Monday, February 13, 2012

Siapa Nabi Khidir?

Tajuk: (Senyum) Siapa Nabi Khidir Hijau ? - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/F9M5aoZx_0Y
Durasi: 4m 40s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:01] [Soalan] "Saya banyak mendengar kisah tentang Nabi Khidir. Siapakah beliau? Apakah kita berpeluang untuk bertemu di dunia? Dan mengapa Nabi Khidir masih hidup sampai sekarang?

Terima kasih kerana sudi datang. Semoga datang lagi."


[0:17] Baik.

Masalah nabi-nabi yang masih belum wafat; dengar molek.

Tidak berlaku ijmak dalam imam-imam Ahli Sunnah wal-Jamaah, nabi-nabi yang belum wafat melainkan seorang saja: Nabi Isa a.s.


[0:32] Lain daripada Nabi Isa, berlaku perselisihan pendapat; masalah Nabi Idris, masalah Nabi Khidir, dan beberapa orang lagi.


[0:42] Jadi, hok wajib kita beriktikad: Nabi Isa a.s. belum wafat.


[0:48] Nabi lain seperti Nabi Khidir: kemungkinan sudah wafat dan kemungkinan belum wafat.


[0:54] Cuma setengah ulama kata: Nak kata tak wafat, mesti kena ada nas.

Nampak(?).


[0:59] Jadi kalau takde nas mengatakan mati, itu kita balik pada zahir.

Zahirnya manusia ini, dak(?), bila sudah lama, dia mati.


[1:06] Jadi jangan masukkan dalam bab "mati ke tak lagi Nabi Khidir" sebagai akidah. Dia tak masuk dalam bab akidah. Nampak(?).


[1:13] Jadi kita nak kata: "tak mati lagi", pun boleh jadi. Kuasa Allah belaka. Dak(?).


[1:18] Dan mati dah pun boleh jadi. Semua manusia akan mati.

Cuma kita kata: "mati", sebab tak ada dalil mengatakan tak mati.


[1:24] Tapi Nabi Isa ada dalil dalam al-Quran: Allah angkat ke langit.

Dalam hadis sebut: akan turun semula menjelang Kiamat, neh(?).


[1:32] Jadi "Nabi Khidir", makna: "nabi yang hijau".

Nampak(?).


[1:37] "Khadrun" [Bahasa Arab] makna: "hijau".


[1:39] Dia ada beberapa pendapat. Dalam kitab Tarikh Imam wal-Muluk ada sebut panjang, Nabi Khidir. Neh(?).


[1:44] Begitu juga dalam kitab Abidayah wan-Nihayah, Imam ibnu Kathir.


[1:51] Baik. Bakpe orang panggil?
-- Kerana dia pakai jubah hijau; kata satu kaul. Neh(?).


[1:56] Dia suka pakai jubah hijau. Nampak(?).


[1:59] Dan satu kaul lagi: dia berjalan, dia pijak rumput yang kering, hidup menjadi hijau.


[2:04] Sebab hijau ni makna: segar.

Dak(?).


[2:08] Jadi, orang panggil: Nabi Khidir. Nabi hijau.

Dak(?).


[2:13] Pakai baju hijau; satu pendapat, riwayat.

Satu pendapat; dia pijak tanah rumput yang kering, lepas dia pijak, jadi hijau situ, hidup semula. Berkat sungguh Nabi Khidir ni.


[2:23] Tok guru Nabi Musa.

Tok guru martabat lebih lagi; rasul. Dia martabat rendah; nabi je.

Besar murid daripada tok guru, ni martabat. Nampak(?).


[2:35] Ha, ni kelebihan. Tapi jangan kita iktikad: "memang tak mati lagi" -- tak payah kerana takde nas. Neh(?).


[2:40] Tapi nak kata: "Mustahil tak mustahil tak mati lagi. Dan tak mustahil dia sudah mati."

Deh(?).


[2:46] Ha, ni kelebihan Nabi Khidir.

Nampak(?).


[2:49] Nabi hijau.

"Khidir" makna: hijau.

Dak(?).


[2:52] Sebab hijau ni kalau orang pergi ke laut, orang ke laut kan. Kalau dia kena ribut... Laut ni kalau kita pergi dalam, dia biru; air.

Kaler biru tu line kapal besar-ah. Makna kalau jatuh, baham tanah-ah. Neh(?).
*kaler -- warna

[3:04] Jadi hijau ni biasa air dalam air sepuluh depa, lima belas depa. Dia hijau, makna: tohor.

Boleh selamatkan nyawa kita. Dak(?).


[3:11] Jadi kalau kita duduk... Dia duk memukat, kena ribut kat biru, air biru; dia memang lari kat air hijau.

Sebab kat air hijau ni kawasan selamat dia ...


[3:20] Dak, jangan cerita politik; cerita ke laut. Paham.


[3:24] Sebab kalau kena ribut dekat air biru, kalau terlingkup; baham tanah habis. ... tak tengok anak bini. Sebab tu berhati-hati dengan kawasan biru. Wallahu 'alam.


[3:31] Insya-Allah, semoga Allah Ta'ala pertemukan kita di lain kali.

Dan mudah-mudahan Allah jadikan pertemuan kita pada malam ini penuh dengan rahmat. Dan kita dapat mengambil sedikit pengajaran, walaupun tidak banyak.


[3:43] Dan mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita agar dapat terus kita beramal-ibadat membayar segala hutang-hutang Allah.

Dan kita dapat tolong agama Allah yang sekarang ini sangat tenat dipermainkan oleh orang yang mengaku Islam itu sendiri.


[3:55] [Membaca basmalah kemudian doa]


[4:21] Assalamualaikum warahmatullah.

.......

20 Rabiulawal 1433H / 13 Feb 2012M, Isnin.
Dikemaskini: .

No comments :

Post a Comment