Tuesday, January 21, 2014

Senarai surah dalam al-Quran al-Karim


"al-Quran" tu apa?

al-Quran

kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat)

: membaca dan menghafaz ~;


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-quran+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.




Antara nama-nama lain al-Quran:

al-Furqan

nama lain bagi al-Quran.


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-furqan+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.



al-Kitab
Ar

al-Quran, Kitabullah.


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=al-kitab+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.



kalamullah
Ar

(al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah.


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalamullah+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.



kitab Allah

al-Quran;


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kitab+Allah+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.



Kitabullah
Ar

al-Quran, al-Kitab.


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kitabullah+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.




"surah" tu apa?

surah
Ar

bahagian atau bab (yg mengesahkan sesuatu) dr Quran; ®surat II.


Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 18 Rabiulawal 1435H, Isnin / 20 Januari 2014M, Isnin.




"surah Makkiyyah" tu apa? "surah Madaniyyah" tu apa?

Soalan: Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih.

Jawapan: Surah Mak[k]iyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan baginda.

Jenis soalan: Tatabahasa

Tarikh soalan: 20.01.2014


Sumber: [Khidmat Nasihat] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+makkiyyah+madaniyyah
Dicapai: 2 Muharam 1436H, Ahad / 26 Oktober 2014M, Ahad.




Senarai surah dalam al-Quran:


1.
سُوْرَةُ الْفَاتِحَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·fa·ti·hah

Surah al-Fatihah
[BM] Pembuka al-Quran
[BI] The Opening

Bilangan ayat: 7



Tajuk: SURAH AL-FATIHAH

Sinopsis: Surah al-Fatihah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang pertama mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tujuh ayat.

Surah ini dinamakan al-Fatihah (pembuka) kerana surah ini menjadi pembuka kitab al-Quran dan terletak di awal kitab dari segi susunannya, bukan berdasarkan masa turunnya dari langit.

Ia juga dikenali dengan nama Umm al-Kitab, Sab al-Mathaniy, al-Shafiyah, al-Wafiyah, al-Kafiyah, al-Asas[,] dan al-Hamd.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fatihah&d=8
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.




2.
سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ba·qo·roh

Surah al-Baqarah
[BM] Lembu betina
[BI] The Heifer

Bilangan ayat: 286



Tajuk: SURAH AL-BAQARAH

Sinopsis: Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang kedua mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 286 ayat.

Surah ini dinamakan al-Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.

Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul si mati dengan sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu mereka siapa pembunuhnya.

Peristiwa ini menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat menghidupkan makhluk sesudah ia mati.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-baqarah&d=8
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.



Kata: heifer

Takrif: (héifer) (Tani) lembu betina muda, terutamanya yg belum lagi melahirkan anak.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
[Kamus Bahasa Melayu] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=heifer+kamus+dewan+edisi+keempat
Dicapai: 3 Rabiulawal 1435H, Ahad / 5 Januari 2014M, Ahad.




3.
سُوْرَةُ آلِ عِمْرَانَ
[Transliterasi] Su·ro·tu a·li ‘Im·ron

Surah aali ‘Imran
[BM] Keluarga ‘Imran
[BI] The Family of ‘Imran

Bilangan ayat: 200



Tajuk: SURAH ALI IMRAN

Sinopsis: Surah Ali Imran ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ketiga mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 200 ayat.

Surah ini dinamakan Ali Imran kerana terdapat kisah sebuah keluarga, iaitu keluarga Imran, [di mana Imran ialah] bapa Maryam, [dan Maryam ialah] ibu Nabi Isa a.s.

Surah ini memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. dengan kelahiran Maryam[,] dan kelahiran anaknya Isa a.s.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+ali+imran
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.




4.
سُوْرَةُ النِّسَاءِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·ni·sa’

Surah an-Nisa’
[BM] Wanita
[BI] The Women

Bilangan ayat: 176



Tajuk: SURAH AL-NISA'

Sinopsis: Surah al-Nisa ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang keempat mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 176 ayat.

Ia dinamakan al-Nisa (wanita) kerana di dalam surah ini terdapat banyak hukum yang berkaitan dengan wanita sedangkan hukum-hukum sebegini tidak terdapat dalam surah-surah lain.

Surah al-Nisa juga disebut surah al-Nisa al-Kubra[,] berbeza dengan surah al-Nisa al-Sughra yang juga dikenali dalam al-Quran sebagai surah al-Talaq [lihat #65].

Surah al-Nisa ini seperti juga surah-surah Madaniyyah lain, membahaskan secara terperinci mengenai hukum-hukum syariah yang mengatur kehidupan dalaman serta luaran kaum Muslimin iaitu tanggungjawab, hukum-hukum syariah, menceritakan mengenai asas-asas penting yang bersangkutan dengan kaum wanita, rumah tangga, keluarga, negara[,] dan masyarakat.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nisa
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.




5.
سُوْرَةُ الْمَائِدَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ma·i·dah

Surah al-Maidah
[BM] Hidangan
[BI] The Repast

Bilangan ayat: 120



Tajuk: SURAH AL-MA'IDAH

Sinopsis: Surah al-Maidah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 120 ayat.

Surah ini dinamakan al-Maidah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya [rujuk ayat 112 dan 114].

Surah al-Maidah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka.

Kisah al-Maidah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Quran dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ma'idah
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.




6.
سُوْرَةُ الْأَنْعَامِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·an·‘am

Surah al-An‘am
[BM] Binatang ternakan
[BI] The Cattle

Bilangan ayat: 165



Tajuk: SURAH AL-ANAM

Sinopsis: Surah al-Anam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang keenam mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 165 ayat.

Surah ini dinamakan al-Anam (binatang ternakan) kerana di dalamnya terdapat perkataan itu, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan daripada hasil tanaman dan binatang-binatang ternakan yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala mereka)....

(Surah al-Anam 6:136)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-an%27am
Dicapai: 8 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 10 Januari 2014M, Jumaat.




7.
سُوْرَةُ الْأَعْرَافِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·a‘·rof

Surah al-A‘raf
[BM] Tempat tinggi di antara syurga dan neraka
[BI] The Heights

Bilangan ayat: 206



Tajuk: SURAH AL-ARAF

Sinopsis: Surah al-Araf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ketujuh mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 206 ayat.

Surah ini dinamakan al-Araf (tembok yang tinggi) kerana terdapat lafaz ini di dalamnya [rujuk ayat 46 dan 48], iaitu dinding yang terletak di antara syurga dengan neraka yang memisahkan ahli kedua-duanya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-a%27raf
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




8.
سُوْرَةُ الْأَنْفَالِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·an·fal

Surah al-Anfal
[BM] Harta rampasan perang
[BI] The Spoils of War

Bilangan ayat: 75



Tajuk: SURAH AL-ANFAL

Sinopsis: Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 75 ayat.

Surah ini dinamakan al-Anfal (harta rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan perang). [...]

(Surah al-Anfal 8:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-anfal
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




9.
سُوْرَةُ التَّوْبَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·tau·bah

Surah at-Taubah
[BM] Pengampunan
[BI] The Repentance

Atau;

Surah Bara’ah
[BI] The Disavowel

Bilangan ayat: 129
* Surah at-Taubah tidak dimulakan dengan Basmalah



Tajuk: SURAH AL-TAWBAH

Sinopsis: Surah al-Tawbah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah kesembilan mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 129 ayat.

