Thursday, February 23, 2012

[Buku] Makkah al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah

Tajuk: Makkah al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
ISBN: 978-967-5102-07-3

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama, Julai 2008M

Bilangan mukasurat: 228
Harga: RM 30 (Semenanjung), RM 32 (Sabah & Sarawak)


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.

.......

1 Rabiulakhir 1433H / 23 Feb 2012M, Khamis.
Dikemaskini: 28 Rejab 1433H / 17 Jun 2012M, Isnin.
9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.

Wednesday, February 22, 2012

Hukum Hudud untuk siapa?

Tajuk: Ustaz Azhar Idrus - Hudud Bagi Bukan Islam
Sumber: http://youtu.be/ZmGi77cf7IU
Durasi: 5m 13s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus




[0:00] [Soalan 1] "Jika Hudud dilaksanakan di negara ini, adakah semua rakyat tertakluk dengan undang-undang Hudud atau umat Islam saja? Dan bukan Islam boleh memilih undang-undang sivil?


[0:07] [Soalan 2] "Bilakah pengurusan masjid Bukit Indah hendak membuat kursus jenazah?"


[0:11] Ha, dia tanya kita pula dah.


[0:15] Dia kata kalau kita laksana hukum Hudud di dalam negara kita, Malaysia; dan kita akan laksana.


[0:20] Setiap orang yang mengaku Islam wajib berazam dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara.


[0:29] Kalau tak niat gitu, berdosa kita kepada Allah.

Paham(?).


[0:34] Dah tu pada perjuangan untuk menegakkan Islam, wajib sertai sekurang-kurangnya dengan doa takpe dah.


[0:41] Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang-undang Islam daripada tertegak.


[0:48] Kalau sampai tahap tu, munafik... [Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 145]

(145) ...   فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ   ...
[Terjemahan Basmeih] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (145)


[0:53] Dalam al-Quran kata: siapa yang halang Islam, siapa yang lawan undang-undang Islam; dia munafik. Duduk pada Neraka yang paling bawah.


[1:02] Mandatori. Bukan kita kata; al-Quran kata. Neh(?).

Baik.


[1:07] Bila laksana Hudud...

Baik.


[1:09] Kalau katakan hukum potong tangan. Allah kata dalam al-Quran: [Membaca sebahagian Surah al-Maidah, ayat 38]

(38) ...   وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا  
[Terjemahan Basmeih] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (38)


[1:16] Pencuri laki-laki dan perempuan, sabit kesalahan, cukup nisab; potong tangan keduanya.

Siapa potong?
-- Kerajaan potong.


[1:23] Neh(?). Undang-undanglah.


[1:25] Baik. Dah orang kafir guana pula?


[1:28] Dia kena Hudud juga?


[1:30] Jawabnya: tidak berlaku iktifak ulama semua kena, tetapi orang kafir terpulang kepada mahkamah.


[1:38] Mahkamah boleh tengok maslahah: adakah kafir ini patut dipotong tangan? Atau dikenakan undang-undang lain?


[1:45] Jadi, masih lagi belum ditetapkan hukum.


[1:49] Kalau jenis gini, kata hakim: "Dia ni memang jahat sangat. Potong tangan."

Potong tangan-ah.


[1:55] [Hakim] "Ha, dia ni, okey. Tahap dia ni, dia tak faham lagi."

Hakim kata: "Dikenakan penjara 3 tahun", umpamanya.

Ha, tiga tahun.


[2:02] Dia boleh gitu.


[2:04] Jadi tak usah susahlah.


[2:05] Kita orang Islam tak usah bimbang.


[2:07] [Contoh 1] "Dah, kalau gini; guana?"

[Contoh 2] "Kalau hukum gini; guana?"


[2:10] Ulama buat dah enakmen jenayah Hudud, kitab yang ditinggalkan ulama lebih banyak daripada undang-undang Barat yang ada dalam mahkamah.


[2:18] Banyaknya kitab tentang hukum.


[2:20] Takyah bimbang.

Kalau berlaku gini; ini hukumnya.

Kalau berlaku gini; ini hukumnya.


[2:25] Ijtihad mendahului zaman seribu tahun.


[2:29] Seribu tahun lagi masalah tak berlaku, ulama jawab dah dalam kitab.


[2:32] Macam dulu, dalam kitab lama. Tahun tu kitab tulis abad ke-4 Hijrah.


[2:37] Dia kata: "Siapa yang ada dua kepala; hok mana se nak ambil wuduk?"

Ha.


[2:42] Padahal mana ada orang dua kepala. Dak?


[2:45] Tapi ulama jawab dah.


[2:46] Muka yang banyak menghadap Kiblat, muka tu kena ambil wuduk.


[2:50] Tiba-tiba pada tahun 1970-an, beranak di Rusia orang kepala dua.


[2:56] Walaupun tak sampai tua, tapi sampai umur 30-an.


[3:00] Dua kepala. Dak(?).


