[0:03] Akibat nafsu, saya telah mengandung anak luar nikah, 3 bulan. Kemudian saya berkahwin dengan pasangan saya. Kemudian saya melahirkan anak. Anak itu dibinkan dengan pasangan saya itu. Boleh atau tidak? Anak saya perempuan.
[0:20] Jawabnya: Apabila kita berkahwin dengan perempuan yang berzina, kemudian lahirlah anak itu sebelum 6 bulan daripada tarikh nikah, maka anak itu bin mak.
[0:37] Tetapi kalau lahir seorang anak itu 6 bulan lebih dah daripada tarikh nikah, maka bin suami.
[0:44] Tetapi kalau dia berkahwin dengan perempuan yang telah pun ada anak di dalam perut --hok ni memang bin maklah. Paham?
[0:52] Ha, yang kata tengok di 6 bulan tu perempuan tu pernah berzina, tapi tak nyata lagi anak dalam perut. Kahwin dengan suami yang sah.
[1:00] Ha, tu kene tengok 6 bulan ke atas atau 6 bulan ke bawah. Paham?
Sebab kemungkinan ada benih zina dalam perut dia.
[1:07] Jadi lepas pada 6 bulan daripada tarikh nikah baru beranak --bin suami.
Tak sampai 6 bulan daripada tarikh nikah tu beranak dah --bin mak.
Tapi hok perut besar dah nikah --hok tu bin mak doh-la. Hok tu hok soreh jelas. Paham. Ha.
.......
Dimulakan: 14 Safar 1433H / 8 Januari 2012M, Ahad. Diterbitkan: 15 Safar 1433H / 9 Januari 2012M, Isnin. Dikemaskini: 26 Zulkaedah 1433H / 12 Oktober 2012M, Jumaat. 24 Safar 1433H / 18 Januari 2012M, Rabu.
[0:01]
Asal orang puang tak wajib nanak. Orang puang tak wajib buat air. Tak
wajib basuh baju sendiri. Kita yang wajib basuh baju kita sendiri. Dak(?).
* puang -- perempuan
* nanak -- tanak
[0:10]
Ha, ingat hok tu; suami bila dia ada isteri, tak wajib isteri dia basuh baju
dia. Kita kene basuh sendiri-ah kalu kita nak cuci. Kalau kita nak
makan, kita kene beli sendiri. Kalau kita nak minum air, kita kene kuca
sendiri. Tu asa perintah.
* kuca -- kacau
[0:23] Daripada syarak. Dak(?). Ha.
[0:27] Dah kalau kita suruh dia?
-- Kita suruh baru menjadi wajib.
Dicapai: 17 Rabiulawal 1433H / 8 Februari 2012M, Jumaat.
[0:34] Tapi bila kita nak suruh dia nanak, nak suruh dia basuh baju kita -- wajib atas kita menyediakan peralatan.
[0:43] Kita nak suruh dia nanak; asalnya bukan wajib atas dia -- boleh!
-- Kita kene sedia alat. Kita kene beli dapur dengan beli gas, dengan
sudu, dengan garfu, dengan periuk, dengan belanga -- habis; mak-nenek
segala bab masak. Dak(?).
[0:56]
Lepas pada tu dok leh suruh lagi. Kita kene ada dulu bahan-bahan
mentah. Kene kita sedia dengan lada, dengan bawang, dengan tepung,
dengan gandum, habis.
-- Barulah kita suruh menjadi wajib.
[1:06]
Kelengkapan -- atas kita.
Buat -- atas dia. Dak(?).
[1:10]
Garam sebutir pun orang puang dok wajib beli, dalam rumahtangga. Semua
tu hak suami. Walaupun nak makan dalam mulut dia -- hak kita juga.
Neh(?).
Ha, dia gitu.
[1:19] Oleh kerana itulah, mana-mana orang perempuan yang buat kerja rumah; dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia. Deh.
Ha, dengor orang puang. Ha, boleh. Dari segi syariat, boleh. Neh.
[1:36] Ulama-ulama
bersetuju; apabila asalnya tidak wajib, menyediakan makanan, pakaian dan
sebagainya; maka dia berhak menuntut -- nampak -- pemberian/ imbuhan daripada
tugas-tugas tersebut. Dak(?).
[1:49] Asal dia tak wajib masak, kita yang beli masakan apa semua hok siap, gi hantar di rumah dia biar dia makan. Dia gitu. Dak(?). Ha.
[1:58] Jadi
tiba-tiba kita suruh dia basuh baju kita, kita suruh dia nanak, suruh dia
buat air apa semua, nyapu rumah apa semua, -- dak(?) -- jaga anak kita... Kene
bayar gaji. Melainkan dia kata, "Dak yoh bayar-ah". -- Ha, tu lain. Dak(?).
[2:11] Tapi
kalau bini kita kata kene bayar start bulan ni, dah dengar dah semalam ustaz
khabar, dak(?), "Saya nak-ah. Tak banyak, dalam seribu setengah sebulan."
Dimulakan: 14 Safar 1433H / 8 Januari 2012M, Ahad. Diterbitkan: 14 Safar 1433H / 8 Januari 2012M, Ahad. Dikemaskinikan: 20 Safar 1439H, Khamis / 9 November 2017, Khamis.
Imlak adalah sebuah kata nama daripada bahasa Arab yang dieja sebagai ( إِمْلَاءٌ ).
Sumber: e-alQamus Online
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia http://alqamus.moe.edu.my/ Dicapai: 6 Zulkaedah 1433H / 22 Oktober 2012M, Isnin.
Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan imlak sebagai:
1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain;
2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana; mengimlakkan menyebut (membaca) supaya ditulis oleh orang lain, merencanakan.
Makna yang setara dengan imlak dalam Bahasa Inggeris ialah dictation. Untuk definisi bagi dictation, anda boleh ke sini: Dictation - Definition and More from the Free Merriam-Webster Dictionary http://mw1.merriam-webster.com/dictionary/dictation
Apa tujuan pengimlakan kuliah Islam di blog ini?
-- Sebagai salah satu kaedah mengindeks isi-isi kuliah Islam yang berada dalam bentuk audio/video untuk memudahkan pencarian dan penyebaran maklumat.
Tak paham?? Dengan kata lain...
-- Bila anda mendengar kuliah (sepatutnya) anda mencatat maklumat yang anda dengari untuk rujukan di masa depan.
Tanpa mencatat, kemungkinan besar sukar untuk mengingat kembali setiap isi penting yang telah didengari. Usaha untuk menyebarkan maklumat juga menjadi sukar.
Kenapa ada post yang bertanda highlight kuning macam ni ( ... )?
-- Sebagai penanda bila:
saya tak dapat menangkap apa yang disebut oleh penceramah.
istilah yang disebut itu asing kepada saya.
saya tidak tahu ejaan yang tepat.
Boleh ke nak guna kandungan dalam blog ini?
-- Dialu-alukan.
Penghargaan kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti: para penceramah, para pemuatnaik video, para penulis, para penerbit, dan lain-lain.
Fon
Blog ini menggunakan dua jenis fon bukan Rumi, iaitu:
(i) me_quran, dan
(ii) Droid Arabic Naskh
me_quran
Fon ini digunakan di blog ini untuk paparan ayat-ayat al-Quran.