Ia dinamakan al-Tawbah (taubat) kerana ayatnya menggesa orang beriman supaya bertaubat.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tawbah
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




10.
سُوْرَةُ يُوْنُسَ
[Transliterasi] Su·ro·tu Yu·nus

Surah Yunus
[BM] Nabi Yunus a.s.
[BI] Jonah

Bilangan ayat: 109



Tajuk: SURAH YUNUS

Sinopsis: Surah Yunus ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 109 ayat.

Surah ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan mengandungi nasihat dan teladan mengenai pengangkatan azab daripada kaum baginda, ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir ditimpa azab dan bala.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+yunus
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




11.
سُوْرَةُ هُوْدٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu Hud

Surah Hud
[BM] Nabi Hud a.s.
[BI] The Prophet Hud

Bilangan ayat: 123



Tajuk: SURAH HUD

Sinopsis: Surah Hud ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-11 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 123 ayat.

Ia dinamakan surah Hud kerana meraikan kesungguhan Nabi Hud a.s. dalam menyampaikan dakwah di jalan Allah S.W.T.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+hud
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




12.
سُوْرَةُ يُوْسُفَ
[Transliterasi] Su·ro·tu Yu·suf

Surah Yusuf
[BM] Nabi Yusuf a.s.
[BI] Joseph

Bilangan ayat: 111



Tajuk: SURAH YUSUF

Sinopsis: Surah Yusuf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-12 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11[1] ayat.

Surah ini dinamakan Yusuf kerana ia hanya menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf ibn Yakub a.s. dan segala ujian yang dihadapi oleh baginda.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+yusuf
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




13.
سُوْرَةُ الرَّعْدِ
[Transliterasi] Su·ro·tur·ra‘d

Surah ar-Ra‘d
[BM] Guruh
[BI] The Thunder

Bilangan ayat: 43



Tajuk: SURAH AL-RA'D

Sinopsis: Surah al-Rad ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 43 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rad (bunyi guruh) kerana disebut kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Allah S.W.T. menjadikan air sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia membawa hujan dan juga petir. Melalui air, wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya kebinasaan.

Bidang: UMUM

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ra%27d
Dicapai: 9 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 11 Januari 2014M, Sabtu.




14.
سُوْرَةُ إِبْرَاهِيْمَ
[Transliterasi] Su·ro·tu Ib·ro·him

Surah Ibrahim
[BM] Nabi Ibrahim a.s.
[BI] Abraham

Bilangan ayat: 52



Tajuk: SURAH IBRAHIM

Sinopsis: Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang kesan peninggalan bapa para nabi dan imam golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala, membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+ibrahim
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




15.
سُوْرَةُ الْحِجْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·hijr

Surah al-Hijr
[BM] Lembah Hijr di antara Syam dan Madinah
[BI] -

Bilangan ayat: 99



Tajuk: SURAH AL-HIJR

Sinopsis: Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 99 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara Madinah dan Syam.

Mereka ini adalah orang yang gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal, tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika mereka berada dalam keadaan aman dan tenang, tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di waktu hening pagi.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hijr
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




16.
سُوْرَةُ النَّحْلِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·nahl

Surah an-Nahl
[BM] Lebah
[BI] Bees

Bilangan ayat: 128



Tajuk: SURAH AL-NAHL

Sinopsis: Surah al-Nahl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-16 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 128 ayat.

Surah ini dinamakan al-Nahl (lebah) kerana kisahnya yang disebut di dalam surah ini menunjukkan keajaiban makhluk ciptaan Allah S.W.T.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nahl
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




17.
سُوْرَةُ الِْإسْرَاءِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·is·ro’

Surah al-Isra’
[BM] Perjalanan malam
[BI] The Night Journey

Atau;

Surah Bani Israil
[BI] The Children of Israel

Bilangan ayat: 111



Tajuk: SURAH AL-ISRA'

Sinopsis: Surah al-Isra ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-17 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11[1] ayat.

Surah ini dinamakan al-Isra (perjalanan pada malam hari) kerana al-Isra suatu mukjizat yang cemerlang yang dikhaskan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-isra
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




18.
سُوْرَةُ الْكَهْفِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·kahf

Surah al-Kahfi
[BM] Gua
[BI] The Cave

Bilangan ayat: 110



Tajuk: SURAH AL-KAHFI

Sinopsis: Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 110 ayat.

Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf.

Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah [lihat #1], al-Anam [lihat #6], Saba [lihat #34], dan Fatir [lihat #35].

Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-kahfi&d=8
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




19.
سُوْرَةُ مَرْيَمَ
[Transliterasi] Su·ro·tu Mar·yam

Surah Maryam
[BM] Maryam binti ‘Imran; ibunda Nabi ‘Isa a.s.
[BI] Mary

Bilangan ayat: 98



Tajuk: SURAH MARYAM

Sinopsis: Surah Maryam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-19 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 98 ayat.

Surah ini dinamakan Maryam sebagai memperingati peristiwa mukjizat kejadian bayi yang lahir tanpa bapa, dan kekuasaan Allah S.W.T. yang menjadikan bayi yang masih kecil itu boleh bertutur serta peristiwa-peristiwa luar biasa lain yang mengiringi kelahiran Isa a.s.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+maryam
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




20.
سُوْرَةُ طه
[Transliterasi] Su·ro·tu to·ha

Surah Ta Ha
[BM] -
[BI] -

Bilangan ayat: 135



Tajuk: SURAH TAHA

Sinopsis: Surah Taha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama surah ini diberikan.

Pendapat pertama mengatakan bahawa ia seperti surah yang lain yang pada permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau Lam Mim dan lain-lain.

Pendapat kedua mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua belah kakimu.

Pendapat ketiga mengatakan Taha adalah perkataan daripada bahasa ajam (bukan Arab) yang bermaksud Wahai lelaki.

Pendapat yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+taha
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




21.
سُوْرَةُ الْأَنْبِيَاءِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·am·bi·ya’

Surah al-Anbiya’
[BM] Para nabi
[BI] The Prophets

Bilangan ayat: 112



Tajuk: SURAH AL-ANBIYA'

Sinopsis: Surah al-Anbiya ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 112 ayat.

Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya kerana di dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa orang nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan kadang-kadang ringkas sahaja.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-anbiya
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




22.
سُوْرَةُ الْحَجِّ
[Transliterasi] Su·ro·tul·hajj

Surah al-Hajj
[BM] Ibadah haji
[BI] The Pilgrimage

Bilangan ayat: 78



Tajuk: SURAH AL-HAJJ

Sinopsis: Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di Baitullah al-Haram.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hajj
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




23.
سُوْرَةُ الْمُؤْمِنُوْنَ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mu’·mi·nun

Surah al-Mukminun
[BM] Orang yang beriman
[BI] The Believers

Bilangan ayat: 118



Tajuk: SURAH AL-MU'MINUN

Sinopsis: Surah al-Mu[’]minun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut susunannya surah-surah al-Quran dan mengandungi 118 ayat.

Surah ini dinamakan al-Mu[’]minun sempena pujian terhadap amalan kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang melayakkan mereka menduduki syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdaus.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mu%27minun
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




24.
سُوْرَةُ النُّوْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·nur

Surah an-Nur
[BM] Cahaya
[BI] The Light

Bilangan ayat: 64



Tajuk: SURAH AL-NUR

Sinopsis: Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 64 ayat.

Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al-Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nur
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




25.
سُوْرَةُ الْفُرْقَانِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·fur·qon

Surah al-Furqan
[BM] Pembahagi
[BI] The Criterion

Bilangan ayat: 77



Tajuk: SURAH AL-FURQAN

Sinopsis: Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 77 ayat.

Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T. menyebut tentang al-Quran melalui ayat-ayat surah ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad s.a.w.

Al-Quran adalah suatu nikmat yang terbesar kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-Quran selayaknya diberi nama al-Furqan atau pemisah.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-furqan
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




26.
سُوْرَةُ الشُّعَرَاءِ
[Transliterasi] Su·ro·tusy·syu·‘a·ro’

Surah asy-Syu‘ara’
[BM] Penyair-penyair
[BI] The Poets

Bilangan ayat: 227



Tajuk: SURAH AL-SYU'ARA'

Sinopsis: Surah al-Syuara ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi [2]27 ayat.

Surah ini dinamakan al-Syuara (para penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk menolak anggapan musyrikin yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair. Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut melalui surah ini.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-syu%27ara
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




27.
سُوْرَةُ النَّمْلِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·naml

Surah an-Naml
[BM] Semut-semut
[BI] The Ants

Bilangan ayat: 93



Tajuk: SURAH AL-NAML

Sinopsis: Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 93 ayat.

Ia dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang telah memberi peringatan kepada kaum sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya. Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia memahami kata-kata semut itu dan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan dan nikmat tersebut.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-naml
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




28.
سُوْرَةُ الْقَصَصِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·qo·sos

Surah al-Qasas
[BM] Kisah-kisah
[BI] The Narrations

Bilangan ayat: 88



Tunjuk: SURAH AL-QASAS

Sinopsis: Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul.

Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-Nya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qasas
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




29.
سُوْرَةُ الْعَنْكَبُوْتِ
[Translterasi] Su·ro·tul·‘an·ka·but

Surah al-‘Ankabut
[BM] Labah-labah
[BI] The Spider

Bilangan ayat: 69



Tajuk: SURAH AL-ANKABUT

Sinopsis: Surah al-Ankabut ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut susunan surah dalam al-Quran dan mengandungi 69 ayat.

Ia dinamakan Surah al-Ankabut (Labah[-]labah) kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan penyembahan kepada berhala yang dipahat dan sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang bermaksud:
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya)....

(Surah al-Ankabut 29:41)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ankabut
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




30.
سُوْرَةُ الرُّوْمِ
[Transliterasi] Su·ro·tur·Rum

Surah ar-Rum
[BM] Orang-orang Rom
[BI] The Romans

Bilangan ayat: 60



Tajuk: SURAH AL-RUM

Sinopsis: Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 60 ayat.

Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang bermaksud:
Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun....

(Surah al-Rum 30:1[-]4)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-rum
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




31.
سُوْرَةُ لُقْمَانَ
[Transliterasi] Su·ro·tu Luq·man

Surah Luqman
[BM] Kisah Luqman
[BI] -

Bilangan ayat: 34



Tajuk: SURAH LUQMAN

Sinopsis: Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 34 ayat.

Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk.

Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al-Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud:
... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan orang lain daripada Allah S.W.T....

(Surah al-Luqman 31:6)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+luqman
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




32.
سُوْرَةُ السَّجْدَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tus·saj·dah

Surah as-Sajdah
[BM] Sujud
[BI] The Prostration

Bilangan ayat: 30



Tajuk: SURAH AL-SAJDAH

Sinopsis: Surah al-Sajdah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-32 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Sajdah (sujud) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya ciri-ciri orang mukmin yang baik, iaitu orang yang apabila mendengar ayat al-Quran yang mulia, dia menyahut panggilannya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-sajdah
Dicapai: 10 Rabiulawal 1435H, Ahad / 12 Januari 2014M, Ahad.




33.
سُوْرَةُ الْأَحْزَابِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ah·zab

Surah al-Ahzab
[BM] Kesatuan kumpulan
[BI] The Confederates

Bilangan ayat: 73



Tajuk: SURAH AL-AHZAB

Sinopsis: Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 73 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan tentera yang bergabung) kerana orang musyrikin mengepung orang Islam dari setiap penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah dan golongan penghasut Arab untuk memerangi orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang Islam memenangi peperangan tersebut dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang penuh gemilang.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ahzab
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 12 Januari 2014M, Ahad.




34.
سُوْرَةُ سَبَإٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu Sa·ba’

Surah Saba’
[BM] Kaum Saba’ di Yaman
[BI] Sheba

Bilangan ayat: 54



Tajuk: SURAH SABA'

Sinopsis: Surah Saba ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Saba kerana Allah S.W.T. ada menyebut dalam al-Quran cerita negeri Saba, iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan kemewahan, kegembiraan dan ketenangan. Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran kepada orang yang mahu mengambil iktibar.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+saba
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.




35.
سُوْرَةُ فَاطِرٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu fa·tir

Surah Fatir
[BM] Pencipta
[BI] The Originator of Creation

Bilangan ayat: 45



Tajuk: SURAH FATIR

Sinopsis: Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 45 ayat.

Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini [rujuk ayat 1]. Ia adalah satu sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+fatir
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.




36.
سُوْرَةُ يسٓ
[Transliterasi] Su·ro·tu ya·sin

Surah Ya Sin
[BM] -
[BI] -

Bilangan ayat: 83



Tajuk: SURAH YASIN

Sinopsis: Surah Yasin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 83 ayat.

Surah ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah memulakan surah yang mulia ini dengan huruf tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga menjadi tanda kemukjizatan al-Quran al-Karim.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya yang bermaksud:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah surah Yasin. Oleh itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap insan di kalangan umatku.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+yasin&d=8
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.




37.
سُوْرَةُ الصَّافَّاتِ
[Transliterasi] Su·ro·tus·sof·fat

Surah as-Soffat
[BM] Rombongan yang berbaris
[BI] Those Ranged in Ranks

Bilangan ayat: 182



Tajuk: SURAH AL-SAFFAT

Sinopsis: Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 182 ayat.

Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:
Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan siang tanpa henti-henti.

(Surah [al-Anbiya’ 21:20])

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-saffat
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.




38.
سُوْرَةُ صٓ
[Transliterasi] Su·ro·tu sod

Surah Sad
[BM] -
[BI] -

Bilangan ayat: 88



Tajuk: SURAH SAD

Sinopsis: Surah Sad ialah salah satu dari surah Makkiyyah, surah yang ke-38 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.

Sad adalah salah satu daripada huruf-huruf abjad Arab.

Surah ini dinamakan Sad sebagai isyarat kepada satu daripada huruf-huruf hijaiyyah untuk memuji mukjizat al-Quran yang mencabar seluruh manusia untuk mendatangkan sebuah kitab sepertinya yang tersusun daripada huruf-huruf tunggal.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+sad
Dicapai: 11 Rabiulawal 1435H, Isnin / 13 Januari 2014M, Isnin.




39.
سُوْرَةُ الزُّمَرِ
[Transliterasi] Su·ro·tuz·zu·mar

Surah az-Zumar
[BM] Rombongan-rombongan
[BI] Crowds

Bilangan ayat: 75



Tajuk: SURAH AL-ZUMAR

Sinopsis: Surah al-Zumar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-39 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 75 ayat.