[3:02] Nampak tak ulama jawab?


[3:03] Ni kita orang Islam duduk bimbang.


[3:06] [Contoh 3] "Dah kalau jadi gini; nak buat guana?"

"Dah kalau..."

-- Laa! Mu hakim yang mu susah sangat?


[3:11] Mu orang awam; tugasnya: memberi sokongan, bantuan, beri tenaga supaya tertegaknya Islam.


[3:20] Sebab tu nak kenal orang munafik dengan orang Islam; dua: sama ada dia tok guru, sama ada dia ulama, sama ada dia orang awam.

Orang Islam dia akan bersungguh-sungguh, dak(?), berusaha supaya Islam itu tertegak.

Dak(?).


[3:35] Cakap dia, cerita dia, pekerjaan dia, sindiran dia: semua nak ke Islam.


[3:40] Orang munafik guana?
-- Dia akan bersungguh-sungguh supaya Islam, orang tak buat.


[3:46] Paham tak lagi?


[3:47] Kalau dia ulama; dia akan bawa keluar dalil-dalil supaya Hudud tidak dilaksanakan.

Ha, tu ulama munafik yang duduk di dalam api Neraka Allah.


[3:55] Neh. Jadi kita pastikan golongan mana kita.


[3:58] Ingat! Dalam bab Islam, walaupun kita jahil, walaupun kita jahat, walaupun kita kaki heret orang puan, atau pernah tikam nombor ekor; tapi ni dalam bab akidah: "Aku mesti bersama dengan Islam!"


[4:09] Walaupun dengan doa, dengan sepuluh ringgit, dengan tenaga, dengan darah dan airmata; sedikit pun tak apa: "Aku kena libatkan diri!"


[4:17] Jangan: "Aku libat dalam bab memberi halangan daripada tertegaknya hukum Allah."


[4:23] Kerana dalam al-Quran kata: ...


[4:27] Apabila diajak mereka itu kepada Allah dan kepada Rasul-Nya...


[4:31] [Membaca sebahagian Surah an-Nisa', ayat 61]

(61)   رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا   ...
[Terjemahan Basmeih] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (61)


[4:35] Bila dia mereka kamu ajak kepada Islam, bila kamu ajak mereka ini kepada Hudud, bila kamu ajak mereka ini kepada peraturan agama; kamu akan dapat lihat orang munafik, mereka akan menyatakan berbagai-bagai halangan dan sekatan supaya tidak terlaksana Islam.


[4:55] Jadi daripada ayat ini, ramainya di kalangan kita yang telah menjadi munafik kerana mereka memberi macam-macam alasan dan halangan supaya tidak tertegaknya atau baliknya manusia kepada hukum al-Quran dan Hadis.


[5:11] Jadi, Insya-Allah...

.......

27 Rabiulawal 1433H / 20 Feb 2012M, Isnin.

Sunday, February 19, 2012

[Buku] Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah

Tajuk: Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
ISBN: 978-967-5102-98-1

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama, Oktober 2010M

Bilangan mukasurat: 256
Harga: RM 30 (Semenanjung), RM 32 (Sabah & Sarawak)


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.

.......

26 Rabiulawal 1433H / 18 Feb 2012M, Ahad.
Dikemaskini: 28 Rejab 1433H / 17 Jun 2012M, Isnin.
9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.

Saturday, February 18, 2012

Kenapa mesti segerakan kebumi jenazah?

Tajuk: MENYEGERAKAN KEBUMI JENAZAH
Sumber: http://youtu.be/zsH7gKrLeK4
Durasi: 6m 57s

Penceramah: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman




[0:00] Yang kedua: [Membaca hadis]


[0:05] [Terjemahan] Jenazah bila dah mati, segerakan kebumi.


[0:10] Kita hari ni tangguh.


[0:13] Tunggu anak balik Kuala Lumpur; boleh tahan lagi, dekat.


[0:18] Setengah tu, tiga hari taruh mayat; kerana apa?
-- Nak tunggu anak balik daripada England, balik daripada Amerika, balik daripada Jepun, daripada Mekah; tak kira.
*taruh -- simpan

[0:28] Tangguh.


[0:29] Maka menangguhkan jenazah ini salah satu daripada perkara yang tidak baik.


[0:36] Satu cerita diriwayatkan bahawa Nabi pergi ziarah seorang Sahabat.


[0:40] Namanya Talhah ibn al-Bara'. Dia tengah sakit.


[0:47] Ha, ni, ini sifat Nabi S.A.W. Nabi ni, bila Sahabat dia sakit, dia pergi ziarah.


[0:54] Kemudian, Nabi kata: [Membaca hadis]


[0:58] Nabi kata: Aku nampak muka Talhah ni, tak lama dah tu.


[1:02] Dia tak cakap dengan Talhah lah, dia bagitahu pada keluarga dia.


[1:05] Kita pun di antara adab ziarah orang sakit ni: jangan kata ke dia.


