Thursday, October 10, 2013

[Buku] Arabic for English Speaking Students

Tajuk: Arabic for English Speaking Students
Penulis: Muhammad Abdul-Rauf
ISBN -

Penerbit: Dar El Fikr, Indonesia
http://darelfikr.com/new/ar/agents.php

Terbitan: 1st printing, Syawal 1406H / June 1986M

Bilangan muka surat: 434
Harga: -


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


.......

Dimulakan: 5 Zulhijah 1434H, Khamis / 10 Oktober 2013M, Khamis.
Diterbitkan: 5 Zulhijah 1434H, Khamis / 10 Oktober 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: 5 Zulhijah 1434H, Khamis / 10 Oktober 2013M, Khamis.

Tuesday, September 24, 2013

"Agama" tu apa?

Tajuk: Akhlak perkara pokok
Sumber: http://youtu.be/Wdop8hriON8
Durasi: 2m 35s

Penceramah: Ustazah Maznah Daud
http://imlak.blogspot.com/2013/11/penyampai-ustazah-maznah-daud.html




[0:00] ... Akhlak yang mantap. Dan kita tahu akhlak dalam Islam [ اسلام ] dia bukan perkara tempelan atau bukan perkara hiasan-hiasan.


[0:10] Tapi akhlak itu inti agama itu sendiri.


[0:13] Sebab Nabi SAW* pernah ditanya: "Maa din?" [ مَا دِين؟ ]

* SAW -- Sallallahualaihiwasallam
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saw+kamus+dewan+edisi+keempat


* maa ( مَا ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=ما


* din
- Arab: ( دِين ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=دين
- Jawi: ( دين ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/


[0:18] [Terjemahan] Agama itu apa?


[0:19] Nabi jawab: "Husnulkhuluq." [ حُسْنُ الْخُلُق ]

* husnu ( حُسْن ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=حسن


* khuluq ( خُلُق ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=الخلق


[0:22] [Terjemahan] Akhlak yang mulia.


[0:24] Jadi maknanya akhlak dalam Islam bukan satu pilihan.

Ha, kan.


[0:29] Ada orang Islam baik, ada orang Islam tak baik.
-- Tak.


[0:32] Akhlak itu adalah agama tu.


[0:35] Kalau Muslim [ مُسْلِم ]; dia mesti baik.

Ha, kan.

* Muslim ( مُسْلِم ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=muslim


[0:40] Dan kita tahu akhlak asas ialah yang kita dulu hafal sifat wajib bagi rasul tu.

Ha, kan.


[0:47] Siddiq [ صِدِّيق ].

Amanah [ امانة ].

Tabligh [ تَبْلِيغ ].

Fatanah [ فَطَانَة ].

* siddiq
- Arab: ( صِدِّيق ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=صديق
- Melayu, Jawi: ( صديق ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Melayu, Rumi: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=siddiq


* amanah ( امانة ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=امانة


* tabligh
- Arab: ( تَبْلِيغ ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=تبليغ
- Melayu, Jawi: ( تبليغ ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Melayu, Rumi: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tabligh


* fatanah
- Arab: ( فَطَانَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=فطانة
- Melayu, Jawi: ( فطانة ) http://rumi-to-jawi.appspot.com/
- Melayu, Rumi: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fatanah


[0:50] Walhal sebenarnya itulah akhlak asas umat Islam.


[0:54] Sebab Nabi itu: qudwah hasanah. [ قُدْوَة حَسَنَة ]

* qudwah ( قُدْوَة ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=قدوة


* hasanah ( حَسَنَة ) www.almaany.com/home.php?language=english&word=حسنة


[0:58] Bukan wajib bagi rasul, kan.


[1:00] Tapi wajib bagi rasul dan umatnya.


[1:04] Buktinya:
Nabi SAW pernah ditanya, kan: "Ada tak Mukmin [ مُؤْمِن ] yang penakut?"

* Mukmin ( مُؤْمِن ) http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=مؤمن


[1:10] Ha, Nabi jawab apa?
-- "Ada."


[1:12] Jadi kalau penakut tu, Nabi aku lagi umat dia.

Ha, kan.


[1:17] Orang tanya dia [Nabi SAW]: "Ada tak Mukmin yang kedekut?"

Ha.


[1:21] Nabi jawab: "Ada."


[1:24] Tapi kalau orang tanya: "Ada tak Mukmin pendusta?"


[1:28] Nabi jawab: "Tak ada."

Kan.


[1:31] Dusta tu kan lawan benar, kan.


[1:32] Jadi maknanya: siddiq itu bukan sifat wajib bagi Nabi je.

Kan.