Surah ini dinamakan al-Zumar (kumpulan) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalam surah ini sekumpulan ahli syurga yang hidup bahagia bersama golongan mulia dan dihormati serta sekumpulan ahli neraka yang hidup menderita bersama golongan hina dan rendah darjat di sisi Allah S.W.T.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-zumar
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




40.
سُوْرَةُ غَافِرٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu gho·fir

Surah Ghafir
[BM] Maha Pengampun
[BI] Forgiver

Atau;

Surah al-Mukmin
[BI] The Believer

Bilangan ayat: 85



Tajuk: SURAH GHAFIR

Sinopsis: Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 85 ayat.

Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun) kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T. yang disebutkan di awal surah ini sebagaimana firman[N]ya yang bermaksud:
Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang melimpah-limpah kurnianya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali.

(Surah Ghafir 40:3)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+ghafir
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




41.
سُوْرَةُ فُصِّلَتْ
[Transliterasi] Su·ro·tu fus·si·lat

Surah Fussilat
[BM] Ayat-ayat yang terperinci
[BI] Expounded

Atau;

Surah Ha Mim
[BI] -

Bilangan ayat: 54



Tajuk: SURAH FUSSILAT

Sinopsis: Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan) kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan melalui ayat-ayatnya.

Surah ini menjelaskan bukti kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta membawa keterangan yang tepat bagi menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.

Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam yang indah tersergam yang menggambarkan ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..

Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir [lihat #40]. Lihat Surah Ghafir.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+fussilat
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




42.
سُوْرَةُ الشُّوْرَىٰ
[Transliterasi] Su·ro·tusy·syu·ro

Surah asy-Syura
[BM] Musyawarah
[BI] Consultation

Bilangan ayat: 53



Tajuk: SURAH AL-SYURA

Sinopsis: Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 53 ayat.

Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam[,] dan kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologi syura dalam mengatur urusan hidup mereka.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-syura
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




43.
سُوْرَةُ الزُّخْرُفِ
[Transliterasi] Su·ro·tuz·zukh·ruf

Surah az-Zukhruf
[BM] Perhiasan
[BI] The Gold Adornments

Bilangan ayat: 89



Tajuk: SURAH AL-ZUKHRUF

Sinopsis: Surah al-Zukhruf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-43 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 89 ayat.

Surah ini dinamakan al-Zukhruf [yang] bermaksud perhiasan kerana terdapat perkataan itu di dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Serta pelbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang yang bertakwa.

(Surah al-Zukhruf 43:35)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-zukhruf
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




44.
سُوْرَةُ الدُّخَانِ
[Transliterasi] Su·ro·tud·du·khon

Surah ad-Dukhan
[BM] Kabut
[BI] The Smoke

Bilangan ayat: 59



Tajuk: SURAH AL-DUKHAN

Sinopsis: Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 5[9] ayat.

Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap) kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir dengan mengazabkan mereka dengan kemarau dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan mereka asap tebal yang menyebabkan mereka hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-dukhan
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




45.
سُوْرَةُ الْجَاثِيَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ja·thi·yah

Surah al-Jathiyah
[BM] Yang berlutut
[BI] The Kneeling Down

Bilangan ayat: 37



Tajuk: SURAH AL-JATHIYAH

Sinopsis: Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 37 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah (yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan.

(Surah al-Jathiyah 45:2[8])

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-jathiyah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 13 Januari 2014M, Isnin.




46.
سُوْرَةُ الْأَحْقَافِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ah·qof

Surah al-Ahqaf
[BM] Bukit-bukit pasir
[BI] Winding Sand-tracts

Bilangan ayat: 35



Tajuk: SURAH AL-AHQAF

Sinopsis: Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut susunan surah-surah al-Quran al-Karim dan mengandungi 35 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf kerana ia merupakan tempat tinggal kaum Ad yang dibinasakan oleh Allah S.W.T. disebabkan kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal mereka di al-Ahqaf ini terletak di Yaman. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada kaumnya yang tinggal di lembah al-Ahqaf [...].

(Surah al-Ahqaf 46:21)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ahqaf
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




47.
سُوْرَةُ مُحَمَّدٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu Mu·ham·mad

Surah Muhammad
[BM] Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam
[BI] -

Bilangan ayat: 38



Tajuk: SURAH MUHAMMAD

Sinopsis: Surah Muhammad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-47 mengikut susunan surah-surah al-Quran al-Karim dan mengandungi 38 ayat.

Surah ini dinamakan demikian kerana memfokuskan keadaan orang yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga orang yang mendustai kerasulannya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+muhammad
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




48.
سُوْرَةُ الْفَتْحِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·fath

Surah al-Fath
[BM] Kemenangan
[BI] The Victory

Bilangan ayat: 29



Tajuk: SURAH AL-FATH

Sinopsis: Surah al-Fath ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-48 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fath
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




49.
سُوْرَةُ الْحُجُرَاتِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·hu·ju·rot

Surah al-Hujurat
[BM] Bilik-bilik
[BI] The Chambers

Bilangan ayat: 18



Tajuk: SURAH AL-HUJURAT

Sinopsis: Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi [1]8 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik) kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang suci.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Emsiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hujurat
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




50.
سُوْرَةُ قٓ
[Transliterasi] Su·ro·tu qof

Surah Qaf
[BM] -
[BI] -

Bilangan ayat: 45



Tajuk: SURAH QAF

Sinopsis: Surah Qaf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-50 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 45 ayat.

Surah ini dinamakan Qaf kerana huruf Qaf disebut di permulaan surah.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+qaf
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




51.
سُوْرَةُ الذَّارِيَاتِ
[Transliterasi] Su·ro·tudh·dha·ri·yat

Surah adh-Dhariyat
[BM] Angin yang menerbangkan
[BI] The Winds That Scatter

Bilangan ayat: 60



Tajuk: SURAH AL-DHARIYAT

Sinopsis: Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Quran dan mengandungi 60 ayat.

Surah ini dinamakan al-Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda.

Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-dhariyat
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




52.
سُوْرَةُ الطُّوْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·Tur

Surah at-Tur
[BM] Bukit Tur
[BI] The Mount

Bilangan ayat: 49



Tajuk: SURAH AL-TUR

Sinopsis: Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 49 ayat.

Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit Tur diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat serta permukaan bumi yang dimuliakan.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tur
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




53.
سُوْرَةُ النَّجْمِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·najm

Surah an-Najm
[BM] Bintang
[BI] The Star

Bilangan ayat: 62



Tajuk: SURAH AL-NAJM

Sinopsis: Surah al-Najm ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-53 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 62 ayat.

Surah ini dinamakan al-Najm (bintang) kerana lafaz itu digunakan sebagai sumpah dalam surah yang mulia ini [rujuk ayat 1].

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-najm
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




54.
سُوْرَةُ الْقَمَرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·qo·mar

Surah al-Qamar
[BM] Bulan
[BI] The Moon

Bilangan ayat: 55



Tajuk: SURAH AL-QAMAR

Sinopsis: Surah al-Qamar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-54 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 55 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Qamar kerana diambil dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

(Surah al-Qamar 54:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qamar
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




55.
سُوْرَةُ الرَّحْمَـٰنِ
[Transliterasi] Su·ro·tur·roh·man

Surah ar-Rahman
[BM] Yang Maha Pemurah
[BI] The Most Gracious

Bilangan ayat: 78



Tajuk: SURAH AL-RAHMAN

Sinopsis: Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud:
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu? [...].

