Friday, January 20, 2012

[S1] Binaan atas kubur. [S2] Satu selawat ke atas Nabi Muhammad, dibalas sepuluh selawat oleh Allah

Tajuk: Ust Azhar Idrus- Binaan Atas Kubur | Maksud 10 Pahala Selawat
Sumber: http://youtu.be/Yv7-HPUvMWg
Durasi: 1m 29s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Nota: Satu klip video yang mengandungi dua soalan yang tiada hubung-kait antara satu sama lain.




[0:00] [Soalan 1] "Binaan batu atas kubur dibolehkan atau tidak daripada sudut Islam?"


[0:04] Kalau kita buat dengan mozek, kita buat dengan beam yang tak boleh nak pindah -- maka makruh hukumnya kalau tanah kita sendiri.


[0:12] Tapi kalau tanah kubur hok wakaf orang Islam -- haram!


[0:15] Berdosa besar. Selama mana kita tak pergi cokeh, selama tu kita menanggung dosa. Paham.
*cokeh -- cungkil

[0:21] Tapi kalau benda tu boleh dialih -- ada ulama berkata boleh.


[0:25] Seperti kita buat macam bangsal tempat orang mengaji -- dengan syarat benda tu ringan. Paham.


[0:30] Kita buat; panas, nak mengaji al-Quran kubur mak kita. Tapi bila ada orang mati sebelah; dia nak alih, ringan saja. Pegang, alih.
-- Tu diharuskan pada syarak.


[0:39] La-ni dia pakai beam terus dah. Bubuh mozek, bubuh dengan marmar, buh apa. Sikit lagi buh telefon sebutir situ.
*buh -- bubuh -- letak

[0:47] Jangan! Dia jadi larat [melarat], larat, larat.

Pasal apa?
-- Pasal kejahilan mengatasi ilmu.

.......

[0:54] [Soalan 2] "Barang siapa berselawat atas Nabi dengan satu selawat, maka Allah dan para malaikat akan selawat atasnya dengan sepuluh selawat. Apa maksud? Bagaimana? Minta huraikan."


[1:01] Kata setengah ulama, di antaranya Imam Nawawi rahimahullahu ta'ala, mengatakan sabda Nabi: [Membaca hadis]


[1:11] [Terjemahan] Siapa yang selawat padaku sekali, Allah akan selawat pada dia sepuluh kali.


[1:18] Selawat maknanya: Allah memberi keampunan sepuluh dosa.


[1:24] Ampun sepuluh dosa.

.......

Dimulakan: 24 Safar 1433H / 18 Januari 2012M, Rabu.
Diterbitkan: 26 Safar 1433H / 20 Januari 2012M, Jumaat.
Dikemaskini: 6 Zulhijah 1433H / 22 Oktober 2012M, Isnin.
14 Rabiulawal 1433H / 7 Februari 2012M, Selasa.

No comments :

Post a Comment