[1:11] [Contoh] "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Ai, kalau tengok denyut nadi ni, tak berapa lama dah tu."


[1:18] Mungkin pakai mati selalu kawan tu.

Inna lillah selalu.


[1:22] Kalau kita nak beritahu, beritahu pada keluarga dia, bisik-bisik kat luar.


[1:26] [Contoh] "Saya nampak dia ni tak lama dah."


[1:29] Maka dikata: [Membaca hadis]


[1:33] [Terjemahan] Beritahu aku kalau dia mati.


[1:35] [Membaca hadis]


[1:37] Segera uruskan jenazah.

Jangan tangguh-tangguh.


[1:41] [Membaca hadis]


[1:47] [Terjemahan] Tidak layak bagi jasad seorang Muslim disimpan di antara keluarganya.


[1:54] Hari ni jenazah orang Islam, hampir-hampir nak jadi macam jenazah orang bukan Islam.


[2:00] Orang bukan Islam, berapa hari dia simpan jenazah dia?


[2:05] Siap dengan awet lagi tak? Takut bau.


[2:08] Buat perarakan pula tu. Siap dengan kereta hitam, berarak tengah bandar, tengah padang, nak pergi kebumi.

[2:15] Ha, ni. Sebab nak tunggu acara-acara rasmi yang menyebabkan kita tertangguh jenazah kita.


[2:22] Itu dia kata Nabi S.A.W. dalam hadis yang sahih, dalam hadis yang lain. Yang hadis tadi, hadis apa ni, Abu Daud.


[2:30] Yang lain dia kata apa, dalam hadis Muslim.

Nabi kata: [Membaca hadis]


[2:41] [Terjemahan] Segera kamu uruskan jenazah.


[2:44] Ada yang mengatakan "segera" di sini: waktu kita angkat.


[2:48] Sudah je solat, tak payah tangguh lagi, terus je pergi.


[2:51] Berjalan cepat. Nak berjalan cepat.


[2:53] Kita hari ni, sudah solat, tangguh lagi.


[2:57] Turun tangga yang pertama: "Ah, tunggu sekejap. Nak azan dulu."


[3:02] Mari mana azan ni?
-- Tak ada azan dalam kitab-kitab hadis. Tak ada Nabi suruh azan. Dia suruh, lepas pada ni, angkat terus pergi ke kubur. Jangan tunggu lagi.


[3:14] Tak. Ada setengah tempat tu, lepas azan, tunggu; anak-anak akan menyurup masuk ikut bawah keranda pula.


[3:22] Dia kata: "Kenapa?"
-- Sebab tak mahu bagi anak ingat pada orang mati.


[3:27] Lama kita cerita ni kelik buat pula, susah-ah ni. Dia kata: "Ustaz ghoyak. Ustaz ajar."
-- Bukan ajar ni, nak cerita.


[3:34] Nabi kata apa?
-- [Membaca hadis]


[3:37] Ni dibahas oleh Imam al-Nawawi, maknanya: berjalan cepat.


[3:40] Pikul jenazah macam kita kat Mekah tu.


[3:43] Di Mekah tu kalau berjalan lambat, memang tak sempat. Jenazah akan pergi laju sampai ke depan.


[3:48] [Membaca hadis]


[3:50] Kalaulah jenazah itu orang baik, orang soleh...


[3:54] [Membaca hadis]


[3:56] Kamu mempercepatkan dia dapat nikmat yang ditunggu dalam kubur.


[4:01] Dan dia sendiri bercakap: "Qaddimuni! Qaddimuni!" [Bahasa Arab]


[4:04] "Cepat bawa aku!", jenazah tu bercakap tapi kita tak dengar.


[4:08] Kalau kita dengar, lari kita.
 Dia kata: "Berhantu!", pula dah.


[4:12] Hantu selalu orang kita ni.


[4:14] "Berhantu dah", dia kata, "Jenazah ni."
-- Bukan berhantu.


[4:16] Tapi makhluk lain dengar.

"Qaddimuni!", dia kata. "Segera bawa aku ke kubur!"


[4:22] Nabi kata: [Membaca hadis]


[4:24] Kalaulah mayat ini bukan orang baik, wal 'iazubillah, ...


[4:27] [Membaca hadis]


[4:31] Adalah satu perkara yang kamu telah biarkan, kejahatan yang kamu telah letak daripada bahu kamu.


[4:40] Berat. Maka Nabi kita suruh bersegera. Hadis ni riwayat Bukhari dan Muslim.


[4:46] Itu Nabi kita S.A.W. beberapa kali minta supaya...


[4:52] [Membaca hadis]


[4:55] Nabi, dalam hadis lain Nabi kata, daripada Ibn Umar: "Apabila mati seorang kamu, segera kamu kebumi."


[5:02] [Membaca hadis]


[5:03] [Terjemahan] Jangan duk simpan jenazah tu.