[1:37] Ha, wajib bagi umat dia sebab orang tanya: "Mukmin yang pendusta ada tak?"

-- Nabi kata: "Tak ada."


[1:43] Nabi tak mengaku Mukmin kalau bersifat dusta.


[1:46] Ha, jadi kita tahu bila cakap pasal akhlak, dalam Islam, dia [akhlak] bukan perkara tempelan; tapi dia inti.


[1:54] Nabi pun sebut: innama buistu liutammima makarimal akhlak

Ha, kan.


[2:01] Kalau siapa belajar bahasa Arab, kalau sebut "innama" tu maknanya: "hanya sanya".

Seolah-olah itu je satu tujuan Nabi bangkit.

* hanya sanya
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hanya+sanya


[2:09] [Membaca hadis] Innama buistu...


[2:11] [Terjemahan] Sesungguhnya aku hanya diutus...


[2:13] Maknanya: tak ada dah tujuan lain.


[2:16] Satu je tujuan, iaitu: liutammima makarimal akhlak.


[2:20] [Terjemahan] Untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Ha.


[2:25] Jadi sebab tu masuklah akhlak dengan Allah, akhlak dengan manusia, akhlak diri sendiri, akhlak dengan masyarakat, akhlak dengan alam sekitar, dan sebagai-sebagainya.

.......

Lihat juga:
- https://www.facebook.com/WanitaIkramJohor/posts/386462538126548
- https://www.facebook.com/ikram.malaysia/posts/582851368432108

.......

Dimulakan: 30 Syawal 1434H, Jumaat / 6 September 2013M, Jumaat.
Diterbitkan: 19 Zulkaedah 1434H, Rabu / 24 September 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: 13 Muharam 1435H, Ahad / 17 November 2013M, Ahad.
19 Zulkaedah 1434H, Rabu / 24 September 2013M, Selasa.

Thursday, September 12, 2013

[Buku] Panduan Umrah dan Ziarah Madinah dan Makkah (Dan Panduan Berpuasa di Tanah Suci)

Tajuk: Panduan Umrah dan Ziarah Madinah dan Makkah (Dan Panduan Berpuasa di Tanah Suci)
Penulis: Dato’ Ustaz Hj. Md. Daud bin Che’ Ngah
ISBN -

Penerbit: -
Terbitan: Cetakan kelima, 2011M

Bilangan muka surat: 194
Harga: -


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


.......

Dimulakan: 6 Zulkaedah 1434H, Khamis / 11 September 2013M, Rabu.
Diterbitkan: 6 Zulkaedah 1434H, Khamis / 12 September 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: .

Tuesday, September 10, 2013

[Buku] Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih)

Tajuk: Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih)
Tajuk asal: رياض الصالحين من كلام سيد المرسلين
(Taman Kaum Shalihin dari Sabda Penghulu Sekalian Rasul)

Penulis: Imam Nawawi
Alih bahasa: M. Abdai Rathomy
ISBN 978-9971-77-323-6

Penerbit: Pustaka Nasional Pte. Ltd., Singapura
Terbitan: Cetakan kesebelas, 2009M

Bilangan muka surat: 857 (Jilid 1)
Harga: -


Gambar 1. Kulit depan.


Gambar 2. Kulit belakang.


.......

Dimulakan: 4 Zulkaedah 1434H, Selasa / 10 September 2013M, Selasa.
Diterbitkan: 4 Zulkaedah 1434H, Selasa / 10 September 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: .

Thursday, July 25, 2013

Kisah Nabi Yunus alaihissalam

Tajuk: Ustaz Amin - Kisah Nabi Yunus
Sumber: http://youtu.be/d7R_F0zKB54
Durasi: 3m 50s

Penceramah: (Ustaz Amin) Muhammad bin Abdullah

Ustaz Amin -- Universiti Kehidupan
http://www.ustazamin.com/

Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin)
https://www.facebook.com/pages/Muhamad-bin-Abdullah-Ustaz-Amin/226703637380369

Muhamad Bin Abdullah (Ustaz Amin)
https://www.facebook.com/muhamad.binabdullah.5/




[0:12] Daripada Nabi Adam [ آدم ] pun lagi, ketika Nabi Adam berbuat kesalahan di Syurga, dia terus berdoa kepada Allah SWT*.

SWT
kep Subhanahuwataala: Allah ~.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat


Subhanahuwataala
Ar
maha suci dan maha tinggi; Allah ~ Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Subhanahuwataala


[0:19] Dia bukan kelam-kabut untuk, katakanlah, menutup dia punya kemaluan dan sebagainya.

Dia tutup tapi dia terus berdoa.


