Sumber: http://youtu.be/lAJrAA6F4ns
Durasi: 1m 41s
Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
[0:01] "Boleh tak wanita yang berada dalam hadas besar mengambil wuduk?"
[0:04] Boleh.
Ini berlaku khilaf di kalangan ulama.
[0:06] Yang tak bolehnya: dia niat mengangkat hadas.
Kerana hadas tidak terangkat.
[0:10] Tapi kalau mengambil wuduk kerana sunat tidur; boleh.
[0:14] Kan kita nak tidur, sunat ambil wuduk.
[0:16] Wuduk tu tak boleh nak pakai buat sembahyang Subuh. Paham tak. Neh(?).
[0:21] Kita nak tidur; sunat ambil wuduk.
Wuduk tu kita nak sembahyang ke nak tidur? Acu jawab.
[0:32] Nabi kata: nak tidur sunat ambil wuduk.
Dah wuduk kita ambil masa nak tidur tu untuk mende? Untuk sembahyang? Untuk tidur?
[0:39] Untuk tidur.
[0:41] Nampak(?). Jadi wuduk untuk tidur boleh-ah perempuan yang hadas besar.
Jangan niat angkat hadas. Niat mengambil wuduk sunat nak tidur, paham(?).
[0:49] Ha, wuduk tu kalau kita sentuh pula dengan kaki tok laki kita atas katil sikit lagi, tak batal. Paham(?).
Tapi tak boleh buat sembahyang. Paham tak?
[1:07] Ada orang dia dengar orang mengajar.
Tok guru kata: sunat ambil wuduk masa nak tidur.
[1:11] Dia gi ambil wuduk. Orang baru dengar.
[1:13] Dia pun ambil wuduk, nak tidur dah kan.
[1:15] Bila naik atas katil, tersentuh kaki bini dia.
"Emh. Kena pula kaki."
Dia pergi ambil pula wuduk.
[1:21] Lepas tu tersentuh pula kat siku. Pergi ambil pula. Last-last jadi kecut kaki. Lapan belas kali ambil wuduk.
[1:26] Jawabnya: dah mu ambil wuduk dah, dapat pahala. Dikira tidurmu dalam wuduk sampai ke cerah; walau pun sentuh dengan isteri, walau pun mu tidur hilang akal -- tak batal.
Bukan wuduk tu tak batal, pahalamu, dikira mu dalam pahala berwuduk.
Paham neh.
.......
10 Rabiulawal 1433H / 3 Feb 2012M, Jumaat.
No comments :
Post a Comment