[5:05] [Membaca hadis]


[5:07] [Terjemahan] Segera kamu hantar ke kubur


[5:09] Kata Ibn Hajar: [Membaca hadis]


[5:13] [Terjemahan] Dengan sanad yang hasan.


[5:14] Jadi, kita dah faham dah beberapa isu yang perlu kita faham hari ini. Iaitulah yang pertama sekali: Nabi kita suruh segera selesaikan jenazah.


[5:26] Jangan tangguh.


[5:28] Ni tak tahannya, anak bila kita telefon: "Baliklah, ayah sakit."


[5:33] Hari tu baru hari Rabu, hari Khamis: "Ha, tunggulah hari minggu ni aku baliklah. Cuti kan kat luar nu."

Tak balik. Tunggu ayah kelik.


[5:42] Lepas telefon pula: "Betul ke ayah sakit? Setara mana sakit? ICU dah ke?"

Duk tanya acap kali. Sebab hati tu sayang nak tinggal kerja lebih daripada tinggal bapa.


[5:53] Tapi bila bunyi ayah dia mati, dialah pertama telefon: "Tunggu sampai aku balik."

Dua hari tak balik-balik lagi.


[5:59] Ini di antara penyakit masyarakat.


[6:01] Bagi kita, kalau anak ni itulah sikap dia; inilah kita orang kampung ni, kalau anak ni situ sikap dia; diberitahu, tak balik. Dimaklum pada dia ayah sakit, buat tak hirau, tunggu hari minggu lagi tak boleh ambil cuti. Sedangkan dia nak melancong pergi ke Indonesia empat kali setahun, boleh cuti.


[6:19] Takleh cuti?
-- Boleh cuti pula dia.


[6:21] Kalau mati, cakap telefon: "Assalamualaikum. Ayahmu dah meninggal. Kita ucap takziah kepada kamu. Kami nak kebumi pukul lima petang ni. Mati pukul sepuluh."

Cukup.


[6:30] "Tunggu aku."

"Tak payah tunggu. Ayahmu sakit seminggu tak balik-balik lagi."


[6:34] Betul tak betul lagu tu?
-- Betul.


[6:36] Tunggu buat apa lagi?


[6:37] Orang memang tak nak tengok mak bapa dia. Tapi tunggu mati baru nak balik. Allahu akbar.


[6:41] Betapa jauhnya jarak di antara kita masyarakat hari ini dengan apa yang diajar oleh Allah S.W.T. dan Rasul.


[6:50] [Membaca ...]


[6:52] Kita kena ... dengan mak ayah kita dengan baik dalam dunia ini.

Itu cerita dia.

.......

24 Rabiulawal 1433H / 17 Feb 2012M, Jumaat.

Friday, February 17, 2012

[Buku] Perisai Muslim: Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah

Tajuk: Perisai Muslim: Himpunan Doa dan Zikir daripada al-Quran dan al-Sunnah
Penulis: Sheikh Dr. Said bin Ali Wahf al-Qahtani
Alih bahasa: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
ISBN: 978-967-5102-51-6

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terbitan: Cetakan Pertama, April 2009M

Bilangan mukasurat: 226
Harga: RM 17 (Semenanjung), RM 19 (Sabah & Sarawak)


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


Kandungan
  1. Doa ketika bangun daripada tidur

  2. Doa ketika memakai pakaian
  3. Doa ketika memakai pakaian baru
  4. Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru
  5. Doa ketika menanggalkan pakaian

  6. Doa ketika masuk tandas
  7. Doa ketika keluar tandas

  8. Bacaan sebelum berwuduk
  9. Bacaan selepas berwuduk

  10. Doa ketika keluar rumah
  11. Doa ketika memasuki rumah

  12. Doa pergi ke masjid
  13. Doa ketika masuk masjid
  14. Doa ketika keluar masjid

  15. Bacaan ketika dan selepas azan

  16. Doa Istiftah (Permulaan Solat)
  17. Doa ketika rukuk
  18. Doa ketika bangun daripada rukuk
  19. Doa ketika sujud
  20. Doa ketika duduk antara dua sujud
  21. Doa ketika sujud tilawah
  22. Tasyahud (Tahiyat)
  23. Selawat ke atas Nabi SAW selepas membaca tasyahud
  24. Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  25. Zikir selepas solat
  26. Doa solat Istikharah

  27. Zikir pagi dan petang

  28. Bacaan sebelum dan selepas tidur
  29. Doa apabila membalikkan diri pada waktu malam ketika tidur
  30. Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
  31. Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

  32. Doa qunut solat Witir
  33. Bacaan selepas solat Witir

  34. Doa ketika dukacita dan sedih
  35. Doa ketika ditimpa bencana

  36. Doa ketika berhadapan dengan musuh
  37. Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah
  38. Doa ke atas musuh
  39. Doa apabila takutkan musuh

  40. Doa bagi mereka yang waswas dalam beriman
  41. Doa supaya dapat membayar hutang
  42. Doa untuk menghilangkan waswas dalam solat atau ketika membaca al-Quran
  43. Doa untuk memudahkan sebarang urusan
  44. Apa yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa
  45. Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai
  46. Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya

  47. Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan cara menjawabnya
  48. Doa perlindungan untuk anak-anak

  49. Doa ketika menziarahi orang sakit
  50. Kelebihan ziarah orang sakit
  51. Doa orang sakit yang tidak mungkin sembuh (terasa putus asa)
  52. Ajaran kepada orang yang sedang nazak

  53. Doa ketika ditimpa musibah

  54. Doa ketika menutup mayat
  55. Doa solat jenazah
  56. Doa solat jenazah kanak-kanak
  57. Ucapan takziah
  58. Doa ketika menurunkan mayat ke dalam kubur
  59. Doa selepas mengebumikan mayat
  60. Doa ziarah kubur

  61. Doa ketika angin ribut
  62. Doa ketika mendengar guruh

  63. Doa Istisqa' (minta hujan)
  64. Doa ketika hujan turun
  65. Doa selepas hujan turun
  66. Doa ketika hujan terlalu lebat (agar berhenti)

  67. Doa ketika melihat anak bulan

  68. Doa ketika berbuka puasa
  69. Doa sebelum makan
  70. Doa selepas makan

  71. Doa tetamu untuk tuan makanan
  72. Doa tetamu untuk tuan minuman

  73. Doa apabila berbuka puasa di rumah orang
  74. Doa orang berpuasa apabila diajak makan
  75. Ucapan orang yang berpuasa apabila dimaki oleh orang

  76. Doa apabila melihat buah sudah masak

  77. Doa ketika bersin
  78. Ucapan apabila orang kafir bersin

  79. Doa kepada pengantin
  80. Doa pengantin untuk dirinya
  81. Doa sebelum bersetubuh

  82. Doa ketika marah
  83. Doa ketika melihat orang ditimpa bala

  84. Bacaan apabila berada dalam majlis
  85. Doa kafarah (pembersih) majlis

  86. Doa kepada mereka yang berkata: "Ghafarallahu laka"
  87. Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu

  88. Bacaan untuk berlindung daripada fitnah dajjal

  89. Doa kepada mereka yang berkata: 'Aku menyayangimu kerana Allah'

  90. Doa kepada mereka yang menawarkan hartanya kepadamu
  91. Doa ketika membayar hutang

  92. Doa agar terhindar daripada syirik
  93. Bacaan untuk orang yang berkata: "Barakallahu fika"
  94. Doa agar terhindar daripada sial

  95. Doa naik kenderaan
  96. Doa musafir
  97. Doa masuk kampung atau bandar
  98. Doa masuk pasar
  99. Doa apabila kenderaan tergelincir
  100. Doa orang musafir kepada orang bermukim
  101. Doa orang bermukim kepada orang bermusafir
  102. Membaca takbir di tempat yang tinggi dan bertasbih ketika turun
  103. Doa musafir ketika bermusafir waktu sahur (pagi)
  104. Doa apabila berhenti di suatu tempat
  105. Doa apabila pulang dari bermusafir

  106. Bacaan apabila ada sesuatu yang menyenangkan dan yang menyusahkan
  107. Kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW

  108. Mengucap salam
  109. Menjawab salam daripada orang kafir

  110. Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai (himar)
  111. Doa ketika mendengar salakan anjing pada waktu malam

  112. Doa kepada orang yang dicaci

  113. Bacaan apabila memuji seorang Muslim
  114. Bacaan apabila dipuji

  115. Bacaan talbiah haji dan umrah
  116. Bertakbir apabila sampai di Hajarulaswad
  117. Bacaan di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad
  118. Bacaan ketika berada di atas Bukit Safa dan Marwah
  119. Doa hari Arafah (9 Zulhijjah)
  120. Doa di Mash'aril Haram Muzdalifah
  121. Bertakbir ketika melontar Jamrah

  122. Bacaan ketika kagum terhadap sesuatu
  123. Perbuatan yang patut dilakukan apabila ada sesuatu yang menggembirakan

  124. Bacaan dan perbuatan apabila tubuh berasa sakit
  125. Bacaan apabila takut ditimpa bencana
  126. Bacaan ketika terkejut

  127. Bacaan ketika menyembelih haiwan

  128. Bacaan untuk menolak gangguan syaitan
  129. Istighfar (meminta ampun) dan taubat
  130. Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir
  131. Bagaimana cara Nabi bertasbih?

  132. Beberapa adab dan kebaikan

.......

25 Rabiulawal 1433H  / 17 Feb 2012M, Sabtu.
Dikemaskini: 28 Rejab 1433H / 17 Jun 2012M, Isnin.
10 Rabiulakhir 1433H / 3 Mac 2012M, Sabtu.
9 Rabiulakhir 1433H / 2 Mac 2012M, Jumaat.
8 Rabiulakhir 1433H / 1 Mac 2012M, Khamis.
26 Rabiulawal 1433H / 18 Feb 2012M, Ahad

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Allah menciptakan syaitan?