[0:27] [Membaca Surah al-A'raf, ayat 23]
http://tanzil.net/#7:23

(23) رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ...
[Terjemahan Basmeih] Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (23)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/7:23


[0:35] [Terjemahan] Tuhan, kami telah menzalimi diri kami, Tuhan. Kalau Kau tak ampunkan dan kasihani kami, kami jadi orang yang rugi.


[0:42] Kemudian doa Nabi Allah Yunus [ يونس ] a.s.*

a.s.
kep alaihissalam.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat


alaihissalam
Ar
damai atau kesejahteraan padanya (biasanya digunakan atau disebutkan sesudah menyebut nama nabi, spt Sulaiman alaihissalam, Daud alaihissalam, dll).
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=alaihissalam


[0:46] Nabi Allah Yunus ni, tuan-tuan, ibu-ibu, akak-akak sekalian, kan; Nabi yang memang dia keras sebenarnya.


[0:53] Dia lahir di satu kampung bernama: " Ninawa ".

* (  نِيْنَوَي  ) --> [Arab] Ninawa / [Inggeris] Nineveh
- http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=نينوي
- http://www.almaany.com/en/dict/en-en/nineveh/


[0:57] Ninawa.

Ninawa tu di Iraq [ العِرَاق ], eh.

Di Iraq.

Sumber: Iraq
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=iraq&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0


[1:00] Dan bumi Ninawa tu banyak melahirkan orang-orang yang memang ganas dalam hidup, dalam sejarah.


[1:06] Pernah dengar nama: Nebuchadnezzar?

Nebuchadnezzar.

Sumber: Nebuchadnezzar
http://www.almaany.com/en/dict/en-en/Nebuchadnezzar/


[1:11] Nebuchadnezzar: orang yang menghapuskan Kota Jerusalem; daripada Ninawa.


[1:17] Macam tu juga dengan King George ke-5 yang menghancurkan sekitar, maknanya, apa nama, Rom [ اَلرُّوْمُ ] dan Jerusalem; tu juga daripada Ninawa.

Sumber: Rom
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=rome&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0


[1:28] Sebab itu ketika Amerika, kalau kita tengok, pertama sekali diserang Iraq, pertama diserang adalah di ni: daerah Ninawa tu dulu.


[1:38] Dan Ninawa tu ada satu kampung kecil bernama Tikrit [ تِكْرِيتُ ].

Saddam [ صدّام ] Hussein [ حسين ] berasal daripada situ.

Sumber: Tikrit
http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=تكريت


Sumber: Saddam
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=saddam&type_word=0&dspl=0


Sumber: Hussein
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=hussein&type_word=0&dspl=0


[1:44] Tikrit, eh.

Ha, Ninawa.


[1:46] Jadi, Nabi Yunus ni, dia orangnya keras sebenarnya. Keras.


[1:50] Dia dakwah pada kaum dia. Kaum dia tak terima; lantak engkaulah.

Dia pun tinggal kaum dia.


[1:56] Dia pergi tinggal kaum dia.

Kau tak nak terima; lantak engkaulah. Aku malas nak ambil tahu hal engkau.


[2:00] Dia tinggal kaum dia.


[2:02] Dia orang yang keras. Keras.


[2:04] Dialah satu-satunya Nabi yang meninggalkan kaum dia.


[2:08] Nabi Musa [ موسى ] ke, Nabi Isa [ عيسى ] ke; kaum tak dengar, datang juga, datang juga.


[2:12] Ini, tak dengar.
-- Lantak engkaulah.

Dia pergi.


[2:14] Dia pergi jalan.

Dia naik, apa nama, kapal tinggalkan kaum dia.


[2:19] Allah SWT denda dia.


[2:21] Didatangkan ribut.

Akhirnya dia diundi untuk terjun ke laut, dimakan oleh ikan.


[2:29] Ikan nun, ataupun ikan paus.

Ikan paus besarlah.


[2:33] Apa kata al-Quran?


[2:35] Ketika berada di dalam laut -- dia orang yang keras -- diajar ketika dalam kesusahan, pergantungannya kepada Allah.


[2:42] Dia membaca zikir: [Membaca Surah al-Anbiya', ayat 87]
http://tanzil.net/#21:87

(87) لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَـٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ...
[Terjemahan Basmeih] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (87)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/21:87


[2:49] [Terjemahan] Tiada Tuhan melainkan Engkau. Ya, Allah! Aku di kalangan orang-orang yang menzalimi diri aku.


