Saturday, September 15, 2012

Disunatkan tiga perkara pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus - Akikah & Nama Anak
Sumber: http://youtu.be/5J2Uz8w-0nc
Durasi: 12m 19s

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:00] Hari ketujuh, sunat tiga perkara.


[0:04] Disunatkan [1] akikah.


[0:08] Kalau anak laki-laki, dua ekor kambing.

Anak perempuan, seekor kambing.


[0:17] Kemudian [2] mencukur rambutnya.


[0:20] Dan [3] memberi namanya.


[00:22] Hari yang ketujuh tu.


[0:27] Nabi kata: [membaca hadis]


[0:30] [Terjemahan hadis] Kanak-kanak itu tergadai dengan akikahnya.


[0:34] Dah akikah, terlepaslah gadaiannya.

Ha.


[0:38] Beri nama.


[0:40] Beri nama ni.

Nama akan dipanggil Padang Mahsyar besok pilih nama elok-elok dulu.


[0:46] Beri nama yang elok-elok.


[0:51] Beri nama, nama...

Yang paling bagus, anak kalau ramai, salah-satu di antaranya beri namanya Muhammad.


[0:58] Tak apalah Muhammad itu, Muhammad ini; tak kiralah.

Dah adalah [nama] Muhammad kelak.


[1:01] Anak lebih daripada tiga orang.

Jangan, jangan tidak ada nama anak "Muhammad" seorang.


[1:07] Bagilah ... Muhammad.

Ya.


[1:11] Ataupun namanya Abdul.

Abdullah ke, Abdul Rahman ke.


[1:17] Abdul ni orang Melayu susah sikit.


[1:20] Pasal orang Melayu ni dia tak suka panjang-panjang.


[1:22] Nama "Abdullah"; "Dolah" dipanggil.


[1:27] Tak lama, "Pak Lah". Lagi salah.


[1:30] Terlalu salah.


[1:34] "Abdul" makna "hamba", "Allah" [makna] Allah-lah.

Jadi "hamba Allah".

Nampak?


[1:41] Mengapa "si Dolah"?

Nampak tak?


[1:44] Dia potong.

Abdul, dia potong ain-ba, buang ain-ba, ambil dal saja.

Dolah.


[1:50] Tak mahu buang semua, ambil hujung; Pak Lah.


[1:53] Tak kena.


[1:55] Ha, yang tu kena ingat tu.


[1:56] Jadi, saya ingat, bagi nama tu bagus dah.

Tapi orang Melayu tak jadi.


[2:01] Abdul Rahman; Deraman saja.


[2:06] Tak kena.


[2:08] Susah orang Melayu ni.


[2:10] Abu Bakar; sebenarnya bukan "Abu Bakar".

"Abu Bak" sebebenarnya.


[2:16] Jadi "Abu Bakar".

Salahlah.


[2:20] Orang Kedah, "Bakaq".

Lagi teruk.

Ha, begitu.


[2:26] Lari habis.

Ha, begitu.


[2:29] Itu kaedah orang Melayu, nak buat macam mana.

Tapi itulah kesalahannya.


[2:37] Jadi, orang Melayu Malaysia ni okeylah juga. Kalau kita pergi Indonesia kan lagi berat-berat nama, susah-susah nama.


[2:43] Ambil nama-nama yang original Islam tu: Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim, sebagainya.


[2:50] Tak payahlah cantum-cantum nama suami isteri.

Tak payahlah.


[2:53] Nak pesan orang-orang muda: dapat anak, tak payah cantum-cantum.


[2:56] Nama, elok dah nama.


[2:58] Banyak dah sekarang dah ada buku-buku baru dah.

Kan dah ada.


[3:04] Nama suami, Yahya. Isterinya, Mahani.

Cantum, jadi Yamaha.


[3:20] Macam mana.


[3:23] Tak payah cantum-cantum. Tak payah.


[3:27] Jangan buat susah. Berdepa-depa nama. Berdepa-depa nama.


[3:32] Kita besok kan nak, Nabi pesan bagi nama anak tu elok-elok.


[3:37] Besok, di Akhirat besok akan dipanggil dengan nama yang elok-elok tu dulu.

Ha, tu.


[3:41] Kalau kita baca sejarah daripada, pada hari Akhirat besok akan dipanggil nama-nama, ditanya kita besok di Akhirat besok.


[3:49] Satu di antaranya...


[3:51] [Soalan] Pernah tak makan bersama ulama?
-- Tak ada.