Tajuk: Ustaz Ismail Kamus [ Kenapa Allah Cipta Syaitan ]
Sumber: http://youtu.be/cqtkGT0cA_g
Durasi: 2m

Penceramah: Ustaz Ismail Kamus




[0:07] Ada orang soal, dia kata: "Kenapa Tuhan buat syaitan tu? Kan payah kita. Kan syaitan takde kan senang kita, sembahyang ..."


[0:15] Ada orang kata: "Kan susah. Buat apa ... syaitan tu. Menyemakkan dunia je."

Betullah.


[0:22] Sebenarnya Allah Ta'ala nak angkatkan darjat kita.


[0:26] Maknanya: bila kita ini ada perlawanan; nafsu ada, syaitan ada.


[0:33] Ada dia punya lawan dia.

Akal ada, hati ada; lawan.


[0:38] Bila menang... ha, itu.


[0:41] Kalau kita buat contoh, senang; macam main bola jugalah.


[0:45] Main bola tu kalau goalkeeper tak ada, apa macam?


[0:50] Dia skor bola pun, masuk pun, orang tak hairan; goalkeeper tak ada, masuklah.


[0:55] Maka, malaikat, tak ada perjanjian. Malaikat tak ada perjanjian.


[1:01] Malaikat, nafsu tak ada. Tak ada.


[1:07] Lawan tak ada.


[1:09] Maka malaikat, Allah perintah dia sujud; dia sujudlah.


[1:14] Sujud. Beribu-ribu tahun sujud.


[1:17] Tak complain pun dia.


[1:18] Tak ada: "Lama sangat, penat aku.", dia kata.

Tak ada.


[1:23] Malaikat tak pandai.


[1:25] Manusia ni, ha, tengok: kalau dia berjaya lawan hawa nafsu dia; naik dia.


[1:34] Tapi kalau kalah; berdentum dia.


[1:37] Maka Allah Ta'ala beri dia hati, beri dia akal.


[1:41] Akal ini jangan dirosakkan dia.


[1:47] Binatang tak ada langsung.


[1:50] Dia kira nafsu dia aje.


[1:51] Maka manusia duk tengah-tengah.

Silap, turun. Bagus, naik.

Kan begitu.

.......

23 Rabiulawal 1433H / 16 Feb 2012M, Khamis.

Wednesday, February 15, 2012

Lima perkara yang menjadikan haram nyanyian itu

Tajuk: Hukum Menyanyi
Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?v=1705765406705
Durasi: 11m 23s

Penceramah: Ustaz Mohd Kazim bin Elias al-Hafiz

Nota 1: Sedutan dari VCD Ustaz bertajuk "Cinta & Kasih Sayang". Dapatkan yang asli di sini: www.kuliyah.ws

Nota 2: Untuk mendengar ceramah, anda perlu ke page yang berkenaan (rujuk Sumber:) kerana video tidak dapat dibenamkan di sini.


[0:00] Baru ni ada satu tok imam dia tanya saya.


[0:02] "Ustaz, saya ni imam masjid, tapi saya masih bekerja.

Soalan saya, Ustaz. Saya baru ini, jabatan saya menyambut Hari Raya. Buat rumah terbuka. Jamuan Hari Raya.

Saya disuruh menyanyi lagu Selamat Hari Raya. Jadi saya pun menyanyi lagu sebab pengarah suruh saya menyanyi. Kawan-kawan saya kutuk:

Apa tok imam menyanyi.

Apa baa brader.

Tok imam menyanyi pula."


[0:36] Tuan-tuan boleh bayang tak Ustaz Zohir menyanyi?


[0:39] Subhanallah.


[0:41] Heboh!


[0:43] Datang jumpa saya, "Ustaz, macam mana, Ustaz? Haram ke menyanyi ni, Ustaz?"


[0:48] Masya-Allah.


[0:50] Haram ke?


[0:51] Zaman Rasulullah ada tak menyanyi?
-- Ada.


[0:56] Zaman Rasulullah; ada. Orang Ansar suka ghazal.


[1:01] Ghazal itu ialah nyanyian menyambut pengantin. Nama dia: ghazal.


[1:07] Kita sekarang panggil "ghazal pati".


[1:10] Zaman Rasulullah dulu orang Ansar, kalau pengantin datang, depa main menyanyi, sambut pengantin.


[1:17] Zaman Rasulullah dulu, pernah berlaku selepas Hari Raya Aidil Adha, orang Yaman, orang Habsyi menari-nari dan menyanyi-nyanyi di kawasan khemah Nabi di Mina.


[1:31] Pernah berlaku selepas Hari Raya Aidil Fitri, mereka menyanyi-nyanyi di hadapan masjid selepas sembahyang.


[1:41] Jadi tuan-tuan, menyanyi itu adalah asalnya, asalnya adalah harus.


[1:46] Daripada harus dia bertukar kepada makruh.