[2:53] Sampai Allah sebut: kalaulah tidak Nabi Yunus itu membaca benda itu... [Membaca Surah as-Soffat, ayat 143-144]

Surah as-Soffat, ayat 143:
http://tanzil.net/#37:143
(143) فَلَوْلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلْمُسَبِّحِينَ
[Terjemahan Basmeih] Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), (143)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/37:143


Surah as-Soffat, ayat 144:
http://tanzil.net/#37:143
(144) لَلَبِثَ فِى بَطْنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
[Terjemahan Basmeih] Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/37:143


[3:06] Dia mesti, maknanya, kekal sampai Hari Kiamat kat perut ikan tu.


[3:10] Nak ceritanya: makhluk, tapi pergantungan tetap kepada Allah.

Akhirnya Allah keluarkan.


[3:15] Allah keluarkan Nabi Yunus tu di satu tempat bernama: " Yafa " [ يافا ].

Sumber: Yafa

Yafa - Palestine
http://youtu.be/bmE438TeAgw

Welcome To The City of Jaffa - District of Jaffa
http://www.palestineremembered.com/Jaffa/Jaffa/


[3:20] Kemudian dia berjalan di kampung Halhul [ حلحول ].

Sumber: Halhul

Driving through the streets of Halhul, Al Khalil (Hebron) Governorate, Palestine. 07.07.2012
http://youtu.be/Sex-9NXNWhQ

Welcome To The City of Halhul - District of Hebron
http://www.palestineremembered.com/GeoPoints/Halhul_1162/index.html


[3:24] Berdakwah dia di sana. Dan, maknanya: meninggal, ataupun wafat Nabi Yunus di sana tu.


[3:30] Di Halhul.


[3:32] Siapa yang nak jalan singgah Palestin [ فلسطين ], saya akan singgah makam Nabi Yunus.


[3:35] Dia tu, orang keras sikit, eh.


[3:37] Keras sikit orang dia. Nabi Yunus.

.......

Dimulakan: 14 Syaaban 1434H / 23 Jun 2013M, Ahad.
Diterbitkan: 16 Ramadan 1434H, Khamis / 25 Julai 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: 16 Ramadan 1434H, Khamis / 25 Julai 2013M, Khamis.

Saturday, June 22, 2013

Berhati-hati dalam memberi nama [1/9]

Tajuk:  Berhati - Hati Memberi Nama 1/9
Sumber: http://youtu.be/cTqdEXsedj8
Durasi: 10m 1s

Penceramah: Maulana Muhammad `Asri bin Yusoff




[0:02] Kalau kita p'ghati* ni kan, hok* hadis-hadis hok kita baca ni, ...

* p'ghati -- perhati
* hok -- yang

[0:06] Dan suruh p'ghubah* nama, hok yang bab yang kedua.

* p'ghubah -- perubahkan

[0:09] Kita nampak ada beberapa perkara.


[0:14] Malam ni insya-Allah kita akan sebutlah secara ringkas.


[0:17] Ana* buat catitan sikit.
* ana [Arab] --> (  أَنَا  ) --> saya

[0:19] Pasal takut terlupa, tak maghi*.

* maghi -- mari

[0:21] Takut tak maghi.


[0:22] Kadang-kadang kita sebut, tak sebut habis.


[0:24] Itu pun tidak bermakna malam ni nak sebut habis, tapi banyak sikitlah.


[0:29] Ha, mudah-mudahan tersusun sikit.


[0:31] Dan ana minta maaf terlebih dahulu.


[0:34] Ha, malam ni, sebelum kecek* hok ni.

* kecek -- cakap

[0:36] Minta maaf sungguh-sungguh. Jangan berasa hati. Jangan berasa terkilan. Jangan berasa ana maksud tak molek.


[0:44] Kepada kita masing-masing: jangan.


[0:46] Tidak ada maksud.


[0:48] Maksudnya nak membaiki semata-mata, sama seperti hok Nabi SAW* lakukan: kalau tak molek, dia [Nabi Muhammad SAW] ubah.

* SAW -- Sallallahualaihiwasallam

[0:54] Kalau tak molek, dia tegur.


[0:55] Dan apa benda yang tak kena tu?


[0:58] Ha, mana kalau pada nama?


[1:00] Dia panggil: "adab" tu.

Kita tak ada adab kalau bubuh tak tentu kalu*.

* tak tentu kalu -- tak tentu hala

[1:05] Tak reti adab; sedangkan kita orang Islam ni dia ada adab.


[1:09] Ha, jangan sebab tu, jangan segho hati*.

* segho hati -- berasa hati

[1:11] Ha, ni nak ghoyak* ni secara terbuka.

* ghoyak -- beritahu

[1:14] Ha, secara terbuka, dan secara jelas.


[1:20] Banyak penyelewengan, ataupun kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat kita.


[1:26] Kesilapan tu, setengah-setengahnya kerana kejahilan.


