mai surau tu, hat yang mana yang duk pi buat kawan dengan dia duk ajak dia duk mai sembahyang dengan kita? Duk buat baik.


[1:47] Bukan duk buat ajak-ajak ayam lagu tu ja*.

ja -- saja

[1:51] Hat nampak yang ni.


[1:53] Hat yang ni yang tak seronok kita ni orang Islam.


[1:57] Kawan tu buat salah; dengan duk pi bagi malu, dengan duk pi bagi aib, dengan duk pi... Last-last dia jauh daripada kita.


[2:03] Esok Tuhan tanya: "Dia salah, hang betui; pasai apa hang tak ajak dia? Hang pi bagi malu bagi dia pi jauh."

Hang nak jawab apa?


[2:10] Hat kita ni nak jawab apa?


[2:12] Saya ni pun belajaq* benda ni.

* belajaq -- belajar

[2:15] Pasai orang tegoq saya. Baru saya sedaq*.

* sedaq -- sedar

[2:18] Sebab masa saya pi Mesir... Tapi nak dapat ilmu ni mahai-ah*, kena bayaq duit tiket pi Mesir dulu baru dapat ilmu ni.

* mahai -- mahal
* bayaq -- bayar

[2:25] Saya pi Mesir, saya jumpa kawan saya seorang, Abang Meor.


[2:30] Apa nama, nama Meor; ambil Darul Ifta'. Kawan kita nu.


[2:34] Alim orang dia, masya-Allah, tabarakallah.


[2:36] Orang Perlis sendiri.


[2:38] Tapi dia bukan Wahabi.


[2:40] Dia tanya saya: "Ustaz Don, lagu mana Wahabi dekat Malaysia? Anta* duk buat apa?"

* anta -- [Arab] kamu (lelaki)

[2:44] Kita ni bila orang tanya lagu tu, tengah-tengah nak minum ayaq* dengan dia kan. Dia beli ayaq tebu, kita punya asir [ عَصِير ] tu, asob tu kita nak minum. Asob tu dengan dia tu.

* ayaq -- air
* عصير قصب السكر -- sugarcane juice
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=sugarcane&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0

[2:52] Baru gaya nak minum, dia tanya kita: "Ustaz Don, macam mana, apa nama, Wahabi dekat Malaysia? Ustaz Don buat apa?"


[2:59] Saya pun... Kita darah muda.


[3:01] Orang tanya lagu tu, kita pun jawablah: "Saya takda duk bagi chan* dah. Aku taruk* kaw-kaw punya puak-puak ni!"

Kita kata lagu tu.

* chan -- chance
* taruk / taruh -- pukul

[3:08] Saya duk ingat dia nak kata, "Baguih!" la.

Rupanya aku yang kena tegoq.


[3:15] Haru betui.


[3:17] Dia tegoq, dia kata apa?


[3:18] [Ustaz Don mimik Abang Meor] "Ustaz Don jangan buat lagu tu."


[3:22] [Ustaz Don mimik Abang Meor] "Allah nanti tanya kita."


[3:24] [Ustaz Don mimik Abang Meor] "Kita tegoq dia betui. Tapi kita kena ajak dia kepada benda baik."


[3:28] [Ustaz Don mimik Abang Meor] "Sekarang ni kita tegoq bagi aib dia, dia jadi malu. Dia takda duk mau mai dengan kita."


[3:33] [Ustaz Don mimik Abang Meor] "Allah tanya tu, anta nak jawab apa?"


[3:34] Kita yang nak minum ayaq tebu tadi tu, jadi tebu tu jadi rasa pait*.

*pait -- pahit

[3:40] Tapi betui hat dia kata.


[3:44] Nabi, dia tegoq orang. Tapi sebelum tu dia ajak dulu semua. Dia buat baik dulu dengan semua. Dia takda duk buat jahat. Mulut dia semua dia jaga dulu.


[3:51] Dia takda duk pi maki, duk buat keluar perkataan yang buruk-buruk apa -- dia takda.