[1:49] Daripada makruh dia bertukar kepada haram.


[1:52] Asalnya: harus.


[1:54] Bagaimana dia menjadi haram?
-- Lima perkara yang menjadikan haram.


[1:59] Kalau lima perkara ini tak dijaga, jadilah haram nyanyian itu.


[2:04] Pertama: liriknya, senikatanya.


[2:09] Kalau senikatanya jahat, senikatanya lucah, senikatanya mencabul, senikatanya tak elok, senikatanya syirik: haramlah nyanyian itu.


[2:20] [Contoh nyanyian 1]
Si cincin emas
Mengingat perkara yang lepas
Yang telah berlaku
Tak berapa lama dahulu

[2:32] Tu, apa ke nama.


[2:35] Dia pergi meminang, hantar cincin emas. Tiba-tiba pinangannya ditolak.


[2:41] [Menyambung contoh tadi]
Pinanganku tak diterima
Kan kutanya mengapa
Dengan perlahan dia berkata
Dia sudah ada yang punya

Cincan mas dikembalikan
Diletak ditapak tangan
Kupakai dijariku...
[Ustaz mencelah] Nampak?
Untuk kenanganku

[3:09] "Kupakai dijariku", cincin emas; haram tak?
-- Haram.

Lirik lagu tu potonglah.


[3:16] Sebab itu lirik tu penting.


[3:20] Sekarang ni tuan-tuan menyanyi lagu Hari Raya; apa salahnya?


[3:24] [Contoh nyanyian 2]
Selamat Hari Raya
Aidil Fitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Tak salah.


[3:37] Yang salahnya apa?
-- [Contoh nyanyian 3]
Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis, cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama?

Ha, yang tu salah.

Yang tu liriknya.


[3:55] Yang nombor satu, yang kena kajinya: lirik.


[3:59] Macam tahun 50-an punya lirik, 1955: "Penarik Becha".

"Kenapaku diseksa, kenapaku dihina."


[4:09] [Contoh nyanyian 4]
Oo~ Kau cabutlah nyawaku

Haram.


[4:18] Apahal cabut nyawa pula? Berdosa.


[4:22] Jadi yang kena tengok nombor satu ialah: liriknya.


[4:26] Kalau liriknya betul, silakan.


[4:29] Kalau liriknya tidak bersalahan dengan hukum syarak; satu perlima menjadi halal.

Baru satu.

Yang lain pula.


[4:39] Nombor dua, kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: lagu itu menjadi haram apabila diiringi dengan muzik yang menaikkan syahwat.


[4:49] Kalau diiringi dengan alatan muzik yang tidak menaikkan syahwat, hukum dia: harus.

Dua perlima.


[4:57] Yang nombor dua yang kita kena tengok ialah: muziknya.


[5:03] Pemuzik yang memainkan muzik itu muzik apa?

Kalau muzik itu menaikkan syahwat, menaikkan nafsu, menaikkan sampai orang dengar tu pun jadi tak ingat.

*Memimik bunyi*

Orang pakat jadi bengang telinga duk goyang. Balik rumah pun duk goyang lagi.

Ha, haramlah lagu itu.


[5:21] Tapi kalau muziknya kompang, hadrah, ya(?), rebana, dram; tak apa. Silakan.

Tak salah, tuan-tuan. Tak ada jatuh haramnya menyanyi.


[5:34] Lirik yang bagus, alat muzik yang bagus.


[5:38] Yang ketiga: tidak ada pembaziran.


[5:41] Kalau satu lagu dibayar dua puluh lima ribu; itu kan pembaziran.


[5:47] Lima buah lagu dah seratus ribu.

Kan itu pembaziran.


[5:52] Ha, kalau tidak ada pembaziran dalam dia; silakan.


[5:55] Yang keempat, kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya: "Halal dan Haram dalam Islam", yang keempatnya: cara penyampaian itu dilagukan.


[6:07] Penyanyi tu, walaupun lagu dia bagus, liriknya bagus, alat muziknya bagus, cara dia menyanyi pula tak bagus; terlompat sana, terlompat sini.


[6:19] Tak nampak ciri-ciri akhlak yang mulia, pun tak boleh. Walaupun lagu dia bagus.


[6:24] Lagu tentang sembahyang Subuh.

Bagus.


[6:28] Lagu tentang sembahyang Subuh. [Contoh nyanyian 5]
Gigil
Menggigil aku

Nampak? Terlompat-lompat-lompat


[6:36] Sat lagi... [Menyambung contoh tadi]
Terdengar suara

Sat lagi dia terjun atas penonton. Penonton tauk dia balik.


[6:43] Kalau macam itu; tak payahlah.


[6:47] Duduk tegak-tegak. [Mengulang contoh nyanyian 5]
Gigil
Menggigil aku
Mendengar suara
Kebesaran

Silakan.


[6:56] Yang duk *Ho! Ho! Ho!* tu pasal apa?


