Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Doa daripada Surah Ali Imran, ayat 8

Surah Ali Imran, ayat 8:
(8)   رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ  

[Terjemahan Basmeih] "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8)

.......

20 Rabiulakhir 1433H / 13 Mac 2012M, Selasa.

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Allah menciptakan syaitan?

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus [ Kenapa Allah Cipta Syaitan ]
Sumber: http://youtu.be/cqtkGT0cA_g
Durasi: 2m

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:07] Ada orang soal, dia kata: "Kenapa Tuhan buat syaitan tu? Kan payah kita. Kan syaitan takde kan senang kita, sembahyang ..."


[0:15] Ada orang kata: "Kan susah. Buat apa ... syaitan tu. Menyemakkan dunia je."

Betullah.


[0:22] Sebenarnya Allah Ta'ala nak angkatkan darjat kita.


[0:26] Maknanya: bila kita ini ada perlawanan; nafsu ada, syaitan ada.


[0:33] Ada dia punya lawan dia.

Akal ada, hati ada; lawan.


[0:38] Bila menang... ha, itu.


[0:41] Kalau kita buat contoh, senang; macam main bola jugalah.


[0:45] Main bola tu kalau goalkeeper tak ada, apa macam?


[0:50] Dia skor bola pun, masuk pun, orang tak hairan; goalkeeper tak ada, masuklah.


[0:55] Maka, malaikat, tak ada perjanjian. Malaikat tak ada perjanjian.


[1:01] Malaikat, nafsu tak ada. Tak ada.


[1:07] Lawan tak ada.


[1:09] Maka malaikat, Allah perintah dia sujud; dia sujudlah.


[1:14] Sujud. Beribu-ribu tahun sujud.


[1:17] Tak complain pun dia.


[1:18] Tak ada: "Lama sangat, penat aku.", dia kata.

Tak ada.


[1:23] Malaikat tak pandai.


[1:25] Manusia ni, ha, tengok: kalau dia berjaya lawan hawa nafsu dia; naik dia.


[1:34] Tapi kalau kalah; berdentum dia.


[1:37] Maka Allah Ta'ala beri dia hati, beri dia akal.


[1:41] Akal ini jangan dirosakkan dia.


[1:47] Binatang tak ada langsung.


[1:50] Dia kira nafsu dia aje.


[1:51] Maka manusia duk tengah-tengah.

Silap, turun. Bagus, naik.

Kan begitu.

.......

23 Rabiulawal 1433H / 16 Feb 2012M, Khamis.

Sunday, January 22, 2012

Pelembut hati anak yang nakal: Doa mak

Tajuk: Soalan Doa Pelembut Hati Anak Nakal - Ustaz Azhar Idrus
Sumber: http://youtu.be/1x2r0yR96RQ
Durasi: 2m 59s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:02] [Soalan] "Apakah doa terbaik untuk diamalkan bagi melembutkan hati anak-anak yang nakal?"


[0:06] Di antara yang sering kita lupai ialah: mak.


[0:10] Mak ni, banyakkan sebut benda yang baik kepada anak.


[0:16] Kerana mak dengan ayah ni, jauh masin mulut mak.


[0:21] Orang tanya Nabi: Hok kita kena taat siapa?
-- Allah dan Rasul.


[0:25] Lepas tu?
-- Mak.


[0:26] Lepas mak?
-- Mak juga.


[0:28] Tiga kali Nabi sebut mak, baru ayah.


[0:31] Maka ulama-ulama bersetuju, bahawasanya doa mak; ibu kepada anak, lebih mustajab daripada doa ayah kepada anak.


[0:41] Kalau anak nakal, panggil dia: "Baik".


[0:45] [Contoh] "Eh, Baik, eh. Mari kejap."


[0:46] Panggil dengan nama baik. Maka dia mudah menjadi baik. Nampak(?).


[0:51] Kalau anak tu bodoh, nya gi panggil bodoh; koho bodoh. Dak(?).
*koho -- makin

[0:55] Anak tu bodoh, panggil: "Cerdik".


[0:58] [Contoh] "Eh, Cerdik. Mari sini."


[0:59] Mak, sebab tu mak jangan maki-hamun anak.


[1:03] Bukan kata ayah boleh, tapi ayah tak berapa masin mulut.


[1:07] Kerana, kelebihan perempuan, pada mulut.


[1:12] Orang laki-laki lebih kaki tangan, anggota zahir. Sungguh.

Paham(?).


[1:18] Orang laki kaki kuat, berlari kuat. Sebab tu kalau lumba lari dia buat asing; laki lari suku, perempuan lari suku.

Paham(?).


[1:26] Kalau bab angkat berat; tenaga. Orang puan angkat suku, dak? Tak lawan dengan laki.


[1:31] Main bola, dak(?).


[1:33] Fitness. Orang laki suku.


[1:35] Tapi kalau jenis mulut, laki lawan puan, boleh. Macam pertandingan menyanyi; puan dengan laki, sama je.


[1:42] Pertandingan bahas. Pertandingan debat. Laki, puan, dia campur. Tak buat laki suku.


[1:47] Pasal apa?
-- Pasal orang perempuan, dia lemah segala-gala, dia lebih mulut.

Nampak(?).


[1:54] Tengok mak kita ah dengan ayah kita, mana banyak mulut?


[1:58] Ayah tiga minggu tak cakap sepatah. Nengung, ayah.
*nengung -- menung

[2:03] Mak macam murai gila. Chot-chet-chot-chet, mak. Dak(?).


[2:06] Tu baru mak. Tak tok lagi.


[2:10] Jadi kalau perkataan gitu juga. Kalau ayah tu doa, kurang menjadi. Mak doa, menjadi.


[2:16] Kata Imam al-Qurtubi: anak babil, anak degil, anak jahat; mak ambil Surah Ya Sin, baca Surah Ya Sin, niat lembut hati anak, tiup pada air, buwi minum kepada anak.

Paham(?).


[2:35] Doa Nabi Daud boleh.

"Ya, Allah, Ya, Tuhanku, lembutkanlah hati anakku sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud a.s."


[2:45] Tapi, hok moleknya, mak panggil dengan perkataan-perkataan yang baik. Neh(?).


[2:51] Jangan panggil benda-benda yang hodoh.


[2:52] Dia mudah jadi baik budak tu.

.......

Dimulakan: 27 Safar 1433H / 21 Januari 2012M, Sabtu.
Diterbitkan: 28 Safar 1433H / 22 Januari 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 11 Zuhijah 1433H / 26 Oktober 2012M, Sabtu.
22 Rabiulawal 1433H / 15 Februari 2012M, Rabu.