[3:55] Kemudian dia ajak orang semua buat baik, lepas tu baru dia tegoq orang bila hangpa buat ja-... "Jangan duk minum arak", "Jangan duk buat lagu ni", "Jangan duk main judi".
-- Baru dia bagi.


[4:02] Hat kita, kita dah buat dah yang tu: "Jangan duk main judi", "Jangan duk minum arak", "Mai surau", apa.
-- Kita dah baguih dah.


[4:07] Tapi hat yang duk buat baik tu: "Duk pi belanja makan dengan dia", "Duk pi duduk rumah dia", "Ziarah dia".


[4:13] Hat kita ni -- maaf na -- ni jenis style orang kita, orang surau: "Kalau orang tu tak mau mai surau, kita boikot dia".
-- Yang ni tak betui tu.


[4:23] Kita boikot dia, lagi dia tak mau duk mai.


[4:28] Hat orang perempuan yang mana duk mai duk marhaban ke, qasidah ke apa ke ke; hat geng-geng yang tak mau join, depa buat kenduri kita takda duk pi tolong potong buah dekat dia.
-- Ha, tak kenalah.


[4:38] Hat tu taktik siapa tu kita belajaq?


[4:40] Nabi tak pernah ajaq pun lagu tu.


[4:44] Ha, dia kata: "Ustaz, kita kena ajaq puak-puak ni sikit."


[4:46] Awat* hang ajaq baguih ke Tuhan ajaq baguih?

* awat -- apa

[4:48] Baik aku ikut cakap Tuhan daripada ikut cakap hang.


[4:52] Dak*, betui dak cara saya duk pikiaq lagu tu? Betui dak?

* dak -- tak
* pikiaq -- fikir

[4:56] Hat la ni ni duk jadi lagu tu: haru.


[4:58] La ni ni, yang duk jadi kritikal negara kita: pasai benda tu.


[5:02] Hat balik nu kata hat balik ni salah.


[5:04] Hat balik ni kata hat nu salah.


[5:07] Lepas tu pakat duk bercakaran, dua-dua takda duk mau duk buat baik.


[5:12] Saya sebut betui-betui.

Maaf na kalau saya salah, tak apa. Saya tau benda ni rakam. Biaq* on air tak apa.

* biaq -- biar

[5:17] Lepas tu kita tengok kalau saya salah, orang tegoq saya.


[5:20] Tapi seingat saya, insya-Allah, saya takda duk cakap benda pelik-pelik. Apa dia?


[5:24] Kita diajar untuk apa?

Ini ayat-ayat orang politik.


[5:28] [Membaca Surah an-Nisa', ayat 59]
http://tanzil.net/#4:59

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ
(59) ... ۖ   وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ
[Terjemahan Basmeih] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (59)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/4:59


[5:33] Hai orang beriman; taat Allah, taat Rasul, taat pemerintah.


[5:37] Taat Allah, taat Rasul, dan pemerintah.


[5:39] Pemerintah dia tak bubuh "taat" sebab apa?
-- Pemerintah mungkin jadi boleh buat silap.

Itu syarah dia.


[5:43] Umum -- yang ni semua orang tau.


[5:44] Ini bukan cakap-cakap kosong.


[5:46] Ini semua orang maklum.


[5:48] Kemudian bawah tu apa dia?
-- [Membaca Surah an-Nisa', ayat 59]

(59) ... فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ ...


[5:58] [Terjemahan] Bila berlaku percakaran, balik kepada Quran dengan Rasul.


[6:02] Bukan balik pada pemerintah.


[6:08] La ni ni duk berlaku percakaran, kita balik ke siapa?


[6:14] Quran duk berhabuk situ tak baca.


[6:19] Hadis, siapa baca Hadis 40, sampai habis?


[6:21] Baca Bukhari?


[6:23] Baca bab daulah?


[6:26] Tak baca juga.


[6:28] Habis tu kata: ikut Quran.


[6:30] Aah, sembang kemas la ni.


[6:33] Ah, tak syok-ah.


[6:35] Kaedah dia Allah ajar bila jadi...
[Membaca Surah an-Nisa', ayat 59]

(59) ... فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ  ...

