Friday, February 3, 2012

Anak dara dan Janda wajib berwali untuk bernikah

Tajuk: Ust Azhar Idrus- Wali Nikah : Beza Anak Dara & Janda
Sumber: http://youtu.be/g3azEdMVB8c
Durasi: 1m 27s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:01] Dia kata: "Janda, hok saya faham, janda diberi istimewa: boleh buat keputusan menikah tanpa perlu mendapat kebenaran wali.

Adakah perkara ini meliputi gadis tiada dara?"


[0:10] Jawabnya: mu tak berapa faham lagi.


[0:12] Begini: Bukan dia boleh buat keputusan sendiri.
 
Dia tetap berkahwin dengan persetujuan wali juga.


[0:19] Kalau wali tak mahu jadi wali, tak ada wali; tak boleh. Kena wali lain.

Walau wali hakim sekali pun, kena ada wali juga.


[0:26] Ramai orang duk salah faham: kalau janda tak payah wali, anak dara je pakai wali.

Ni ajaran mana pun tak tahu.


[0:32] Janda ke dara, wajib berwali. Sama ada wali tu wali aqrar, wali mujbir, wali ab'ad, atau wali hakim.


[0:39] Cuma janda ni, kalau dia kata dia tak mahu nikah; dia takleh menikah. Kalau ayah dia kahwinkan dengan hok kufu sekali pun -- tak sah nikah.


[0:48] Tapi kalau anak dara kahwin dengan hok kufu -- sah nikah. Walau pun dara tu tak setuju.


[0:53] Dan ada beza lagi anak dara ni. Kalau mak dia tanya: "Nak nikah ke tak?"


[0:57] Ayah dia tanya: "Nak nikah tak mek? Molek mu nikah dah pasal periksa pun tak pas, habis pitih ayah saja je.

Aku tengok hok nu pun, boleh tahan juga handsome hok hujung kampung baiki basikal nu."


[1:09] Jadi anak dara dia pun senyum mewek, tak jawab.

Jawabnya: naklah tu.


[1:13] Tapi kalau janda, senyum; tidak sah. Paham(?).


[1:17] Dia mesti bercakap juga. Mesti bersuara juga.

"Nak, mak. Lama dah kita tak ada laki."

Ha, kena kata gitu. Deh(?).

.......

10  Rabiulawal 1433H / 3 Feb 2012M, Jumaat.

No comments :

Post a Comment