[1:28] Hok tu lah puncanya nombor satu sekali.


[1:31] Yang keduanya: kerana kesilapan orang yang dianggap berilmu. Sebenarnya dia jahil juga.


[1:37] Suruh dia bubuh* nama dah; dialah bubuhnya.

* buboh / bubowh / bubuh -- letak

[1:41] Rupa-rupanya tak kena.


[1:43] Hok tu malang sekali.


[1:44] Tak sepatutnya berlaku begitu.


[1:46] Bila orang Arab... Orang mengaji sepatutnya moleklah.


[1:50] Tapi tidak berlaku begitu.


[1:51] Adakalanya kerana terpengaruh dengan hok lain-lain.


[1:54] Ha, ni hok nak sebut.


[1:56] Yang pertama: nama hok ada makna tak molek.

Tapi bunyi macam molek.
-- Bunyi Arab.


[2:02]  Bunyi Arab; orang kita kalau bunyi Arab, habis gheng* dok?
-- Eh, tak mesti molek lagi.

* gheng -- daya
* dok -- tak

[2:08] Ha, hok nama tak molek, misalnya: " Hazan "*.
* (  حَزَن  ) --> [Arab] hazan --> kesedihan
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=حزن&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0

[2:14] " Hazan " maknanya: "sedih".


[2:16] Tak molek tu.

Bahasa Arab.
-- Memang bahasa Arab tapi tak molek.


[2:21] Ramai; ada di kalangan kita.


[2:24] Yang kedua: " Zaniah ".

Ada juga.


[2:28] Bunyi Arab.
-- Memang Arab.


[2:30] Ada juga dia tambah setengah daripada tu; " Hazaniah "* ke.

* hazaniah / hazaniyah / dll

[2:36] Kalau " Hazaniah ", penuh... maknanya yang ada kena-mengena dengan sedihlah. Kehidupan penuh kesedihan.


[2:41] Molek ke lagu* tu?

* lagu -- macam

[2:44] Orang kita ni dia panggil ringkas pula.


[2:46] Hok nama " Hazaniah " sakni*, kalau katakanlah nama panjang.

Dia pendekkan pesen* ringkas ni: " Zaniah "* saja dia kata.

* sakni / satni -- tadi / sekejap tadi
* pesen -- fesyen / cara
* (  زانِيَة  ) --> [Arab] zaaniah / zaaniyah / zaniah / zaniyah --> perempuan penzina
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=زانية&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0

[2:53] Ha! " Zaniah " tu makna: "penzina".


[2:55] Molek ke?


[2:58] Kalau Nabi, mesti dia tukar benda lagu ni.


[3:00] Tukar dah. Tentu dah.


[3:04] Satu lagi: " `Aasiah ".
* (  عاصي  ) --> [Arab] `aasi --> sinful
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=عاصي&lang_name=Arabic&type_word=2&dspl=0

[3:06] Hok tadi. Ni nama perempuan. Tadi ada dalam hadis.


[3:08] Nabi SAW tukar nama dia: " Jamilah "*.
* (  جميلة  ) --> Jamilah / Jameelah --> cantik / lemah-lembut / jelita
- [Nama] http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=jamila&type_word=0&dspl=0
- [Erti] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=جميلة&lang_name=Arabic&type_word=0&dspl=0

[3:11] " `Aasiah " makna: "derhaka".


[3:15] Ha, keras kepala.


[3:17] Ha, melakukan maksiat.


[3:19] Orang yang melakukan maksiat.


[3:21] Kita duk kata gitu* sokmo*.

* gitu -- begitu
* sokmo -- selalu / sentiasa

[3:23] So*.

* so -- satu

[3:24] Yang keduanya boleh jadi kerana kesilapan ejaan sebab kita terlalu taksub... terlalu menggunakan Rumi sangat.


[3:31] Macam " `Aasiah " sakni.


[3:34] Kalau " `Asiah ", molek.
* (  عصية  ) --> [Arab] `Asiah / `Asiyah --> one who tends to the weak / one who heals
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=asiya&type_word=0&dspl=0

[3:35] Kalau " `Asiah "... hok tu molek; "sebaik-baik perempuan" lah.

Ha, kalau " `Asiah ".


[3:43] Tetapi, kalau silap sebut, jadi " `Aasiah ".


[3:47] Eja ikut Rumi nya serupa.
-- Ha, hok tu masalah.


[3:52] Ha, kalau eja ikut Rumi serupa. Lebih-kurang.


[3:54] Dengan sebab itu, apabila kita bubuh nama, kita kena pastikan ejaan Arab dia tu; kalau hok Arab.