(Surah al-Furqan 25:60)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-rahman
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




56.
سُوْرَةُ الْوَاقِعَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·wa·qi·‘ah

Surah al-Waqi‘ah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Inevitable

Bilangan ayat: 96



Tajuk: SURAH AL-WAQIAH

Sinopsis: Surah al-Waqiah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 96 ayat.

Surah ini dinamakan al-Waqiah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya.

Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-waqi%27ah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




57.
سُوْرَةُ الْحَدِيْدِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ha·did

Surah al-Hadid
[BM] Besi
[BI] Iron

Bilangan ayat: 29



Tajuk: SURAH AL-HADID

Sinopsis: Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi.

Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar, membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan barang-barang lain yang berfaedah.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hadid
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




58.
سُوْرَةُ الْمُجَادِلَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mu·ja·di·lah

Surah al-Mujadilah
[BM] Wanita yang membantah
[BI] The Woman Who Pleads

Bilangan ayat: 22



Tajuk: SURAH AL-MUJADALAH

Sinopsis: Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 22 ayat.

Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal jawab) bersempena kisah seorang wanita yang datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu kepadanya tentang suaminya yang telah menziharkannya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mujadalah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




59.
سُوْرَةُ الْحَشْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·hasyr

Surah al-Hasyr
[BM] Pengusiran
[BI] The Mustering

Bilangan ayat: 24



Tajuk: SURAH AL-HASHR

Sinopsis: Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 24 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung halaman mereka pada julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. [...]

(Surah al-Hashr 59:[2])

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-hashr
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




60.
سُوْرَةُ الْمُمْتَحِنَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mum·ta·hi·nah

Surah al-Mumtahinah
[BM] Wanita yang diuji
[BI] That Which Examines

Bilangan ayat: 13



Tajuk: SURAH AL-MUMTAHANAH

Sinopsis: Surah al-Mumtahanah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 13 ayat.

Surah ini dinamakan al-Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya) kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah ini yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka; dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. [...]

(Surah al-Mumtahanah 60:10)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mumtahanah
Dicapai: 12 Rabiulawal 1435H, Selasa / 14 Januari 2014M, Selasa.




61.
سُوْرَةُ الصَّفِّ
[Transliterasi] Su·ro·tus·soff

Surah as-Saff
[BM] Barisan
[BI] The Battle Array

Bilangan ayat: 14



Tajuk: SURAH AL-SAFF

Sinopsis: Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 14 ayat.

Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia memperkatakan tentang peperangan sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang berperang di atas jalan-Nya dengan tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan yang utuh.

(Surah al-Saff 61:4)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-saff
Dicapai: 13 Rabiulawal 1435H, Rabu / 14 Januari 2014M, Selasa.




62.
سُوْرَةُ الْجُمُعَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ju·mu·‘ah

Surah al-Jumu‘ah
[BM] Hari Jumaat
[BI] Friday

Bilangan ayat: 11



Tajuk: SURAH AL-JUMUAH

Sinopsis: Surah al-Jumuah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke- 62 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.

Surah ini dinamakan al-Jumuah kerana disebut di dalamnya hukum-hukum sembahyang Jumaat.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-jumu%27ah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




63.
سُوْرَةُ الْمُنَافِقُوْنَ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mu·na·fi·qun

Surah al-Munafiqun
[BM] Orang munafik
[BI] The Hypocrites

Bilangan ayat: 11



Tajuk: SURAH AL-MUNAFIQUN

Sinopsis: Surah al-Munafiqun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-63 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.

Surah ini dinamakan al-Munafiqun (orang-orang munafik) kerana ia menceritakan dengan jelas mengenai orang munafik, iaitu satu nama hina, yang berpura-pura bagi menyembunyikan sifat nifak.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-munafiqun
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




64.
سُوْرَةُ التَّغَابُنِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·ta·gho·bun

Surah at-Taghabun
[BM] Hari didedahkan
[BI] The Mutual Loss and Gain

Bilangan ayat: 18



Tajuk: SURAH AL-TAGHABUN

Sinopsis: Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 18 ayat.

Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipu[-]menipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al-Taghabun (tipu-menipu)....

(Surah al-Taghabun 64:9)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-taghabun
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




65.
سُوْرَةُ الطَّلَاقِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·to·laq

Surah at-Talaq
[BM] Talak
[BI] Divorce

Bilangan ayat: 12



Tajuk: SURAH AL-TALAQ

Sinopsis: Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan isterinya dalam keadaan haid, berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda. Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya merujuk semula kepada isterinya dan menunggu sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di dalam surah ini.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-talaq
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




66.
سُوْرَةُ التَّحْرِيْمِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·tah·rim

Surah at-Tahrim
[BM] Pengharaman
[BI] Prohibition

Bilangan ayat: 12



Tajuk: SURAH AL-TAHRIM

Sinopsis: Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah al-Tahrim yang bermaksud:
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu) [...].

(Surah al-Tahrim 66:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tahrim
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




67.
سُوْرَةُ الْمُلْكِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mulk

Surah al-Mulk
[BM] Kerajaan
[BI] The Dominion

Bilangan ayat: 30



Tajuk: SURAH AL-MULK

Sinopsis: Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.

Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap[-]tiap sesuatu.

(Surah al-Mulk 67:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mulk
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




68.
سُوْرَةُ الْقَلَمِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·qo·lam

Surah al-Qalam
[BM] Pena
[BI] The Pen

Atau;

Surah Nun
[BI] -

Bilangan ayat: 52



Tajuk: SURAH AL-QALAM

Sinopsis: Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al-Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud:
Nun. Demi al-Quran dan sesuatu yang mereka tulis.

(Surah al-Qalam 68:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qalam
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




69.
سُوْرَةُ الْحَاقَّةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·haq·qoh

Surah al-Haqqah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Sure Reality

Bilangan ayat: 52



Tajuk: SURAH AL-HAQQAH

Sinopsis: Surah al-Haqqah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-69 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan al-Haqqah kerana menerangkan tentang kedahsyatan hari kiamat dan golongan yang mendustakan ajaran Allah S.W.T.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-haqqah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




70.
سُوْرَةُ الْمَعَارِجِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ma·‘a·rij

Surah al-Ma‘arij
[BM] Tempat-tempat naik
[BI] The Ways of Ascent

Bilangan ayat: 44



Tajuk: SURAH AL-MAARIJ

Sinopsis: Surah al-Maarij ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 44 ayat.

Surah ini dinamakan al-Maarij (tempat-tempat turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku, azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik.

(Surah al-Maarij 70:[1-3])

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ma%27arij
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




71.
سُوْرَةُ نُوْحٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu Nuh

Surah Nuh
[BM] Nabi Nuh a.s.
[BI] Noah

Bilangan ayat: 28



Tajuk: SURAH NUH

Sinopsis: Surah Nuh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-71 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat.

Surah ini dinamakan Nuh kerana ia membincangkan dengan terperinci kisah Nabi Nuh a.s., semenjak bermula dakwahnya sehingga berakhir dengan peristiwa taufan. Allah S.W.T. menenggelamkan orang-orang yang mendustakan Nuh a.s. dari kalangan kaumnya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+nuh
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




72.
سُوْرَةُ الْجِنِّ
[Transliterasi] Su·ro·tul·jinn

Surah al-Jin
[BM] Jin
[BI] The Spirits

Bilangan ayat: 28



Tajuk: SURAH AL-JINN

Sinopsis: Surah al-Jinn ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-72 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat.

