Sumber: http://youtu.be/cNRRCouj2GU
Durasi: 1m 51s
Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
[0:05] "Apakah komen Ustaz berkenaan fenomena K-Pop yang menjadi kegilaan remaja lelaki dan perempuan di Malaysia?
[0:11] Minat Korea pula ni. Dak(?).
[0:14] Habis Korea; penyanyi Koreal, pelakon Korea, dak(?).
Neh(?). La-ni.
[0:18] Jawabnya: Tengoklah hiburan ni, sebab tu semua ada hudud belaka; ada had-had sempadan belaka.
[0:25] Jangan sampai jadi idola.
[0:27] Jangan sampai orang yang kita minat berdo'oh-do'oh lalu.
*berdo'oh -- melampau
[0:30] Hiburan ni kita tengok dia main berlakon, Ok.
Benda ni tak salah pada syarak, terhibur hati kita tengok cara dia berlakon.
[0:37] Jangan sampai jadi orang yang, kita, taksub sangat dalam kehidupan. Nampak(?).
Ini sudah bercanggah daripada fitrah seorang Muslim.
[0:46] Orang Islam tak akan ambil orang ahli lagha, ahli muzik, ahli filem, atau seumpamanya menjadi orang yang sangat dipuja.
[0:58] Yang kita puja -- Rasulullah.
[1:00] Sekarang ni orang tak kenal Rasulullah; kenal bintang Korea.
[1:04] Muka tiga orang Korea tu, takde kena-mengena dengan kita; kita boleh kenal nama dia seorang-seorang. Hebat anak-anak la-ni.
[1:13] Tanya: "Nabi beranak di mana?"
-- "Mesir", nya jawab. Molek-molek ada.
[1:17] Ah, ini masalah.
[1:18] Siapa salah?
-- Ibubapa dia salah.
[1:21] [Membaca ...]
[1:22] [Terjemahan] Kamu yang menjaga anak, kan.
[1:24] [Membaca ...]
[1:27] Kamu kena tanya anakmu: Guana tak kenal Rasulullah, kenal pelakon Korea? Guana anakmu tak kenal nama isteri Rasulullah, kenal nama pelakon, penyanyi wanita Korea?
Ni masalah.
[1:37] Sebab tu hiburan jangan banyak-banyak -- sikit-sikit. Dan jangan lebih-lebih.
[1:41] Kalau nak tengok bola, pergi tengok bola; jangan sampai conteng muka.
Hok tu gila bola. Paham(?).
.......
Dimulakan: 23 Safar 1433H / 17 Januari 2012M, Selasa.
Diterbitkan: 23 Safar 1433H / 17 Januari 2012M, Selasa.
Dikemaskinikan: 5 Zulhijah 1433H / 21 Oktober 2012M, Ahad.
No comments :
Post a Comment