[4:01] Pastikan lagu mana.


[4:03] Jangan pakai Rumi saja.

Takleh; boleh jadi keliru.


[4:06] Boleh jadi, keliru.


[4:11] Lagi. Kalau perempuan, banyak nama " Wati ".


[4:15] Macam-macamlah.

" Norwati "* lah.

* Noorwati / Noor Wati / Norwati / Nor Wati / Nurwati / Nur Wati / dll

[4:17] Macam-macamlah.

" Lilawati "* lah.

Macam-macam nama.

* Leelawati / Lilawati

[4:21] " Wati, wati " tu, kalau orang yang mengaji Arab, makna dia: "setubuh".


[4:26] "Buat kijo*... suami-isteri".

* kijo -- kerja

[4:31] Misalnya kalau orang tanya: "Demo* nak cari siapa?"

"Kita nak cari Wati demolah."

* demo -- anda

[4:37] Ha, molek ke?


[4:40] Ha... "Kita nak Wati demolah".
-- Hah! Makna: "kita nak setubuhi demolah".


[4:46] Molek ke?


[4:47] Sebab paksi kita dalam masalah nama ni orang Islam: bahasa Arab.


[4:51] Biar kita jangan lupa bila bubuh nama tu, Arab tu.

Ha, jangan lupa.


[4:56] Ha, serupa tadilah.

Nabi SAW kata: jangan bubuh " Yasar "*, jangan bubuh " Robah "*, jangan bubuh " Aflah ".
* (  ياسر   ) --> [Arab] yasar --> wealth, ease
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=yasar&type_word=0&dspl=0

* (  رباح   ) --> [Arab] rabah / robah --> gainer
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=rabah&type_word=0&dspl=0

* (  أفلح / أَفْلَحَ  ) --> [Arab] aflah
- [Erti] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=أفلح&lang_name=Arabic&type_word=0&dspl=0
- [Erti] http://www.kamus.abqarie.com/display.php?action=view&id=6252&from=action=search|word=jaya|type=latest

[5:01] Sebab bila orang tanya, dia... "Ada ke?"


[5:06] Ha... " Aflah* ada ke?"
-- "Takdok."*

* takdok -- tiada

[5:08] Dia ni takdok " Aflah ".
-- "Takdok kejayaan."


[5:12] Kita doa atas diri kita pula.


[5:16] "Najih ada ke Najih?


[5:17] " Najih " tu makna: "berjaya".


[5:19] -- Takdok " Najih ".


[5:21] Ha, dekat kita takdok " Najih " dekat kita.


[5:23] Pada kita takdok " Najih ".
-- Jadi: "takdok kejayaan".


[5:26] Takdok...

Ha, nak lagu tu?


[5:28] Ha, hok ni pun lagu tu juga.


[5:31] Dia kena ambil kira tu.


[5:32] Kalau orang jawab, dia jadi lagu mana.

Ha, dia jadi lagu mana.


[5:37] Serupa jugalah hok ni: " Wati ".

Jangan kita ambil, kira tak tahu bahasa gapo*.

* gapo -- apa

[5:42] Ambil ikut segho*.
-- Takleh lagu tu.

* ikut segho -- ikut rasa / ikut suka

[5:45] Ada juga hok nama " `Azli ".


[5:49] " `Azli ", " `Izli " nama, kan.
-- Itu tak molek walaupun Arab.


[5:54] Bukan semua Arab ni molek.


[5:56] " `Azli " makna: "celaanku", "cercaanku".
-- Bakpo*? Duk kata ke oghe ke?

* bakpo -- kenapa / sebab apa
* oghe -- orang

[6:02] Ha, takleh.


[6:04] Kalau kata: " Azali "?
-- Bakpo? Azali ke?
* (  أَزَلِيّ  ) --> [Arab] azali
http://www.almaany.com/home.php?language=english&lang_name=Arabic&word=أزلي

[6:07] Dia ni "sediakala" ke?

Takde* permulaan ke?

* takde -- tiada / tidak ada

[6:10] -- Tak kena juga. Itu sifat Tuhan tu "azali" tu.


[6:14] Hah, kalau " Azli "?
-- Pun tak kena juga. Salah juga.


[6:18] Makna: "celaanku".
-- "Aku kata hudoh ke orang."

* hudoh -- hodoh

[6:22] Hok "aku kata hudoh ke orang".
-- Molek ke lagu tu?


[6:24] Masyarakat kita ni kadang-kadang ikut segho, tak tahu gapo nah.


[6:29] Malu kita.


[6:30] Ana sebenar malu sebagai ahli ilmu orang akan kata: "Dia ada situ. Macam mana tak terbaiki masyarakat? Macam mana nampak jahil sangat? Tak mengajar ke?"