Surah ini dinamakan al-Jinn kerana perbincangan surah ini berkisar tentang jin.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-jin
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




73.
سُوْرَةُ الْمُزَّمِّلِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·muz·zam·mil

Surah al-Muzzammil
[BM] Orang yang berselimut
[BI] The Enfolded One

Bilangan ayat: 20



Tajuk: SURAH AL-MUZZAMMIL

Sinopsis: Surah al-Muzzammil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-73 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat.

Surah ini dinamakan al-Muzzammil (orang yang berselimut) kerana Allah S.W.T. menggunakan perkataan itu ketika menyeru Rasulullah s.a.w. seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Wahai orang yang berselimut, (Muhammad).

(Surah al-Muzzammil 73:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-muzzammil
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




74.
سُوْرَةُ الْمُدَّثِّرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mud·dath·thir

Surah al-Muddaththir
[BM] Orang yang berselimut
[BI] The One Wrapped Up

Bilangan ayat: 56




75.
سُوْرَةُ الْقِيَامَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·qi·ya·mah

Surah al-Qiyamah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Resurrection

Bilangan ayat: 40



Tajuk: SURAH AL-QIYAMAH

Sinopsis: Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan dikumpulkan matahari dan bulan.

(Surah al-Qiyamah 75:7[-]9)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qiyamah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




76.
سُوْرَةُ الِْإنْسَانِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·in·san

Surah al-Insan
[BM] Manusia
[BI] Man

Atau;

Surah ad-Dahr
[BI] The Time

Bilangan ayat: 31



Tajuk: SURAH AL-INSAN

Sinopsis: Surah al-Insan ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-76 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 31 ayat.

Surah ini dinamakan al-Insan kerana isi kandungannya menerangkan tentang tahap perkembangan kejadian manusia sebagai makhluk dan garis-garis tanggungjawabnya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-insan
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




77.
سُوْرَةُ الْمُرْسَلَاتِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mur·sa·lat

Surah al-Mursalat
[BM] Sesuatu yang dikirim
[BI] Those Sent Forth

Bilangan ayat: 50



Tajuk: SURAH AL-MURSALAT

Sinopsis: Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 50 ayat.

Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini dengan perkataan itu sebagaimana berikut Wal Mursalati Urfa yang bermaksud:
Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya).

(Surah al-Mursalat 77:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mursalat
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




78.
سُوْرَةُ النَّبَإِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·na·ba’

Surah an-Naba’
[BM] Berita penting
[BI] The Great News

Bilangan ayat: 40



Tajuk: SURAH AL-NABA'

Sinopsis: Surah al-Naba ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-78 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat.

Surah ini dinamakan al-Naba (khabar yang besar) kerana ia merupakan pokok perbicaraan surah ini.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-naba
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




79.
سُوْرَةُ النَّازِعَاتِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·na·zi·‘at

Surah an-Nazi‘at
[BM] Para pencabut
[BI] Those Who Tear Out

Bilangan ayat: 46



Tajuk: SURAH AL-NAZIAT

Sinopsis: Surah al-Naziat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 46 ayat.

Surah ini dinamakan al-Naziat (malaikat-malaikat yang mencabut) kerana lafaz sumpah yang menggunakan kalimah tersebut terletak pada permulaan surah.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nazi%27at
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




80.
سُوْرَةُ عَبَسَ
[Transliterasi] Su·ro·tu ‘a·ba·sa

Surah ‘Abasa
[BM] Dia bermasam muka
[BI] He Frowned

Bilangan ayat: 42



Tajuk: SURAH ABASA

Sinopsis: Surah Abasa ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-80 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 42 ayat.

Surah ini dinamakan Abasa (memasamkan muka) berdasarkan kisah Abdullah ibn Maktum yang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan soalan kepada Baginda, tetapi Baginda enggan melayannya kerana pada masa itu Baginda sedang menerangkan tentang Islam kepada para bangsawan Quraisy. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat yang berbunyi abasa wa tawalla [rujuk ayat 1].

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+abasa
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




81.
سُوْرَةُ التَّكْوِيْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·tak·wir

Surah at-Takwir
[BM] Penggulung matahari
[BI] The Folding Up

Bilangan ayat: 29



Tajuk: SURAH AL-TAKWIR

Sinopsis: Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud:
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).

(Surah al-Takwir 81:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-takwir
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




82.
سُوْرَةُ الِْإنْفِطَارِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·in·fi·tor

Surah al-Infitar
[BM] Terbelah langit
[BI] The Cleaving Asunder

Bilangan ayat: 19



Tajuk: SURAH AL-INFITAR

Sinopsis: Surah al-Infitar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-82 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 1[9] ayat.

Surah ini dinamakan al-Infitar (terbelah) kerana dimulai dengan peristiwa langit terbelah dan keadaan alam yang akan hancur.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-infitar
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




83.
سُوْرَةُ الْمُطَفِّفِيْنَ
[Transliterasi] Su·ro·tul·mu·tof·fi·fin

Surah al-Mutaffifin
[BM] Orang yang curang
[BI] The Dealers in Fraud

Bilangan ayat: 36



Tajuk: SURAH AL-MUTAFFIFIN

Sinopsis: Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 36 ayat.

Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan sukatan.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-mutaffifin
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




84.
سُوْرَةُ الِْإنْشِقَاقِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·in·syi·qoq

Surah al-Insyiqaq
[BM] Terbelahnya langit
[BI] The Rending Asunder

Bilangan ayat: 25



Tajuk: SURAH AL-INSHIQAQ

Sinopsis: Surah al-Inshiqaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-84 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 2[5] ayat.

Surah ini dinamakan al-Inshiqaq (terbelah) kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. menggambarkan sebahagian daripada huru-hara pada hari kiamat dengan keadaan langit yang terbelah.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-inshiqaq
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




85.
سُوْرَةُ الْبُرُوْجِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·bu·ruj

Surah al-Buruj
[BM] Gugusan bintang
[BI] The Constellations

Bilangan ayat: 22



Tajuk: SURAH AL-BURUJ

Sinopsis: Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 2[2] ayat.

Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan perkataan tersebut.

Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah dan iman.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-buruj
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




86.
سُوْرَةُ الطَّارِقِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·to·riq

Surah at-Tariq
[BM] Yang dapat dilihat pada malam hari
[BI] The Night Star

Bilangan ayat: 17



Tajuk: SURAH AL-TARIQ

Sinopsis: Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 17 ayat.

Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang menembus sinaran cahayanya) kerana di permulaan surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan perkataan itu.

Surah ini menangani beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam. Perbahasan surah ini berkaitan keimanan dengan hari kebangkitan semula manusia di akhirat.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tariq
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




87.
سُوْرَةُ الْأَعْلَىٰ
[Transliterasi] Su·ro·tul·a‘·la

Surah al-A‘la
[BM] Yang Maha Tinggi
[BI] The Most High

Bilangan ayat: 19



Tajuk: SURAH AL-ALA

Sinopsis: Surah al-Ala ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-87 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 19 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ala (Yang Maha Tinggi) kerana sifat Allah S.W.T. ini disebutkan pada pembukaan surah ini.


Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-a%27la
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




88.
سُوْرَةُ الْغَاشِيَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·gho·syi·yah

Surah al-Ghasyiyah
[BM] Hari Pembalasan
[BI] The Overwhelming Event

Bilangan ayat: 26



Tajuk: SURAH AL-GHASHIYAH

Sinopsis: Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 26 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Sudah[k]ah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

(Surah al-Ghashiyah 88:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ghashiyah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




89.
سُوْرَةُ الْفَجْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·fajr

Surah al-Fajr
[BM] Fajar
[BI] The Dawn

Bilangan ayat: 30



Tajuk: SURAH AL-FAJR

Sinopsis: Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia menyingsing di akhir kegelapan malam.

Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil.

(Surah al-Fajr 89:1[-]3)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fajr
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




90.
سُوْرَةُ الْبَلَدِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ba·lad

Surah al-Balad
[BM] Kota
[BI] The City

Bilangan ayat: 20



Tajuk: SURAH AL-BALAD

Sinopsis: Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 20 ayat.

Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini.

Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan orang yang melakukan kejahatan.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-balad
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




91.
سُوْرَةُ الشَّمْسِ
[Transliterasi] Su·ro·tusy·syams

Surah asy-Syams
[BM] Matahari
[BI] The Sun

Bilangan ayat: 15



Tajuk: SURAH AL-SHAMS

Sinopsis: Surah al-Shams ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-91 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 15 ayat.

Surah ini dinamakan al-Shams (matahari) kerana pada awal ayatnya Allah S.W.T. bersumpah dengan matahari dan cahayanya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-shams
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




92.
سُوْرَةُ اللَّيْلِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·lail

Surah al-Lail
[BM] Malam
[BI] The Night

Bilangan ayat: 21



Tajuk: SURAH AL-LAYL

Sinopsis: Surah al-Layl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-92 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 21 ayat.

Surah ini dinamakan al-Layl kerana dimulai dengan lafaz sumpah al-Layl (malam) iaitu satu waktu yang kebiasaannya tenang dan gelap.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-layl
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




93.
سُوْرَةُ الضُّحَىٰ
[Transliterasi] Su·ro·tud·du·ha

Surah ad-Duha
[BM] Waktu duha
[BI] The Glorious Morning Light

Bilangan ayat: 11



Tajuk: SURAH AL-DUHA

Sinopsis: Surah al-Duha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah. Surah ini ialah surah yang ke-93 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.

Surah ini dinamakan al-Duha sempena ayat sumpah yang terdapat di dalamnya, iaitu ayat 1 dan 2 bermaksud:
Demi waktu duha dan malam apabila ia sunyi sepi.

(Surah al-Duha 93:1[-]2)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-duha
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




94.
سُوْرَةُ الشَّرْحِ
[Transliterasi] Su·ro·tusy·syarh

Surah asy-Syarh
[BM] Lapang dada
[BI] The Expansion of the Breast

Atau;

Surah al-Inshirah

Bilangan ayat: 8



Tajuk: SURAH AL-INSHIRAH

Sinopsis: Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

(Surah al-Inshirah 94:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-inshirah
Dicapai: 14 Rabiulawal 1435H, Khamis / 16 Januari 2014M, Khamis.




95.
سُوْرَةُ التِّيْنِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·tin

Surah at-Tin
[BM] Buah tin
[BI] The Fig

Bilangan ayat: 8



Tajuk: SURAH AL-TIN

Sinopsis: Surah al-Tin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-95 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini dinamakan al-Tin berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Demi buah tin dan zaitun.

(Surah al-Tin 95:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-tin
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




96.
سُوْرَةُ الْعَلَقِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·‘a·laq

Surah al-‘Alaq
[BM] Segumpal darah
[BI] The Clinging Clot

Atau;

Surah Iqra’
[BI] Read!

Bilangan ayat: 19



Tajuk: SURAH AL-ALAQ

Sinopsis: Surah al-Alaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-96 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 19 ayat.

Surah ini dinamakan al-Alaq (segumpal darah) sempena firman Allah yang bermaksud:
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

(Surah al-Alaq 96:2)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-alaq&d=8
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




97.
سُوْرَةُ الْقَدْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·qodr

Surah al-Qadr
[BM] Kemuliaan
[BI] The Night of Power or Honour

Bilangan ayat: 5



Tajuk: SURAH AL-QADR

Sinopsis: Surah al-Qadr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-97 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Qadr kerana perkara yang dibincangkan dalam surah ini ialah Laylatul Qadr, iaitu malam yang penuh keberkatan kerana al-Quran al-Karim diturunkan pada malam tersebut.

Surah al-Qadr, seperti juga dengan surah-surah lain yang diturunkan di Makkah, menyentuh prinsip-prinsip akidah Islam dan aspek yang disentuh dalam surah ini ialah turunnya mukjizat Rasulullah s.a.w. yang terbesar, iaitu al-Quran al-Karim.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qadr
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




98.
سُوْرَةُ الْبَيِّنَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·bay·yi·nah

Surah al-Bayyinah
[BM] Bukti yang nyata
[BI] The Clear Evidence

Bilangan ayat: 8



Tajuk: SURAH AL-BAYYINAH

Sinopsis: Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang ke-98 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini dinamakan al-Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan al-kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka keterangan yang nyata.

[Surah al-Bayyinah 98:4]

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-bayyinah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




99.
سُوْرَةُ الزَّلْزَلَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tuz·zal·za·lah

Surah az-Zalzalah
[BM] Goncangan
[BI] The Earthquake

Bilangan ayat: 8



Tajuk: SURAH AL-ZALZALAH

Sinopsis: Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini dinamakan al-Zalzalah (gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat dan menjadi pembukaan bagi surah ini.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-zalzalah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




100.
سُوْرَةُ الْعَادِيَاتِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·‘a·di·yat

Surah al-‘Adiyat
[BM] Kuda perang yang pantas berlari
[BI] Those That Run

Bilangan ayat: 11



Tajuk: SURAH AL-ADIYAT

Sinopsis: Surah al-Adiyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-100 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.

Surah ini dinamakan al-Adiyat (kuda perang) kerana terdapat sumpah dengan lafaz itu di awal surah ini.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-adiyat
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




101.
سُوْرَةُ الْقَارِعَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·qo·ri·‘ah

Surah al-Qari‘ah
[BM] Hari Kiamat
[BI] The Great Calamity

Bilangan ayat: 11



Tajuk: SURAH AL-QARIAH

Sinopsis: Surah al-Qariah ialah salah satu surah daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-101 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Qariah (hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara yang menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini boleh menggoncang hati pendengarnya.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-qari%27ah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




102.
سُوْرَةُ التَّكَاثُرِ
[Transliterasi] Su·ro·tut·ta·ka·thur

Surah at-Takathur
[BM] Bermegah-megah
[BI] The Piling Up

Bilangan ayat: 8



Tajuk: SURAH AL-TAKATHUR

Sinopsis: Surah al-Takathur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat.

Surah ini dinamakan al-Takathur (memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang bermaksud:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh).

(Surah al-Takathur 102:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-takathur
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




103.
سُوْرَةُ الْعَصْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·‘asr

Surah al-‘Asr
[BM] Masa
[BI] Time Through The Ages

Bilangan ayat: 3



Tajuk: SURAH AL-ASR

Sinopsis: Surah al-Asr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-Asr (masa) kerana pada awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.

Surah al-Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-asr
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 16 Januari 2014M, Khamis.




104.
سُوْرَةُ الْهُمَزَةِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·hu·ma·zah

Surah al-Humazah
[BM] Pengumpat
[BI] The Scandalmonger

Bilangan ayat: 9



Tajuk: SURAH AL-HUMAZAH

Sinopsis: Surah al-Humazah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-104 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi sembilan ayat.