[3:55] [Soalan] Pernah tak tengok muka ulama?
-- Tak ada juga.


[4:00] [Soalan] Sekampung tak dengan ulama?
-- Tak ada juga.


[4:02] Duduk mana?
-- Kampung Benggali.


[4:07] [Soalan] Nama? Ada tak nama ulama?
-- Ada.

Jadilah sikit. Ada jugalah.


[4:13] [Soalan] Sayang? Sayang tak ulama?
-- Ada sayang.

Ada jugalah peringkat dia.


[4:18] Sekurang-kurangnya, nama pun jadilah.


[4:22] Jadi kita ni, dahlah tak nak jadi ulama, nama pun tak nak. Nama Monaliza [Mona Lisa].


[4:30] Cuba bayangkan, pasal apa nama Monaliza ni?


[4:34] Yalah, gambar yang cantik, gambar itu, kan. Orang putih tu.


[4:40] Ha, tapi dah nama kita bapa kita bagi, nak buat macam mana.


[4:43] Dulu-dulu ni. Orang-orang tua dulu ni. Takpelah.


[4:48] Kita zaman modern.


[4:49] Dulu bapa kita report, nak pergi balai polis pun takut.


[4:53] [Pegawai] Siapa nama?

[Bapa] Muhammad.

[Pegawai] Muhammad saja?

[Bapa] Muhammad sajalah.

Ha, "Muhammad Saja" dia tulis.


[5:00] Ha, tu.

Ha, tu.


[5:09] Maksud dia, "Muhammad".

"Muhammad" sahaja. Tak adalah lagi [nama].


[5:14] Dia tulis "Muhammad Sahaja".


[5:17] Dulu kan polis Benggali, salah tulis semacam.


[5:20] Ha, habis.

Tu bab nama.


[5:23] Habis dah.


[5:25] Kemudian, akikah.


[5:28] Mengapa orang laki-laki, anak laki-laki, dua ekor? Perempuan, seekor?


[5:34] Pasal orang laki-laki ni, dia tanggungjawabnya berat.

Beri dia dua ekor.


[5:41] Sama sembahyang jenazah.


[5:43] Sembahyang jenazah, imam, kalau orang laki-laki, dia [imam] sepadan dengan bahu dia [jenazah].


[5:50] Imam [membuat gaya mengangkat takbir] kat bahu dia.


[5:53] Perempuan, kat perut dia.

Pasal dia mengandung.


[5:56] Laki-laki, tanggungjawab dia, bahu dia.

Sembahyang dekat bahu dia.

Ha, begitu ya.


[6:04] Bila akikah pun begitu.


[6:06] Akikah, dia dua ekor kerana tanggungjawabnya lebih daripada orang perempuan.

Ha, begitu.


[6:13] Kemudian, sunat dimasak kambing itu, dimaniskan sedikit masakkannya itu.


[6:24] Supaya manis akhlak budak itu.


[6:30] Supaya manis akhlak budak itu.


[6:39] Kemudian, tulang-tulang dia [kambing] jangan dipatah-patahkan.


[6:44] Diputuskan dia [kambing] punya sendi saja.

Jangan dipatahkan tulang dia [kambing].


[6:49] Supaya jangan cepat reput tulang budak itu.


[6:53] Supaya tulang budak tu jangan cepat reput.

Tua-tua esok jangan reput cepat.


[6:58] Biar awal-awal dia stand-by dah; jangan cepat reput tulang dia.


[7:06] Sebenarnya, akikah ini, sunat dimasak manis dan dihantarkan ke rumah ke rumah.


[7:17] Tidak mengajak ke rumah.


[7:20] Hantar.


[7:21] Tu kaedah dia.


[7:25] Kalau korban, sunat dihadiahkan secara mentah.


[7:31] Akikah, dimasak. Maniskan sedikit masakan itu.


[7:37] Sunat dihantar ke rumah ke rumah.


[7:40] Tapi kalau kita buat di rumah?
-- Tidaklah menjadi salah.


[7:44] Itu hukum asal.

Pasal, bagi masyarakat Melayu, ajak ke rumah tu lebih rasa berbahagia.


[7:54] Pasal, yang keduanya, kalau hantar ke rumah ke rumah, dengan mangkuk-mangkuknya tak balik.


[8:01] Ha, tu.

Ha, itu baru problem dia.


[8:05] Habis.


[8:07] Kemudian, dicukur rambutnya.


[8:12] Sunat dibotakkan kepala budak itu.