[6:39] Orang akan kata gitulah.

* gitulah -- begitulah

[6:42] Serupa seorang doktor dia berasa malu kalau ramai hok sakit. Sakit saja.


[6:45] Bakpo? Dia [doktor] duk wak* gedio*?

Tak pandai wi* ubat ke?

* wak -- buat
* gedio -- gapo dio -- apa dia
* wi -- buwi -- bagi

[6:50] Orang akan kata gitu.


[6:53] Benda-benda ni, orang alim dia kena berasa, sensitif, peka dengan benda-benda gini*.

* gini -- begini

[7:06] Dan... satu lagi: nama yang ada kaitan dengan tempat.


[7:10] Ramai juga orang kita wi.


[7:12] " Bukhari "*; dia bubuh nama " Bukhari ".
* (  البخاريّ  ) --> [Arab] al-Bukhari / al-Bukhori / al-Bukhary --> orang Bukhara, Parsi.
http://www.almaany.com/home.php?word=bukhari

[7:13] " Bukhari " molek, memanglah, kita duk mengajar Bukhari.


[7:17] " Tarmizi "*.

" Baihaqi "*.

Ramai bubuh nama " Sayuti "*.

-- Padahal itu nama tempat.
* (  التِّرْمِذِيّ  ) --> [Arab] at-Tarmizi / at-Tirmizi --> orang Tirmiz, Parsi
http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=الترمذي

* (  البَيْهَقِيّ  ) --> [Arab] al-Baihaqi / al-Bayhaqi / al-Beyhaki --> orang Baihaq, Khurasan, Parsi
http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=البيهقي

* (  السُّيُوطِيّ  ) --> [Arab] as-Sayuti / as-Suyuti  --> orang Asyut, Mesir
http://www.almaany.com/home.php?language=arabic&lang_name=Türkçe&word=السيوطي


[7:23] " Sayuti ": Asyut*, nama tempat di Mesir.
* (  اسيوط  ) --> Assiut / Asyut, Mesir
- [Assiut] http://www.aun.edu.eg/
- [Asyut] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=asyut

[7:26] Siapa-siapa pun orang situ, orang panggil Sayuti-lah.


[7:31] Dia boleh percuma. Tak bubuh pun dia boleh hok tu.


[7:34] Serupa kita orang Kelantan, orang panggil: " Kelantani "*.
* (  الكلنتنيّ  ) --> [Arab] al-Kalantani / al-Kelantani --> orang Kelantan
- http://arabic.cnn.com/2009/entertainment/1/16/arabic.malayo/
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-kelantani&d=10

[7:38] Tiba-tiba satu orang tu bubuh: " Kelantani ".

Dok(?)


[7:41] Oghe Kelantan.


[7:42] " Kelantani " tu makna: "orang Kelantan".

Tak bubuh nama pun kalau dia orang Kelantan, memang " Kelantani ".


[7:48] Ha, serupa Mesir: " Misri ".
* (  الْمِصْرِيّ  ) --> [Arab] al-Misri --> orang Mesir
http://forum.wordreference.com/showthread.php?t=2008713&p=10041192#post10041192

[7:49] Bubuh nama: " Misri ".
-- Orang Mesir ke?


[7:52] Orang Arab tak akan bubuh nama lagu tu.


[7:55] Cuba perhati.


[7:56] Cuba perhati. Masyarakat Arab daripada dulu sampai loni*; takdok.

* loni -- sekarang ini

[8:01] Sebab apa?
-- Dia faham molek.


[8:03] Tapi dalam masyarakat kita, orang alim pun bubuh nama lagu tu.


[8:06] Sebab apa?
-- Dia kata: "ambil sempena...".

Ha, ni alasan: "sempena mego hok sohor Sayuti tu". Jalaludin Suyuti.

* mego -- sebab

[8:13] Dah mego orang sebut: " Sayuti ".


[8:14] Orang tidak kenal mana " `Abdul Rahman "*. Jadi ambil sempena dengan hok tu.
-- Bakpo yang orang Arab tidak ambil sempena lagu tu ghetek*?
* (  عبد الرحمن  ) --> [Arab] `Abdul Rahman / `Abd-al-Rahman / `Abdurrahman --> hamba Tuhan Yang Maha Pemurah
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=abdul+rahman&type_word=0&dspl=0
* ghetek / etek -- juga

[8:23] Siapa lebih faham; masalah bahasa tu?


[8:26] Orang Arab ke, sepanjang zaman ni, dok?

Ke kita?


[8:31] Orang Arab takde sebut.

Dia nak sukko* kalau sebut.