Surah ini dinamakan al-Humazah (pencaci) kerana ia mencela orang yang bersifat dengan sifat yang membawa kebinasaan.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-humazah
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




105.
سُوْرَةُ الْفِيْلِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·fil

Surah al-Fil
[BM] Gajah
[BI] The Elephant

Bilangan ayat: 5



Tajuk: SURAH AL-FIL

Sinopsis: Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati perbincangan utama dalam surah ini adalah berkaitan dengan gajah yang digunakan untuk meruntuhkan Kaabah.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-fil&d=8
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




106.
سُوْرَةُ قُرَيْشٍ
[Transliterasi] Su·ro·tu Qu·raisy

Surah Quraisy
[BM] Bangsa Quraisy
[BI] The Tribe of Quraysh

Bilangan ayat: 4



Tajuk: SURAH QURAYSH

Sinopsis: Surah Quraysh ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-106 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi empat ayat.

Surah ini dinamakan Quraysh kerana ia menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada orang-orang Quraisy.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+quraysh
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




107.
سُوْرَةُ الْمَاعُوْنِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ma·‘un

Surah al-Ma‘un
[BM] Kebajikan atau Bantuan
[BI] The Neighbourly Assistance

Bilangan ayat: 7



Tajuk: SURAH AL-MAUN

Sinopsis: Surah al-Maun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut susunan susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tujuh ayat.

Surah ini dinamakan al-Maun berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkannya.

(Surah al-Maun 107:7)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ma%27un
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




108.
سُوْرَةُ الْكَوْثَرِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·kau·thar

Surah al-Kauthar
[BM] Nikmat yang banyak
[BI] The Abundance

Bilangan ayat: 3



Tajuk: SURAH AL-KAWTHAR

Sinopsis: Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.

Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah tersebut yang bermaksud:
Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar).

(Surah al-Kawthar 108:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-kawthar
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




109.
سُوْرَةُ الْكَافِرُوْنَ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ka·fi·run

Surah al-Kafirun
[BM] Orang kafir
[BI] Those Who Reject Faith

Bilangan ayat: 6



Tajuk: SURAH AL-KAFIRUN

Sinopsis: Surah al-Kafirun ialah salah satu surah Makkiyyah, surah yang ke-109 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi enam ayat.

Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi:
Ya Ayyuha al-Kafirun.

(Surah al-Kafirun 109:1)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-kafirun
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




110.
سُوْرَةُ النَّصْرِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·nasr

Surah an-Nasr
[BM] Pertolongan
[BI] The Help

Bilangan ayat: 3



Tajuk: SURAH AL-NASR

Sinopsis: Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana isi kandungannya menceritakan mengenai kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu kemenangan besar ketika pembukaan kota Makkah.

Pada hari kemenangan ini jugalah Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda kesempurnaan risalahnya, maka dengan sebab itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi (selamat tinggal).

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nasr
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




111.
سُوْرَةُ الْمَسَدِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ma·sad

Surah al-Masad
[BM] Bernyala-nyala
[BI] The Plaited Rope

Atau;

Surah al-Lahab
[BI] The Flame

Bilangan ayat: 5



Tajuk: SURAH AL-MASAD

Sinopsis: Surah al-Masad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-111 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Masad (tali yang dipintal) berdasarkan lafaznya yang terdapat pada surah ini dalam ayat kelima yang bermaksud:
Yang lehernya ada tali dari sabut.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-masad
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




112.
سُوْرَةُ الِْإخْلَاصِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·ikh·las

Surah al-Ikhlas
[BM] Kemurniaan Keesaan Allah
[BI] The Purity of Faith

Bilangan ayat: 4



Tajuk: SURAH AL-IKHLAS

Sinopsis: Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi empat ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas (ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran iman yang tidak diselit oleh sifat riya.

Diriwayatkan bahawa golongan musyrikin datang bertemu Rasulullah s.a.w., lantas berkata: Wahai Muhammad, gambarkan kepada kami tentang Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka turunlah ayat yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa. Allah tempat bergantung.

(Surah al-Ikhlas 112:1[-]2)

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-ikhlas&d=8
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




113.
سُوْرَةُ الْفَلَقِ
[Transliterasi] Su·ro·tul·fa·laq

Surah al-Falaq
[BM] Waktu Subuh
[BI] The Daybreak

Bilangan ayat: 5



Tajuk: SURAH AL-FALAQ

Sinopsis: Surah al-Falaq ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-113 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Falaq (waktu subuh), sepertimana ungkapan kata orang Arab; ia lebih terang dari falaq subuh.

Permohonan perlindungan dari Tuhan, pencipta waktu subuh di awal surah ini menjadikannya sebab penamaan surah ini dengan al-Falaq.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-falaq
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.




114.
سُوْرَةُ النَّاسِ
[Transliterasi] Su·ro·tun·nas

Surah an-Nas
[BM] Manusia
[BI] Mankind

Bilangan ayat: 6



Tajuk: SURAH AL-NAS

Sinopsis: Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut susunan surah-surah al-Quran, iaitu surah terakhir dan mengandungi enam ayat.

Surah ini dinamakan al-Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana perkataan Rabb yang bermakna Tuhan disandarkan kepada kalimah tersebut.

Bidang: UMUM

Klasifikasi: -

[Ensiklopedia] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=surah+al-nas
Dicapai: 15 Rabiulawal 1435H, Jumaat / 17 Januari 2014M, Jumaat.


.......


Nota


BM -- Bahasa Melayu


BI -- Bahasa Inggeris


Jumlah bilangan ayat: 6236*
* Tidak termasuk Basmalah di permulaan setiap surah kecuali surah al-Fatihah (lihat #1).


.......


Rujukan


Al-Quran. King Fahd Glorious Quran Printing Complex. 1432H.
http://www.qurancomplex.org/
- Nama surah (Arab).


Al-Qur’an Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah (Perkata).
http://imlak.blogspot.com/2012/10/buku-al-quran-al-karim-dan-terjemahan.html
- Nama surah (Arab).
- Nama surah (terjemahan BM).


Pusat Rujukan Persuratan Melayu
http://prpm.dbp.gov.my/
- Kedudukan surah.
- Bilangan ayat bagi setiap surah.
- Nama surah (terjemahan BM).


Tafsir al-Qur’an Per Kata: Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul & Terjemah Edisi Bahasa Melayu. Dr Ahmad Hatta. [Alih bahasa Melayu] Murtadho Ridwan. Maghfirah Pustaka al-Madani Enterprise. November 2010M. KDN:PQ/Q.1001/2.2/QA/294/39/2010
- Nama surah (terjemahan BM).
- Bilangan ayat bagi setiap surah.


Tanzil.net
http://tanzil.net/
- Kedudukan surah.
- Bilangan ayat bagi setiap surah.
- Nama surah (terjemahan BI).


The Holy Qur’an: Text, Translation and Commentary. Abdullah Yusuf Ali. ISBN 0-915957-033-5. Amana Corporation. 1409H / 1989M.
- Nama surah (terjemahan BI).


- Dll

.......

Dimulakan: 2 Rabiulawal 1435H, Sabtu / 4 Januari 2014M, Sabtu.
Diterbitkan: 19 Rabiulawal 1435H, Selasa / 21 Januari 2014M, Selasa.
Dikemaskinikan: 2 Muharam 1436H, Ahad / 26 Oktober 2014M, Ahad.
29 Zulhijah 1435H, Jumaat / 24 Oktober 2014M, Jumaat.