Dilicinkan rambutnya.


[8:22] Kerana, supaya cerah mata budak itu.


[8:30] Kalau kita biarkan rambutnya selebih daripada seminggu, bimbang mata tak nak jadi cerah.


[8:38] Hendaklah buang rambut yang tumbuh dalam perut ibunya.


[8:42] Ya, hendaklah rambut yang tumbuh dalam perut ibunya itu dibuang.


[8:49] Banyak orang sayang.

Sayang rambut tu.


[8:53] "Oh, sayang nak potong," kata.

"Kerinting rambut budak tu."


[8:57] Dia lupa, rambut Negro pun kerinting juga.


[9:02] Tak payah ...


[9:03] Sunat buang.


[9:05] Dan makruh meninggalkan separuh.


[9:10] Dia panggil " qaza' ".

Lihat juga:

Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ) > Ibadah ! (1) > 14 - Cukur jambul anak
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=204491566290030&set=a.204491292956724.51915.202752153130638&type=3&theater

[9:11] Mana kan dulu tinggal jambul semua.


[9:13] Dulu, sekarang tak tahulah, tak jumpa dah.


[9:15] Dulu kan suka orang tinggalkan jambul sikit.


[9:17] Ni kitab mana pula dijumpanya.


[9:21] Makruh meninggalkan rambutnya separuh.


[9:26] Sekarang saya tak jumpa dah. Mungkin ada juga. Wallahu 'alam.


[9:29] Separuh-separuh, ya.


[9:30] Sama juga kita, kita makruh memakai kasut sebelah.

Makruh.


[9:36] Pergi masjid, hilang satu, dia pakai juga kasut tu.

Makruh hukumnya. Menzalimi kaki sendiri.


[9:46] Kaki sebelah pakai kasut.


[9:49] Sama juga, makruh kita duduk di antara dua bayang.


[9:53] Kita, cahaya matahari, ya. Separuh matahari, separuh redup.

Kita duduk tengah-tengah. Badan kita berada di antara redup dan cahaya. Makruh.


[10:05] Kerana situ jin suka duduk.


[10:08] Jin suka duduk di antara bayang, cahaya dan redup itu.


[10:14] Itu makruh.


[10:15] Kasut sebelah pun makruh.

Rambut sebelah pun makruh.


[10:19] Jangan tinggalkan rambut sebelah. Ataupun separuh.

Menzalimi rambut sendiri. Ya.


[10:27] Dan sunat ditimbang rambut itu.


[10:35] Dan disedekahkan emas setimbang rambut.


[10:44] Setimbang rambut itu, ditimbang.


[10:46] Emas, sebanyak mana emas, berapa tahil. Disedekahkan emas setimbang rambut itu.


[10:56] Dan saya nak tambah sedikit: orang Melayu punya cara salah.


[11:01] Iaitu, dipotongnya sikit-sikit; seorang potong, seorang potong, seorang potong. Hilanglah rambut tu.


[11:14] Orang Melayu kita buat, diambilnya kelapa sebiji begitu.


[11:19] Kelapa muda. Empat ringgit kelapa tu, sebiji.


[11:25] Di... takpelah itu adat, tak salah. Bubuhnya rantai emas, bukan, pada kelapa itu. Adalah tiga jenis beras: putih, kuning, hitam apa benda.


[11:38] Sementara nak cukur tadi, tabur pula beras tu.


[11:44] Ini Hamka tulis dalam bukunya, mengatakan adat zaman bahari, zaman lebuh India, sebelum Hindu lagi.

Lihat juga:

bahari
sl
1. kuno, dahulukala;
zaman ~ zaman dahulukala;
2. bertuah (keris): keris ~.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat


zaman bahari (kawi, kuno)
masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala;
Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat


zaman bahari
zaman dahulukala
Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahari


[11:53] Dipanggil "memanggil semangat".


[11:56] Itu panggil "kur semangat" tu.


[11:57] K-U-R. Kur semangat.


[12:02] Bila hilang semangat, dia panggillah.


[12:04] Tok bomoh, "Kur semangat."


[12:06] Semangat dah hilang.


[12:08] Ini adat yang tak boleh pakai dah.


[12:12] Ada kemenyan pula lagi.

Tabur pula beras lagi.


[12:16] Ini mengarut.

.......

Dimulakan: 18 Syawal 1433H / 4 Sep 2102M, Selasa.
Dikemaskinikan: .

No comments :

Post a Comment