[6:58] Diiringi pula dengan penari-penari latar di belakang itu. Yang bercampur laki-laki dan perempuan; tergedik-tergedik.


[7:05] Walaupun lagunya bagus... Walaupun lagunya sangat bagus... Tak ada siapa nafikan, lagunya bagus; tapi ada pula backup singer, backup dancer di belakang tu pula.


[7:20] Yang tu yang pakat duk menari, pakai skirt, duk terlompat-lompat; jadi haram pula.


[7:24] Yang kelima: tidak bercampur di antara laki-laki dan perempuan.


[7:29] Lima syarat ini, syarat untuk menjadikan nyanyian di hadapan ataupun berseorangan itu menjadi harus.


[7:39] Jadi siapa yang mengatakan: haram?
-- Tengok lima benda ni.


[7:44] Sebab itu akak-akak nak menyanyi dengan abang-abang, silakan.


[7:49] Nyanyi di dapur ke. Sambil minum kopi, teh, ke apa ke, lantak; minum jelah.


[7:56] [Isteri] Abang, nyanyi satu lagu, Abang.

[Suami] Okey.

[Ustaz mencelah] Apa salah? Nyanyi la.

[Suami] Renjis-renjis...

[Isteri] Apahal lagu kahwin, Abang? Tak kena mengena langsunglah Abang ni.


[8:08] Jadi tuan-tuan, tak salah; silakan. Nabi Muhammad dulu, masa pengantin nak disuruh Siti Aisyah hantar pengantin.

Balik Siti Aisyah, Nabi tanya dekat Aisyah: "Ada tak nyany-nyanyi?"

Aisyah kata: "Tak ada."

"Kenapa tak ada? Kan orang Arab Ansar suka menyanyi."


[8:27] Bawa lagu pengantin, puji pengantin, bagi seronok pada pengantin.

Disuruh oleh Nabi S.A.W.


[8:35] Jadi tuan-tuan, jangan cepat-cepat sangat mengatakan haram pada lagu.


[8:40] Ya, kadang-kadang kita ni tengok... "Haram!", "Haram!"

Tengok dulu jenis apa lagu, jenis apa lirik, cara dipersembahkan, dan sebagainya. Perlu diambil berat.


[8:49] Ini dipanggil sebagai kecintaan. Sebab nyanyian itu sesuatu yang menyeronokkan telinga.


[8:57] Nyanyian ini satu yang menyeronokkan telinga.


[9:00] Tapi nyanyian sekarang ni tak, tak seronoklah.


[9:04] Ya(?), nyanyian sekarang ni saya pun tak minat. Tak tahu lagu apa tu. Bahasa dia sebut pun kita tak tahu.


[9:11] [Contoh nyanyian 6]
Kisah Adam dan Hawa
Satu ...

Saya tak tahulah.


[9:17] Yang saya tahu: Adam dan Hawa saja.

Lepas tu dia kata apa, tak tahu. Cuba tuan-tuan dengar lagu tu.


[9:22] [Mengulang contoh nyanyian 6]
Satu di Syurga
Satu *wo-wo-wo*

Satu wo-wo-wo... habis terus dah.


[9:27] Mana kita faham. Saya sampai la. Saya bila dengar lagu tu: Apa bendanya?
-- Adam dan Hawa. Satu di Syurga. Satu...

Entah tang mana satu lagi, tak tahu. Terlupa dah.


[9:39] Apa lagu macam ni?


[9:41] Lagu kamu tak ada, tak... Orang tak sampai hati.

Tak sampai dalam jiwa. Tak sampai orang jatuh cinta lagu itu.


[9:49] Nak menyanyi ni sampai orang jatuh cinta, sampai orang suka; barulah jadi damai.


[9:55] [Contoh nyanyian 7]
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahai nyawa pada-Mu juga

Nampak? Tenang saja.


[10:12] Tenang saja lagu dia.


[10:14] [Mengulang contoh nyanyian 7]
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahai nyawa pada-Mu juga

Seronok saja.


[10:30] Rasa nak balik sekarang.


[10:33] Sebab dia tahu isteri dia tunggu di rumah. [Menyambung contoh nyanyian 7]
Aduhai kekanda
Junjungan kasih kupuja
Hidup bersumpah setia
Ahai sayang kekal bahgia

Itulah lagu.


[10:52] Lagu ni nak bagi orang suka.


[10:54] Lagu ni nak bagi orang ada jiwa.


[10:58] Bila lagu-lagu yang tak ada jiwa, mana ada. Sebab tu dia tak jadi damai.

Bingit.


[11:04] Orang tu je suka. Kita tak suka.

"Apalah lagu hang menyanyi ni. Atuk pun tak tahu apa ni. Atuk pening kepala."


[11:11] Duk *grung-grang*... Itu bukan lagu.


[11:16] Sebab tu saya katakan tadi: cinta tu.

Ia boleh dimasukkan dalam satu-satu bab cinta.

.......

21 Rabiulawal 1433H / 14 Feb 2012M, Selasa.