* sukko -- gelak

[8:34] "Bakpo? Demo orang sana ke?"


[8:36] Ha, begitu jadi.


[8:38] Ha, itu dua.


[8:40] Yang ketiga: nama yang bermakna telajok* molek.

* telajok -- terlalu

[8:46] Telajok molek alah* ke suci.

* alah -- hampir

[8:48] Alah ke kudus.


[8:50] Misalnya... Ini yang kita nak sebut. Minta maaflah.


[8:56] Lepas tu, pakat-pakat fikirlah.

Pakat-pakat fikir.


[8:59] Misalnya nama: " Khoirunnisa' ".

Ramai hok nama lagu ni.

* Khairun Nisa' / Khairunnisa' / Khoirun Nisa' / Khoirunnisa'

[9:03] "Sebaik-baik perempuan".


[9:06] "Sebaik-baik perempuan".


[9:07] Sedangkan hok Nabi SAW telah kata: khoirulnisa-il `alamin `Asiah wa Maryam.
* (  مريم  ) --> [Arab] Mariam / Maryam
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=maryam&type_word=0&dspl=0

[9:13] Hok tu [`Asiah dan Maryam] hok sebaik-baiknya.


[9:15] Bila kita kata dia... "Siapa awak?"

"Saya Khoirunnisa' ."


[9:19] Sebaik-baik... makna: lawan hadis hok tu.


[9:21] Adakah kita lebih baik lagi daripada `Asiah dan Maryam?


[9:24] Bercanggah dengan hadis.


[9:26] So.


[9:27] Yang kedua dalam hadis tadi kita baca:
Nabi larang: jangan angkat diri sendiri.


[9:31] Jangan perlebih diri-sendiri.


[9:33] Hok perlebih tadi: " Barrah ", jah*.

* Barrah / Barroh
* jah -- je -- saja / sahaja

[9:36] " Barrah " tu makna: "bejughuh".

* bejughuh -- be.ju.ghuh -- berperangai elok

[9:38] Padahal boleh kita kata: "dengan harapan mudah-mudahan dia jadi jughuh*".

Tafaul*.

* jughuh -- ju.ghuh -- elok perangai/tingkah-laku
* (  تَفَاؤُل  ) --> [Arab] tafaul
http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=تفاؤل&lang_name=Arabic&type_word=0&dspl=0

[9:43] Setara tu pun Nabi tukar.

Jadi " Zainab " jah.
* (  زينب  ) --> [Arab] Zainab / Zaynab --> an ornamented tree / name of the daughter of the Prophet
http://www.almaany.com/names.php?language=english&lang_name=Arabic&word=zainab&type_word=0&dspl=0

[9:47] Apa lagi kalau hok lebih lagi.


[9:50] Ha, tu benda kena perhati. Dalam masyarakat kita.


[9:54] Ha, ini termasuk di dalam: "angkat diri-sendiri".

Hok dilarang.


[9:59] Ada panduan dia.

.......

Baca juga rencana:

Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527

.......

Sila rujuk pakar nama untuk ejaan nama dan terjemahan makna yang setepatnya.

.......

Dimulakan: 9 Syaaban 1434H / 18 Jun 201M, Selasa.
Diterbitkan: 13 Syaaban 22 Jun 2013M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 26 Syaaban 1434H / 5 Julai 2013M, Jumaat.
14 Syaaban 1434H / 23 Jun 2013M, Ahad.

Friday, June 7, 2013

Doa daripada Surah al-Baqarah, ayat 156

Kalimah istirja‘ * / Doa ketika ditimpa oleh sesuatu kesusahan / musibah.

Surah al-Baqarah, ayat 156
http://tanzil.net/#2:156
(156)   إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَ‌ٰجِعُونَ ...  

[Transliterasi] In·na lil·la·hi wa·in·na i·lai·hi ra·ji·‘un.

[Transliterasi bahasa Melayu] Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Inna+lillahiwa+inna+ilaihi+rajiun+kamus+dewan+edisi+keempat

[Terjemahan Basmeih] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)
http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/2:156


.......


* istirja‘
- Arab: ( اِسْتِرْجاع ) http://www.almaany.com/home.php?word=اِسْتِرْجاع

- Rumi: https://www.facebook.com/ustazemran/posts/528979657207294
Dicapai: 18 Syaaban 1435H, Isnin / 16 Jun 2014M, Isnin.

.......

Dimulakan: 29 Rejab 1434H / 7 Jun 2013M, Sabtu.
Diterbitkan: 29 Rejab 1434H / 7 Jun 2013M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 18 Syaaban 1435H, Isnin / 16 Jun 2014M, Isnin.