... balik pada Quran, balik pada Rasul.


[6:42] Bukan balik pada individu.


[6:47] Bila kita tak patah balik Quran, mata kita jadi kabur.


[6:54] Jadi hat individu hat tadi atas tu. Ingat tak tadi?


[6:57] Bilamana orang beriman; taat Allah, taat Rasul, dan pemimpin.


[7:01] Pemimpin tadi Dia bubuh "dan" sebab apa?
-- Sebab pemimpin Dia tak bubuh "taat".


[7:05] [Membaca Surah an-Nisa', ayat 59]

(59) ... أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ ...
 (59) ... وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ ...


[7:08] [Membaca Surah an-Nisa', ayat 59]

(59) ... ۖ   وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ

...dia takda "ati' " [ أَطِيعُو ]. Sebab apa?
-- Boleh jadi dia akan buat salah.


[7:11] Sekarang ni, dia buat salah pun kita nampak dia betui pasai kita tak patah balik kat Quran dengan Hadis; mata kita jadi kabur.


[7:19] Hat ni saya nak minta kita tengok.


[7:24] Kita dah habaq dah atas tadi.

* habaq -- khabar

[7:26] Pemimpin boleh jadi buat salah.


[7:28] Pemimpin mana?
-- Mana-mana.


[7:34] Hat ni jaga.


[7:37] Ha itu kita tak mau, kita tak...


[7:41] Benda ni kena... Nabi tegoq kita.


[7:44] Dia kata: "Ustaz, tadi Ustaz kata, Nabi kata: [Membaca hadis?] ... annal halima kaada ay-yakuunan nabiyya.


[7:48] "Orang lemah-lembut dia ... jadi nabi", kan.

Hat ni Ustaz duk garang ni?"


[7:53] -- Ni tegas.


[7:56] Dak, kalau tak orang tak mau duk dengar.


[7:58] Sat lagi saya duk habaq: "Tuan-tuan, dengar jadi baik na~."


[8:02] "Hat pilihanraya ni mulut jaga na~."


[8:05] "Ha~, jangan duk cakap repek-repek."


[8:08] Amboi, penampaq* baru tau.

* penampaq -- penampar

[8:10] Tak, benda tu bukannya... Dia kene ...

Ha, tegas dulu.

Ha, sat lagi kita melawak cerita lain-ah.


[8:16] Hat ni tegas dulu.


[8:17] Pasai apa?
-- Dak, saya tak mau, hat mulut hat telinga yang duk dengaq duk baca ayat Quran, hat tangan yang duk tahan lantai ni duk dengaq Quran, hat kaki duk bawa mai duduk surau duk dengaq hat duk baca Quran baca Hadis ni; hat tangan yang sama duk tulis benda mengarut-mengarut dalam Facebook. Duk pi mengata orang.

Mulut yang tadi duk berzikir duk apa sat lagi ni, dah mulut tu juga sat lagi pi mengata kat orang -- takda guna, tuan-tuan.


[8:44] Ha, rugi-ah. Kita tak mau lagu tu.


[8:48] Kita nak ajak orang cinta Nabi.


[8:51] Akhlak Nabi: dia sabaq.

Dia taksah* duk kata.

* taksah -- tak usah

[8:54] Memang: "Lawan tetap lawan".
-- Betui.


[8:58] Kalau pemimpin hat balik nu guna kata-kata kesat, pemimpin ni guna kata-kata kesat; kita nak kata lagu mana?


[9:05] -- Dua-dua tak betui.


[9:06] Tak kena. Dia lari dengan hadis Nabi. Tak selari.


[9:13] Boleh dapat?

......

Dimulakan: 8 Jamadilakhir 1434H / 19 April 2013M, Jumaat.
Diterbitkan: 13 Jamadilakhir 1434H / 23 April 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: 2 Rejab 1434H / 12 Mei 2013M, Ahad.
20 Jamadilakhir 1434H / 1 Mei 2013M, Rabu.

No comments :

Post a Comment